in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Wednesday, November 28, 2012

aku yang suka makan....

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....wahh entry ini bakal mencipta rekod kerana ditulis pada awal pagi...seawal 5.20 pagi toqq...hahahah...well sepanjang cuti sekolah ini, aku masih belum sempat nak bercuti mahupun back to basic la..( balaik kampung ) kerana kekangan belajar demi mendapatkan degree yang belum habis lagi bagi semester 4 ni...ditambah dengan rumah mertua yang sedang ditouch up ni, jadi susah la nak jalan hehehe...so entry ni sebenarnya aku jumpa dalam blog siapa ntah..rasa tertarik sebab hampir lengkap direktori makan yang sememangnya penting bagi kami sekeluarga yang tak dapat nak masak selagi umah tak siap...so hari hari kena makan luar la...so sebelum aku copy paste blog yang aku jumpa tu..aku nak mula dengan iasi sendiri..( sori tak dapat letak gambo banyak2..heheh )



1. Nasi Ayam Masyur.

  lokasi- di pekan kapar, nak pegi senang saja, hala ke pekan kapar ( dari klang la ) ambik jalan kapar (takkan jalan pahang kot ), sampai je pekan kapar, lepas traffic light dekat SMKTIS kapar sebelah kanan dan balai polis juga sebelah kanan, korang belok kiri, lepas tu nampak la kedai ni selepas deret kedai tayar,semua..

apa yang best???- hmm aku cuma experience sarapan pagi je kat sini, nasi lemak,roti canai dan lontong ayamnya menarik...apa lagi tryla...harga??..standard kedai makan la..makan banyak mahai, makan sikit murah hehe..

yang tak best ???-- hmm orang ramai sangat, pelayan indon yang malas skit, meja yang macam meja cikgu dalam bilik guru,,


2. Gerai Akak laksa utara + mi rebus + kuih muih 24jam

  ha, aku pun tak tau apa nama gerai akak ni sebab tak bernama, kenapa ada 24 jam?? adakah dia open 24 jam?? oh mungkin tidak..24 jam tu aku amik kata pepatah membe aku menggambarkan kedai yang tersangat la lambatnya servis..nak pegi senang je, kedai ni terletak di area taman sri sementa menghala ke taman klang perdana sebelah kanan jalan.

apa yang best??..laksa dan mi frebusnya meleTOP, sedlain kuih muih yang sangat sedap, aku suka banget kuih macam cucur udang tapi ringkas bulat bulat yang tersangat la sedap makan sewaktu panas...masuk dalam mi lagi masyuk..harga pun murahh..

apa yang tak best ??? kena order awal2 pastu jalan jalan la g kedai ke isi minyak ke..sebab lambat gila servisnya hehe..

3. Rojak Ghani Klang

lokasi- pasar jawa klang dekat medan selera berdepan dengan pasar jawa hehe, nak lagi senang, dekat ngan centerpoint klang tu,

apa yang best???..rojaknya senag cakap pasembur la, sedap , macam utara punya, isinya cukup siap ada sotong lagi,

apa yang tak best???, -kedai kecik, meja berebut, ramai pengemis, dan kuku kaki hitam pelayan mematikan selera..hehehe..harga?? ok je..


4. Pak Su Corner seksyen16 shah alam.

lokasi?- dekat dengan kuarters kerajaan, depan tu ada kedai2, dia dekat penghujung sebelum selekoh..sebelah kanan..

apa yang best??..lauk yang banyak mak aii...u name it u got it..makan tengahari memang puas..air boleh refill tapi sirap je lah...servis cepat

apa yang tak best???--nasi ayam tak berapa sedap, buleh tahan mahal jugak, parking kena bayar...


ok aku listkan lagi tempat yang korang patut try...

5. nasi kukus andalas.
6. kedai burung rantau panjang.
7. cakoi rantau panjang.
8. ayam golek Bro rantau panjang.
9. Ahmad Tomyam batu 3 klang
10. Al Nur Seafood Sementa
11. Nasi lemak kapar SKi
12. Pak Li Kopitiam Giant Klang Sentral.
13. JM bariani.
14. Andalas Corner ( skang ada nama baru )
15.Sukands Food Port Dickson heheh ( jauh nye )
16. bawal Goreng belakang hospital parit buntar
17. Restoran rahman parit buntar.

err malas plak nak tulis..so sambung copy paste yer hehehe...




Tempat makan best sekitar Shah Alam
  • Seksyen 3 :
    • Restoran Syed Kadir - best for breakfast, try dia punya poori, pandora capati dengan appom
    • Restoran Ceria - Nasi lemak dengan cakoi dia sedap cicah dengan kaya lagi
    • Serai Thai - tomyam dia sedap jugak (same company dengan Serai Empire)
  • Seksyen 7 :
    • Wong solo 
    • Big taste (sebelah Fareeda) - fish n chip and carbonara dia sedap :)
    • Restoran Haji Sharin Low (berdekatan dengan Sekinchan Ikan Bakar)
    • Jemari (sedap jugak tapi agak mahal sikit)
    • Restoran Garuda (tak berapa best, mahal tapi menarik hehe)
    • Mak Jah (dekat area Pak Li) - breakfast lontong dengan nasi lemak dia sedap. nasi lemak dia memang berlemak lah, berkilat2 lagi nasi dia tu. rendang ayam dia pun sedap.
    • Ayam kampung (sebelah klinik dr. Rosli area Pak Li) - breakfast + lunch memang sedap
    • Mamak Hakim - ayam goreng dia terbaekkk
    • Restoran Barra - try nan cheese dengan nasi goreng ayam - best!
    • D'arab cafe (anjung 7, belakang unisel) - bestest nasi arab dengan harga yang berpatutan.
    • Nasi kukus ayam berempah anjung 7 - lunch dan dinner, datang awal kalau tak beratur :)
    • Burger bakar Yazid (anjung 7) - berger bakar 500gm, sekilo pun ada.
    • Mee Ketam (anjung 7) - mee kari ketam ada, mee kari udang galah pun ada. 
    • Lontong Klang (barisan kedai belakang unisel menghadap rumah)
  • Seksyen 8 :
    • Kedai Soto - 4 lot kedai kot dia ambik, lauk bertimbun tapi macam tak menarik. tapi sentiasa ramai orang :) boleh la nak cuba
    • Capati (gerai medan selera belakang kedai soto) - capati terbaekk di shah alam dan kawasan sekitar, makan pulak dengan kari ayam atau kari ikan dia..perghhh.. sambal sardin dia pun sedap. Datang awal, kalau lambat habis (buka untuk breakfast je)
  • Seksyen 9 :
    • Cili merah - breakfast roti jala dia sedap! lunch pun banyak lauk sedap2
    • Zam Zam - try nasi beriyani ayam dia sedap. Nasi mandy, khabsah pun sedap.
    • Nasi arab Hadramaut (satu bangunan dengan Concorde hotel) - nasi arab dengan lamb dia sedap. tapi harga agak mahal sikit, dan kedai dia sunyi je takde orang haha
    • Nyonya Kitchen (Plaza Masalam) - ikan gerang asam (ke asam pedas) sedap!!
    • Famous Thai (Plaza Masalam) 
  • Seksyen 10 :
    • Restoran Azira - selection menu utk breakfast dan lunch yang banyak
    • Restoran Hatinie - lauk tengahari banyak choice
    • Nasi Ayam Pak Mal (restoran)
  • Seksyen 11 :
    • Nasi Ayam Pak Mal (gerai belakang caltex) - terkenal sejak berkurun hehe
    • Night Circle - Nasi bubur berlauk sedap
  • Seksyen 13 :
    • Homst (belakang tesco extra) - chinese muslim
    • Upin Ipin  (belakang tesco extra) - satay dia sedap
    • Qaseh Bistro (belakang tesco extra) - macam2 makanan ada sini 
    • Kafe Warisan (laman seri) - Cucur ikan bilis dan lempeng kelapa yang sedap
    • Mexican grill (laman seri) - western food yang macam tempat2 mahal, tapi dengan harga murah. 
    • Mr. Steak House (laman seri) - Western food yang murah dan sedap dan sentiasa ramai orang.
    • Laman grill (laman seri) - restoran kepunyaan chef Zubir yang masterchef tu. Western food, pasta2 yang sedap. Semua sedap tapi harga agak mahal, standard harga dekat Chilis, Tony Romas macam tu la. Try Meat Lover's combo platter bagi pencinta daging. memang macam2 jenis masakan daging ada dan hasilnya adalah sangat kenyang hehe
    • Mon Rod (laman seri) - malam2 ada live band seronok utk lepak2
    • Cendol penang (dalam Giant foodcourt) - sedap dan portion yang sangat banyak
    • Nasi lemak cinta sayang - sentiasa ramai 
    • Restoran Hasan ayam kampung - nasi campur bertema lauk2 pantai timur dengan ayam kampung goreng yang very juicy, letak je habis, letak je habis. Seketul tak cukup sorang. Kena ambik berketul2 hihi
    • D'Kayangan Steambot - selection dia banyak giler, siap ada grill2 lagi
    • Tupai-tupai - suasana kedai menarik, romantik2 gitu. Steamboat situ pun sedap.
  • Seksyen 14 : 
    • Uncle K (sacc mall)
    • The teapot deli (sacc mall) - makanan ala inggeris, fish pie, scones, quiche, beef pie yang isi2 dagingnya besar. Roasted chicken yang the bestest. Nasi tomato (jumaat dan sabtu) yang tersangat best macam makan dekat rumah. 
    • Restoran Tasik Indah - restoran ni menarik sebab atas tasik shah alam tu, belakang plaza alam sentral. makanan sedap2. try their bamboo fish, ikan hodoh tapi isi sedap hehe
  • Seksyen 15 :
    • Adam Lai - chinese muslim restaurant. masakan dia semua sedap2..serius ni!
    • Restoran Temerloh Catering - kalau nak makan ikan patin masak tempoyak boleh la mai sini. sedapppp
  • Seksyen 16 :
    • Cendol Pak Akob (depan masjid) - cendol simple tapi sedap, popular sejak sekian lama.

2 comments:

  1. Huiiyooo...banyaknya tempat makan. Baru baca dah rasa kenyang hahaha. Meh la wat review makan kat sentul ni pulak...depan umah ni, ada Al-Azim dan kat Dato' Senu ada Naili's.

    ReplyDelete
  2. terima kasih byk2. menyenangkan saya.

    ReplyDelete