in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Monday, March 21, 2011

UiTM di hatiku?



assalammualaikum wbt..salam bloggers semua...lama tak menjengah kat sini,bukan apa minggu ni memang Bz, selepas ni ,aku akan lebih sibuk lagi sebab sekarang aku sudah bergelar student ..ye..hehehe dah tua2 pun masih kena belajar lagi..mulai 19hb ari tu aku secara rasminya sudah menyambung pelajaran di bidang yang aku minati iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik, syukur aku dapat sambung dalam pengkhususan aku dan tak lari opsyen..( takut sebab ramai juga kawan2 dah tertukar opsyen..simpati ngan kak su..)..selama 4 tahun lepas ni..berulang alik lah aku ke UiTM Sham Alam ( lega lagi sebab dekat ngan umah ).seksyen 17 intec untuk belajar, walaupun begitu,kelas aku nanti cuma akan diadakan sebulan sekali dimana kami semua akan belajar secara iclass ( kelas maya ) melalui online.ha pengalaman baru tu..susah tak susah aku terpaksa redah jugaklah..halangan utama tentu sekali sebab semua kelas,assignment dan lecture mahupun presenting dibuat dalam Bhasa Inggeris..mak aiii..rasa nak nangis beb..bukan susah pun tapi sukar gila jugak selama ni kta nak bercakap tu boleh cuma nak bagi betul grammar tu yang susah gila..tapi bila pensyarah kata..belasah je dan jangan malu nak cakap..aku rasa ..mungkin boleh redah kot..apapun haeapan aku agar semua nanti berjalan lancar....pada 19hb aritu,bertemankan bini aku..aku pun gi la daftar kat UiTM kampus seksyen 17..mujur juga datang awal..bukan apa bila umah dah dekat rasa macam nak datang lewat jugak..bila datang awal..siap daftar pun awal..mujur juga tak banyak kerenah dan licin urusannya..yang tak berapa nak best tu..bila taklimat dan jadual urusan nya kucar kacir..dari sepatutnya habis kul 1230 melarat sampai ke kul 430 petang baru setel..wahhhh..naik berbulu bini aku..mujur ada bini Najib ngan cerita2 nya menghiburkan bini aku heheheh..apapun aku juga nak ucap tahniah kepada semua yang dapat PPG kali ni kawan2 yang setia bersama..Ikram,Najib ,Kimi, kita belajar sama2 nanti..junior2 dan geng2 klang..termasuk akak aku kak yu pun dapat,tapi nun juah kat USM sana..selamat ber ali setan le kat sane hehehehe...ok sebelum gua akhiri coretan malam ni terimalah lagu rasmi gua sekarang..UiTM in my heart..bravo..chow....

Lirik Lagu UiTM Di Hatiku

Wujudku di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra putrinya
Pelopor hidup budaya bangsa,agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku ku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya……demi bangsa

Watikah yang kumiliki kan kusemat di hati
Janjiku kepada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hatimembela negara
Doa restu ayah bondaku untuk semua
UiTM…usaha taqwa mulia.

Tuesday, March 15, 2011

10 most idiot or evilest thing we,ve ever done while we in hostel...

10......sewaktu malam perkhemahan....kami menangkap ikan di dalam kolam ikan sekolah untuk dipanggang!

9. ....memaki hamun pak guard dari dalam dorm dengan lampu dipadamkan....( Cempeghaa kadok!!)

8......membuat master key di bengkel KJ dan cuba membuka semua bilik yang ada di sekolah di waktu malam.

7.....cuba menonton cd lucah di bilik kaunseling....( memang jahat )

6.....membuli hana yang sorang je budak pompuan dalam kelas ( haaanjing ).

5. ....melastik mata Tan Chin Guan sampai kena penampar geng2 yang disyakki.

4......menyusupkkan sosej dibawah nasik supaya dapat free kat kantin ( memang jahat ).

3.....meniru sign warden sebab nak balik kampung......

2. .....meneropong aspuri di waktu pagi...( teropong Nik jom )

1...belasah baju orang yang sidai kat ampaian untuk PJ..pas tu sidai balik...bila dah berpeluh hehe

eerr..jahat sangat ke? biasalah..banyak lagi nak tulis...tapi tak cukup top 10..err..korang pun mesti banyak gilakan kenangan di hostel..hehe sekadar kongsi..tetiba je teringat...

Saturday, March 5, 2011

Jangan sombong dalam hidup.....

buat anak-anak didikku yang ku sanjungi......

Selama mana kita akan jadi juara......
takkan selamanya kita disanjung ....
belajarlah menghargai apa yang kita ada..

Bait-bait permulaan tu saja aku tulis,sekadar luahan hati yang bergejolak sejak dua tiga hari ni..korang nak tahu ke kisahnya?..hmmmm ini cuma sekadar luahan hati dari dalam diri..apa yang aku rasa aku luah..apa yang kau rasa tak betul kau luahkan lah ke medium pilihan kau..mesejnya..ada aku kisah hehehe...aku melihat perkembangan anak2 didikku dari seawal tahun 4 hinggalah ke saat bergelar senior darjah 6....selama 7 tahun di sktku..akuy melihat gejala lupa diri semakin meluas dikalangan anak2 didik yang baru berusia setahun jagung..aku tak dapat membayangkan sikap ini dibiasakan dalam kehidupan akan mendatang nanti...sekadar memberi beberapa nama yang humble dan merendah diri ..aku cuma dapat namakan ....mungkin..najib shaharudin,( yang selalu menegur kalau berjumpa )..farid, shahdan, dan kawan2 mereka...mereka ni tak pandai pun dalam pelajaran..tapi sikap mereka membuatkan aku lebih senang berbanding pelajar cemerlang yang agak susah nak jumpa lepas ja keluar sekolah..kalau jumpa pun haram nak gtegur..hehehe..takpalah mungkin mereka rasa aku tak penting dalam kemajuan diorang..sekadar guru muzik ja..gagal pun takpa...tak jejas pun...hmmm..dalam 2 3 minggu ni..aku terasa hati betul dengan adik2 kumpulan nasyid Islamic junior tu...sebelum tu aku nak jugak ucap tahniah keatas diorang yang dapat tempat ke dua dalam pertandingan nasyid ( indie ) palestin baru-baru ini....( sekadar fakta....jika bertanding peringkat sama dalam daerah..komfem kena titik )..bukannya aku nak dengki ngan pencapaian tu...tak pun..cuma agak kecewa tak diberi peluang membantu menyediakan kumpulan tu memandangkan aku punya ilmu dalam hal-hal ini..nasyid? apa yang susahnya...saya dah study macam2 jenis muzik dan pada saya nasyid tak sesusah mana pun..malangnya mereka tak mahu pandangan aku langsung..cuma bila last minit dan terdesak baru datang nak jumpa HEYYYY!!!! apa ni...aku ada maruahlah...bakat aku bukan picisan!!..dan seperti dijangka aku malas nak tolong..( WALAUPUN BEGITU AKU MASIH MEMBERI SEDIKIT ILMU BEAT TAMBORIN DAN TOLONG SLOW TALK KORANG NAK PINJAM CONGGA!!!)tapi mana ada sapa peduli hal itu...dan aku kecewa melihat adik2 dalam band nasyid tu seolah2..agak dingin dengan aku...pelik tapi benar...bila sepatah ditanya sepatah dijawab..pendek kata SOMBONG!!!....dan tindakan korang buang Adam mikail dari kumpulan tu memang tak patut..dan lagu kedua korang tadi ( lagu aris 1234 )...terang-terang ceduk idea saya....dan melodi nya salah!!! korang sedar tak???..sebagai pencinta seni...aku memang tak pernah suka orang yang bodoh sombong dalam dunia seni ni...apatah lagi penyanyi nasyid yang lagunya mengajak kearah kebaikkan...kontra sangat...akhir kata...buat siapa jua yang bertanggung jawab menjadikan mereka sebegitu ( sayang sekali zulhusni dah berubah )..saya tak pernah memaafkan anda...anda lah punca segala perpecahan ini..dan amaran saya..bertaubatlah segera.....janganlah dimomokkan benda2 yang tek betul kepada anak2 yang suci semua tu....otak anda yang kuning dan berkarat tu cucuilah dahulu sebelum mengajar orang ke arah kebaikan....ok..akhir kata tahniah adik2 projek kalau berpacaran tadi..anda terbaik dan kejujuran kita sebenarnya lebih baik dari lakonan mereka...selamat malam.

Tuesday, March 1, 2011

permulaan yang hebat...

Assalammualaikum....lamanya tak menulis..malas jugak..macam mana nak jadi Blogger hebat ye heheheh,hmm apapun malam ni ada sedikit mood nak nulis walaupun saya tak berapa sihat sangat sejak dua 3 minggu ni..ntahlah..sesi penebusan dosa-dosa kecil ni kekadang meragut beberapa hari yang agak kritikal...2-3 malam yang lepas aku langsung tak bleh tido..sejam tido je terjaga...pagi tadi siap muntah..alahai..harap2 sakit biasa ja lah..ye la rasanya hidup ni masih banyak yang nak dibuat..semoga tuhan panjangkan usia cikgu khairi ...buat cikgu2 kat sekolah kalau ternampak saya tertido tu maafkanlah saya..saya betul2 tak sihat...gagah datang sekolah demi tak mahu MC...malam ni aku nak cerita sikit pasal kejayaan aku akhirnya setelah 3 tahun mencuba..aku berjaya juga mencelahkan diri nak ambil ijazah..ya ijazah..mengupgradekan diri..tak paham? maksudnya aku dapat sambung belajar ke gred yang lagi baik berbanding sekarang..tahun ni ramai betul kawan2 yang dapat..lega rasanya bila aku pun dapat sekali..termasuk kakak aku juga pun dapat..syukur..sama-samalah kita bergelar siswazah nanti ye..insyaallah..aku juga masih menanti nantikan kat mana aku dapat tawaran belajar tu..harap2 dapat yang dekat la...harap2 boleh dapat maktab lama iaitu MPIK..sebetulnya mana2 pun tak kisah..tapi disebabkan ni cuma belajar semasa cuti dan aku pun dah berkeluarga..tak mau la jauh2 plak..hehhe...semoga selepas ni aku dapat mencari tune semula nak jadi student setelah hampir 7 tahun jadi cikgu...malas memang malas..jangan bohongla..sapa yang rajin nak belajar..tapi demi kelangsungan hidup dan hidup yang lebih sempurna..aku kena terima dan tempuh semua cabaran ni....selamat belajar cikgu khairi..berusahalah!!!