Salam semua…setelah lama tak menulis,rasa macam dah berkarat dah blog aku ni, tapi tak apalah,kesibukkan kerja dan ketiadaan mood mungkin menghalang aku dari menulis entry terbaru…hmm esok dah 1 februari 2012, sekejap saja bulan januari dah leaving us!, dah masuk bulan 2, bagi warga wilayah persekutuan ( KL, Labuan dan Putrajaya) best le kome bercuti esok,apsal la klang tak baru bulan pertama sekolah dah disajikan dengan seminggu cuti( jangan jeles,sekolah terpilih sahaja tau ) dek kerana Tahun Baru Cina,pas ni kami akan bercuti dengan Thaipusam dan Maulidur Rasul yang dah sedia menunggu…bestnya banyak cuti gaji jalan ( Cikgu le kerja paling best!)tapi yang tak bestnya bulan januari ni kereta persona turbo aku dah menguji kesabaran aku dengan 4 serangkai problem…apa dia?..ha satu, major service..dua, aircond kondem..3,timing belt..dan 4,tayar belakang kanan dah botak hahaha..tapi aku tak setelkan semua la..bankrap la kalau macamtu..Cuma aircond dan tayar belum direpair..bulan januari ni juga mencatat rekod aku sebagai cikgu sebab ada 1 kelas iaitu 4 Utarid yang aku belum pernah masuk mengajar lagi..phuii..apa punya sibuk kerja..sampai nak ngajar pun tak sempat…Bulan januari tadi juga aku akhirnya selamat menduduki exam tertutup bagi semester 2 aku di UiTM, Alhamdulillah sebab markah quiz aku memang dah gempak..terimakasih Allah sebab kurniakan sedikit ilmu untuk aku mahir teori dengan agak mudah..semoga aku dapat mahir lagi untuk teori akan datang..hmmm…genap dah sebulan, malah dah nak masuk 2 bulan ayah tinggalkan kami sekeluargakan …bak kata isteri aku, masih terasa ayah ada disini, di KL, sebab ayah sentiasa hidup di hati kami..kesian mak, sekarang hidup sendiri tanpa bertemankan ayah, maafkan kami jugak mak sebab tak boleh selalu datang ke anjung Villa tu…tapi kalau ada kelapangan,insyaAllah aku dn family mesti sampai kat sana....
Akhir kata, selamat menempuh bulan februari dengan baik kepada semua…aku just tetiba nak listkan nama kawan2 aku yang aku masih tak jumpa sekian lama…semoga korang akan ingat aku sentiasa,sebab aku bukan ramai kawan pun…selamat malam semua.
Where are they now??
1. Ahmad Shukri ( last seen..tahun 3 di SKSMA …)
Apa yang buat aku ingat kat hang= hang sebut nama aku sebagai “Ghairi “.
2. Azhar , Hassan Basri, Puat ( jasmi ), ( last seen at SKSMA )
Sahabat2 sekolah rendah yang aku tak pernah jumpa dah selepas sekolah.
3. Nik Jom Eh Kan, Nurul Azam,Husni kamal,Aswad skaters,Rafiq bunga ( last seen at Ti Penang )
Sahabat asrama dan sahabat 5j3 yang paling sempoi.
No comments:
Post a Comment