in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Monday, August 30, 2010

Merdeka!!! Merdeka !!!!

whelie...jangan tak whelie...


adik khairul menyanyi lagu bahtera Merdeka

adik Zakwan ..juara pertandingan hias basikal...


kami sayang Malaysia..MERDEKA!!!!!!



salam semua....malam ni tepat pukul 12 tengah malam nanti, maka tepatlah 53 tahun negara kita yang tercinta ni Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-53...sekarang sambil menaip blog ni..aku melayan cerita ' sarjan Hassan ' di TV2 ni..walaupun ceritanya telah aku hafal sementelah berulang kali aku nonton cerita ni..dari kecik rasanya..tapi sempena bulan merdeka ni tak pulak aku jemu..cerita ni sangat bagus ditonton generasi muda kita bagi menghayati betapa jerih perih generasi terdahulu kita menuntut kemerdekaan..bilamana melihat senario negara aku masa kini..tentu sekali orang yang waras seperti aku merasa sedih..lihatlah..betapa negara kita telah dijajah pelbagai bangsa..Indon yang tak tahu diuntung...Bangla yang busuk ketiaknya...Nepal dan Vietnam yang kuat meludah dan meratah kucing kita..sehinggalah negro yangtebal bibirnya..bebas berkelana di negara kita..bebas berniaga..bebas nekerja..bebas mengorat anak dara..bebas melarikan anak kita...bebas mengutip kangkung mahupun mangga kita..bebas bermain bola di padang permainan kita..dimana orang kita?...generasi muda kita?..nak cari kerja pun dah susah..nak main bola pun dah susah...nak naik bas kena jadi Gagah...nak buat apa pun susah...last2 rempit..dadah..bohsia...cipta mercun..meragut...tu ja yang kita mampu..tapi bukan semua generasi kita begitu..masih ramai generasi kita yang kuat,dan tak mahu dijajah lagi..tapi masih ramai juga yang bodoh..barat dipandang tinggi..malah mereka lebih kenal Justin Bieber daripada pejuang kemerdekaan kita..dimana salahnya?...ntahlah aku pun tak tahu..sebagai rakyat marhaen..jiwa aku memberontak..aku tak mahu melihat lagi negaraku dikuasai warga2 asing..aku nak Chowkit..Jalan Silang..Klang..bersih dari wajah2 jongos mereka..tapi bagaimana ya....aku juga marah bilamana mereka mahu usir rakyat kita disana..bilamana mereka melontar najis di maruah kita...Cilakak betul...tapi aku tak punya kuasa..aku juga hairan bilamana..' benci bilang cinta ' dan sewaktu dengannya masih bebas keudara di tv kita..Boikotlah..supaya mereka tahu kita Marah..tak rugipun...hmm..dah lah..hari ni..sekolah aku mengadakan sambutan Kemerdekaan...memang meriah walaupun sederhana..harapan aku agar generasi muda di bangku sekolah kembali memartabatkan negara kita satu hari nanti..janganla leka,,ok malas nak cakmap banyak..tengok la gambar2 ni hehe..babai selamat menyambut kemerdekaan ke 53..MERDEKA!!!..MERDEKA!!












Friday, August 27, 2010

ceramah iftar ramadan..

sesi muhasabah...

mereka yang masih......



mantoooppp..


budak2 berbuka bersama..


berbuka bersama ngeratkan kita hahaha....





salam semua...semalam sekolah aku..SK Taman Klang Utama telah menganjurkan majlis berbuka puasa,solat terawih dan solat hajat sempena ngan UPSR dan bulan Ramadan yang mulia ni..selain tu ada juga diadakan ceramah motivasi yang penceramahnya memang spesel..haa nak tau siapa? Uztaz Zamri mantop tu...ok la jugak ceramahnya tu pendek kata tak bosan la...tu pun yang aku kesal ada gak segelintir budak yang memang ditakdirkan bangang agaknya..sanggup lepak dalam jamban( tandas ) dari duduk di najlis ilmu tu..ikut hati mau ja aku tendang sekor2 ataupun kunci ja dalam tandas tu tak yah kuar dah...apa punya budak..bukan senang nak panggil Uztaz Zamri tu dioarang lak leh ponteng..pelik2...semalam selepas ja ceramah aku..terus balik,,tak sempat join terawih n solat hajat..sebab rasa lapar sangat ( tak puas berbuka kat sekolah hahaha )..so aku ngan Shuk mahadi belah je hehe jangan marah ha..bukan selalu..heheh..

Monday, August 23, 2010

serbu tak pakai helmet?

..salam semua..hari ni aku nak tulis satu topik yang aku pun tak jangka nak tulis...topik ini mungkin penuh ngan caci makian yang mengurangkan pahala puasa aku..apapun..aku rasa nak tulis jugak..sejak 2 - 3 hari lepas setelah aku post satu komen kat wall aku di FB aku..aku mendapat pelbagai komen dari kengkawan ..kebanyakkan nya bersetuju ngan aku..well aku cakap pasal sikap ibu bapa ( segelintir ) yang suka amik tau pasal hal anak2 yang bukan hal yang baik..contohnya anak gaduh ngan kawan kat sekolah..dia yang lebih2..padahal..tak siasat apapun..dengar crita anak ja terus nyerang budak lain..kalau anak baik cam malaikat takpala..ini anak2 mereka tu kebanyakkan pandai bermuka-muka..pendek kata sama ja..si A ngan si B..takda satu yang baik satu yang jahat..alah budak2...biasa la..lasak..tapi si bapa ni tak leh terima..kononnya anak dia tu baik gila..bukannya apa..aku banyak kali gak nampak depan2 mata kejadian nyerang budak2 ni..yang aku geram..ni sekolah..ada undang2..bukan boleh main serbu ja...kalau ada masalah laporkan pada guru bertugas atau pihak pentadbir..jadi tetiba nak jadi cerita..ada satu komen reply wall aku ni..yang tetiba menyalahkan aku..maki2 aku dan tulis perkataan yang ( bapak ) dia ajar agaknya..aku pun tak kenal hamjadah ni..dari mana timbul..dari longkang agaknya..tetiba nak menghina golongan cikgu terutama aku dan kawan2 aku yang defend aku..aku mula malas nak layan..tapi bila celaka tu ungkit pasal fizikal aku la anak aku la..memang aku geram..puas siasat aku dapat tau penama tu budak baru sek menengah form 2b..aku yang geram ni kalau ikut amarah memang kacang ja aku g serbu sekolah menengah tu..tapi aku berfikiran waras..buat apa nak jadi bodoh macam dia...aku delete terus dia dari list aku..komen tu aku tak delete..biar org lain baca..bila dah delete..si mangkuk tingkat ni mesej plak kat inbox aku..kata aku penakut lah apa lah..hahaha..sebenarnya dia yang penakut..hari ni aku suh dia mai sekolah..mai la cari aku..katanya nak ada GB sekali nak bongkar pasal aku..hahaha..bangang bin bahlul betul..tunggu2 tak mai pulak..mesej pun tak berjawab..dasar budak sepesis anjing jalanan agaknya..pandai nyalak bukit ja..suh datang sini takut terperuk dalam seluar dalam dia..hahah..memang dasar penakut menyalak bukit...
nasihat aku pada korang semua...jangan ingat kita ni samseng..selalulah merendah diri dalam banyak2 hal...kalau aku da salah ..aku takkan segan silu nak mintak maap kat sesiapapun..ok skang aku tengah nunggu anjing tu datang...ok babai semua asalammualaikum..

Wednesday, August 18, 2010

Pekerjaan Terulung di abad ini..GURU...

salam semua...tengahari tadi aku attend satu mesyuarat pasal pelan strategik apebenda ntah..bila dah pening2 aku pun bantai la tido je..ape pun aku malas nak dengar...hmmm..bila pikir2 balik..teruknya kerja seorang guru ni..dah nak macam jadi penganalisis ekonomi negara agaknya..malangnya gaji tak naik2 pun..malah kerja lebih masa pun tak da gaji...korang tentu pikir aku dah give up jadi cikgu ye..tak bukan macam tu maksud aku...kerja cikgu ni seronok..yang tak seronoknya beban kerja selain mengajar...okla..malam ni aku nak dedahkan berapa banyak pekerjaan yang seorang guru terpaksa lakukan sepanjang bergelar guru...

1. Polis= ( guru disiplin )memantau disiplin,menangkap pembuat salah, mendenda dan dibenci
pelajar...

2. Pustakawan ( guru Media ) mengendalikan perpustakaan yang penuh buku usang2...

3. Pegawai Zakat ( Guru Kwamp) mencari pelajar-pelajar yang susah untuk dibagi bantuan..yang tak dapat mencaci hamun cikgu..

4. Doktor = kalau ada pelajar yang sakit..haa,,cikgu la kena rawat luka sapu minyak malah basuh berak..huhuhu

5. Tok Dukun = istimewa untuk uztad2..maklumla sekarang ni banyak sangat kes histeria hehehe.

6. Kerani JPN = memasukkan data2 pelajar setiap tahun...sampai leh hafal alamat umah dan nama adik beradik budak2 satu sekolah.

7. Jurulatih = khas untuk guru2 PJ la..macam macam sukan kena tau...

8. Penyanyi = Khas untuk guru2 muzik atau moral ke..nyanyi tak sedap budak tak suka.

9. Driver = menghantar dan menjemput budak2 ..minyak nanti claim..heheh

10. tukang Kebun= memantau pokok2 bunga dan mengecat dinding2 sekolah

11. Pegawai bank = mengumpul duit2 yuran pada awal persekolahan.

12. Tentera = membawa budak pergi berkhemah di hutan.

13. peniaga = jika ada hari kantin..ha masa ni la nak tunjuk bakat.

14. Pelukis= melukis mural di dinding2 sekolah.

15. hakim atau peguam.= membicarakan kes salah laku pelajar.

16. Mekanik = membantu membaiki atau memecah kan kunci basikal pelajar yang hilang.

17. Imam atau Bilal= jika ada kem2 bestari solat.

18 Pegawai pencegah maksiat = menangkap pelajar yang selalu dating

19. juruelektrik = membaiki perkakas elektrik yang rosak dihantam pelajar

20 . Tukang kayu = membaiki kerusi meja pelajar yang sering digigit pelajar yang ganas

21. kerani mengundi = khas untuk hari ngundi sahaja

22. pereka fesyen = mereka baju untuk pertandingan2...

23. jurumekap = mekap pelajar yang masuk pertandingan bercerita ke ape ke.

24. Tukang jahit = menjahit seluar pelajar yang koyak

25. penganalisis politik = khas untuk cikgu2 yang nak masuk politik,,,hehehe

demikianlah sebahagian kerja cikgu yang kita tak nampak..so..banyak kan..heheh spa kata jadi cikgu tak best..ha macam2 keja boleh cuba hehe

Tuesday, August 17, 2010

Sekolahku syurgaku?

salam semua..malam ini aku nak kupas sikit satu isu yang mungkin anda diluar sana sudah atau belum maklum..masalah disiplin pelajar sekolah kita masa kini..well malam ni aku nak dedahkan kepada korang semua apa masalah yang berlaku di sekolah masa kini..dan fokus aku adalah sekolah rendah ..ya sekolah rendah..bukan menengah tau...tujuan aku bukan nka mengaib kan sesiapa..cuma sekadar renungan dan tindakan dari semua pihak amatlah dialu-alukan...

tajuk besar: PERKARA YANG DULU KITA TAK TERFIKIR NAK BUAT..TAPI SEKARANG MEREKA ( BUDAK2 SEKOLAH RENDAH ) DAH PUN BERANI BUAT..


1.Bercouple aka berpasang-pasangan...
.......masalah ini dah lama jadi kat sekolah..dulu pun mungkin ada,tapi kita masih malu dan rasanya tak buat di sekolah rendah. Budak2 sekarang terutama tahun 6,dari kelas hujung hingga kelasa harapan..aku tengok ramai dah ada pasangan masing2...hahaha..nak termuntah pun ada..kalau tak percaya tengokla dalam facebook diorang..mesti jumpa la pasangan masing2..memandangkan fikiran masih belum matang..diorang tak akan boleh sembunyikan dari kita .Jika diperhatikan dalam kelas,yang mengelamun,yang tersengih sengih,ataupun di kotak pensilnya mesti ada nama pasangan..itulah yang tengah angau..aku juga terkejut dengan beberapa pendedahan pelajar yang pandai pegang tangan...dating di tandas..menulis surat cinta..dan banyak lagi...ibu bapa kena pantau skang..takut2 kes buang bayi semuanya berpunca dari benda ni...

2. Gangster aka samseng taik kucin.
......pelajar tahun 6 dah pandai memeras ugut pelajar tahun dibawahnya..biasanya yang jadi mangsa pelajar2 yang kaya dan yang lembik..masalahnya yang kena ugut ni tak langsung nak gtau cikgu,biasanya kena korek2 dari kawan2 nya baru pecah lubang..aku pernah beberapa kali handle kes2 macam ni..si pelakunya memang nampak macam samseng taik kucin..yang macam nilah aku suka ajar cukup2...kadang2 kawan2 sekelas sendiripun nak diperasnya...kalau yang berbangsa india..mereka akan conteng di dinding dengan nama2 kumpulan samseng taik kucin mereka iaitu 21 top,08 top dan macam2 lagi. semua pengaruh datangnya dari abang2 dan kawan2 yang lebih tua..tak hairan jika di sekolah rendah lagi sifat2 samseng dah bercambah.

3. Pakaian dan Rambutyang ala2 samseng.
jika kita perhatikan sekarang..kasut high cut dah tak jadi masalah kat sekolah rendah ni. kadang2 stokin yang bermacam jenis dibelasah,yang paling diorang suka yang jenis pendek.Lembaga Disiplin tak pantau ke? tak hairan la pelajar menengah dah macam high school musical dressingnya..Pelajar sekarang rambut semua nak pacak ala2 akim ataupun aril aF tu..aku kalau nampak memang aku sisip sampai jadi skema balik...aku masih ingat di masa tahun 6 dahulu,aku pernah buat rambut potongan GQ yang top masa tu ( rambut aktor cina )..bukan nak buat pun,abang aku yang guntingkan..ha abih satu sekolah kecoh..last2 kena potong elok2 semula.tapi sekarang mak ai..rambut..yang ber die pun ada..katanya mak dia yang taruk..alahai..nak salahkan siapa?..pompuan pun sama,mentang2 pakai tudung diorang ingat aku tak tau..kalau yang lelaki cover dengan songkok..pakaian pun sama,lepas ja waktu sekolah..baju dah lepas ke luar..aku dulu sampai form 5 pun cikgu dok tegur lagi...takut nak buat..skang lepas depan kita selamba ja..

4. Mencuri
..kalau setakat curi pensel,pemadam ..alah alat tulis la..memang hari2 berlaku..tapi yang paling gila...Curi duit cikgu dalam beg dan terbaru curi radio..haa radio..diletaknya dalam beg dan dibawak balik ke rumah..aduiiii..aku dah jadi takut nak tinggal gitar ke,kibod ke ataupun radio kat bilik muzik..kenapa sampai jadi begini?...sekolah tak ada guard ke?..Yang herannya..si penyamun tu dah pecah lobang..aku ingatkan dah tak nak datang sekolah mungkin takut ke ape ke..rupa-rupanya dia leh selamba datang...radio? tinggal kat rumah....punya gila...

5. Vandalisme
....aku ingat kita dulu nak conteng meja pun takut..sekarang ni bukan kata meja..bangunan sekolah dah penuh ngan nama2 ..kumpulan samseng la..love sape2 la..yang paling gila yang ngutuk cikgu pun banyak..setakat ni nama aku lum naik..kalau naik sipa la korang,,,aku dalam 2 minggu sudah dapat cekup 3 orang budak yang kencing..ya kencing selamba kodok kat paip di luar tandas..bukan dalam tandas..dah la tempat tu kadang2 budak2 buat tempat ambil air sembahyang...ikut hati mau ja aku potong anu budak2 tu...haram sungguh...

6. Ejek nama bapak,atok,mak
...sekarang ni,budak dah makin kuang ajo..diejeknya nama bapak,atok,mak...bila ejek mengejek2 lama2 bawak ke tumbuk menumbuk...kadang2 bila kita panggil nama penuh seseorang budak..dia akan kata..ala cikgu jangan ejek nama bapak saya..aduhai..dah sampai macam tu dah..diorang akan pandai cari nama dalam register semata-mata nak ejek nama bapak. kalau kata depan aku,dah tentu kena pelempang..

7. bawak handphone ke sekolah
..mungkin kata orang..ala zaman sekarang..benda tu dah jadi keperluan..well tapi bila hilang..kau nak ganti ke? sebabtu jangan bawak....aku ari tu, bukan nak amik atau rampas pun hphone sorang budak ni..tapi dia bengang sebab kawan2 dah bocorkan rahsia dia bawak hp,dengan kurang ajarnya dia hempas hpnya ke aku..nah amik katanya..menyirap darah aku..mujur la budak tu perempuan..kalau tak dah lama aku lipat...sempat kata babi lagi ke aku...bila nak balik...kau ingat aku buat apa?....hei..geram memang geram..tapi tak mau panjang cerita aku pun cari balik budak ni..dan bagi balik hp dia..dia lari dan terpaksa aku suh kawannya kejar dan bagi..bukan apa,aku tak mau jaga hp tu..tapi hati memang membara sampai skang..aku simpan diam2..kalau ikut hati memang lempang la jawabnya..kurang ajar tambah kurang asam..

hmm..sebenarnya banyak lagi..tapi aku senaraikan yang diatas ni dulu..hairan kan..dulu kita tak terfikir nak buat benda2 macam ni..mungkin sekarang teknologi dan kemodenan membuatkan kehidupan dan sifat sopan kita dah lenyap ditelan zaman..aku juga punya anak..aku juga takut akan permasalahan begini terjadi kepada anak ataupun anak2 buah aku..semoga nilai2 murni kita guru terapkan selalu kepada anak2 didik kita..apa guna 5A kalau tak ada manners..renung2kanlah..sekian wassalam..

Monday, August 16, 2010

Mana mau makan.....

salam semua....well sempena ngan bulan puasa ni..aku cuba nak senaraikan setakat mana pengetahuan aku tentang kedai-kedai makan yang menarik untuk kita berbuka puasa sekitar Klang ni,hmm kadang2 kita dah jelak ngan makan kat rumah aje ataupun tak larat nak g bazar..haha apa lagi mungkin kedai-kedai makan ni adalah jawapannya..

1. Restoran Ros seafood
Lokasi : batu 6 jalan kapar..berdekatan simpang ke Sungai Kapar Indah,
Berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Sementa.

Kelebihan : Masakan boleh tahan dan waktu menunggu yang boleh dikatakan cepat..

Kekurangan : meja yang agak lusuh dan awek pelayan tak cun membantutkan selera.

well.kedai Ros ni lah yang paling hampir ngan umah aku,masakan dia ok la..takda la sampai mengalir air mata, apapun ok la kedai ni..aku bagi 2 bintang.


2. Restoran batu 7 ( apa ntah nama dia )

Lokasi : batu 7..berdepan balai Polis SKI
hampir dengan simpang ke petronas SKI

Kelebihan : ada air gelas besor yang sungguh besor

Kekurangan : Pelayan yang kurang mantap berbahasa melayu ( siam mari )

hmm,kedai ni bleh dikatakan baru diambil alih pengurusan baru,setakat ni..masakan dia ok,ditambah ngan air gelas besarnya yang memang puas.Udang tepung dia pun sedap,cuma satu kekurangan dia,pelayan dia mungkin baru sangat maghi dari thailand tu..kita mintak lain skit dah garu kepala..hmm camna tu..oklah aku bagi 2 bintang gak kat kedai ni..


3. Ahmad Tomyam

Lokasi : batu 2 atau 3 ( tak sure ) jalan kapar
berhadapan masjid, tak jauh selepas simpang highway ke north port dan simpang
kg batu 3..juga dekat ja ngan Carrrefour Klang. ada cawangan kat jalan shapadu lama.

Kelebihan : Tomyam yang sedap,masakan memang tip top.

Kekurangan : Harga kadang2 mahal kadang2 murah..

well.ni pun salah satu kedai faveret kuarga bini aku..semuanya sedap kat sini,ditambah ngan parking yang luas,ada mainan lagi n stroler baby pun disediakan..dekat gak ngan masjid malah ada surau lagi..pilihan polis2 melantak..3 bintang untuk Ahmad.


4. Afnan Seafood

Lokasi : Batu Belah Klang, Dekat ngan masjid Batu Belah
Masuk simpang kanan depan Shell pertama ( jika dari tol 60 sen )

Kelebihan : Pelayan yang cun tapi pondan ( hahahah )
ada western dan ada pondok2 menarik untuk dilepak sambil santap

Kekurangan : nasik goreng dah masak lama ( sejuk )
pelayan pondan yang memualkan .

hmm,sini pun ok..kalau nak berbuka,kul 5 dah kena tepon kalau tak alamat duduk atas tanah la ..coz takda tempat.masakan ok except nasik ready made tu lah..westernnya pun sedap dan pondok2 memang menarik, 3 bintang untuk afnan.


5. Restoran Aman seafood

Lokasi : batu 2 jalan kapar, sebelah kiri jika dari klang.
bersebelahan ngan Papa seafood..dekat ngan masjid hijau.

kelebihan : nasik goreng pattaya isteri gua cakap sedap
layanan agak cepat

kekurangan : meja tak cun,pelayan pun tak cun.

hmm sini pun sedap,masakan ok,servis cepat, dan meja pun banyak..jangan g Papa sebelah tu coz sini lebih berpatutan harganya,dekat ngan masjid dan Carrefopur jadi senang la nak shopping...2 bintang untuk Aman seafood.


6. D'Naina mamak bistro

Lokasi : dalam carrefour Klang

Kelebihan : servis bagus,roti canai pun sedap

Kekurangan : mi goreng kureng skit dan lain dimintak lain dibawa..

ha,kalau kedai mamak lak,yang ni la paling dekat ngan umah aku,walaupun tak leh celen ngan kedai mamak kat kg, tapi kira ok la..mi nya kadang ok kadang tak..tengok la siapa masak..yang aku tak gemar,pelayannya suka sangat ngusik n main pipi anak gua..okla 2 bintang untuk Dnaina.


7. Muara Ikan bakar ( pelabuhan Utara Klang )

Lokasi : Pelabuhan Utara Klang,

Kelebihan : tempat glamer,masakan sedap,luas,dan view canteek.

Kekurangan : Mahai nak mampuih, kebersihan katanya dah hancur,dan jauh skit.

well.kalau nak pemandangan laut dan ada karaoke lagi sini la tempatnya,dulu sini memang top.sebelum kedai ikan bakar kat jeram memintasnya..harga memang mahal la..tapi pada yang kaya takda hal la..sedap??..boleh la..ikan pun fresh..jadi 3 bintang untuk kedai ni...


8. NLK ( nasi lemak kapar ) bistro

Lokasi : Kapar ( pekan kapar ) betul2 kat pekan kapar.

Kelebihan : makanan yang pelbagai..bukak 24 jam..ada western n nasik lemak yang best

kekurangan : orang ramai selalu,pelayan kurang mesra dan harga tak murah sangat.

hmm, pada yang nak rasa suasana bistro,sinilah tempatnya,NLK ni memang top kat kapar ni, ada macam2 makanana,dari roti salad,roti canai,seafood,nasi lemak membawa ke western..u name it u got it la..aku dulu selalu gak bersahur kat sini..coz dia bukak 24 jam..bulan puasa ni mungkin dalam kul 6 tutup da..ok try la kat sini..3 bintang ooo.

ok,walaupun masih banyak lagi kedai2 kat klang atau area kapar ni..aku bagi 8 dulu ke korang..yang lain akan nyusul nanti..memandangkan 8 ni yang selalu aku g,yang lain tak adil la aku nak review memandangkan aku jarang atau tak pernah g..apapun jangan membazir di bulan yang mulia ni..berbuka ikut kemampuan diri..bukan kemahuan diri ye..ok ..salam semua..babai..

Tuesday, August 10, 2010

salam ramadan al-mubarak...

salam......mulai besok,maka bermulalah perjuangan kita dalam menghadapi bulan ramadan..first sekali syukur sangat aku dapat menyambutnya lagi sekali...harapan aku agar tahun ini kami sekeluarga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna..amin...well..tahun ni Dhiya' dah besar..dah boleh jalan dan dah lasak..abih la adik nanti kacau umi,ayah n nenet berbuka hahaha,untuk sahur nanti aku dah tekad tak mau lagi makan banyak2..berbuka pun sama..tahun ni harapan aku 30 hari puasa dapat la aku kurangkan berat badan..well...apa kabar mak dan ayah di sentul dan keluarga di kampung..nanti ada masa kita berbuka sama2 ye..rindu korang semua..rindu masakan mak...alahai sedih la plak..malam ni aku tak sempat nak wat tarawikh..bukan apa tadi g Carre4 jap beli barang2 skit untuk masak sahur sok..mulai tahun ni aku dah tanam azam nak wat tarawikh sekerap mungkin..dan tak mau ponteng2 lagi..( malam sabtu susah skit kot hehe ..ada bola )..apapun aku cuba..dalam bulan puasa ni dapat la rilek jap dari ngajar ragbi..penat jugak..tapi aku risau jugak takut kalau2 budak2 aku lupa..maklumla tak penah main,tengok..dah tu latihan plak kurang..haduyaiiii...emm kat sekolah plak skang ni ada ujian..jadi tak la penat sangat..nanti dah abih siap la..nak memanjat ke bilik muzik tu penat ooo hehehe...oklah..akhir kata.aku mewakili isteri dan anak tersayang mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang mengenali aku terutama yang membaca post aku ni..semoga ramadan kali ini disambut dengan penuh kesyukuran amin...salam ramdan semua..assalammmualaikum..