in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Monday, January 26, 2015

Short Trip PD @ Avillion Admiral Cove




Sebenarnya sejak dua menjak apabila abis selesai tesis ni gua asik nak melancong ja…rasa masih belum puas kat equatorial tempoh hari, so belek belek booking.com, cadang nak gi dekat –dekat ja, nak bagi anak anak mandi kolam je, mula mula nak booking Impian Morib je, tapi dah selalu gi sana, so memang nak terjah PD yang dah lama gua tak round ni. Mula – mula ( lagi ) gua dah book kat Klana Beach Resort yang gua pun tak tau kat area mana, apa yang best, ni Nampak macam hotel baru dan paling best, agak islamik, kolam renang pun asing-asing, dalam beberapa hari pastu, masih dok gigih membelek booking.com sambil dok survey kot-kot ada hotel yang lagi best dan murah dari Klana, tengok-tengok rege Avilion Admiral Cove ni murah dalam 20 hinggit, wah ini peluang baik ni, tgok bilik pun cun..apa lagi, kensel Klana, booked Avilion.

sempat grab Kiki sorang je...


Gua amik tarikh 24 dan 25 hb, semalam je tido, saja, bercadang nak cuti setiap bulan hahah, tapi rasanya tak leh buat setiap bulan, kopak la gua..ok dipendekkan cerita, rombongan gua bersama anak,bini dan mertua, sambil di follow mak, kakak, abang ipaq serta anak anak dia dari KL meramaikan keadaan bertolak ke PD around 11 o’clock gitu. Selain daripada itu, kakak isteri dan abang ipaq yang memang stay di PD dah menunggu di sana, dan abang gua yang baru posting PD ( ashkar ) dan stay di Melaka pun katanya nak join, wah mau meriah bilik, apapun best la, bukan senang nak gathering macam ni, biarpun diorang tak stay overnight dengan kami tapi sekurang kurangnya boleh la meramaikan keadaan dan memeriahkan suasana..

bukan senang nak bersama tok som ni.
 
kakak siti , kakak wife

tempat receptions, boleh baring..


Well sesampai nya di AAC ni, fuiyoo cantik beb,4 star katako, kami dapat bilik di tingkat 6, apa yang bestnya, tempat receptionsnya ada disediakan day bed saiz king lagi, sedap la baring diorang sementara gua gi check in.yang kiki anak jantan gua dah tak sabar nak terjun kolam, cih itu kolam ikan dik, belum kolam mandi lagi..

Masuk masuk bilik, wah,,,kecewa sebab buka bukak langsir  nampak blok sebelah…mana lautnya…oo laut kena pusing ke kiri sikit, nampaklah jugak walaupun sipi je..ok macammana condition bilik???...wel cantik, ada 2 twin katil kecik yang kami rapatkan, ada day bed ( sofa ) yang boleh jugak sesape nak tido situ..ada aircond yg sangat sejuk, kipas pun ada, singki di luar..fridge, flat tv, astro, balkony..kira lengkaplah, Cuma takde bath tub ja…kecewa budak budak…petang tu tak ada apa aktiviti sangat, borak borak, dan gua macam biasa gi bawak bebudak ni mandi kolam…
Lepas mandi, tunggu family abang gua dan kakak isteri datang, pastu gi ke batu 4, layan pasar malam…
jenguk le bilik...belakang mak aku tu bilik air, bilik boleh tutup kalau nak privacy..anak anak dok makan kacang..

 
TV tergantung, chanel standard hotel..tapi tv ni kejap padam kejap ok..puit..depan tu ada banyak meja..
view dari bilik...







End of day one….

Masuk hari kedua, pagi pagi lagi gua dah kejut binik, jom gi sarapan weh, kami dapat dua baucer, so tambah lagi satu untuk Nur Dhiya’ , Kiki dan Amani belum kena caj, well makanan memang superb, dan banyak, ada nasik lemak, rendang ayam, nasik goreng, bubur nasik, loh hor fun goreng, koko krunch, buah buahan , salad dan banyak lagi..Lepas makan, apa lagi sambung sesi berendam untuk budak budak ni, maklumlah jap gi nak check out dah, so apalagi, mandi sampai lebam, tapi pagi ni ramai gila umat kat kolam ni, sampai gua nak tengok mana satu anak gua pun payah…

awai awai pagi dah berendam..mula-mula...



setengah jam kemudian....

wah..banyaknya bottt..

bot ada bendera aussie tu nampak classic!
last kopek..

So lepas lepak lepak dan napping dalam beberapa mint, its time to check out…wah, overall gua ssangat rekemen hotel ni pada those yang nak stay mewah dan belanja yang ciput, memang thorbaeek AAC ni, dengan view marina yang sungguh marveles, bila la gua nak ada kapal mewah macam tu, oklah, habis trip PD, esok nak sekolah plak..

mesti datang lagi...

Wednesday, January 14, 2015

Jalan Jalan melaka 2014 part 2.




Aktiviti hari kedua dimulakan dengan sesi mandi kolam, ha macam biasa setiap hotel yang aku nak booked, akan dipastikan memiliki pool yang cantik, tak untuk aku, untuk anak anak aku je, si kakak Dhiya’ dan adik Kiki kali ni awai –awai dah beli swimsuit, maklumle hotel 5 star kena ikut regulation pakai swim suit, tu yang leceh tu, tambahan pulak ramai tul pelancong dari Negara jiran tu yang dressing tahap Baywatch, kalau lawa tak pa, dua tiga kali tgk, agak mual tekak jugak la…aah persetankan semua tu, seawall 8.00 pagi aku dan Dhiya’ serta Kiki dan tercegat kat tepi kolam, pekerja maintenance pon lom habis cuci kolam, lepas semua clear, apa lagi berendam, aku tak, sebab takda baju renang, tapi rasa macam nak terjun gak, takpa esok terjun, hari ni bagi budak-budak dulu,

Kiki mula mula malas nak mandi..seejuukk..kakak bedal je.

join je lah..
Kami tak sarapan di hotel, mahai baq hang, baik cari nasik lemak kat luar, amatlah berbaloi dan boleh makan sampai kenyang, hari ni, cadang nak pusing pusing Bandar Hilir je, nak tgk bangunan merah, a famosa dan mungkin teringin sangat nak naik Menara Taming Sari, isteri dan mertua serta Cik Misbah plak apa lagi nak memborong je, pergi le arked depan kapal floro del mar tu ( betui ke aku eja ), aku lak melayan Dhiya’ ngan Kiki main buih sabun dekat area muzium Umno, replika kapal terbang dan kepala ketapi ( keretapi ) . Budak budak ni rimas masuk tempat sempit-sempit tu, lagipun nak savekan poket aku sebab ramai sangat orang dok juai mainan dalam arked tu, 
wau kiki teruja nampak beca.



Lepas selesai memborong, apa lagi, makan la, aku bawak diorang gi the famous asam pedas selera kampung depan dataran pahlawan tu, tapi yang lawaknya, aku tak makan pun sebab , tak da parking habaq hang, lalu lepak ja dalam kereta, sampaila umi call suh ambik kiki yang melalak kat kedai makan sebab nak mainan, mana nak cari mainan, aku pun umpan aiskrim je dekat 7E, mujur mau,..So nak pergi mana lagi…hari jumaat, jam pun dah dekat 12.30, mulanya Cik Adel kata nak balik terus..tapi bini aku plak dok racun , ajak gi klebang, lagipun aku teringin sangat nak kena coconut Shake tu, apa lagi, terjah ke klebang, alamak, bukakknya kul 2 nanti, kami sampai dalam 1.30, tengok blum ada orang, aku pun ajak family gi jalan pantai klebang, niat nak tengok Bustel tu, ( hotel yang diperbuat daripada bas terpakai ) sampai je Pantai Klebang, wah ramainya orang meniaga, erk dalam hati terpikir, tak gi solat jumaat ke, aku memang tak pergi, dan rasa malu sangat nak turun, taro diorang niaga selamba je..ish ish, not good, pusing je, tak berenti pun terus balik ke coconut shake, 
Makkaaaiii, mana datang manusia ni, kebanyakkannya kaum tionghua ni, dah beratur panjang…apa lagi kami terus duduk dan isteri beratur sama, Coconut Shake Klebang ni ada dua gerai, gerai yang tepi jalan hanya khusus untuk take away atau bawak balik, so kalau nak minum, masuk dalam sikit, memang terbaik, tapi sebab orang ramai sangat…tak feeellll…ada juga juai nasik lemak, mihun goreng, kuih muih dan ayam goreng, hmm memang terbaik, mujur x makan asam pedas tadi…
ramainya orang coconut shake, nak snap gambau pun tak lalu..

Lepas selesai Coconut shake, Cik Adel dan family terus bergerak balik ke Klang, kami pulak, balik hotel, penat sangat dah..masanya untuk tidoqq…..bayaq mahai mahai, tido je…petang tu semua keletihan sampai plan asal nak mandi pool terpaksa diabaikan..

Sunday, January 4, 2015

melaka kami datang...

kali terakhir kami sekeluarga ke sini, penghujung 2010, empat tahun jugak jeda masa yang diperlukan bagi membawa kami semula ke sini...

kalau 4 tahun lepas , kami datang bersama family kakak Siti, tahun ni kami bersama family Cik Adel, kalau 4 tahun lepas kitaorang stay di Mahkota Apartment, tahun ini, ehem ehem...Equatorial Hotel baq hang,

satu yang tak best pasai hotel ni, nak naik ke lobby dari parking tu penat...bukan penat sikit, penat sangat, tambah tambah kalau barang berlambak, nak tak nak aku terpaksa turunkan mother in law dekat lobby, dan kami anak beranak terpaksa memanjat lebih kurang 500 anak tangga ( gurau je ) untuk sampai ke lobby, dengan masa check in kul 3, kami tersampai sejam awai, melangut la nak tunggu...tak dibaginya check in awai..puitt..dalam tenet kata buleh check in awai...

So masuk ja bilik, ( dipendekkan cerita ), tengok wah luasnya bilik, view pun manyak cantik oo, berbanding hotel Cik Adel di Hallmark Crown Hotel yang super sempit locationnya tu, ( dalam tenet luas kemain,), hotel equatorial ni sangat la strategik..) lokasinya, dekat dengan serba serbi, dataran pahlawan, mahkota parade, hatten mall, menara tamingsari,  a famosa, asam pedaih claypot, ...uptown...( jumaat malam sabtu )

View dari bilik....sungguh menawan
adik amani dok bergolek...
oppss, sensored...


hari pertama, destinasi kami adalah, ikan bakaq..apa lagi teringin sangat nak pi Umbai, ikan bakar parameswara, so godek godek waze ( alamak beteri dah nazak..) takut tak sempat nak sampai ja, mujurlah sempat, dan lokasinya pun tak jauh mana, kira Umbai ni lebih jauh dari muara sg duyong dan crystal bay ( dua dua lokasi ikan bakaq )..kami sampai kira dekat nak pukui lima dah, abang jaga parking tu kata, kui 5 baru depa bukak, lalah, lagi seploh minit, tak dibaginya order, tggu kui 5 jugak hahah, .anak anak dengan anak cik adel dah teruja tengok view laut, dekat situ juga ada perkhidmatan feri ke pulau besar, kalau nak cari harta karun boleh lah..5 hinggit rasanya tiket...
Ikan bakaq Parameswara
Balun....


tepat jam lima ja, maka umi dan nenek beserta cik adel dan isteri cik Misbah mula memilih ikan, sotong dan maacm macam lagi, hmm pendapat aku, jeram lagi syok kot, tomyam pun sampai lambat, dah brkkk baru sampai, kena la bungkuih ja,..so selesai aktiviti untuk hari pertama....opps ada lagi, balik ja, disebabkan Cik Misbah stay satu malam ja, ( kami 2 malam, ) maka dia menzahirkan hasrat nak naik cruise sg melaka tu, waah, jenuh aku meraban cari jalan, tablet dah abis betri, berkat kesabaran dengan menanya orang sekitar ditambah dengan kemahiran semulajadi ni, lokasi cruise tu dapat dijumpai, beserta tempat parking yang tak jauh dan murah...apa lagi, dalam dalam maghrib tu kami bantai menyusuri sg melaka, memang best...( yg tak bestnya air sungai agak berbau dan banyak sangat gangguan orang juai mainan...)...


adik amani teruja...

So, berakhirlah aktiviti kami untuk hari pertama ini...balik hotel..berdengkurzzzzzz...

Selamat tahun baru 2015...

Assalamualaikum....salam satu dunia,

sudah lama hamba tak menulis, bukan sebatang rokok, jauh sekali sepurnama, malahan mengjangkau hampir setahun lamanya...

tahun ini InsyaAllah, hamba habis belajau...UiTM semakin hamba hampiri penghujung episodnya...

hamba sedang sibuk menyiapkan tesis...semoga tahun ni tahun terakhir, hamba tak mau repeat lagi...


apa kabar kawan kawan , saudara mara yang sedang berduka...banjir sudah surutkah disana, hamba susah nak percaya kalau tak tengok dengan mata, nak ke sana, hamba tak berupaya, cuma kiriman doa hamba memohon kepadaNya, agar penderitaan kawan kawan, berkurang hendaknya...

gembira sungguh isteri hamba bila sesi persekolahan ditangguhkan, hamba pun tumpang gembira walau rasa bosan lama -lama tak ke kelas ni, ( poyo ), 

sedih pulak hari ni...hamba ada trajedi, nantilah hamba ceritakan...err bonus tak masuk esok katanya...double dim.....

jom, follow hamba selepas ni, hamba akan kembali berkarya...insyaAllah...