in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Thursday, December 30, 2010

kau dan aku suka bola....mereka bagaimana?

aku memang minat bolasepak..sedari kecil aku sudah main bolasepak..waktu sekolah,masa senggang petangku cuma diisi oleh bolasepak....masih aku ingat..sewaktu kecil, masa tu aku terlalu inginkan bola,nak beli manalah mampu..harga RM8 tu pada aku terlampau mahal...duit saku ke sekolah pun baru RM0.40 sen hehehe..nak ngumpul pun tak pandai lagi...aku masih ingat..masa abang aku Ramzan bersunat, ramai la jiran tetangga yang datang menziarahinya,sambil tengok sambil hulur...hulur ape?? duit le hehee..sampai satu tahap..aku berjaya kebas RM10..hari tu aku nekad nak pergi beli bola..bola tu bola getah aje...saiz 5..kalau kurang angin sepaknya memang sakit...namun dipertengahan jalan ..aku terfikir yang perbuatan aku ni salah..dan tak betul..maka aku pun pulang semula dan pulangkan balik duit tu kebawah tilam Ramzan...namun kesdihan aku tak lama..masih aku ingat selepas keputusan peperiksaan yang cemerlang..aku inginkan hadiah sebiji bolasepak..namun ayah yang bekerja kampung dan gaji yang tak tetap membuatkan aku akur dan tak pernah memaksa ayah membelikan hadiah..tapi segalanya dah disuratkan...suatu malam..aku baru mula nak mengaji al-quran di hadapan mak..diwaktu tu aku terdengar yang ayah dah pulang dari masjid..pintu terbuka separuh dan amat mengejutkan aku..bola yang masuk..hahahahaha...sukanya aku...setiap petang aku dan kawan2 pergi ke padang sekolah bermain bola..kadang2 kami main di dataran kilang padi,( tapi tak lama sebab tuan bendang akan datang menghalau kami balik sebab khuatir bola termasuk ke dalam sawahnya )..aku juga satu-satunya penyokong setia yang tak pernah miss menonton perlawanan bola sekolah kami dalam kelompok ( daerah ) 5, kehadiran ramzan dalam pasukan sekolah membuatkan aku tak miss semua perlawanan mereka..abangku bermain di posisi pertahanan tengah...selepas melihat abang cemerlang..maka aku juga mengimpikan niat menjadi pemain bola sekolah..malah bakat aku memang menyerlah..sehinggakan aku yang masih ditahun 4, berjaya terpilih berlatih dengan skuad sekolah yang kebanyakkan nya tahun 6..tapi apa ntah malangnya..kecemerlangan aku di padang latihan gagal diterjemahkan sewaktu ada pemilihan skuad akhir..aku sering hilang punca dan gugup menyebabkan aku tak pernah terpilih..sampailah ke sekolah menegah..niat aku bermain bola secara serius selalu gagal kerana gagalnya aku menonjol dalam pemilihan akhir..aku pun tak tahu kenapa...sedangkan di masa PJ atau main suka2 aku seringkali dianggap ayam tambatan..malah gol2 yang dijaringkan membuatkan aku sering bermain di posisi menyerang walaupun fizikal yang agak besar ni...gol yang terakhir aku jaringkan sehingga kini adalah gol ketika menentang skuad sekolah 2 tahun lepas...kami seri 2-2..dah lama tak main ..pancit sangat...mulai tahun ini 2011 akan datang..aku dah pujuk kawan2 sekolah agar main futsal agar kegilaan aku terhadap bola terubat..dengan kehadiran ramai guru lelaki mungkin impian ni akan tercapai dan kami dah menempah untuk bermain malam sabtu ini..sukanya aku...
hmmmm..kenapa aku menulis kisah aku ni..entah, sejak malaysia menang piala Suzuki ni..ramai plak sahabat2 yang tak minat bola tertiba mula bising bagitahu merekalah expert dalam bola sepak..aku tahu itu hak masing2..cuma agak menyampah pulak aku...aku serius cakap..aku tak pernah ke stadium menonton pasukan negara..kenapa? aku bukan peminat  sejati? bukan ultras malaya?..tak aku tetap di belakang skuad negara..dari dulu lagi susah senang aku tak pernah cerca skuad negara..jauh di sudut hati aku hari semalam pasti akan datang,,cuma masa yang menentukannya...nah terbukti aku benar....
aku menyeru kepada rakan2..malaysia menang usahlah digah2 sampai tiada esok bagi kita..perjalanan mereka masih jauh..jangan la beri apa2 anugerah lagi yang mungkin melambungkan khayalan mereka...teruskan bersama mereka membina formula untuk kembali bersaing di pentas dunia..setakat menang piala suzuki..tak ada apa yang nak dibanggakan sangat..tugas kita belum selesai...indonesia,thailand,vietnam tak pernah lagi menjengah World Cup..kita harus lupakan dahulu mereka dan fokus ke peringkat asia dulu..halangan atau level pertama sudah lengkap..maka harungi pula level kedua..
ayuh semua...sokonglah bola sepak malaysia...bukan bersama skuad negara dikala suka sahaja...Lovemalaysia selamanya....

Tanah Tumpahnya Darah Ku..Syabas Harimau Malaya..

 Syabas aku ucapkan kepada team bolasepak Malaysia yang telah berjaya mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Suzuki ( dulunya Piala Tiger ) selama 14 tahun, manakala kita juga dah lama tak menyerlas di peringkat asean sekalipun,hampir 2 dekad kita dibayangi musim suram diaman ranking yang terus menjunam..terus dimalukan jiran2 serantau seperti Thailand,Vietnam,Singapura,Myanmar mahupun Indonesia, namun kehadiran K Rajagobal yang menggantikan jurulatih terdahulu B sathianathan benar2 mengubah kondisi skuad negara, dengan penggunaan meluas pemain2 muda seperti Fadhli Shas,Mahalli Jasulli,Muslim Ahmad, dan adunan pemain2 berbisa seperti Super Safee sali dan Norshahrul Idlan Talaha benar2 mengagumkan banyak pihak..Siapa kata bola sepak Malaysia tak boleh diharap??

 mengikut sejarah, pencapaian terbaik skuad negara,cumalah layak ke Sukan Olimpik Moskow ( kita memulaukan ) dan itu dicapai sejak zaman aku pun belum dilahirkan..selepas itu jurulatih dan pemain bersilih ganti...malah peminat2 bola juga seakan menerima hakikat yang kita tak mampu ke mana pun...dibelasah Indonesia 6-0 pada sukan sea..tak mampu mengalahkan Thailand..dimalukan Filipina dan laos...dibelasah teruk di piala asia..sekadar secebis kisah duka Harimau Malaya...pemain2 muda dihantar ke luar negara seperti akmal Rizal ke strasbourg perancis, Juzaili sameon pun sama, Fadzli Shaari dan Rudie Ramli juga ke Jerman, Titus Palani sekarang masih di perancis..pun masih belum menampakkan sinar...dari Claude Le Roy, Allan harris, Bertalan Bisckei, Jorvan Viera, Hatem Soussi..Skuad kebangsaan terus merudum..ditinggal jauh negara2 belasahan kita dahulu seperti Korea dan Jepun...



Sampai satu tahap,aku pun dah tak mau ambik kisah pasal bolasepak kebangsaan....liga korupsi...pemain yang mengada2...penonton yang nak gaduh aja..tu je lah yang kita tahu....Namun segalanya berubah tanggal 29 /12/1010 yakni semalam...siapa duga skuad yang dimalukan 5-1 pada perlawanan pembukaan mampu menjulang piala Suzuki???...ini bukan kisah dongeng..ini adalah semangat yang hilang yang berjaya dijelmakan kembali anak2 muda negara melaului bimbingan K Rajagobal yang disifatkan sifu bola negara...Bukit jalil menyaksikan skuad Harimau Malaya melakarkan kemenangan menakjubkan 3-0 keatas laknat Indonesia...isu laser..dukun mula dibuka media Indonesia semata-mata ingin menutup keaiban sendiri..bak kata Safiq rahim kapten Malaysia.." kalau dah sayur tu..sayur jugak.."..Memang Indonesia Jaguh Kampung...Kampung Boyan agaknya...Malaysia berjaya merangkul Piala Suzuki menerusi kemenangan mutlak aggregat 4-2..walaupun tumpas 2-1 pada perlawanan sengit di gelora Bung Karno..tapi selayaknya memang Harimau Malaya yang lebih layak..Indon????..kalau masih berhati jahat dan mulut busuk..sampai sudah la korang takkan menang...




Malam tadi juga menyaksikan rakyat malaysia mampu bersatu meraikan sesuatu yang kami memang rnantikan untuk permainan Bola Sepak...dimana-mana rakyat bergembira..meraikan kejuaraan sulung Suzuki Cup ini....aku juga kehilangan kata2..sampai tak tahu bagaimana keraian yang mampu dilakukan demi menunjukkan rasa cinta dan suka diatas kemenangan ini..SYABAS ANAK2 MUDA NEGARA..MISI MUSTAHIL KINI MILIK KITA....harapan kami seluruh rakyat Malaysia, agar skuad ini dikekalkan dan diadun semula denganbarisan regular yang diketepikan kerana kecederaan...Juga jangan lupa..FAM..pelawalah rakyat kita yang mahu diulang MAHU mewakili negara.. jangan hanya kerana mereka berdarah Malaysia maka kita dewa2 kan mereka..panggil dan nilaikan dulu....anak2 tempatan masih mampu menggalas cabaran negara...jangan lupa kita juga ada Lim Tiong Kim ( anak kelahiran kedah) di Bayern Munich....sekadar mengakui bolasepak kita masih dihormati...LOVEMALAYSIA !!!!

 My Lovely Harimau Malaya


 Safee dan Safiq tonggak Negara


Markus si lembik penakut Laser....

Tuesday, December 28, 2010

berkorban..bersabar...

salam semua....malam ni aku nak cakap atau cerita tentang 2 elemen ni yang memang penting kalau kita nak hidup bahagia,hidup gembira, hidup bergembira dan hepi selalu...

Kalau nak berjaya kita mesti sedia berkorban...
berkorban masa...
berkorban rutin...
berkorban apa yang kita suka...
contohnya , kalau nak berjaya dalam pelajaran, jangan takut untuk berkorban masa tidur, masa bermain dan masa bersuka untuk melebihkan masa belajar yang memang tak best pun...
kalau nak jadi ketua keluarga yang baik kena sentiasa korbankan apa yang selalu kita suka...bila dah kawin tak leh lagi keluar2 lepak minum2 ngan member...korbankan cerita kegemaran kita semata2 anak nak tengok Upin dan Ipin..berkorban gaya bilamana tak payahla pasang sport rim lagi sebab anak dah nak masuk 2...pakai duit benda2 penting ja...dengar la sekali sekala lagu2 nasyid tu walaupun jiwa kau rock sebab anak kau suka benda tu ...bila bini dah mabuk2..terpaksa la korbankan holiday2 yang dirancang sebab bini tak leh jalan jauh2 lagi...berkorban nak tengok wayang..ye la anak masih kecil..kang riuh rendah panggung dibuatnya..

bersabar pun penting....sabar walaupun dah lama kerja tak dapat APC..mungkin belum rezeki..mungkin kerja kau tak bagus pun... bersabar dalam traffic jem..dah kereta tak leh gerak ..nak marah buat apa..sabar ja lah...sabar dalam menangani orang2 yang kurang cerdik mahupun bangang..anggap ja mereka itu sakit dan orang sakit memang macam tu...bersabar kalau bini masak tak kena selera..dah kau g cari bini bukan orang tempat kau..terimalah seadanya..nak sedap panggil mak kau masak la..bersabar kalau astro dirosakkan monyet..dah namapun monyet..nak kata apa lagi...sabar ajalah...bersabar kalau internet lambat..dah apaki pun broadband macam tu lah..lain la umah sebelah satelit...bersabar kalau anak menangis malam2...dah namapun budak kecik..takkan nak gelak je....kang jadui cam ahmad albab tak ke kaya dibuatnya hahaha...
jadi..kesimpulannya..sabar dan korban..kalau takda dua benda ni jangan jadi orang la..jadi monyet lagi baik..
wassalam..

Monday, December 27, 2010

suka hati 2010...

assalammualaikum....
hari ni aku nak menulis sesuatu tentang apa yang aku rasakan sekarang...walaupun aku takkan berterus terang dan takkan terlalu direct..tapi inilah reveal yang aku tunggu-tunggukan.Walaupun sebenarnya hari ini bermula dengan duka,ia diakhiri dengan sesuatu yang indah..begitulah kuasa Tuhan..kadang kala kita rasa ..this is the most damn day ever tanpa kita sedari pasti ada ganjaran bagi insan yang sabar dan sanggup menempuh ujian-NYA.
Aku akui tahun 2010 ni, banyak peristiwa yang tak dijangka,suka dan duka silih berganti,hanya dalam lebih kurang 4 hari lagi kita akan masuk tahun baru 2011, tahun inilah juga aku mulai rasa tidak dihargai dan semakin tersisih di SKTKU, sampai ada suatu tahap aku rasa ,yes this is it..aku akan ubah haluan,tapi kerana anak-anak murid ku yang pada aku terlalu sukar untuk dicari ganti..maka keputusan itu aku tangguhkan dulu,sekurang-kurangnya hingga tahun ini...kenapa aku mesti pergi sedangkan di SKTKU aku rasa sangat enjoy,best, tanpa tekanan yang banyak..namun aku rasakan aku perlukan cabaran yang baru..demi memajukan aku sendiri..maka ini terus sama sekali menafikan yang aku mungkin pergi kerana kecewa tak dapat APC..tak, aku tak kecewa sangat..pada aku memang aku belum layak..biarlah mereka yang layak memiliki gelaran itu..sekadar guru Muzik..u dont have a chance man..
Tahun 2010 ni juga aku akui sebagai tahun paling sukar buat aku selama 28 tahun hidup di bumi tuhan ni...baru aku mengerti betapa sukar nak hidup bekeluarga ni..baru aku tahu perlunya menguruskan rumah tangga dengan baik..dengan disinari seorang puteri ,aku rasakan kehidupan aku sungguh bahagia dan ceria walaupun kami agak kesempitan,inilah penawarnya ,Nur Dhiya' Khaliesah..walaupun miskin harta..ada anak cukuplah..itulah harta terbaik kita ....
apapun yang terjadi,aku harap tahun-tahun mendatang akan jadi yang lebih baik dan aku mampu menjadi yang terbaik bagi memuaskan hati semua pihak..InsyaAllah, segala yang terjadi yang mendukakan banyak pihak aku minta ampun dan maaf dan aku cuba jadikan kegagalan sebagai inspirasi untuk berjaya kelak...
Inilah Impian aku tahun 2011 nanti..semoga berjaya...
1- Mengekalkan gelaran juara rumah sukan kepada Rumah hijau.
2. Mencipta sekurang-kurangnya 5 lagu baru untuk anak-anak muridku.
3. Mengurangkan lagi berat badan yang semakin berat..
4. menjadi ayah yang baik dan anak yang baik..

dan itulah yang aku nak revealkan..yang no 4 tu..semoga rezeki kami bertambah dengan ' kelahiran' baru itu..amin....
korang paham ke tak..aku apa peduli hahaha..
selamat tahun baru 2011..semoga impian menjadi kenyataan...amin...

Sunday, December 26, 2010

i am malaysian true fans...

Malam ini Safee Sali punya lagi!!! best player on the pitch..tahniah Safee, anda kembali menemui sentuhan...
Pialal AFF Suzuki tahun ni mungkin akan ke negara kita, dengan keajaiban K Rajagobal dengan adunan pemain2 muda aku sudah nampak sinar dalam skuad Harimau Malaya ni...Dengan kelebihan 3 gol keatas indonesia ,aku tak nampak bagaimana kita akan terlepas genggaman piala ni...apapun harapan aku agar gelora bung karno belum mampu meredakan kebangkitan skuadHarimau malaya ni...kita kena 5-1 game pertama dan sekarang kta di Final dengan kelebihan 3 gol!!...ayuh sang harimau Sukan sea kita dah dapat..tak mungkin piala suzuki kita sia2kan...



Nor Shahrul Idlan Talaha ni aku bajet malam ni mungkin kurang sikit la maklum la member baru kawin,kat Kota Bharu lagi, mungkin letih,tapi persembahannya kalau tak terpilih Most valuable player memang shocking la..satu2nya player malaysia yang ada vision yang terbaik dan mampu merencanakan gol kepada goal getter malaysia..safee sali tu.Mirip permaianan mesut ozil yang cool tapi berbisa...


Benteng terakhir malaysia ni memang aku rasa penjaga gol terbaik masa kini di Liga Super, malah mungkin di peringkat Asia tenggara ni,sejak kekalahan besar malaysia pada perlawanan pertama, dibantu the worst keeping error dari Sharbinee allawee, keputusan K Rajagobal menurunkan penjaga gawang muda ini memang tepat,lebih membanggakan dia cuma bolos sekali sejak mengambil tugas penjaga gol utama,iaitu kepada laos semasa Malaysia menang 5-1 pada perlawanan terakhir kumpulan..sejak itu dia mengekalkan rekod bersih dengan tidak memboloskan gawangnya...dengan syed adney, sharbinee, farizal marlias, Malaysia memang tak ketandusan penjaga gol.





S kunanlan , salah seorang pemain yang banyak menyumbang malam ni,larian-larian pantas Kuna dari sebelah kiri mahupun kanan amat membantu, cuma penyudah masih boleh diperbaiki, corak permainan yang mirip kepada s chanturu, seorang lagi pemain malaysia yang sepatutnya main tetapi cedera..apapun ini adalah salah seorang pemain malaysia yang on form malam ini.


Salah seorang pemain terhebat Malaysia malam ini aku vote untuk Mahali jasulli ni, ntah aku pun tak pernah kenal kelibat pertahanan kanan kental Malaysia ni, mahali diambil rajagobal daripada skuad Harimau Muda,bersama2 Muslim ahmad diorang membentuk pertahanan kental dan nasib tidak menyebelahi Mahali untuk mungkin sekurang-kurangnya gol keempat malaysia tadi...what a shame...


zakuan adha, striker malaysia ini amat dirindui di bahagian serangan..cuba bayangkan gandingan zakuan dan safee dibantu Norshahrul, kira malaysia mesti menang tadi mungkin 4 gol lebih..siapa perlukan pemain import bila bakat anak2 tempatan kita masih mampu mengharumkan nama negara.
apapun kita mampu melangkah ke final tanpa nama2 regular ...semoga Zakuan, Aidil,Badrol,Azmi Muslim,S Chanturu, dan ramai lagi yang tercedera dapat kembali mengukuhkan skuad kebangsaan untuk tournament akan datang...sasaran kita selepas ini..jom kembali jadi jaguh asia...baru kita fikirkan World Cup..tiada yang mustahil dengan bola sepak...








Tuesday, December 21, 2010

jom jalan-jalan kampung Bagan Tiang..

memang best dapat sesekali ronda-ronda kampung...melihat kedamaian kampung yang jauh sekali bezanya dengan tempat aku tinggal sekarang di Klang tu,.........................

melihat famili aku yang ramah tamah melayan famili isteri aku memang best..kelihatan mereka duduk bersama menghirup udara petang sambil menyantap ketam rebus hehe.....sebenarnya petang tadi kampung kami dilanda gangguan elektrik..pagi tadi gak kakak ipar aku ,kakak isteri datang untuk bercuti di kg aku...dah tak da letrik..lepak dan pusing-pusing kampungle hehehe..

dah lama tak nunggang motor, kali ni kami mengguna jentera suzuki skydrive untuk jelajah kg..ha ni aku bawak binik aku jalan2 litar lumba basikal aku dulu..jalan parit tok ngah ..

Dulu,masa aku form 2, aku selalu race basikal ngan kawan aku pian kat jalan parit Tok Ngah ni lah..memang best,banyak korner yang ngancam dan lurusan yang maksimum..tu lah kerja kami..pasal motor?..langsung tak pernah terfikir..bukan macam budak2 skang...

sekarang, jalan depan rumah aku pun dah lama berturap..kalau dulu main drag race pun best ngan pian hehe..sayang masa zaman aku dulu drag , drift dan lain2 tak pernah menular langsung...

isteri aku kata sungai nya bersih je..hehehe..kat sini kami panggil parit ja..skang bersih la..tapi dulu lagi bersih dan dalam..skang kalau lu orang tengok dah cetek sangat..takat dada itik je..hehehe tapi memang serius la ,,dah cetek dan tak sedap mandi...

kerja popular penduduk petang-petang apalagi..menjala la..kadang bukan dapat banyak pun..hobi je..pakcik ni siap posing lagi bila isteri shoot gambar...

kami berhenti sekejap di atas jambatan yang menyeberangi sg megat aris ni..memang cantik..dulu aku selalu cari ilham atau layan blues kat sini..kampung memang cantik.....nak je terjun dalam parit tu..tapi takda geng dan rasanya tak bersih macam dulu dah...kang tak pasal2 gatal je badan hehe...

macam tak percaya bila aku bawa isteri pergi port berkubang ( mandi sungai ) kami dulu..dah kontang..mungkin airnya disalirkan ke sawah...tapi yang pasti tempat ni dulu airnya jernih dan memang bersih...sekarang..lu tengok la sendiri..malas nak cakap...

kalau bersih dan jernih memang konfem aku berkubang macam dulu..dulu tak perlu susah payah g taman tema..sini ja dah cukup best......

isteri bergaya disamping skydrive atuk yang baru...tali air tempat kami mandi dahulu kala..memang nostalgik tempat ni....

dulu..kat sini ada satu jambatan kayu yang kukuh....skang..tunggul kayu nya pun dah lesap..tak bersisa..di permulaan jambatan ni kumpulan aku membuat tempat lepak....kira port rasmi la..memang best...

Kuala Bagan Tiang..tempat berlabuhnya bot nelayan di kg kami...nak ikan segar carilah disini..aku juga ramai sahabat disini..mana pergi ijat,Jan,mat Jon Korajaq,Jamil..Aai,org Puteh...ramai lagi la...

anak buah aku..angah memang suka binatang..ni abang ipar isteri, abng azmi pun join dia memancing ikan haruan...tapi dapat anak biawak plak..sangkut plak tu..hahahaha


apa pun terjadi aku tetap bangga menjadi sebahagian daripada legasi kampung Bagan Tiang ni....datanglah bercuti di kampung anda..segalanya segar dan indah...



Monday, December 20, 2010

makanan terbaik..we have all of it..

umi mesti pilih..


takdak ni,laksa tak sedap...


cendol aka cendoi..sedap...


cari kain rentang ni...


Kedai kak wa yang serba sederhana..


salam....

Hari ni aku nak cerita lagi pasal makan...hehehe,bukan apa,sementelah balik kg ni,aku ada 2 tempat nak suggest kat korang kalau korang berkunjung ke daerah kerian ni...lebih tepat area Bagan Serai-Parit Buntar-Bagan Tiang-Tg Piandang.

ok,so hari ni aku bagi 2 tempat ja..

1. Gerai kakak aku la..hehehe...Gerai tidak bernama ini berlokasi betul-betul di tengah pekan Bagan Tiang ( sebelah rumah aku la )..Pekan bagan tiang terletak kira-kira 12km dari Pekan Parit Buntar...apa yang spesel kat gerai kakak aku ni? ..ha speselnya laksa,cucur udang dan nasi lemak..laksanya memang tip top, cucur udangnya pernah divote as best cucur udang ever oleh kawan aku hehe..nasi lemaknya pun apa kurang...sedap dan murah gila...kadang2..dia jugak buat mi kari..pun sedap dan very originall hehe..bukan ape..aku nak tolong promote gerai ni sebab ia terlindung, bukannya terletak tepi jalan besar..jadi mungkin tak ramai tahu..senang ..bila sampai pekan Bagan Tiang,korang cari ja medan Inforia Desa..korang akan nampak benda tu sebelah kanan jalan manakala lorong sebelah kirinya yang bertentang dengannya akan membawa korang ke gerai kakak aku ni..tak jauh dalam 100 meter ja dari medan Inforia desa tu..

kakak aku mula berniaga jam 3 petang dan menjelang pukul 6 biasanya dah habis..jadi korang kena cepat la. hehe...

senarai harga....

laksa= RM 1.00 ( murah ever )

Mi kari = RM 1.50 ( termurah di dalam kelasnya )

Cucur udang = Rm 1.00= 3 ketul ( besar dan kenyang dijamin )

nasi lemak biasa tapi sedap= RM 0.50 ( termurah di mongolia )

ayaq jagung dan sirap selasih= RM 0.50.

so apalagi..bantulah perniagaan kakak aku ni hehehe..


2. Tempat kedua ni...hmm ni adalah tempat best untuk cendol,laksa,bihun sup mahupun nasik ayam...kalau korang keluar hiway di kamunting dan menghala ke parit Buntar,korang pasti perasaan kain rentang yang besar tertulis..laksa,cendol dan nasi kenduri...memang menarik dan aku bagi 5 star untuk cendolnya..lokasinya betul2 berhadan dengan smka abu Bakar Al-Baqir di bagan Serai..harga..pun tak mahal mana cuma aku tak berapa pasti...datamng dan nikmati,,utara memang best hehehe...


Sunday, December 19, 2010

Kembara di bagan tiang...

anak-anak kampung memeriksa bubu ikan yang mungkin mengena..


Sekolah Kebangsaan Sg megat Aris..tempat aku mengenal ABC and 123..


kedai Poi ah cu di tepi sungai megat aris..


masjid at-Taqwa..masjid besar di bagan Tiang.


dahulu..ni la kedai gunting rambut..yang kecik sikit tu..


Pekan Bagan Tiang yang cool..


Assalammualaikum....sebelum meneruskan bicara..saya akan memetik beberapa kisah,sejarah,dan maklumat am mengenai kampungku bagan tiang aka kg sg megat aris ni...

BAHAGIAN 1- MAKLUMAT AM.



Kampung Sungai Megat Aris terletak dalam Mukim Bagan Tiang, Daerah Kerian. Ia juga berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Serong dan Parlimen Parit Buntar. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sungai Megat Aris dan Majlis Daerah Kerian yang beribu pejabat di Bandar Parit Buntar merupakan pihak-pihak yang bertanggungjawab mentadbir kampung-kampung di mukim ini.

Kampung Sungai Megat Aris yang telah dibuka pada tahun 1984 mempunyai beberapa gugusan kampung iaitu Parit Tok Ngah, Pekan Bagan Tiang, Kampung Cina, Tanah Baru Utara, Tanah Baru Selatan dan Parit Lebai Akhir. Pekan yang paling hampir ialah Pekan Bagan Tiang manakala Pekan Tanjung Piandang pula hanya terletak kira-kira empat kilometer. Bandar yang terdekat ialah Bandar Parit Buntar, iaitu kira-kira 12 km dari kawasan kampung.

Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision (USP) yang diberikan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) ditempatkan di Klinik Desa Bagan Tiang. Klinik yang terletak di Pekan Bagan Tiang hanya memakan masa lima minit berjalan kaki dari jalan utama. Ia berdekatan dengan Dewan JKKK, Kampung Sungai Megat Aris dan Koperasi Serba Guna, Bagan Tiang.

Oleh sebab Daerah Kerian dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak, maka tidak hairanlah kawasan di sekitar Kampung Sungai Megat Aris dikelilingi oleh sawah padi yang luas. Sebanyak 1,000 hektar dikhaskan untuk penanaman padi manakala 100 hektar dijadikan kawasan penempatan penduduk. Terusan atau tali air juga banyak dibina bagi memudahkan kawalan air keluar dan masuk ke sawah.

BAHAGIAN 2-SEJARAH

Kampung Sungai Megat Aris dibuka pada tahun 1894 oleh peneroka empat bersaudara yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Empat bersaudara yang dikenali sebagai Tok Megat Aris, Tok Bohok, Tok Ngah dan Tok Megat mempunyai kemahiran yang luar biasa. Namun Tok Megat Aris merupakan pahlawan yang paling hebat di antara mereka.

Beliau mampu berlawan dengan binatang buas tanpa perlu menggunakan sebarang senjata. Melalui nama pahlawan inilah, kampung yang baharu diteroka dinamakan sebagai Kampung Sungai Megat Aris. Walau bagaimanapun, kematian beliau menimbulkan keanehan apabila mayatnya hilang tanpa dapat dikesan sehingga sekarang.

Bagan Tiang pula mendapat nama daripada pokok api-api dan pokok-pokok nibung yang dijadikan tiang di sepanjang kawasan kampung sehingga ke Nibong Tebal. Sekitar tahun 1935, Bagan Tiang menjadi sebuah pelabuhan kecil yang terkenal di perairan Selat Melaka. Sebuah rumah tumpangan didirikan di tepi Sungai Megat Aris oleh seorang wanita berbangsa Cina yang dikenali sebagai Nyonya Ah Pee. Pedagang-pedagang dari negara China akan menetap di rumah tumpangan ini untuk bermalam sebelum meneruskan pelayaran ke Selat Melaka. Rumah tumpangan yang sudah pun berusia lebih 100 tahun masih boleh dijumpai di tepi Sungai Megat Aris.

Salah satu peninggalan sejarah di Sungai Megat Aris ialah rumah peninggalan Orang Kaya Haji Nan. Rumah pusaka ini masih boleh dilihat dalam kawasan kampung. Meskipun tidak dijaga dengan baik, ia masih berdiri kukuh. Haji Nan merupakan orang terkaya di dalam kampung ketika zaman 1930-an. Beliau yang merupakan seorang yang bijaksana mempunyai beberapa bidang tanah yang luas, kereta kuda dan kereta antik.

Kini, Kampung Sungai Megat Aris telah mengalami beberapa perubahan. Antaranya kampung ini telah digazet oleh kerajaan dan Sungai Megat Aris yang dahulunya luas telah ditimbus untuk dijadikan kawasan penempatan penduduk.

BAHAGIAN 3- PERLANCONGAN

Pantai Ban Pecah yang terletak kira-kira empat kilometer dari Kampung Sungai Megat Aris merupakan sebuah kawasan istirahat yang terkenal di kalangan penduduk setempat. Kehalusan pasir pantai serta airnya yang biru menjadi daya tarikan utama kepada pengunjung.

Pantai Ban Pecah yang berada di laluan Selat Melaka sangat popular di kalangan kaki pancing. Sebuah pelantar memancing telah dibina khas untuk mereka berteduh dari terik matahari. Bot-bot nelayan yang banyak berlabuh di sekitar Pantai Ban Pecah menandakan bahawa aktiviti menangkap ikan turut dijalankan di sini. Antara jenis-jenis ikan yang boleh di dapati di Pantai Ban Pecah ialah ikan ketuka, ikan belukang dan ikan sembilang.

Dahulu, jarak Pantai Ban Pecah dengan kawasan penempatan penduduk kampung amat jauh, iaitu lebih daripada 200 km. Namun kononnya akibat terkena sumpahan, kawasan Pantai Ban Pecah menjadi semakin luas.

Menurut cerita penduduk sekitar di sini, terdapat sepasang anak yatim yang telah dijaga oleh bapa saudara mereka. Mereka mempunyai harta peninggalan keluarga yang banyak. Namun, kerana sikap tamak telah menguasai diri, bapa saudara mereka telah melanggar amanat yang telah dipertanggungjawabkan.

Merasakan diri mereka teraniayai, anak-anak yatim ini telah berdoa meminta pembalasan daripada Tuhan. Mereka juga bersumpah kawasan Pantai Ban Pecah akan menjadi luas mengikut banyaknya harta mereka yang telah digunakan. Tidak lama selepas itu, hakisan tanah telah berlaku di sekitar kawasan pantai dan menenggelamkan sawah-sawah padi serta berpuluh-puluh buah rumah penduduk kampung termasuk bapa saudara mereka.

Kini jarak antara Pantai Ban Pecah dengan kawasan penempatan penduduk tidak pun sampai 50 km. Ketika berlakunya Tsunami pada tahun 2006, Pantai Ban Pecah turut terjejas dan mengalami kemusnahan. Namun, kerosakan yang berlaku tidak seteruk kemusnahan di Pulau Pinang.

BAHAGIAN 4-KEMUDAHAN ASAS

Rata-rata penduduk di Kampung Sungai Megat Aris menjalani kehidupan yang selesa. Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik dinikmati tanpa had dan prasarana yang disediakan di kawasan kampung memberi peluang kepada penduduk menjalani urusan seharian dengan selesa.

Antara infrastruktur yang telah disediakan untuk kemudahan penduduk kampung ialah masjid, sekolah, dewan serba guna, jambatan, jalan raya berturap, telefon awam, Pejabat Penghulu, koperasi serba guna, klinik desa, Medan Info Desa, Pusat Komunikasi dan Multimedia serta stesen minyak.

Kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang kerap memudahkan penduduk di Kampung Sungai Megat Aris mengunjungi Bandar Parit Buntar untuk membeli barang-barang keperluan, membayar bil-bil di pejabat pos dan melakukan urusan perbankan.

demikianlah beberapa kisah dan maklumat berguna daripada kampungku ini...datanglah ke bagan tiang demi pengalaman kampung yang memang best hehehe promote...ok smaklumat diatas aku dapat daripada laman web info desa bagan Tiang..

Selamat Pengantin baru Najib...



Selamat Pengantin baru aku dan keluarga nak ucapkan kepada sahabat aku dari Maktab, Mohd najib Mohd Yusuf yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya Norfaizan...semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Ini adalah sebahagian kisah Najib yang aku kenali..

1. Aku kenal najib dari sesi interview maktab di maktab perguruan kat tg rambutan tu,ironinya,

Kami sama-sama seusia dan dia pinjam gitar yang aku bawa semasa sesi temuduga dan kami

sama-sama ditempatkan di MPIK.satu kelas!!.

2. Najib merupakan insan pertama dari 9 orang budak lelaki .7 MPIK yang memiliki handfon,

handfon itu berjenama erricson ( skang sony erricson). Dia juga orang pertama membawa

Motosikal ke Maktab di kalangan budak muzik.

3. Motosikalnya pernah 2 kali hilang......dan aku ada kenangan pahit dengan moto najib ( ACT )

di mana aku pernah cederakan rim aloinya sampai terpaksa tukaq baru......

4. najib membuka penutup udara ( air-filter ) pada EX-5nya supaya berbunyi garang..dan

motonya ada suis tersembunyi.

5. Seorang pembersih dan pengemas...( 10 minit sekali mop lantai )

6. Pakar sound tiruan, selain daron malakian ( soad) cuma Najib yang boleh main lagu

Systems of a down tu.

7. Bankers ( pemberi pinjaman wang peribadi tanpa faedah ) kepada kebanyakkan housemate.

8. mempunyai saing ( member ) sama-sama naik EX5 iaitu Mat bibir.

9. Abangnya ( atas dia) mempunyai suara yang serupa dengan najib.

10..Gitaris utama The last Minute ..

11. ketua kelas terakhir .7 di MPIK.

12.pakar membuat dirian kepala dikalangan budak .7

13. sayang gila kepada sk padang jawa hehehehe..

ok selamat pengantin baru Jib..semoga bahagia sampai ke tua..jgn marah jika terkasor bahase hehe..

Friday, December 17, 2010

dhiya khaliesah


ha..ni la keletah anak sulung aku...dhiya' memang minat upin dan Ipin ni..ni adalah lagu dalam cerita Geng pengembaraan bermula...

Thursday, December 16, 2010

adik dan sahabatnya..









Mail yang cambest

assalammualaikum...

salam hari khamis,ermm nak tulis ape ye ari ni,oklah entry kali ni,aku nak cerita sikit pasal kegemaran ataupun kegilaan anak aku sekarang ni,,apa lagi kalau tak UPIN dan IPIN,





Upin dan Ipin dalam kelas nye

sebelum cerita lanjut, siri Upin dan Ipin ni dikeluarkan oleh syarikat tempatan,kira tabik springlah aku pada syarikat Les copaque ni sebab berjaya hasilkan animasi yang setanding dengan keluaran luar walaupun belum mencapai tahap animasi barat yang tentunya sudah maju itu,

Mula denga siri Geng pengembaraan bermula,watak Upin dan Ipin dikeluarkan memandangkan sambutan yang baik terhadap watak kembar comel tu yang terus melahirkan siri mini upin dan Ipin itu,

aku tak pasti pulak dah berapa episod siri Upin dan Ipin ni bersiaran namun yang pasti nama2 watak memang aku dah bleh hafal skit...


antaranya....Tok dalang ( orang tua kedekut yang ada vespa cun berplet ATK 1 )

Mak Uda aka Opah yang selalu memberi nasihat ( kat luar tak bertudung plak)

kak Ros yang cun ( tapi garang dan suka temberang kembar berdua )

Upin dan Ipin ( hero utama,cerdik,pandai dan comel )

Mail ( taglinenya 2 singgit ,mahir berniaga dan matang antara budak2 tadika )

Ehsan aka Intan payung ( ketua darjah manja yang bersahabat baik ngan Fizi )

Fizi ( bersuara kecik dan suka nyakat intan payung )

Mei-mei ( yang paling bijak )

Jarjit singh ( paling suka berpantun 2 kerat )

Ijad ( yang banyak buat body language sebab tak pandai membaca )

abang salleh atau sally yang lemah gemalai

rajoo yang mana ntah perginya

Uncle muthu peniaga kedai makan pemilik sappy

sappy ( lembu patah tanduk sebelah )

abg Badrol ( cucu tok dalang )

Susanti ( indon lahanat )

ah tong anti khurafat

cikgu jasmin ( guru kelas tadika )

Rambo ( ayam tok dalang )

ha,tu lah antara watak-watak yang aku ingat, hari-hari anak aku akan duk depan tv mintak upin,sampai terpaksa miss la banyak siri bola kegemaran aku..tapi takpalah, cerita kartun yang satu ni aku pun kadang2 layan hehehe...ok,apapun ada beberapa perkara yang aku nak les copaque buat, ( diorang dah ganti suara Upin n ipin ) untuk menambah baikkan cerita ni..sekadar cadangan je..hehe

1. tak payah batak dengan watak indon ( susanti )..get rid of her..we dont need more indon here.

2. watak budak2 Upin Ipin ngan kawan2nya macam tak sesuai ngan taraf tadika..harap masukkan diorang ke sekolah kebangsaan lepas ni.

3. Ubah rambut upin yang dah macam ekor ba alif ba ya tu..tak berkenan aku.

4. nak siri geng kedua..dan mana rajoo?

5.Ubah pakaian watak ah tong ( typikal chinese dress )

6. kak ros patut dah habis sekolah dah hehe

7. Suruh opah bertudung kat luar hehe

8. banyakkan watak abang salleh tu ( lawak )

9.panjangkan durasi cerita hehehe

oklah,harapan aku,agar upin dan Ipin terus maju dan berevolusi sehingga menjadi jenama kegemaran semua kanak2 di dunia..malaysia memang bollley!!!


Tuesday, December 14, 2010

jalan-jalan cari makan lagi..






assalammualaikum.....

petang tadi,selepas satu hari di rumah...( maklumla bini banyak assignment )..kami iaitu aku,bini,mak mentua dan dhiya' pun macam biasa nak g la ke tesco. ( Tesco merupakan salah satu tempat faveret kami selain carrefour sg pinang,Jusco bukit Raja dan Giant setia alam ).selepas membeli barang keperluan bini dan mertua dan merembat bberapa baju untuk Dhiya' kami pun mencari tempat untuk mengisi perut,maklumla dari pagi ke petang aku hanya sempat cekik roti canai ja haha..so mana mau makan, hari ni kami dah sepakat nak try kedai makan baru bukak kat setia alam ni, Restoran Cina Muslim Chan Abdullah,demikianla tajuk restoran kunjungan kami petang tu.Restoran ni baru bukak tak sampai seminggu yang lepas, berlokasi di tepi jalan Meru berdekatan dengan Klang Sentral,Tesco setia Alam,dan Giant setia alam dan juga dekat dengan Mcdonalds Setia alam.

Disebabkan baru buka,memang suasana kedai memang bersih la..tandas pun berbau wangi hihi,tetapi pelayan nya bukan semua cina muslim la..banyak Indon ngan Bangla jugak..maklumla situ kawasan kilang..susunatur kedai pun nampak luas dan lapang dan servis pun ok walau agak kelam kabut skit...apa yang spesel kat sini??..ha makanan cina muslim la...aku try tadi nasi goreng Yeong chew..sedap dan harganya 6 hinggit...( ambik kau )..dan juga jus kedondong asam boi..memang masyuk..cuma kuantiti airnya sikit la..hehehe...

apapun,pada aku,aku memang minat kedai mamak lagi heheh ( Dnaina) ..tapi kalau nak cari nasi atau mi yang sedap..boleh la try Restoran cina Muslim Chan abdullah ni...kalau tak tau kat mana,call ja aku..dapat gak aku makan free nanti..hehhe..ok..esok kita nak ke banting plak..ok lets jom. babai..hingga ketemu di next pages.

Sunday, December 12, 2010

kerang bakar di Pantai Remis Klang



meriahnya di Pantai Remis

assalammualaikum...

actually petang tadi kami nak pergi main bowling .....maklumlah asik main bowling dalam FB ja..mana masyuk..malangnya ampang superbowl kat KP tu penuh banget..maklumla hari minggu..tengok waiting list pun dah dekat 10 orang..lane pun tak banyak..orang lak ramai nak mampus..( apsal la diorang tak g main paintball ke..main Guli ke )..so teerpaksa la kensel hajat murni kami ni...lagipun dah hampir kul 6..takkan nak tunggu..dengan nur dhiya' yang tak makan samannye ni hehe..lalu kami membuat u-turn dan menuju ke Pantai remis untuk beriadah sambil pekena ikan bakaq ..( lagi ).


sesampainya kat sana..( dah agak dah ) memang orang ramai...maklumlah hari minggu dengan melayu,cina,india,samseng,gemuk,kurus,seksi,hodoh,tampan,tua,baby semua ada..nak masuk parking pun merangkak-rangkak...mujurla kami dapat parking yang tak jauh ngan restoran kerang bakaq tu..hahaha..sampai2..tuan puteri aku ni tido..jadi aman la sekejap..tapi bila uminya kejut sebab nak suap ikan bakaq..haa ngamuklah dia kejap..terpaksa bawak g pusing2 kat tepi laut tu...dah senyap dan kembali aktif baru duk makan balik..

setelah order yang boleh tahan lamanya..kami pun melantak la side order seperi otak-otak,sate,kerang bakaq , ikan siakap bakaq dan kembong bakaq..abang azmi order mi goreng manakala org umah aku order kuey tiow goreng...overall okla..sate dia dan otak-otak memang maree..sedap..cuma yang tak bestnya ikan nya sampai lambat sangat...dan apa yang aku tengok..ramai sangat orang yang datang sini hujung2 minggu..mungkin kerajaan selangor kena bagi fokus sikit untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik di pantai remis ni...mungkin lebarkan sikit jalan masuk..sempit sangat..dan banyakkan parking..

oklah..esok kemana pulak kita hehee..