Pada tahun 1988, aku memulakan zaman persekolahan,mula mengenal ABC dan 123,mula mengenal cara membaca,mengeja dan menyanyi..semua tu aku mulakan di sekolah Tadika Kemas yang letaknya cuma lebih kurang 100 meter dari rumahku..walaupun sekolah kammi serba kekurangan( tak langsung mcm sekolah sekarang )..aku bahagia disitu,mula kenal kawan2 yang best seperti Fadli,Shiman,Jiji,Hazizul,dan ramai lagi..waktu yang paling best tentu sekali waktu makan..kami akan duduk dalam bulatan..baca doa bersama dan makan juadah sederhana tapi best...waktu main jugak best..kami main belakang sekolah tu je..ade dua court badminton..kat situlah kami main segala macam jenis permainan ...yang paling tak dapat lupa ..ada satu hari tu,waktu balik berbaris nak ke sekolah dari padang tu..kawan aku terjatuh ke dalam parit...mujurlah takda apa yang jadi..biasa la..zaman dulu..kalau zaman sekarang dah tentu mak bapak dia datang menyerang cikgu...selama setahun kat situ..banyak kenangan suka duka aku disana..terima kasih Cikgu Shobariah dan Cik sopiah...( sekarang sekolah tu dah lenyap dari bumi...di tapak tu dah berdiri pusat inforia desa..)
tahun 1989-1994 aku bersekolah di Sk Sg Megat Aris..guru pertama dan guru kelas aku aku masih ingat Cikgu Hamsah Mat Sidek...hari pertama aku di sekolah..masa sesi suaikenal..aku siap letak kaki atas meja..yang respeknya,Cikgu dengan lembut menyuruh aku letak kaki di bawah,,tak elok katanya..tak marah pun..dan aku cukup hormat...sepanjang bersekolah..tahun 1991 aku tak boleh lupa sebab tahun tu aku di darjah tiga dan first time periksa dapat no 1..hahaha sukanya..sepanjang bersekolah di SKSMA,aku tak pernah keluar dari lingkungan no 1-10..kira top student la..aku juga aktif main sukan,main bola semestinya..malangnya bila tiba sesi pemilihan..aku sering gugup dan tak dapat dipilih..sedangkan watu PJ..akulah penjaring terbanyak..heran( smpai skang jadi )..bila gagal dalam bolasepak..aku mula main sukan lain seperti bola tampar,sepak takraw dan catur..alhamdulillah,di SKSMA juga aku mula terlibat jadi pengawas sekolah..dan sekali jadi ketua kelas di tahun 5,kelas aku yang terakhir adalah tahun 6 maju..kelas kedua..di tahun 6 inilah aku mula alpa dengan pelajaran..dan mula suka ponteng Kokurikulum..walaupun aku tetap pengerusi kelab agama Islam..heheh( datang sekali je )..aku mula berjinak dalam bidang muzik bila aku di darjah 4 lagi..watu tu guru kelas aku cikgu zainul kamariah memang aktif sangat suh kami nyanyi..buat koir,dan start dari situ aku mula tau aku ada bakat nyanyi..kemuncaknya hari anugerah cemerlang( dulu hari ucapan dan penyampaian hadiah ) bila aku berduet ngan adik aku hana nyanyi lagu bidadari ( lela)..dapat tepukan gemuruh..tapi tahun berikutnya..aku nyanyi lagi,tapi langit takl selalu cerah beb,aku tak sedar yang aku mula menginjak dewasa..akibatnya aku pecah suara masa nyanyi lagu Ukays..malu seumur hidup..sepanjang aku kat SKSMA..ada satu pengalaman gila yang aku tak bleh lupa..hahaha..kisah aku berkhayal semasa nolak bsikal ke garaj basikal..sambil mengelamun pagi2 tu..aku tertolak basikal sampai nak masuk ke kelas..sampai ada org gelak baru aku tersedar..alahai..malunya aku..UPSR? alahai..aku dah kata,aku banyak main..dapat tak berapa ngam ngan reputasi aku..rindu sangat SKSMA dan pada tahun 2001 aku kembali ke sekolah untuk buat l;atihan mengajar..terkejut pihak sekolah bila ada cikgu pelatih dari MPIK nak dtg..hehehe..dan ironinya aku masih sempat jumpa cikgu2 lama yang pernah ngajar aku dulu..cikgu Hamsah jadi guru pembimbing lagi...terima kasih cikgu..semoga ilmu yang diajar berkekalan dan SKSMA maju selamanya..
tahun 1995 aku mula naik ke alam menengah..aku tak dapat sekolah hebat dek keputusan UPSR yang tak berapa baik..aku bersekolah di kampung je kira-kira 3 km dr rumah SMK Raja Lope Nor Rashid..pada aku sekolah ni punya lambang tercantik pernah aku jumpa hehehe...apa yang bestnya ,disaat semua kawan2 SKSMA lelaki sekolah petang,aku plak sekolah sesi pagi sebab dapat kelas rancangan Khas..( 1RK sampai 3RK )..jadi aku tak pernah merasa belajar di sesi petang..tetapi bila exam,baru kami kena g sesi petang..disini aku mula jumpa cikgu2 hebat seperti Cikgu Kh yang garang Cikgu tarli,cikgu mate yang pilih kasih hehe Cikgu saripah,cikgu BI yang gedabak tapi baik hati Cikgu Asmah, Cikgu sains yang kiut tapi tegas Cikgu Hayati, Cikgu Pj yang sporting, Cikgu Rahim,Cikgu Disiplin yang senpoi,Cikgu Hassan Adli,Cikgu Bm yang tiada dua di dunia walaupun sekadar praktikal Cikgu ramlah ( main Kuiz je hehe ),Cikgu Bi yang menggoda Cikgu Durah,.dan ramai lagi yang best yang tak sempat aku nak masukkan kat sini...kenangan basikal putus rantai...tersangkut pelepah kelapa..kena kentut di sg labu sewaktu cucuk angin sorang pakcik...tayar meletup sewaktu ngam2 potong aweks..cinta monyet yang best...mewarnai segala kenangan di SMKRLNR..salam hari guru dari aku untuk semua warga pendidik disana..terima kasih cikgu..masuk 1998-1999 aku berubah angin,ke sej=kolah teknik..aku pilih SMTTARP penang,kat sini segalanya baru bagi aku..maklumlah tak pernah berjauhan ngan keluarga..mula2 tu macam tak yakin jugak..last2 jadi hero jugak kat sana...kat sini aku berjumpa cikgu2 yang dashaat jugak..cikgu PKJ yang garang Cikgu mat saupi ( akhirnya jadi mentor aku sebab buat signboard sekolah )..Cikgu Lee Chew Moy yang kalau kita pejam mata dah tentu ingat melayu..memang fluent betul bm nye,Cikgu Piara Singh yang macam mister bean..rambut afro tak tahan..Cikgu Radzi..guru kelaas yang bubuh penampar jepun ke aku sebab lastik mata Guan..Cikgu Foo Mei Ling yang tak abih2 menyumpah kami sekelas sebab nakal..Cilgu Lim ene Chin yang tak dapat2 nak kenakan pesot..tapi selalu kenakan aku sebab aku slow math hehe..Cikgu jacob pao yang merepek salahkan papan hitam kalau tak dapat jawab soalan math sendiri,Cikgu Lina Wagimin yang cool, Cikgu Wan Sok Keun yang ajar sejarah dan suh baca tapi dia sendiri tido.. Cikgu jasbir yang kalau dia tampar komfem terbenam muka heheh,Cikgu mat Ali yang lembut tapi tegas...selamat hari guru lepada semua cikgu..saya takkan lupakan semua jasa cikgu..SMTTARP lah yang mula memberi aku kemahiran bermain piano dan gitar..
tak lupa juga kepada semua pensyarah MPIK dari tahun 2001 hingga 2003 yang banyak membentuk aku menjadi guru muzik yang baik..cik Yusri,Cik jam,Cik said,Cik Mah kok heng,cik Ching dan kepada semua yang tak dapat saya lupa tapi tak ingat nak tulis..saya ucapkan selamat hari guru juga..
Hari ini ..saya sudah 7 tahun menjadi pendidik...di Sk Taman Klang Utama..sekolah pertama dan mungkin bukan yang terakhir..harapan aku agar aku dapat menjadi pendidik sebaik mereka yang aku maksudkan diatas....tanpa guru siapalah kita..SELAMAT HARI GURU....TERIMA KASIH CIKGU!!!!!
No comments:
Post a Comment