in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Thursday, June 17, 2010

percutian serba sederhana..

salam dan selamat pagi semua...ummmmmhhh..sedapnya udara pagi ni..by the way ..aku sekarang kat Port Dickson..sejak2 cuti tak berduit ni..kat sinilah aku dok lepak..bukan apa..umah kakak piqah kat sini..heheh..disebabkan dia suka sangat main ngan Dhiya'..kami tak kisah selalu ke sini..pagi ni aku dok kat balkoni menghadap ke laut...err lupa lak..dari semalam kami datang ke rumah peranginan TNB kat sini..suami kaka piQah kerjanya TNB..jadi dapat la aku rasa percutian free ni hehehe..sebut pasal cuti..cuti kali ni agak swjarah jugak..sebab aku gagal pulang ke kg..rindunya hanya Tuhan yang tahu..namun kerana masalah kewangan yang serius..aku tak mampu nak balik..harap2 keluarga faham..aku pasti akan balik juga bila ekonomi stabil nanti..mujur juga sebelum cuti ari tu..( seminggu sebelum ) aku dah balik..jadi tak la tak balik lgsung..nanti dikata lupa diri plak..mana boleh aku lupa kg aku..setiap hari aku tgk melalui Google earth atau Google Maps hehehe..i love Bagan Tiang..pagi ni..aku terbangun awal..sakit perut..bila dah jaga..malas nak tido lagi..selepas subuh tadi..bukak laptop dan terus main kat luar balkoni ni..sambil tengok kapal lalu..memang chanteeek...kalau ada rezeki..nanti nak g Langkawi bawak mak n ayah aku plak..well sentuh sikit pasal World Cup..hotel ni hampeh sikit..takda chanel 805..tapi mujur semalam aku sempat tgk argentina belasah South Korea kat lobi bawah..ada di pasang kat bawah..bolehla.hehe walaupun cuma sempat tgk second half ja..tu pun turun nak g makan..kalau tak..hampeh..France pagi tadi kalah kepada Mexico 0-2..hahaha..Raymond Domenech tu nak kena dah..mustahil sangat France yang ada ramai player capable seperti Ribery, Henry, Gourcuff,Malouda,Evra boleh kalah...Dah tu benzema kena gugur plak..bodoh punya coach..kalau kena pecat pas ni memang dah tak terkejut lagi hehehe..lagi satu tahniah untuk x euro champion Greece yang berjaya kalahkan Nigeria pagi tadi..oklah aku chow dulu..macam biasa tak ada gamba untuk diuploafd..since kamera masih lum beli..oklah salam dari aku dari Port Dickson Malaysia ni..babai..

Wednesday, June 16, 2010

demam piala dunia...

\

salam semua...hari ni aku nak cakap pasal fever yang melanda dunia sekarang..bukan H1N1..bukan Thomas Cup..bukan sebab war whatever..this is about the most gretest games on earth..its call FOOTBALL..SOCCER..BOLASEPAK...

sejak seminggu lepas..World Cup 2010 dah pun start ..kali ni nun jauh di benua afrika..buat pertama kalinya Afrika Selatan terpilih menganjurkan piala dunia. Sejak Game pertama di mana Tuan Rumah Afrika Selatan mengikat Mexico..sehinggalah kejutan Swiss ke atas Sepanyol semalam..aku memang tak lepas tengok..walaupun game semalam aku cuma dapat tengok Honduras VS Chile je..sebab umah abang ipar isteri ni tak ada chanel sport..sabar je lah..geram tul sebab tak dapat tengok wajah2 frust Vincente Del Bosque,Fabregas mahupun Torres..hahaha tahniah Hitzfeld dapat lenyapkan keegoaan Spain..juara eropah konon..Apapun sepanjang pusingan pertama ni..aku cuma tertarik dan memang lega setelah tengok prestasi pasukan pujaankau..Germany..despite tak banyak star..kecederaan Michael Ballack..ketumpulan Klose dan Podolski dalam Bundesliga..diorang mempamerkan permainan yang paling menarik sewaktu membelasah Australia 4-0..walaupun pemain England kritik cakap bola yang menyebelahi diorang ( Jabulani is made in Germany )..aku rasa Germany dah pamerkan games yang diorang deserve big win..Mungkin Australia tak pamerkan 100%..tapi bak kata Vin Diesel ( win is win..no matter inch or a miles )..apapun..world cup masih jauh..semalam dah mula round 2 di mana Tuan umah Afrika Selatan layu ditangan Uruguay..0-3..ok kita nantikan persembahan menarik semua team..mampukah Spain bangkit?..Brazil masih ego? bila kah robben boleh main? adakah Oezil memang hebat?.,.sama2 kita nantikan..chow..

Tuesday, June 8, 2010

cuti yang agak borrrr....

salam semua...first sekali aku nak ucap selamat bercuti kepada semua warga sekolah SKTKU dan semua warga pendidik dan murid2 seantara malaysia heheh pasal Afrika tak cuti heheh,
well..masuk hari ke 3 cuti ni..rasa rindu pada isteri yang menghilang g kursus bina insan kat Merlimau Melaka sana..harap2 umi sentiasa jaga diri dan jangan lupa gosok gg sebelum tidur kuikuikui...ari ni..anak kesayangan beta meragam gak petang tadi..nak dikelek je..mujur bapaknya perkadsa..dan mujur gak kakak siti balik menolong jaga Dhiya' ni..ngan kakak Siti Dhiya' memang suka..sekurang-kurangnya lepas gak rindu dia pada uminya..tadi petang ,aku yang mandikan Dhiya'..haha pengalaman baru ni..umi mesti tak percaya ni..tengok la bapak sapa heheh..tapi..bila malam ..aku terpaksa berjauhan ngan anakku sebab mak mertua amik dia tido kat atas..rindu kat Dhiya'..tinggal ayah sengsorang kat bawah ni..hmm tinggal 2 hari lagi..pasni umi balik ye Dhiya'..hmm demam World Cup dah makin dekat..jumaat ni opening..mesti mau tgk tu..apapun aku harap Germany g jauh tahun ni..asik2 dalam paper review Spain,argentina n Damn England..boring rasanya...hmmm bulan ni juga..aku teramat sengkek..camna nak balik kg ni?..ni sebab g service major persona ari tu la..5 rat habis..siot tul..takpala..harap bulan mendatang rezeki aku bertambah....well bulan ni juga ramai kawan2 aku naik pelamin...antaranya Adie,Adin,Nida,Syahrul Madzi,zamzahari,..sepupu aku Nurul azwani, dan ramai lagi..mana yang aku tak sempat g..harap sori la..aku tengah sengkek..hehehe..dan pada Mat Puck..harap sabar menjadi bapak..jangan kecoh2..tak elok orang kata heheh..apaun selamat ke alam bapak..join the club man...oklah..nak berundur dulu..ada masa kita coret2 lagi..babai selamat malam...