in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Tuesday, January 31, 2012

its februari...


Salam semua…setelah lama tak menulis,rasa macam dah berkarat dah blog aku ni, tapi tak apalah,kesibukkan kerja dan ketiadaan mood mungkin menghalang aku dari menulis entry terbaru…hmm esok dah 1 februari 2012, sekejap saja bulan januari dah leaving us!, dah masuk bulan 2, bagi warga wilayah persekutuan ( KL, Labuan dan Putrajaya) best le kome bercuti esok,apsal la klang tak baru bulan pertama sekolah dah disajikan dengan seminggu cuti( jangan jeles,sekolah terpilih sahaja tau ) dek kerana Tahun Baru Cina,pas ni kami akan bercuti dengan Thaipusam dan Maulidur Rasul yang dah sedia menunggu…bestnya banyak cuti gaji jalan ( Cikgu le kerja paling best!)tapi yang tak bestnya bulan januari ni kereta persona turbo aku dah menguji kesabaran aku dengan 4 serangkai problem…apa dia?..ha satu, major service..dua, aircond kondem..3,timing belt..dan 4,tayar belakang kanan dah botak hahaha..tapi aku tak setelkan semua la..bankrap la kalau macamtu..Cuma aircond dan tayar belum direpair..bulan januari ni juga mencatat rekod aku sebagai cikgu sebab ada 1 kelas iaitu 4 Utarid yang aku belum pernah masuk mengajar lagi..phuii..apa punya sibuk kerja..sampai nak ngajar pun tak sempat…Bulan januari tadi juga aku akhirnya selamat menduduki exam tertutup bagi semester 2 aku di UiTM, Alhamdulillah sebab markah quiz aku memang dah gempak..terimakasih Allah sebab kurniakan sedikit ilmu untuk aku mahir teori dengan agak mudah..semoga aku dapat mahir lagi untuk teori akan datang..hmmm…genap dah sebulan, malah dah nak masuk 2 bulan ayah tinggalkan kami sekeluargakan …bak kata isteri aku, masih terasa ayah ada disini, di KL, sebab ayah sentiasa hidup di hati kami..kesian mak, sekarang hidup sendiri tanpa bertemankan ayah, maafkan kami jugak mak sebab tak boleh selalu datang ke anjung  Villa tu…tapi kalau ada kelapangan,insyaAllah aku dn family mesti sampai kat sana....
Akhir kata, selamat menempuh bulan februari dengan baik kepada semua…aku just tetiba nak listkan nama kawan2 aku yang aku masih tak jumpa sekian lama…semoga korang akan ingat aku sentiasa,sebab aku bukan ramai kawan pun…selamat malam semua.
Where are they now??
1.       Ahmad Shukri ( last seen..tahun 3 di SKSMA …)
Apa yang buat aku ingat kat hang= hang sebut nama aku sebagai “Ghairi “.

2.       Azhar , Hassan Basri, Puat ( jasmi ), ( last seen at SKSMA )
Sahabat2 sekolah rendah yang aku tak pernah jumpa dah selepas sekolah.

3.       Nik Jom Eh Kan, Nurul Azam,Husni kamal,Aswad skaters,Rafiq bunga ( last seen at Ti Penang )
Sahabat asrama  dan sahabat 5j3 yang paling sempoi.


Sunday, January 1, 2012

salam tahun baru 2012...

semalam tepat jam 12 tengah malam,secara rasminya kita sudah memasuki tahun baru 2012, apa sambutan aku? macam biasa, aku tak pernah rasa apa beza pun,setiap tahun azamnya tetap sama.majukan diri dan kuruskan badan..erkk tapi belum berhasil la geng,apapun just sebagai reminder kepada semua yang suka membaca blog biol aku ni..aku senaraikan sorotan yang paling bermakna..suka dan duka sepanjang tahun 2011 yang amat bermakna kepada aku.....


SUKA..............................
1. Aku akhirnya bebas daripada mengetuai dan membuat SMM( Sistem Maklumat Murid ) yang pada aku tak patut cikgu2 yang buat, kerja yang aku pegang hampir 6 tahun...bosan + menyampah...


2. Dapat bermain Futsal yang dah lama teringin sangat aku nak main..terimakasih kawan2 terutama Dzulhasmi yang setia membooking padang.

3. Dapat Guru Besar baru yang rupa-rupanya orang muzik,sebagai hasilnya,aku ada keyboard yamaha yang walaupun lama,tapi soundnya superb..terimakasih Cikgu Rolan,hope more to come.

4. Dapat APC!!!!..wow..

5. dapat pakai DSLR dan TV LCD ...

6. COURTS dah lenyap dari jiwa.

7. Yang paling best..tentu sekali..menerima kelahiran anak kedua ..Muhammad Khalis Thaqeef pada september lepas...life is completes!




DUKA.... :-(

1. Rumah Hijau kalah sukan tahunan lagi.....nyaris sangat nak menang...

2. Ragbi kalah saat akhir bawah 10 dan tempat ke 3 je bawah 12.

3. kereta banyak calar ( langgar gate sek agama dan langgar tayar lori atas highway !!!)

4. JVC aku takda port HDMI rupanya...

5. Dhiya' terhempap tin susu kat kuku kaki atas kecuaian aku..

6. Nurul Hasanah...( cakap pun tak guna)

7. Al-fatihah Arwah ayah....semoga ditempatkan dikalangan orang beriman....