Alhamdulillah………..
Semuanya telah selesai…sekitar jam 10 pagi tadi aku dah terima mesej dari Kak Ya yang memberitahu mak dan ayah telahpun sampai Di tanah suci Mekah dan telahpun mampu membuat satu panggilan telefon kepada kami yang sangat2 merindui mereka…hehehe…
Mak dan Ayah sebenarnya telah berjaya juga menjejakkan kaki ke Tanah suci setelah beberapa tahun memohon, sebenarnya mak yang memohon sebab kesihatan ayah yang kurang baik ayah tak berani nak memohon..jadi asalnya memang mak sahaja yang memohon dan telah bertahun tahun lamanya aku masih ingat mak asik ke kursus haji saja ..sampai aku jadi boring..err bila mak punya giliran nak sampai hehe…Mak cakap sabar…dah tertulis Cuma tunggu sahaja..dan aku sangat happy bila mak dah dapat juga merealisasikan impian ke tanah suci..lebih manis..permohonan ayah menjadi sebagai mahram mak juga berjaya dan mereka dapat pergi bersama…terima kasih juga kepada kak ya Dan abang Nizam yang banyak membantu…
18 hb lepas..jadual penerbangan mak dan ayah dan sampai..mak dan ayah akan naik di Bayan Lepas Penang, kata mak..mak nak naik dekat dengan kampong supaya dapat berjumpa rakan2..dan sanak2 saudara…memang ramai yang datang ke rumah sewaktu kenduri untuk ke tanah suci ahad yang lepas..aku pulak tak dapat balik gara2 kertas muzik yang belum siap..hampas!!...apapun aku bergegas balik hari isnin sehari sebelum mak dan ayah berangkat…
Pagi selasa 18hb…setelah dibacakan doa oleh bilal kampungku..kami pun bertolak ke kompleks tabung haji bayan lepas yang aku pun sebenarnya tak tahu langsung dimana….berbekalkan google maps yang diprint dan sedikit pengalaman di penang,.aku dapat juga mencari jalan ke sana…Alhamdulillah..walaupun jalan memang jem..kami sampai di waktu yang masih tak terlalu ramai orang…kira cun lah..dengan bertemankan abang ramzan dan kak yu..kami sama2 memeluk cium bonda tercinta yang akan pergi menunaikan haji..ayah tak sempat nak peluk cium sebab dia tak turun jumpa kami sebab penat sangat katanya…memang pun ramai orang dengan cuaca yang panas mungkin buat ayah sedikit penat..tak apalah janji sihat…kami melepaskan mak dan rakannya ke bilik penginapan sebelum ke lapangan terbang jam 11 pagi…sedih jugak…apapun setelah semuanya selesai..kami pun membawa haluan masing masing..abangku terus pulang ke Melaka..kakakku mungkin balik terus ke rumannya di lenggong…aku??..drive sorang2 balik Klang…penat sangat sampai lelap di sg perak..dan sampai rumah sekitar jam 5 petang…apapun..semoga mak dan ayah dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur….amin…
No comments:
Post a Comment