in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Wednesday, October 19, 2011

Ragbi world Cup???..tak cuma peringkat estet...

Assalammualaikum….

Dah lama tak menulis rasanya..so malam ni aku nak mencoretkan sedikit beberapa perkara yang aku nak ceritakan kepada korang semua….
Hmm…..beban dah selesai..apa maksud aku?? Well sebenarnya hampir 2 minggu lepas..aku dan team klang untuk ragbi rimau bawah 10 dah selesai berjuang..seperti biasa sekolah aku yang budiman sekali lagi menjadi penganjur bagi kejohanan Ragbi ini, so secara automatisnya, aku kenalah jadi pengurus pasukan daerah…best dan ada banyak yang tak best…apa yang best???...dah tentu dapat dok kat padang tanpa perlu ngajar kat kelas…yang tak bestnya..hmm kena berpanas kat padang kalau kat kelas ada kipas lagi hahaha….Dipendekkan cerita..tahun ni sekolah aku dapat jejak ke Final..dan Cuma separuh kaki dah nak menang sebelum tumbang secara dramatisnya kepada sk pelabuhan Klang..alahai..betapa frustnya aku…takpalah adat bertanding kan…semua nak menang..sapa nak kalah ye dak?...apapun tahniah aku ucapkan kepada budak2 aku yang main bermati matian dengan latihan yang singkat gila..aku juga amat berbangga setelah 5 orang budak aku..amrie,Rafiq,Farhan,Ahmad Aiman dan Aizzat dapat terpilih ke latihan pasukan Daerah Klang…walau pun akhirnya Aizzat tak terpilih..aku tetap rasakan inilah pencapaian terbaik team sekolah dengan 4 wakil dalam team daerah….tahniah sekali lagi..
Babak kdua..setelah menjalani latihan intensif  dan sesudah bermalam semalam di SKTKU resort ( hahah )..kami pasukan Daerah Klang bertolak ke venue daerah tahun ini di Sk Sg Nibong Sekinchan ( sabak ke ? )…
Alamak…turun2 kereta Amrie ( player sktku) dah buat hal..mukanya lesu tak bermaya….alahai..setelah main jugak di game pertama dan managed jugak satu try..amrie dikeluarkan dan langsung tak main selepas itu….( aku pun tak tau apa sakit dia )….dipendekkan cerita..Daerah Klang masih buntu mencari kejuaraan untuk mengulanhgi pencapaian 2008…kami Cuma mampu setakat Johan Plate ( tempat ke 5 )…kalah sekali sahaja di peringkat Knock-Out stages memang memeritkan…apapun tahniah sekali lagi kepada coach..Pt dan semua pemain yag bersungguh dan cemerlang….semoga kita ada startegi baru tahun depan..selamat maju jaya team ragbi mini Klang….

No comments:

Post a Comment