in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Tuesday, November 30, 2010

cuti-cuti Malaysia ( Port Dickson-Melaka-Port Dickson )

Hibiscus Pool..kat mahkota..

nyanyi2 di PD


Ikan bakaq
@ Fort Supai







Umi di kuala Linggi




mandiu @ PD





A famosa





jalan2 melaka













da nak checkout






adik nak berak kot..



























Zoo Melaka




salam....

,hari ni 30/11/2010,hari terakhir aku bercuti kat PD ni..ha kali ni aku nak cerita pasal jalan2 kami sekeluarga bagi cuti 2010 ni..Macam biasa bila cuti sekolah ,aku dan bini memang nak jalan2..mulanya merancang nak pergi Langkawi,memang aku nak pergi sangat,tak puas jalan lagi masa honeymoon 2 tahun lepas,malangnya tetiba Kedah dilanda banjir besau yang membantutkan harapan kami nak ke sana,walaupun Langkawi tidak terlibat sama sekali,tapi nak ke kuala Kedah tu terbantut jugak..dan walaupun masa tarikh kami nak pergi tu banjir dah surut..namun amaran gelombang kedua memang terus membuatkan kami terus tukar plan ke Melaka je..( frust sangat..padahal tak banjir pooon... )..lagi frust sebab tak dapat jalan2 ngan akak aku dan mak ayah sebab plan ke Melaka diorang tak dapat turut serta,jadi trip ni cuma disertai pasangan aku,pasangan kakak siti,pasangan Faiz dan mak mertua je..Kami memulakan trip pada 27hb, jumaat petang tu kami g PD dulu umah akak siti kat taman t=raja zainal ( kuarters TNB )..hari sabtu 28hb, dalam jam 10 pagi kami memulakan journey to melaka , ikut kuala linggi,memang best jalan kampung ni terutama bila sampai kuala linggi dan kuala sungai bharu yang selalu jadi lokasi penggambaran drama rashid sibir..lautnya memang cantik...malangnya keadaan hujan membuatkan kami tak singgah pun..dalam jam 12 tghari kami sampai di melaka..memandangkan check in kul 3,maka kami pusing2 melaka dulu..destinasi pertama ..ZOO Melaka..tengok beruk mat yeh la hahaha..tapi kunjungan ke2 aku kesini ..binatangnya nampak layu je..lepas gian adik nak tengok binatang,,,haaa dhiya' memang suka binatang..emmmmmmbbooookkk..katanya hahaha..( mbok tu lembu dalam jawa )..lepas penat jelajah Zoo,kami g masjid Al azim solat zuhur, memang kelass masjid ni..siap ada playground untuk bebudak...lepas melantak di kedai tepi masjid..kami terus ke Hotel..ha kami menginap di Mahkota Hotel ( dulunya Mahkota Century hotel )..memang kelass hotel ni..macam 5 star apartmen..kolam renangnya ada 2 lagi...lepas rehat2..apa lagi terjun pool la..malangnya undang2 pemakaian pool sekali lagi mematahkan hajat nak mandi ( kat PD dulu kena pakai baju putih ) kat sini tak leh pakai baju lak..mujur seluar aku dah beli tight..apa lagi g sewa baju renang la..melayang 10 hinggit...sian abang azmi..takda saiz..terpaksa mandi tak pakai baju..
malamnya kami ke medan ikan bakar kat mana ntah..( bukan umbai ) tapi ikan siakap bakar dan sotong tepung nya memang menarik..sedap gila...balik hotel dalam keadaan penat badan ni..kami sambung karaoke plak..haaa..layan ja..hahaha..esoknya selepas check out..kami mulakan tour keliling melaka..nak naik beca hahaha..bini punya teringin...naik jugak la..sebeca sejam RM40...kami buat lebih sejm kena sorang satu beca RM50..hambik kau..4 beca dah 2 rat..jalan2 keliling naik beca memang best..selain Kota A famosa..kami round2 semua gtempat menarik sekitar bandar melaka...malangnya pastu hujan lebat..( Dhiya',mak mentua dan kaka siti dah mula nak demam )...kami menyambung 2 malam lagi kat pusat peranginan TNB di PD plak..asebab abang azmi staff TNB jadi leh la nginap kat sini..sini pun ok murah ja..sehari 25 hinggit ( tNB staff only )..macam biasa aktiviti..mandi kolam.( sini kena pakai baju putih..dah ready sebab dulu kena marah ) haha..malam tadi kami g makan ikan bakar kat kualal linggi,memang sedap..kedai terapung Fort supai..view pun chanteeekkk...mulanya nak g pasir panjang..tapi kedai tu tutup...esok dah nak checkout..letih jugak badan ni..lepas ni aku nak balik kg terindah pulak..nak rehat puas2..bulan depan kemana?????..mungkin cameron kot hahahaha..ok ..dah puas karaoke tadi..skang nak tidoq plak..orait enjoy the pic..selamat malam.































Wednesday, November 17, 2010

This is how the way we jam we jam...
















salam sejahtera..sari berita penting...


pada hari sabtu yang lalu,bersamaan tarikh 13 november 2010,satu fenomena ataupun lagenda ( boleh dikata ) telah kembali ke tempat asalnya..setelah hampir 2 tahun menyepikan diri,The LAst Minute telah kembali mengegarkan Marina Studio di Taman Tenaga Cheras, band lagenda ini ditubuhkan secara rasmi pada pertengah 2004 di MPIK Cheras, dianggotai oleh Khairi AKA Bagan sebagai Vocalist/ Kibodis, Najib AKA Bullah sebagai lead / rhytmist guitar, Adams Daud sebagai bassist ( HardRock/Punk), Wan ahmad Hakimi sebagai Lead/Rhytmist/Bassist, Mohd Khairul baharuddin sebagai bassist/Lead mahupun Rhytmist dan anchor mereka Adli Aswad sebagai the one and only Drummer....untuk show2 rasmi kadang2 mereka mengundang Artis Istana Budaya Anwar Cito as a Tamboriness dan Eg Hai-O sebagai Pengacara majlis.. Manakala saudara Ikram Kire seringkali diundang sebagai pengkritik tetap mahupun Gitaris tambahan seandainya lagu etnik atau emo dimainkan..dengan dimulakan set list yang ringan seperi 21 gun, dan disudahkan dengan set2 berat seperty chop Suey,band ini tampak sedikit berkarat sementelah lama tidak bermain bersama...apapun pada petang sabtu yang lepas, Khairul tidak dapat bersama mereka kerana perniagaan dodol yang memerlukan pengacau rasmi dan tidak boleh digugat...ditanya bilakah kemungkinan jamming bersama semula..mereka menjangkakan untuk sekali lagi mengegar Marina Studio untuk gaji yang akan datang..ataupun bila ada ahli nak kahwin..akhir kata...semoga band semua genre ini berjaya menghasilkan jamm yang terbaik dan mengambil alih pengurusan Marina Studio memandangkan Kimi hampir memiliki saham marina studio.semoga yang terbaik.





Saturday, November 6, 2010

saya suka hero tamil.

walaupun rupa tak hensem langsung..tapi masih terpilih sebagai hero...

babak main2 perut adalah babak wajib dalam filem tamil hahahaha



kalau nak suruh geng2 samseng 08 top ke 21 top ke insaf..kena panggil superstar ni bagi nasihat atau penerajang..



Vijay..aka polis ravi si penentang vandayagam...



filem Aaru menjadi faveret aku..heroin cun.




Vadivelu..pelawak terkenal dalam filem2 tamil...





salam semua..hahaha kali ni kit apergi topik happy sikit,well semalam semua orang tahu kita merayakan satu lagi perayaan di Malaysia ni..Deepavali...so macam biasa bila dah sambut deepavali maka penuh la traffic2 di sekitar klang,masjid india,Brickfield dan sebagainya..aku bukan nak cerita pasal traffic..hari ni aku nak cerita pasal filem-filem tamil..ha..bukan hindustan tau..this is pure tamil hehe..semalam dalam pukul 800 cam tu ,aku ngn bini macam biasa la dok cari citer2 tamil merata chanel..mujur la channel 202 ada tayang satu ( pelik skit,tahun ni tak banyak siar filem tamil )..tajuknya apa dia ntah..aku pun dah lupa..tapi jalan ceritanya memang melekat dan masyuk..hahahaa...kisahnya macam ni..sorang pemuda yang tak da masa depan le..( macam gila2 bahasa ) sedang cuba memikat gadis kolej ( semestinya )..namun cubaan nak masuk kolej asik terhalang dan sudahnya dia bawak ape benda tu...emmmbeca roda tiga bermotor tu..apentah..ojek? bukan tu bahasa indon..ape tah tut tut? hmm bolehlah..sedang2 dok bercinta ni..dia bertemu dengan geng2 jahat yang memang jahat habis..ketuanya nama Chella..Chella ni memang jahat tahap israel..belasah warga tua,kanak-kanak,wanita, anjing,malahan pondan pun ditibainya kalau tak mau bagi wang perlindungan..bila bapak heroin pun digetahnya..maka hero pun meledak la...aku ingatkan si hero ni kuat2 biasa ja..rupanya kuat habis..habis dibelasahnya chella sampai lepak hospital la jugak...konco2 chella disepaknya bagai menyepak kertas dan kucing..habis melayang...dan dia dengan beraninya masuk port samseng dan heret mereka ke balai polis...malangnya..macam biasa jugak polis diketuai sarjan ketambomman ( betul ke nama dia ni? )..dah dibeli penjahat..sudahnya hero yang diheret ke balai dan dibelasah cukup2...cerita dipendekkan bila hero dapat lepaskan diri dan mulai memerangi konco2 chella..rupanya chella ni anak penjahat..bapaknya adalah ketua segala jahat daerah madras ni..vendayagam ( ape ntah nama dia ) maksudnya ketakutan hahaha..adalah ketua segala penjahat..dia dibantu geng Sandhi dan anak vandayagam ni si Chella kira ketua bahagian la...akhirnya macam biasala..lepas geng sana geng sini ditetak dibunuh..dan kemuncak bila Vandayagam punya anak si Chella pun tumpas di tangan hero..maka Vandayagam mula mengamuk dan membeli jawatan Menteri..ha beli hehehe...oklah..panjang sangat ceritanya ( tak masuk lagu lagi )..last2 macam biasa hero dapat bunuh vandayagam dengan bantuan bekas polis devaraj yang pernah kehidupannya dimusnahkan Vandayagam...kira situasi menang-menang la..bila hero ditangkap polis dan Vandayagam mampus gak...sebetulnya..cerita ni bagus..kira membangkitkan semangat kita menentang kejahatan...namun tindakan sendiri ( sebab polis rasuah ) hero memungkinkan sikap ini dicontohi pemuda pemudi india di negara kita..tak hairan la depa suka sangat bergasak,tetak sana ,bakar sini heheh..apapun filem2 tamil ni jauh lagi best dari filem kita yang tak sudah2 hero lembik..dan jalan cerita memang kau dah tau dah..boring...






aku bab2 komedi dalam filem tamil dan gasak2 tu yang best..filem kita ..hmmm lambat lagi nak maju..filem2 tamil dekat dihati..mereka mengangkat tema kehidupan sebenar yang difilemkan berssama hero2 yang mukanya pecah..sini semua muka jambuuuu...oklah..ada masa cube tengok filem tamil memang pecah perut..dan jangan lak nak belasah sesapa lepas tengok filem2 tamil hahahaha...