in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...
Showing posts with label Cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti malaysia. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

jalan-jalan cari makan lagi..






assalammualaikum.....

petang tadi,selepas satu hari di rumah...( maklumla bini banyak assignment )..kami iaitu aku,bini,mak mentua dan dhiya' pun macam biasa nak g la ke tesco. ( Tesco merupakan salah satu tempat faveret kami selain carrefour sg pinang,Jusco bukit Raja dan Giant setia alam ).selepas membeli barang keperluan bini dan mertua dan merembat bberapa baju untuk Dhiya' kami pun mencari tempat untuk mengisi perut,maklumla dari pagi ke petang aku hanya sempat cekik roti canai ja haha..so mana mau makan, hari ni kami dah sepakat nak try kedai makan baru bukak kat setia alam ni, Restoran Cina Muslim Chan Abdullah,demikianla tajuk restoran kunjungan kami petang tu.Restoran ni baru bukak tak sampai seminggu yang lepas, berlokasi di tepi jalan Meru berdekatan dengan Klang Sentral,Tesco setia Alam,dan Giant setia alam dan juga dekat dengan Mcdonalds Setia alam.

Disebabkan baru buka,memang suasana kedai memang bersih la..tandas pun berbau wangi hihi,tetapi pelayan nya bukan semua cina muslim la..banyak Indon ngan Bangla jugak..maklumla situ kawasan kilang..susunatur kedai pun nampak luas dan lapang dan servis pun ok walau agak kelam kabut skit...apa yang spesel kat sini??..ha makanan cina muslim la...aku try tadi nasi goreng Yeong chew..sedap dan harganya 6 hinggit...( ambik kau )..dan juga jus kedondong asam boi..memang masyuk..cuma kuantiti airnya sikit la..hehehe...

apapun,pada aku,aku memang minat kedai mamak lagi heheh ( Dnaina) ..tapi kalau nak cari nasi atau mi yang sedap..boleh la try Restoran cina Muslim Chan abdullah ni...kalau tak tau kat mana,call ja aku..dapat gak aku makan free nanti..hehhe..ok..esok kita nak ke banting plak..ok lets jom. babai..hingga ketemu di next pages.

Sunday, December 12, 2010

kerang bakar di Pantai Remis Klang



meriahnya di Pantai Remis

assalammualaikum...

actually petang tadi kami nak pergi main bowling .....maklumlah asik main bowling dalam FB ja..mana masyuk..malangnya ampang superbowl kat KP tu penuh banget..maklumla hari minggu..tengok waiting list pun dah dekat 10 orang..lane pun tak banyak..orang lak ramai nak mampus..( apsal la diorang tak g main paintball ke..main Guli ke )..so teerpaksa la kensel hajat murni kami ni...lagipun dah hampir kul 6..takkan nak tunggu..dengan nur dhiya' yang tak makan samannye ni hehe..lalu kami membuat u-turn dan menuju ke Pantai remis untuk beriadah sambil pekena ikan bakaq ..( lagi ).


sesampainya kat sana..( dah agak dah ) memang orang ramai...maklumlah hari minggu dengan melayu,cina,india,samseng,gemuk,kurus,seksi,hodoh,tampan,tua,baby semua ada..nak masuk parking pun merangkak-rangkak...mujurla kami dapat parking yang tak jauh ngan restoran kerang bakaq tu..hahaha..sampai2..tuan puteri aku ni tido..jadi aman la sekejap..tapi bila uminya kejut sebab nak suap ikan bakaq..haa ngamuklah dia kejap..terpaksa bawak g pusing2 kat tepi laut tu...dah senyap dan kembali aktif baru duk makan balik..

setelah order yang boleh tahan lamanya..kami pun melantak la side order seperi otak-otak,sate,kerang bakaq , ikan siakap bakaq dan kembong bakaq..abang azmi order mi goreng manakala org umah aku order kuey tiow goreng...overall okla..sate dia dan otak-otak memang maree..sedap..cuma yang tak bestnya ikan nya sampai lambat sangat...dan apa yang aku tengok..ramai sangat orang yang datang sini hujung2 minggu..mungkin kerajaan selangor kena bagi fokus sikit untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik di pantai remis ni...mungkin lebarkan sikit jalan masuk..sempit sangat..dan banyakkan parking..

oklah..esok kemana pulak kita hehee..

Tuesday, November 30, 2010

cuti-cuti Malaysia ( Port Dickson-Melaka-Port Dickson )

Hibiscus Pool..kat mahkota..

nyanyi2 di PD


Ikan bakaq
@ Fort Supai







Umi di kuala Linggi




mandiu @ PD





A famosa





jalan2 melaka













da nak checkout






adik nak berak kot..



























Zoo Melaka




salam....

,hari ni 30/11/2010,hari terakhir aku bercuti kat PD ni..ha kali ni aku nak cerita pasal jalan2 kami sekeluarga bagi cuti 2010 ni..Macam biasa bila cuti sekolah ,aku dan bini memang nak jalan2..mulanya merancang nak pergi Langkawi,memang aku nak pergi sangat,tak puas jalan lagi masa honeymoon 2 tahun lepas,malangnya tetiba Kedah dilanda banjir besau yang membantutkan harapan kami nak ke sana,walaupun Langkawi tidak terlibat sama sekali,tapi nak ke kuala Kedah tu terbantut jugak..dan walaupun masa tarikh kami nak pergi tu banjir dah surut..namun amaran gelombang kedua memang terus membuatkan kami terus tukar plan ke Melaka je..( frust sangat..padahal tak banjir pooon... )..lagi frust sebab tak dapat jalan2 ngan akak aku dan mak ayah sebab plan ke Melaka diorang tak dapat turut serta,jadi trip ni cuma disertai pasangan aku,pasangan kakak siti,pasangan Faiz dan mak mertua je..Kami memulakan trip pada 27hb, jumaat petang tu kami g PD dulu umah akak siti kat taman t=raja zainal ( kuarters TNB )..hari sabtu 28hb, dalam jam 10 pagi kami memulakan journey to melaka , ikut kuala linggi,memang best jalan kampung ni terutama bila sampai kuala linggi dan kuala sungai bharu yang selalu jadi lokasi penggambaran drama rashid sibir..lautnya memang cantik...malangnya keadaan hujan membuatkan kami tak singgah pun..dalam jam 12 tghari kami sampai di melaka..memandangkan check in kul 3,maka kami pusing2 melaka dulu..destinasi pertama ..ZOO Melaka..tengok beruk mat yeh la hahaha..tapi kunjungan ke2 aku kesini ..binatangnya nampak layu je..lepas gian adik nak tengok binatang,,,haaa dhiya' memang suka binatang..emmmmmmbbooookkk..katanya hahaha..( mbok tu lembu dalam jawa )..lepas penat jelajah Zoo,kami g masjid Al azim solat zuhur, memang kelass masjid ni..siap ada playground untuk bebudak...lepas melantak di kedai tepi masjid..kami terus ke Hotel..ha kami menginap di Mahkota Hotel ( dulunya Mahkota Century hotel )..memang kelass hotel ni..macam 5 star apartmen..kolam renangnya ada 2 lagi...lepas rehat2..apa lagi terjun pool la..malangnya undang2 pemakaian pool sekali lagi mematahkan hajat nak mandi ( kat PD dulu kena pakai baju putih ) kat sini tak leh pakai baju lak..mujur seluar aku dah beli tight..apa lagi g sewa baju renang la..melayang 10 hinggit...sian abang azmi..takda saiz..terpaksa mandi tak pakai baju..
malamnya kami ke medan ikan bakar kat mana ntah..( bukan umbai ) tapi ikan siakap bakar dan sotong tepung nya memang menarik..sedap gila...balik hotel dalam keadaan penat badan ni..kami sambung karaoke plak..haaa..layan ja..hahaha..esoknya selepas check out..kami mulakan tour keliling melaka..nak naik beca hahaha..bini punya teringin...naik jugak la..sebeca sejam RM40...kami buat lebih sejm kena sorang satu beca RM50..hambik kau..4 beca dah 2 rat..jalan2 keliling naik beca memang best..selain Kota A famosa..kami round2 semua gtempat menarik sekitar bandar melaka...malangnya pastu hujan lebat..( Dhiya',mak mentua dan kaka siti dah mula nak demam )...kami menyambung 2 malam lagi kat pusat peranginan TNB di PD plak..asebab abang azmi staff TNB jadi leh la nginap kat sini..sini pun ok murah ja..sehari 25 hinggit ( tNB staff only )..macam biasa aktiviti..mandi kolam.( sini kena pakai baju putih..dah ready sebab dulu kena marah ) haha..malam tadi kami g makan ikan bakar kat kualal linggi,memang sedap..kedai terapung Fort supai..view pun chanteeekkk...mulanya nak g pasir panjang..tapi kedai tu tutup...esok dah nak checkout..letih jugak badan ni..lepas ni aku nak balik kg terindah pulak..nak rehat puas2..bulan depan kemana?????..mungkin cameron kot hahahaha..ok ..dah puas karaoke tadi..skang nak tidoq plak..orait enjoy the pic..selamat malam.