in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Sunday, January 1, 2012

salam tahun baru 2012...

semalam tepat jam 12 tengah malam,secara rasminya kita sudah memasuki tahun baru 2012, apa sambutan aku? macam biasa, aku tak pernah rasa apa beza pun,setiap tahun azamnya tetap sama.majukan diri dan kuruskan badan..erkk tapi belum berhasil la geng,apapun just sebagai reminder kepada semua yang suka membaca blog biol aku ni..aku senaraikan sorotan yang paling bermakna..suka dan duka sepanjang tahun 2011 yang amat bermakna kepada aku.....


SUKA..............................
1. Aku akhirnya bebas daripada mengetuai dan membuat SMM( Sistem Maklumat Murid ) yang pada aku tak patut cikgu2 yang buat, kerja yang aku pegang hampir 6 tahun...bosan + menyampah...


2. Dapat bermain Futsal yang dah lama teringin sangat aku nak main..terimakasih kawan2 terutama Dzulhasmi yang setia membooking padang.

3. Dapat Guru Besar baru yang rupa-rupanya orang muzik,sebagai hasilnya,aku ada keyboard yamaha yang walaupun lama,tapi soundnya superb..terimakasih Cikgu Rolan,hope more to come.

4. Dapat APC!!!!..wow..

5. dapat pakai DSLR dan TV LCD ...

6. COURTS dah lenyap dari jiwa.

7. Yang paling best..tentu sekali..menerima kelahiran anak kedua ..Muhammad Khalis Thaqeef pada september lepas...life is completes!




DUKA.... :-(

1. Rumah Hijau kalah sukan tahunan lagi.....nyaris sangat nak menang...

2. Ragbi kalah saat akhir bawah 10 dan tempat ke 3 je bawah 12.

3. kereta banyak calar ( langgar gate sek agama dan langgar tayar lori atas highway !!!)

4. JVC aku takda port HDMI rupanya...

5. Dhiya' terhempap tin susu kat kuku kaki atas kecuaian aku..

6. Nurul Hasanah...( cakap pun tak guna)

7. Al-fatihah Arwah ayah....semoga ditempatkan dikalangan orang beriman....

No comments:

Post a Comment