Segalanya bermula dari tahun 1990 an lagi..aku tak ingat
tarikh sebenarnya, tapi kejayaan menang tikam ( ala ala gores dan menang,tapi
hadiah murahan yang sure dan takda penipuan ) di kedai Ah boon memperkenalkan
aku dengan majalah yang satu ini, sebetulnya aku dimasa itu lebih gilakan bola
sepak malah giat mengumpul berbagai poster pemain bola yang juga boleh
diperoleh dengan mudah melalui majalah2 atau gambar yang dijual bersama jajan
di kedai. Di hari keramat itu aku berjaya memperoleh majalah bernama Roda –Roda
ini, agak pelik tapi gambar big bike pada covernya membuatkan aku sangat teruja
mendapatnya ,apatah lagi majalah ini dalam bahasa melayu yang mudah sungguh
bagi anak kampung seperti aku memahaminya,bermula dari helaian pertama
sehinggalah terakhir aku membacanya dengan penuh minat. Rupanya itulah titik
permulaan aku jatuh cinta dengan dunia dua roda ini, majalah Roda-Roda yang
posternya gambar Suzuki Panther 150 tu telah membuatkan aku menemui hobi baru
aku..MOTOSIKAL!..
Walaupun tidak mampu lagi membelinya selepas itu, minat yang
bercambah itu mula aku semaikan dengan menonton perlumbaan Grand Prix sedunia
yang pada zaman itu minat sungguh aku dengan Kevin Scwantz yang menunggang RGV500
nya yang pada aku paling cun …( sampai sekarang minat aku Cuma pada team Suzuki
sahaja ..dan agak malang tahun ni Team Suzuki telah menghilang dari motogp..)sewaktu
aku ditahun 6, aku telah mula membeli secara bulanan majalah kesayangan ku ini
dengan cover Suzuki GSX-R1100 dan RF900 di muka depan dan ada berita kembara
wisata Indonesia di dalamnya..sejak dari hari itu aku terus mengumpul RR dan
tanpa jemu2 membacanya walaupun aku tak pernah jadi ahli kelabnya kerana aku
mana la ada motor dan tak berminat nak melanggan…takut tak sampai aja…
Peristiwa majalah RR aku dikoyak adik sewaktu ada sedikit
pertengkaran dimasa aku sekolah menengah tetap aku ingat sampai
bila-bila,memang aku frust dan marah sangat masa tu..banyak koleksi aku rosak …tapi
aku kembali kumpul RR sehinggalah sekarang walaupun banyak yang dah rosak
kerana aku dah tk tinggal di kampung selepas mendapat tawaran belajar di Maktab
Perguruaan,majalah RR aku rosak kerana dimakan anai-anai dan ada yang terkena
hujan kalau tempias di celah2 bumbug rumah…hmmm..dan masa itu juga telah muncul
beberapa pesaing majalah RR dengan cuba menyelitkan berita tentang artis…aku
juga ada membelinya namun sekejap sahaja sebab tak kena dengan jiwa dan berita2
permotorannya yang kurang….umph!.Tak macam RR, berita nya bagus dan reviewnya
pun ok.
Aku pernah terserempak dengan beberapa majalah lama RR di
rumah abang iparku, wah..seronok juga dapat baca majalah RR lama,tetap unggul
dan kalau tak dia pun minat nak ja aku bawak balik buat koleksi
sendiri..heheheh..walaupun hanya dua motosikal aku miliki sehingga sekarang (
Elit sports yang dah arwah dan EX5 gold! )akui tetap merasakan jiwa rider masih
menebakl walau aku lebih prefer kereta dimasa ini kerana desakan hidup
berkeluarga…impian memiliki moto besar ( superbike ) akan aku bawa sampai ke
akhir hayat…
Tujuan aku menulis rencana
ni adalah bukan kerana aku nak masuk pertandingan RR25 tahun tu, tapi
sebagai dedikasi kepada bapa permotoran dan idola aku walaupun dia bukan terkenal
En Mohd Yusof Bakar ataupun Boss ataupun nama penannya MYB yang telah kembali
ke rahmatullah 4 april yang lepas..siapa dia ni??? Ya dialah pengasas majalah
Roda-Roda kesayangan aku ni, selepas ini tiada lagi nasihat tentang permotoran
yang berguna dan sangat berkesan, berita kembara dan penulisan arwah yang pada
aku memang top class, agak terkejut kerana aku Cuma mengetahuinya melalui
majalah RR ini juga..edisi april yang baru aku beli tadi…sekali lagi Al-Fatihah
untuk allahyarham MYB dan semoga majalah ini kekal terpelihara dan masih terus
berjalan walaupun tanpa Boss …Amin.
No comments:
Post a Comment