in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Wednesday, September 22, 2010

lega akhirnya....


salam semua...

rasa lega bila semua kerja dah selesai...

rasa lega juga bila gaji dah masuk....

rasa lega sangat jalan tak jem ....

rasa lega selamat pulang ke kampung tanpa masalah...

rasa lega kalau maxis broadband ni laju je ...

rasa lega bila tengok..alamak utang dah nak abis...

rasa lega sebab Schalke 04 dah jumpa winning ways diorang...

rasa lega sebab bayern scores jugak akhirnya...

rasa lega bundesliga much better than serie A..

rasa lega monyet tak datang beraya...

rasa lega tengok jumlah duit raya anak...

rasa lega bila latihan ragbi dah sukses..

rasa lega bila kawan2 semua respon membina...

rasa lega kalau dah cuci sikit gambar yang berlambak ni...


tapi yang paling lega..the mothers of all lega adalah bilamana adanya..tersebut kisahnya bila anak kesayangan kami Nur Dhiya' Khaliesah sudah beransur pulih dari demam,batuk dan selsema yang melandanya..sepanjang 3 -4 hari ni memang isteri tak cukup tido..setiap malam memantau suhu di badan dhiya'..memastikan kool fever tu melekat di dahi..dan yang paling siksa memastikan ubat ditelan Dhiya'..yang ni memang susah..sampai terjerit2 makan ubat...agaknya dia turun uminya yang susah nak makan ubat..tak kurang la bapaknya masa kecik2 dulu..susah ya amat...aku rasa lega bila Dhiya' mula nak main dan aktif kembali..macam semalam kami nberdua tertido..dia selongkar abis beg2 duit aku...mujur aku sedar kalau tak dah tentu dia patahkan kad atm aku tu hahaha..anak ayah..semalam buat pertama kali dalam seminggu kami berdua dapat tido nyenyak..malah lewat setengah jam bangun..hahah..bila Dhiya' dah sihat..aku plak rasa tak sihat..hari ni letih je badan..petang ni nak ngajar Ragbi lagi..tumit kaki masih lum reda dari sakit...takut jugak jadi apa2..rasanya takda apa tu...harap ok..ayah cuma lega kalau Dhiya' sihat..tu ja...ayah sakit tak apa..jangan umi..umi pun leh tahan ngada2nya hahaha...oklah...Dhiya' dah ok..lifes must go on...bye..

Monday, September 20, 2010

aku tak mengharapkannya lagi...disini.

salam semua...hmmm apa nak tulis ya..aku pun tak tau nak mula macamna...
ceritanya begini...berkenaan APC...( anugerah perkhidmatan Cemerlang ) yang diberi kepada pekerja2 sektor kerajaan ni...setiap sekolah akan ada penerimanya..aku direct je ye..tak pandai nak berkias2 ni..
sebetulnya aku kecewa...bukan aku ni mendambakan sangat anugerah ni...aku tau dimana tahap aku..aku tak layak pun rasanya...cuma kenapa rakan2 yang setahap ngan aku boleh dapat..apa kurangnya aku jika mereka layak...???aku sedar ..aku tak banyak menonjol..mungkin sumbangan aku terhad..tapi tak layak sangatkah aku?sebenarnya aku sudah tak sanggup dengar isteri tanya..Bila pulak giliran abang..?..
hmmm...semalam bila dengar keputusan siapa yang dapat APC..hatiku menangis lagi...rasa dihumban ke dalam jamban rasanya...aku cuma guru yang diamanahkan mengajar muzik..tak lebih tak kurang...mungkin pelajaran muzik tak melayakkan aku mengecap anugerah ini...tapi sesekali aku rasa banyak juga sumbangan aku...bukan baru..malah aku sudah menjangkau 7 tahun disini...kesetiaan aku terhadap SKTKU rasa macam teruji..semalam aku suarakan rasa hati buat pertama kali aku ingin sangat keluar dari sktku...
aku rasa tak dihargai disini...malahan tahun ini aku rasa bnyak sangat aku diketepikan dari agenda sekolah..aku ngelat sangatkah? aku tak datang kerja selalukah?..sampai begitu aku rasa diketepikan...
...dulu sewaktu mula2 kerja disini...aku aantara staff yang paling awal...malahan lebih awal dari cikgu Zaidon...tapi sekarang..aku ada isteri dan anak yang perlu dihantar..maka aku sedikit lewat..dah berdosa sangatkah itu...
...dulu ke lawatan ceruk mana sekalipun aku tak pernah menolak..aku jaga budak seikhlas hati..ramai cikgu menolak..aku gagahkan pergi walau ada agenda lain..kerana aku tak pandai menolak..sekarang?..aku ditolak kerana ada yang baru menggantikan aku...sedangkan namaku dalam ajk lawatan? ( pelik.)
...dulu semua orang tak mahu jawatan guru SMM..termasuklah aku..tetapi dengan kuasa veto aku dilantik...aku terpaksa bertungkus lumus menyiapkan data..cukup ke kurang ke aku yang jawab..aku berdepan dengan jurulatih utama data yang memualkan..aku cari budak2 yang layak RMT ..malahan aku juga yang turunkan jumlah pendapatan mereka agar layak mendapat RMT..yang paling gila..aku pernah bersengkang mata di sekolah ..di bilik gerakan semata-mata nak siapkan data SMM sampai pukul 5 pagi...datang lagi sekolah..tak ckup baguskah aku?...sekarang aku dah dilepaskan jawatan smm..alhamdulillah...tapi dimana hadiah penghargaan untuk 6 tahun mengabdikan diri dengan smm?..tak..aku belum layak...
...dulu aku juga yang berhabis hampir 2 ribu semata-mata membeli radio hifi yang power untuk kegunaan pertandingan nyanyian di sekolah..aku bawa alatan aku sendiri...sekarang aku sedekahkan radio micro hifi sony aku untuk bilik muzik ..tak cukup gemilang ke aku?...
...mana nama aku dalam carta ajk Bakeb?...aku digugurkan jugak ke?...dalam takwim pun tak ada..sedangkan bertungkus lumus aku menjayakan malam jamuan kita yang lepas..tak bagus sangatkah aku...
...siapa yang rajin hantar budak kemana-mana pertandingan?...sampai patah drive shaft aku tahun lepas...siapa yang tahu..tak da siapa pun...yang berhitam berpanas berhujan di padang sultan sulaiman setiap tahun..tak layak cemerlang ke kerja macam tu?...
...siapa yang sanggup berjaga malam ..ke hutan menemani budak2 berkhemah?...siapa juga yang sanggup hantar budak ke rumah tanpa bayaran..tanpa mengira bertugas atau tidak..tak baik lagi ke macam tu?...
...siapa yang bina fan page facebook sktku yang mengumpulkan hampir 600+- fan..yang menyampai kan berita terkini berkaitan sekolah...tak cukup berwawasan lagi ???...
...siapa yang selalu tegur kelas 5 musytari yang bising macam hantu tahun lepas..yang selalu angkat budak pengsan tahun lepas...aku juga....tak nak ke bagi sedikit penghargaan..
...siapa yang macam nak gila kumpul bakat2 budak..paksa diorang menyanyi dalam setiap persembahan...bukan senag nak ajar nyanyi oii..korang cuba la tengok...dengan alatan tak ada..aku gagahkamn jugak...
ntahlah..bukan niat aku nak tunjukkan kehebatan aku..tak sehebat manapun aku ni..cuma aku nak korang semua tahu..aku yang kerdil disisi tuhan ni juga memberi sedikit sumbangan untuk anak2 muridku...walau tak dikenang..aku tak peduli semua tu..aku ikhlas...aku tak pernah meminta lebih...cuma aku hanya mahu dikenang sesekali..sekelumit..ucapan terimakasih dan penghargaan dari cikgu Mat zain dan Pn hasidah masih aku simpan..tak ternilai cikgu..itulah moral boosting untuk saya...segala hadiah dari cikgu mat zain dan puan hasidah dan juga dari semua guru2 untuk saya dan keluarga saya simpan sebaiknya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya..segala hadiah dari anak2 didik yang ingat cikgu lagilah cikgu sayang...korang yang terbaik..dulu semasa Mahyudin memujuk agar jom kita balik perak..aku katakan pada dia..aku sayang nak tinggal sekolah ni..kerana anak2 murid yang baik2 belaka...hahaha..sekarang...aku rasa macam nak keluar kalau boleh esok juga nak tukar...
tapi akhirnya aku sedar..emosi menguasai aku sangat..sudahlah..sudahlah....tak dapat terbaik tak beerti kau bukan yang terbaik...sudahlah..aku tekad aku nak teruskan perjuangan sampai bila aku diperlukan di sekolah ini...sehingga sampai seru untuk bertukar..aku akan pergi dengan rasa rela dan gembira...terima kasih SKTKU kerana kesempatan yang diberikan dan segala pengajaran yang diterima aku simpan buat kenangan...hidup mesti terus...
adios...

Wednesday, September 15, 2010

hari itu telah berlalu...( part 3 )

aku bersekekolah menengah di SMK Raja Lope Nor Rashid,sekolahku ini terletak lebih kurang 3-4 km dari rumah aku,dulu kenderaanku ke sekolah ahnyalah basikal ku yang power hahaha,zaman dulu mana ada kemaruk motor macam skang,skang aku tengok yang tak cukup umur ngan inci pun sibuk nak naik moto..aku ditempatkan dalam kelas 1RK, ha RK ni menda?..RK bermaksud rancangan Khas,kiranya kelas aku ni kelas terpilih la..cuma ada satu kelas RK,dan kami ditempatkan di sesi pagi,semua tingkatan 1 yang lain di sesi petang..masalahnya dalam kelas baru ni,cuma aku ja seorang X budak SKSMA yang terpilih,budak pompuan tu ada la, tapi budak lelaki aku sorg ja..so..jadi kera duku la jap..tak tahu nak berbual ngan sapa..( takkan nak nyembang ngan kwn pompuan lak )...so hari pertama ke sekolah aku terlewat lak tu..bila nak masuk kelas semua tempat dah penuh....so aku terpaksa la buat meja baru kat hujung sekali,dok sengsorang kat belakang..aku masih ingat lawak pertama aku dalam kelas tu..actually bukan nak buat lawak pun..aku serius sebenarnya tapi kawan2 baru dalam kelas bantai gelak..macam ni,aku dah ada meja..malangnya kerusi yang ada tu cacat,kakinya tak ada,kerusi tu cuma tersandar kat dinding,kalau tak pandang kiri kanan memang terjelepok la..so..tetiba datang akak form berapa ntah,mungkin dia disuruh menanyakan dah cukup ke belum kerusi kat setiap kelas..bila dia tanya, aku pun jawab.." kerusi ada..tapi kaki dia tak dak "...la..depa bantai gelak..lawak ka?..isk isk dah la aku tengah bengang...bila pertukaran kelas waktu petang ( petang kelass aku diisi 1R1 ) kawan2 aku yang ramai di kelas 1R1 selalu perli..ni tempat duduk orang gila ni sebab kena asing kat belakang..haram sungguh hahaha...sekekjap ja aku jadi kera sumbang sebab lepas tu aku dah jadi terlebih top kat kelas dan aku mula menawan hati kawan2 dengan lukisan2 dan lawak2 yang bernas hahaha..aku mula jadi rapat ngan suhaidi,Konen,Zul bab, Man ,Azam, dan Umaq...ni kira kawan mula2 aku..sebelum aku rapat ngan di other side of kawan2 aku seperti Arul,Kerol,Pidos,Hasdi,Pian, ( yang rapat sampai hari ni ) ...masa naik form 2 aku terus dinaikkan ke ketua kelas..haa..hebat tak? hahaha..Form 2 adalah masa terindah bagi aku..segalanya happy masa ni..dengan cikgu yang best2 seperti cikgu Ramlah ( BM ) yang selalu kami ajaq main kuiz dan membina ayat tak abis2 hahaha...sampaila ke Time Pj cikgu apa ntah yang selalu bagi main bola hahaha..Uztazah fatimah lak kenal kakak2 ngan mak aku..jadi aku segan la sikit ngan dia..aku tak leh lupa kenangan di tingkatan 2 ni..bilamana kenangan semasa berbasikal ke sekolah...hahaha...kenangan 1- aku pernah mengheret perdu kelapa( daun kelapa ) di basikal aku sejauh hampir nak sampai sekolah la...hampeh tul..sampai kat sg betul baru la ada sorang makcik ni yang nak g sawah menegur aku..la..malu betul..kat mana ntah aku g kutip benda tu...Kenangan2- akibat race ngan budak form 5( aku tak kenal pun..tapi dia selalu kayuh basikal laju2)..bila nak masuk sekolah ja..rantai basikal aku putus..la putus..bukan terlucut..putus terus..harampeh....kenangan 3- aku pernah naik basikal yang patah bodynya dari sekolah sampai ke rumah..tak sedar langsung cuma rasa macam tak sedap la...tapi aku hantam sampai ke umah baru perasan body dah patah..mujur tak nyungkur atas jalan..kenangan 4- sewaktu pulang dari sekolah ..aku ngan bangganya memotong seorang awek ni yang tengah carry adik dia..hahaha..elok2 potong ja..tetiba tayar belakang basikal aku meletop..kuat lak tu...dan awek tu gelakkan ke aku huhu malunya...dan akhir sekali..sewaktu nak memotong seorang pakcik di sg labu..pakcik ni angkat punggungnya dan pretttt..( kentut ) betui2 depan aku...haram sungguh..aku ingat dia tak perasan aku kat belakang dia...di form 2 ni jugaklah kami mula rajin ngan hobi baru iaitu naik basikal ke parit buntar...ditambah umah hasdi memang kat sana,jadi selalu jugak hujung2 minggu kayuh ke sana..jauh beb 10 km lebih..tapi seronot..sampai kebas2 kaki semua..

hari itu telah berlalu...

....cerita bab di kampung pulak..semasa kecik aku ni agak kurang sikit nak ke sawah..bukan tak suka..mana ada tak suka..cuma aku ni la agaknya yang paling liat nak ikut g sawah kalau kena buat kerja hahaha,dulu mak selalu suh aku,ramzan kak ya dan yang lain nolong menarik rumput2 di sawah..kira clearkan sawah la sebelum buleh nak menanam padi..aku ni g kejap..tarik 2 -3 kali pastu main dalam sawah yang bila dah clear macam swimming pool lagaknya..main memang best dari kerja..sampai mak aku hambat balik hahaha....lagi satu kegemaran budak2 kampung ni adalah menggagau..ha ape benda menggagau tu..kira menangkap ikan la..tapi pakai tangan..menggagau ni di lakukan bilamana ada sesebuah telaga atau sawah yang dikeringkan..ha bila time ni memang syok tangkap ikan yang terkuit2 nak lari tak dapat..bab menggagau ni ramzan la champion...aku ni ikut je..nak tangkap ikan haruan pun takut..setakat sepat tu aku berani la..hahaha..tapi kena beware gak,,kadang2..ular pun ada..ha tu yang takut tu..tapi bagi kami selagi ada ikan..ha jangan harap nak benti..bila dah dapat bapak2 haruan ke keli ke yang besar2 tu..masuk dalam karung dan g jual ke peraih ikan..bukan nak makan pun..takdenya nak makan haha...kadang2 tu dah lepas mandi pun dalam telinga masih berselut..tu la bestnya kenangan menggagau ni..selain tu..di kg aku..kami bebudak kg suka sangat main perang2...era combat la katakan..kalau tengok citer upin ipin tu dia pakai senapang gitu..ha lebih kurang la..tapi abang aku ramzan ni..mungkin dari kecik memang bercita-cita nak jadi askar ( sekarang dah Mejar )..memang pandai cipta senapang yang lain dari yang lain..dah ada picu tau..macam real..kami juga buat markas yang memang lengkap segalanya..kira kalau ada yang nak fight memang kalah lah..siap buat dapur memasak lagi..kami juga selalu membuat aktiviti standard budak2 kampung..apadia? ya mandi parit hehe..kampung aku tak da sungai..tapi parit tali air berdekatan umah Pak su Man Pondan tu memang cukup bersih..( sekarang jangan harap nak mandi )...kat situ la kami berkubang...dan tak ada sapa yang pernah lemas..mungkin budak2 dulu lebih hebat dan berdisiplin agaknya..hahaha..aku ingat lagi..masa aku darjah 6..ada seorang rakan yang ajak g ke laut..aku heran gak aku kata, ada ka laut dekat2 sini?..lalu kami pun berbasikal hampir 6-7 kilo jugak le..meredah hutan2 bakau..dan akhirnya..nah..depan aku memang bukan Cobaan ni..ini betul laut...ha tu lah Pantai ban pecah yang sekarang memang tempat feveret nak kena gulai sembilang...skang dah bersih dan cantik..dulu tempat2 maksiat je layaknya haha...baru aku sedar..kedudukan geografi umah aku memang hampir dengan laut...hmmm..apa lagi ya nak nulis sebelum aku masuk ke bab sekolah menengah ...ok ..satu lagi..korang tau jambu susu?..ala buah jambu yang warna putih tu..tak sedap sangat la heheh..dulu kat tepi umah aku ada sepohon jambu susu yang tinggi...selalu berbuah..tapi aku tak pernah amik kisah pun..sampai la satu tahap..aku terserempak ngan anak jiran ku yang selalu terintai-intai kat tepi pokok jambu tu..buat ape? la dia rembat buah tu la..hahah..jatuh sebijik dia rembat..sampai aku dah tak pernah tengok dah buah tu..member ni plak sanggup bangun subuh2 semata2 nak amik jambu..bila dah geram aku tunggu kat bilik air sebelah pokok jambu tu..dia datang ja aku sergah..hahahah..geram sangat..tapi biasa la budak2..aku pun tak ingat apa aku buat kat dia lagi tapi lama2 aktiviti tu dah tak dibuat..ambiklah kau nak ambik..malas dah aku nak layan hahaha..oklah..nanti kita sambung bahagian seterusnya..aku nak stop dulu..babai wasalam..

Tuesday, September 14, 2010

hari itu telah berlalu...

entah kenapa malam ni aku teringin nak menulis kisah hidup aku yang mungkin tak siapa pun ingin nak tahu...mungkin inspirasi dari nukilan kakakku membuatkan aku berasa nak sangat menulis sesuatu buat tatapan semua yang memmollow blogku hahaha...
aku dilahirkan tepat jam 1205 am pada pagi hari rabu 15 april 28 tahun yang lalu..di Hospital Parit buntar...
semasa kecil aku masih ingat aku dibesarkan di rumah tengah sawah kami di sungai labu dalam daerah tanjung piandang Perak.Rumah ku ini sangat istimewa kerana lokasinya yang berada di tengah sawah dan agak jauh dari kawasan kejiranan..aku dan adik beradikku menjadikan kawasan sawah sebagai swimming pool kami..dan kehidupan sederhana kami sangat bahagia...selepas bebrapa tahun kami berpindah ke rumah nenekku di pekan Bagan Tiang..di sini bermulalah kehidupan bagiku kerana hampir 80% hidup aku adalah di bagan Tiang..sebuah pekan kecil yang sangat cantik dan rumah kami juga berhadapan dengan sawah padi..aku memulakan sekolah di sekolah tadika kemas berhampiran dengan rumahku..disini aku masih ingat nama cikgu pertama dalam hidupku..cikgu Shobariah...dimana cikgu sekarang..dulu sewaktu sekolah,kami selalu main pondok kecil yang ada di dalam bilik di dalam sekolahtu..masa makan juga paling ditunggu dimana semua dapat makan free yang sedap dimasak cikgu piah hehehe..sewaktu PJ,kami akan ke belakang dimana terdapat gelANGGANG BADMINTON DAN TAKRAW..DI HALAMAN SEKOLAH PULA TERDAPAT PERMAINAN GELUNGSUR,BUAIAN DAN JUGA JONGKANG -JONGKET..alamak tercaplock plak..malas nak delete lah..hahaha..sekarang sekolah ni dah pun lenyap di peta dunia ni..ia telah diganti dengan sebuah pusat IT...maka berakhirlah riwayat sekolah tadika ku...selepas itu aku menyambung pelajaran rendah di SK Sungai Megat Aris, di sekolah ini guru pertama yang mengajarku adalah cikgu Hamsah..( semasa aku buat latihan mengajar 9 tahu lepas..dialah yang jadi guru pembimbing aku )..di sekolah ini aku mempunyai banyak kenangan manis terutama di tahun 3..bilamana pertama kali aku berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan..sukanya aku..selepas itu setiap kali periksa aku tak pernah keluar dari top10 di dalam kelas..jadi setiap kali masa penyampaian hadiah..mak dan ayah tak pernah miss tak datang..hehehe..aku juga aktif dalam sukan..aku mewakili sekolah dalam sukan bola tampar dan catur bagi peringkat sekolah..( tak menang pun )..aku juga orang penting dalam rumah kuning..mewakili takraw dan bola sepak..selain olahraga ...sebut pasal bola sepak..siapa tak kenal aku..setiap kali main masa PJ atau waktu petang..akulah penjaring utama persis Ruud Van Nilsterooy..tetapi bila sampai ke pemilihan..untuk peringkat sekolah..aku pasti gugup dan tak terpilih..i dont know yyy...selain itu aku juga menjadi pengerusi persatuan agama islam..dan aku juga sempat mendapat tempat ke2 dalam pertandingan bercerita kisah al Quran peringkat kelompok..( daerah )..hebat tak? hahaha..tapi kisah menang no 2 ni pun memang tak jangka..uztazah Zainab mesti terkejut punya sebab aku ni memang malas nak mai latihan..sampai kawan datang jemput 2-3 kali kun aku masih tak datang..last yang aku ingat orang lain pakai baju melayu masuk pertandingan atas pentas..aku selamba baju sekolah..tapi dapat gak no2..hahah..di sekolah rendah ni juga aku mula berjinak2 dengan bidang muzik..walaupun aku tak berapa suka jugak kelas muzik dulu coz cikgu cina tu garang sangat..heheh..aku mula aktif menyanyi di masa cikgu zainul kamariah menjadi guru kelas kami..cikgu ni walaupun garang..sangat berjiwa kreatif..ada ja lagu untuk kami nyanyi..setiap hari..aku masih ingat hari penyampaian hadiah masa aku tahun 6,aku dijemput nyanyi duet ngan adikku ana..lagu ape tau..lagu Bidadari kump Lela tu..hahahah,,memang gempak abis sampai yang datang merasmikan majlis tu pun bagi thumbs up ke aku...punyalah bangga..tapi langit tak selalunya cerah kan...aku juga pernah mengalami sesi memalukan sewaktu menyanyi ni..aku pernah pecah suara masa menyanyi lagu disana menanti disini menunggu Ukays tu..masa tu ada program apa ntah..tapi memang malu..tak leh lupa...diwaktu sekolah rendah juga aku pernah mengalami 2 kejadian paling aku tak dapat lupa...yang pertama..aku pernah dileteri oleh akak ku ( kak ya ) kerana aku tertinggal beg sekolah di rumah..bayangkan sewaktu aku gendong belakang basikal kakakku yang sudi menghantar aku dok pikir kenapa hari tu aku rasa ringan ja..rupanya tertinggal beg sekolah ahhaa...terpaksa la kak ya balik amik...sian dia..yang kedua ..aku pernah hampir menyorong basikal sampai kedalam kelas gara2 kuat mengelamun...hahah..punya kuat mimpi sambil berjalan sampai tak sedar aku dah terlajak nak masuk dalam kelas..mujur ada 2 - 3 orang yang dok gelak kat aku..baru la aku sedar..alahai malunya oii..well..UPSR lak memang sedih..dek kerana salah pilih kawan dan tak dengar cakap..aku mendapat keputusan yang agak teruk ..iaitu 1A 2B dan 1c ( dulu 5 je ),..ayah,mak akak2 semua marah...hmmm..tu la dulu main sangat...

Malaysia ku tercinta...

salam semua...
hari ni sudah masuk hari ke 5 kita berhari raya...macam biasa..masih banyak rumah saudara mara yang belum kita kunjungi..hari ni aku di area Port Dickson..N9, selepas ke sepang petang tadi,rumah saudara isteri,kami terus ke rumah kakak isteri di bt 4 PD ni,sebut pasal PD,hari ni aku lega kerana satu kes samun dan bunuh yang terjadi dikala semua kita sibuk nak sambut raya,iaitu kes samun dan bunuh seorang Uztazah dan anaknya telah dapat diselesaikan pihak polis dengan tertangkapnya jiran mangsa yang juga suspek utama...suspek telah menyamun mangsa dengan berpura-pura ingin masuk ke rumahnya melalui dapur rumah mangsa setelah dikatakan kuncinya tertinggal..setelah menghentak mansa dan anaknya..mereka diserkup dengan plastik dan kain sarung lalu dihumban ke dalam bilik air...mangsa dan anaknya meninggal kerana kesukaran bernafas...kejamnya manusia....al-fatihah untuk Allahyarhamah Uztazah Norliza dan anaknya..semoga pembunuh itu dikenakan hukuman setimpal di dunia dan di akhirat.....satu lagi kes berprofil tinggi yang heboh dikatakan ialah kes pembunuhan kejam datuk sosilawaty Lawiya iaitu pengasas produk kecantikkan nouvelle vissages..Mangsa dan 3 rakannya iaitu,peguam peribadi,seorang pegawai bank CIMB,dan pemandunya telah dibunuh,disembelih,dan dibakar di sebuah ladang berhampiran tanjung laut dekat morib..segala bukti pembunuhan seperti pisau,zink lapik mayat turut dibuang dan dibakar semata-mata nak hilangkan bukti..tapi kuasa tuhan dan berkat bulan baik ini..semua suspek dapat dijejaki dengan cepat oleh pihak polis..dan seorang peguam yang bergelar datuk dikatakan menjadi perancang kepada semua jenayah ini..apa yang mengejutkan dikatakan selain kes ini suspek dan kumpulan upahannya pernah membunuh 4 lagi mangsa..yang kesemuanya dijanjikan tanah dan ditipu lalu dihilangkan terus dari muka bumi ini..macam cerita di wayang kan?.,namun ini semua realiti..bukan cerita tamil..Tuhan itu Maha kuasa..jadi abu pun masih dapat dijumpa...aku berharap semua kes2 kejam begini kita cuba elakkan dari bumi malaysia yang tercinta ini..kita semua patut menjadi peka dengan sekeliling kita..jangan lagi anak2 saudara mara kita pula yang menjadi mangsa....syabas kepada pihak berkuasa kerana sekali lagi cekap menyelesaikan kes2 berprofil tinggi ini...namun sebelum mengundur diri...apa kabar agaknya..
..Nur sharlinie...
...Siapa pembunuh Nurin Jazlin...
...di mana Tin shong Sheng..
masih ingatkah kita?....
selamat malam Malaysia..

Friday, September 10, 2010

selamat hari raya aidilfitri...


Allahhuakbar...Allahhuakbar..Allahhuakbar...

laungan takbir bergema lagi...1 syawal kita ketemu lagi..alhamdulillah..aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga diatas rahmat-Nya kerana aku masih berkesempatan menyambut aidilfitri...terutama aku masih sambutnya di kampung halamanku...terima kasih juga aku ucapkan kepada isteriku tersayang kerana bertolak ansur membenarkan aku sambut aidilfitri di kampungku lagi..insyaAllah tahun depan kita sambut hari raya pertama di Klang ye...

tahun ni..hari raya pertama kami sambut dengan begitu sederhana,,,tiada lagi cat baru...lampu pelita...kusyen...tikar baru...tapi tak apalah..kami nyambutnya dengan gembira.tahun ini juga aku berasa sedih kerana Kakak sentul ,abang askar, adik jitra dan kakak isteri mithali tak dapat beraya bersama kami di kampung...kakak sentul beraya di melaka,abang plak di kuantan, adik di jitra, dan kaka sorang ni beraya di kuala kangso meneman lakinya...sepatutnya laki kena teman bini..hmm pelik..setiap kali pulang ke kampung..aku berasa sangat lega bila semua yang aku salurkan untuk rumah seperti astro...peti ais..2 mesin basuh..berfungsi dan membantu keluarga kami...walaupun tak seberapa..tapi ikhlas dari aku yang tak seberapa kaya..aku suka sangat..tapi aku merasa sangat sedih bila mengenangkan betapa rumah ku ini dah rosak teruk dimakan anai-anai...apa yang perlu dibuat..aku juga sedih kerana tiada set sofa yang menghiasi umah kami...tiada meja makan yang sempurna...insyaallah kalau dimurahkan rezeki pasti aku dapat beli untuk keuarga satu hari nanti..walaupun mak ayah dah tiada nanti..INI TETAP RUMAH KAMI...alhamdulillah walau kita tak mewah tapi kita bahagia..suka..itu dah cukup...

sempena lebaran kali ini..aku nak mintak ampun maap maaf zahir batin kepada semua yang sudi membaca blog aku...semoga kita bersama selamanya..amin...

Friday, September 3, 2010

salam aidilfitri...

salam semua.....minggu depan,ramadan bakal melabuhkan tirainya..maka berakhirlah suatu lagi bulan puasa yang kita rindui dan menjelmalah hari raya yang kita nanti-nantikan...satu syawal sungguh bermakna..hari kita berkumpul bersama dan bermaaf-maafan...so malam ni aku nak kenangkan kembali beberapa detik sebelum..semasa atau sesudah raya yang aku masih ingat dan kenang....sebelum tu..aku dan isteri dan anak kesayangan aku nak mengucapkan salam aidilfitri..maaf zahir dan batin..semoga aidilfitri kali ini lebih meriah dari sebelumnya...

1. ZAMAN KANAK-KANAK...
............... rumah yang paling best g beraya,mungkin rumah arwah pak Long Chop sebab dia bagi 50 sen..
............... sewaktu kami menyeberangi titi berdekatan rumah Pak eid dan tok Indon ( arwah )..salah seorang dari line up kami g beraya ( aku tak ingat siapa ) telah kehilangan duit rayanya yang disimpan di dalam beg tangan nya..kerana terputus talinya dan terus jatuh ke dalam parit..kuikuikui.
...........aku dulu pernah ada kasut raya yang ada lambang bendera italy kat tepinya..9 tak ingat tahun bila ) dan kasut lidah panjang ala2 rocker heheh.
.................sewaktu arwah tok wan ( datuk ) aku meninggal, hari itu puasa seingat aku..malangnya ibuku terlupa nak kejutkan aku sahur..( sibuk agaknya ) dan aku diberi pisang sewaktu jam dah pukul 8 pagi..kata mak dan makcik aku..boleh lagi sahur...aku pun ngap la....
..................dulu,mak aku pernah belikan baju raya aku dekat orang uyang jual dari umah ke umah aje..( orang junjung aku panggil )..dan masa tu mungkin bajet takda..maka Ramzan ( abang aku ) tak dapat baju raya..dia selamba ja..aku plak ngejek2 dia..( sedih bila ingat kembali ).
..................akibat terlalu inginkan seluar jeans,maka aku memintakan kakak sulungku yang masa tu baru berkahwin membelikan aku sehelai,malangnya dia membelikan seluar berjenama pompuan huhu...
.................masa main mercun papan,perkara kejam yang selalu kami buat adalah memasukkan mercun ke dalam mulut katak puru...isk isk,..
...............dapat duit raya..kami g beli air lemenet kat kedai..( air botol skang yang popular di bazar2 atau uptown2.)
...................

ZAMAN RUMAJA....

.............Masa beraya..mesti nak g umah budak pompuan....masa tu umah yang paling top..umah mazura, Umah Adibah, Umah Elyana hahaha....masing2 kontrol ensem...
.............naik motor RC80 kepunyaan kakak,RC80 kepunyaan arwah abang ipar..dan yang paling dasat Suzuki best la hahaha..
.............Tragedi Umar masih kekal dalam ingatan...akibat nak tuinjuk hebat di depan pompuan..maka Umar ( kawan baik arul ) terjelepok di atas tar dengan seluar yang koyak..
................Kalau pergi rumah Padil komfem bapak dia bagi duit raya..kehkehgkeh.
................G umah ( aku dah lupa ) tapi budak pompuan ni cakap ala2 KL..tapi umah dekat ban haha..air sirapnya kurang berkualiti dan bekas kuih ketat...
...............sanggup berbasikal ke parit buntar ke rumah Hasdi...umah cikgu hehehe..anak dia membe aku.
.............Khai ataupun rashid sidek gemar sungguh ke bilik air rumah yang dikunjungi..

ZAMAN SEKARANG ( DEWASA )

............tragedi balik kampung dengan Mahyudin masih kekal dalam ingatan..kerana kereta dia rosak..aku nyaris tak balik kampung..mujur abang aku ada..dia? hentam motor membe balik kg haha.
..............balik Kg dengan Khai dengan berbekalkan Motor skuter aku..BHU 7731 yang dah pun arwah..kami gamble balik jam 3 pagi...
.............raya bagi duit raya pulak..walaupun tak banyak tapi cukup la untuk anak2 buah yang ramai tu heheh..
.............walaupun dah bekeluarga ,kami still berkumpul di rumah khai,tahun ni Khai pun dah bekeluarga..maka aku pun dah tak tau nak kumpui umah sapa..umah pidos kot hehe.
...............Paling glamer di hari raya kerana pakai samping.( sut lengkap )..sebelum Khai pun ikut jejak.
..............Pengalaman terpaksa pulang di hari raya pertama kerana isteri tengah mabuk ( ngandung anak sulung )..jadi aku balik sengsorang di pagi raya..huhu..
............Pengalaman beraya bersama anak ku..skang Nur Dhiya' Khaliesah sudah pandai jalan dan aktif..meriahnya rayaku ..huhu..