in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Tuesday, February 22, 2011

aduan Rakyat..tv3 memang ambil berat...

Setelah lama memendam rasa dan menyimpan dendam yang amat sangat kepada puak2 monyet belakang umah,satu hari tu aku dengan langkah beraninya membuat aduan mahupun laporan rasmi kepada dua organisasi..1, Perhilitan of course la..dan satu lagi ke press TV3.aduan rakyat...setelah lama menunggu reply..cuma TV3 je yang reply..tu pun katanya laporan aku terpaksa dipendam dulu sebab mailbox da full kakakak ( macam siot je )..so nak kata apa lagi...sabo aja lah..setelah lama aku pun terlupa..sampai la ke satu hari bilamana kesabaran akhirnya sampai ke tahap maksima bilamana umah dah macam pusat operlupusan sampah jadinya bila kami tinggalkan di satu petang..kesian tengok mak mertua yang umahnya dah teruk dibantai monyet..aku bercadang nak adu ke kosmo plak..tup tup malam ahad hari tu dapat mesej direct dari Puspavathy ramaloo yang dia nak datang wat liputan kes monyet aku..hahahah..sukanya aku..akhirnya ada medium untuk lepaskan geram..
maka petang selasa tadi tepat jam 4 petang ( seperti mana janji ) kru aduan rakyat diketuai puspavathy datang ke rumah mertua..dan aku pun dah suh isteri ngumpul org2 kampung yang mana senasib dan geram ngan monyet..bila datang je reporter tu..maka kami terus menyuarakan permasalahan kami..maka bermacam2 versi cerita monyet dikisahkan heheh..ada sorang abang ni dari lapis 4 datangnya..ntah mana duia tau tv3 nak datang aku pun tak pasti..heheh,,apapun misi pertama kami ni agak gagal sebab sang pelaku ( si monyet ) bagaikan sudah menghidu kehadiran wartawan ,,maka dia pun tak datang..jenuh kami jejak sampai ke lapis 4...tu pun dapat nampak sipi2 ja...apapun selepas ja TV3 balik..berduyun-duyunlah diorang datang...hampeh tul...apapun aku dah rekod segala aktiviti diorang dalam kamera sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada puspa bila kedatangan kedua dia nanti...harapan aku..walaupun tak mungkin masalah ni setel sepenuhnya..aku harap lepas ni masalah ni kurang la sikit...apapun terimakasih aduan rakyat TV3..korang memaang terbaekk.

1 comment: