in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Wednesday, October 19, 2011

Bulan Haji..telah tiba lagi...

Alhamdulillah………..
Semuanya telah selesai…sekitar jam  10 pagi tadi aku dah terima mesej dari Kak Ya yang memberitahu mak dan ayah telahpun sampai Di tanah suci Mekah dan telahpun mampu membuat satu panggilan telefon kepada kami yang sangat2 merindui mereka…hehehe…
Mak dan Ayah sebenarnya telah berjaya juga menjejakkan kaki ke Tanah suci setelah beberapa tahun memohon, sebenarnya mak yang memohon sebab kesihatan ayah yang kurang baik ayah tak berani nak memohon..jadi asalnya memang mak sahaja yang memohon dan telah bertahun tahun lamanya aku masih ingat mak asik ke kursus haji saja ..sampai aku jadi boring..err bila mak punya giliran nak sampai hehe…Mak cakap sabar…dah tertulis Cuma tunggu sahaja..dan aku sangat happy bila mak dah dapat juga merealisasikan impian ke tanah suci..lebih manis..permohonan ayah menjadi sebagai mahram mak juga berjaya dan mereka dapat pergi bersama…terima kasih juga kepada kak ya Dan abang Nizam yang banyak membantu…
18 hb lepas..jadual penerbangan mak dan ayah dan sampai..mak dan ayah akan naik di Bayan Lepas Penang, kata mak..mak nak naik dekat dengan kampong supaya dapat berjumpa rakan2..dan sanak2  saudara…memang ramai yang datang ke rumah sewaktu kenduri untuk ke tanah suci ahad yang lepas..aku pulak tak dapat balik gara2 kertas muzik yang  belum siap..hampas!!...apapun aku bergegas balik hari isnin sehari sebelum mak dan ayah berangkat…
Pagi selasa 18hb…setelah dibacakan doa oleh bilal kampungku..kami pun bertolak ke kompleks tabung haji bayan lepas yang aku pun sebenarnya tak tahu langsung dimana….berbekalkan google maps yang diprint  dan sedikit pengalaman di penang,.aku dapat juga mencari jalan ke sana…Alhamdulillah..walaupun jalan memang jem..kami sampai di waktu yang masih tak terlalu ramai orang…kira cun lah..dengan bertemankan abang  ramzan dan kak yu..kami sama2 memeluk cium bonda tercinta yang akan pergi menunaikan haji..ayah tak sempat nak peluk cium sebab dia tak turun jumpa kami sebab penat sangat katanya…memang pun ramai orang dengan cuaca yang panas mungkin buat ayah sedikit penat..tak apalah janji sihat…kami melepaskan mak dan rakannya ke bilik penginapan sebelum ke lapangan terbang jam 11 pagi…sedih jugak…apapun setelah semuanya selesai..kami pun membawa haluan masing masing..abangku terus pulang ke Melaka..kakakku mungkin balik terus ke rumannya di lenggong…aku??..drive sorang2 balik Klang…penat sangat sampai lelap di sg perak..dan sampai rumah sekitar jam 5 petang…apapun..semoga mak dan ayah dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur….amin…

Ragbi world Cup???..tak cuma peringkat estet...

Assalammualaikum….

Dah lama tak menulis rasanya..so malam ni aku nak mencoretkan sedikit beberapa perkara yang aku nak ceritakan kepada korang semua….
Hmm…..beban dah selesai..apa maksud aku?? Well sebenarnya hampir 2 minggu lepas..aku dan team klang untuk ragbi rimau bawah 10 dah selesai berjuang..seperti biasa sekolah aku yang budiman sekali lagi menjadi penganjur bagi kejohanan Ragbi ini, so secara automatisnya, aku kenalah jadi pengurus pasukan daerah…best dan ada banyak yang tak best…apa yang best???...dah tentu dapat dok kat padang tanpa perlu ngajar kat kelas…yang tak bestnya..hmm kena berpanas kat padang kalau kat kelas ada kipas lagi hahaha….Dipendekkan cerita..tahun ni sekolah aku dapat jejak ke Final..dan Cuma separuh kaki dah nak menang sebelum tumbang secara dramatisnya kepada sk pelabuhan Klang..alahai..betapa frustnya aku…takpalah adat bertanding kan…semua nak menang..sapa nak kalah ye dak?...apapun tahniah aku ucapkan kepada budak2 aku yang main bermati matian dengan latihan yang singkat gila..aku juga amat berbangga setelah 5 orang budak aku..amrie,Rafiq,Farhan,Ahmad Aiman dan Aizzat dapat terpilih ke latihan pasukan Daerah Klang…walau pun akhirnya Aizzat tak terpilih..aku tetap rasakan inilah pencapaian terbaik team sekolah dengan 4 wakil dalam team daerah….tahniah sekali lagi..
Babak kdua..setelah menjalani latihan intensif  dan sesudah bermalam semalam di SKTKU resort ( hahah )..kami pasukan Daerah Klang bertolak ke venue daerah tahun ini di Sk Sg Nibong Sekinchan ( sabak ke ? )…
Alamak…turun2 kereta Amrie ( player sktku) dah buat hal..mukanya lesu tak bermaya….alahai..setelah main jugak di game pertama dan managed jugak satu try..amrie dikeluarkan dan langsung tak main selepas itu….( aku pun tak tau apa sakit dia )….dipendekkan cerita..Daerah Klang masih buntu mencari kejuaraan untuk mengulanhgi pencapaian 2008…kami Cuma mampu setakat Johan Plate ( tempat ke 5 )…kalah sekali sahaja di peringkat Knock-Out stages memang memeritkan…apapun tahniah sekali lagi kepada coach..Pt dan semua pemain yag bersungguh dan cemerlang….semoga kita ada startegi baru tahun depan..selamat maju jaya team ragbi mini Klang….