in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Saturday, January 11, 2014

kakak sudah ke alam persekolahan....

Isnin lepas 6 /1/2014, anak sulung aku Nur Dhiya' Khaliesah dah mulakan alam persekolahannya, walau baru menginjak usia 5 tahun, kami sepakat menghantarnya ke Tadika Melor di Taman Sri Sementa dekat area rumah je, dah besar dah anak aku ni, cepat sangat masa berlalu, rasa macam ja baru sambut kelahirannya....fuhh dah tua aku...



Memandangkan aku dan isteri sekolah pagi, susah juga nak hantar dia ke sekolah, mujur neneknya ada nak membantu, setiap pagi rutin kami dah bertambah, selain menyiapkan diri ke sekolah, isteri kena siapkan Nur Dhiya' sekali, dengan isteri yang berbadan dua, bila dah bersalin nanti, alamat aku le kena uruskan dhiya' tu...

Apapun kerisauan kami bagaimana Dhiya' boleh atau tidak ke sekolah, dapat atau tidak sesuaikan diri, nangis ke tak, diam tak diam dah seminggu dia sekolah dan alhamdulillah, nothing strange happens bak kata omputeh heheh..anak ayah kan, mana nangis hehe...

Tahun depan, Nur Dhiya' bakal ke Sk Taman Klang Utama pulak, Prasekolah Insha Allah...

anak anak subjek utama...

kalau terasa kosong, maklumlah sudah habis exam...secara rasminya semester 6 sudah berakhir...rasa sedih lihat kamera berdebu...lalu ..dibersihkan, digilapkan...apa lagi..photoshoot sikit...

 kakak Nur Dhiya' Khaliesah.


 Adik Muhammad Khalis Thaqeef aka Kiki


 gaya mentel @ ngade ngade


 adik nak engok ( tengok ) omen ( ultramen )


 yang tu gula -gula ye...


pening arrr

err ada berminat nak amik anak aku jd model ke ? hahah...