in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Thursday, April 26, 2012

Roda-Roda...


Segalanya bermula dari tahun 1990 an lagi..aku tak ingat tarikh sebenarnya, tapi kejayaan menang tikam ( ala ala gores dan menang,tapi hadiah murahan yang sure dan takda penipuan ) di kedai Ah boon memperkenalkan aku dengan majalah yang satu ini, sebetulnya aku dimasa itu lebih gilakan bola sepak malah giat mengumpul berbagai poster pemain bola yang juga boleh diperoleh dengan mudah melalui majalah2 atau gambar yang dijual bersama jajan di kedai. Di hari keramat itu aku berjaya memperoleh majalah bernama Roda –Roda ini, agak pelik tapi gambar big bike pada covernya membuatkan aku sangat teruja mendapatnya ,apatah lagi majalah ini dalam bahasa melayu yang mudah sungguh bagi anak kampung seperti aku memahaminya,bermula dari helaian pertama sehinggalah terakhir aku membacanya dengan penuh minat. Rupanya itulah titik permulaan aku jatuh cinta dengan dunia dua roda ini, majalah Roda-Roda yang posternya gambar Suzuki Panther 150 tu telah membuatkan aku menemui hobi baru aku..MOTOSIKAL!..
Walaupun tidak mampu lagi membelinya selepas itu, minat yang bercambah itu mula aku semaikan dengan menonton perlumbaan Grand Prix sedunia yang pada zaman itu minat sungguh aku dengan Kevin Scwantz yang menunggang RGV500 nya yang pada aku paling cun …( sampai sekarang minat aku Cuma pada team Suzuki sahaja ..dan agak malang tahun ni Team Suzuki telah menghilang dari motogp..)sewaktu aku ditahun 6, aku telah mula membeli secara bulanan majalah kesayangan ku ini dengan cover Suzuki GSX-R1100 dan RF900 di muka depan dan ada berita kembara wisata Indonesia di dalamnya..sejak dari hari itu aku terus mengumpul RR dan tanpa jemu2 membacanya walaupun aku tak pernah jadi ahli kelabnya kerana aku mana la ada motor dan tak berminat nak melanggan…takut tak sampai aja…
Peristiwa majalah RR aku dikoyak adik sewaktu ada sedikit pertengkaran dimasa aku sekolah menengah tetap aku ingat sampai bila-bila,memang aku frust dan marah sangat masa tu..banyak koleksi aku rosak …tapi aku kembali kumpul RR sehinggalah sekarang walaupun banyak yang dah rosak kerana aku dah tk tinggal di kampung selepas mendapat tawaran belajar di Maktab Perguruaan,majalah RR aku rosak kerana dimakan anai-anai dan ada yang terkena hujan kalau tempias di celah2 bumbug rumah…hmmm..dan masa itu juga telah muncul beberapa pesaing majalah RR dengan cuba menyelitkan berita tentang artis…aku juga ada membelinya namun sekejap sahaja sebab tak kena dengan jiwa dan berita2 permotorannya yang kurang….umph!.Tak macam RR, berita nya bagus dan reviewnya pun ok.
Aku pernah terserempak dengan beberapa majalah lama RR di rumah abang iparku, wah..seronok juga dapat baca majalah RR lama,tetap unggul dan kalau tak dia pun minat nak ja aku bawak balik buat koleksi sendiri..heheheh..walaupun hanya dua motosikal aku miliki sehingga sekarang ( Elit sports yang dah arwah dan EX5 gold! )akui tetap merasakan jiwa rider masih menebakl walau aku lebih prefer kereta dimasa ini kerana desakan hidup berkeluarga…impian memiliki moto besar ( superbike ) akan aku bawa sampai ke akhir hayat…
Tujuan aku menulis rencana  ni adalah bukan kerana aku nak masuk pertandingan RR25 tahun tu, tapi sebagai dedikasi kepada bapa permotoran dan idola aku walaupun dia bukan terkenal En Mohd Yusof Bakar ataupun Boss ataupun nama penannya MYB yang telah kembali ke rahmatullah 4 april yang lepas..siapa dia ni??? Ya dialah pengasas majalah Roda-Roda kesayangan aku ni, selepas ini tiada lagi nasihat tentang permotoran yang berguna dan sangat berkesan, berita kembara dan penulisan arwah yang pada aku memang top class, agak terkejut kerana aku Cuma mengetahuinya melalui majalah RR ini juga..edisi april yang baru aku beli tadi…sekali lagi Al-Fatihah untuk allahyarham MYB dan semoga majalah ini kekal terpelihara dan masih terus berjalan walaupun tanpa Boss …Amin.

Monday, April 23, 2012

Its a birthday festival babeh............

assalamualaikum semua..wah lama gila aku tak berblogging beb, ada la mau setahun jagung rasanya..by the way disebabkan kesibukkan yang mengalahkan wakil rakyat paraguay membataskan niat aku nak menulis, so malam ni actually sibuk jugak tapi tetap nak tulis...first sekali..hari ini 23 hb april adalah beffday anak aku yang sulung Nur Dhiya' Khaliesah...wah dah 3 taan yang tahun anak ayah ni.....dan yang lagi best..baru ja 15hb hari tu aku yang sambut..dah 30 dah aku beb tua nya hahaha....so sangat la special bila aku dan anakku sambut dalam bulan yang sama..save bajet hehehe..apapun buat puteri sulung aku tu ayah ucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur murah rezeki dan ayah dan umi serta adik botak thaqeef sayang Dhiya'..hadiah tggu ari rabu tau..hehehe..dah dah..ayah nak sambung buat kerja!...