lagu bola perak
in the name of Allah the most mercyful.....
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...
Wednesday, December 15, 2010
GO HARIMAU MUDA MALAYA...
assalammualaikum,
hari ni malas nak cakap banyak...happy gila setelah Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 tadi..so aku nak dedicatekan beberapa lagu bola untuk semua....
enjoy...
Tuesday, December 14, 2010
jalan-jalan cari makan lagi..





assalammualaikum.....
petang tadi,selepas satu hari di rumah...( maklumla bini banyak assignment )..kami iaitu aku,bini,mak mentua dan dhiya' pun macam biasa nak g la ke tesco. ( Tesco merupakan salah satu tempat faveret kami selain carrefour sg pinang,Jusco bukit Raja dan Giant setia alam ).selepas membeli barang keperluan bini dan mertua dan merembat bberapa baju untuk Dhiya' kami pun mencari tempat untuk mengisi perut,maklumla dari pagi ke petang aku hanya sempat cekik roti canai ja haha..so mana mau makan, hari ni kami dah sepakat nak try kedai makan baru bukak kat setia alam ni, Restoran Cina Muslim Chan Abdullah,demikianla tajuk restoran kunjungan kami petang tu.Restoran ni baru bukak tak sampai seminggu yang lepas, berlokasi di tepi jalan Meru berdekatan dengan Klang Sentral,Tesco setia Alam,dan Giant setia alam dan juga dekat dengan Mcdonalds Setia alam.
Disebabkan baru buka,memang suasana kedai memang bersih la..tandas pun berbau wangi hihi,tetapi pelayan nya bukan semua cina muslim la..banyak Indon ngan Bangla jugak..maklumla situ kawasan kilang..susunatur kedai pun nampak luas dan lapang dan servis pun ok walau agak kelam kabut skit...apa yang spesel kat sini??..ha makanan cina muslim la...aku try tadi nasi goreng Yeong chew..sedap dan harganya 6 hinggit...( ambik kau )..dan juga jus kedondong asam boi..memang masyuk..cuma kuantiti airnya sikit la..hehehe...
apapun,pada aku,aku memang minat kedai mamak lagi heheh ( Dnaina) ..tapi kalau nak cari nasi atau mi yang sedap..boleh la try Restoran cina Muslim Chan abdullah ni...kalau tak tau kat mana,call ja aku..dapat gak aku makan free nanti..hehhe..ok..esok kita nak ke banting plak..ok lets jom. babai..hingga ketemu di next pages.
Sunday, December 12, 2010
kerang bakar di Pantai Remis Klang
meriahnya di Pantai Remis
assalammualaikum...
actually petang tadi kami nak pergi main bowling .....maklumlah asik main bowling dalam FB ja..mana masyuk..malangnya ampang superbowl kat KP tu penuh banget..maklumla hari minggu..tengok waiting list pun dah dekat 10 orang..lane pun tak banyak..orang lak ramai nak mampus..( apsal la diorang tak g main paintball ke..main Guli ke )..so teerpaksa la kensel hajat murni kami ni...lagipun dah hampir kul 6..takkan nak tunggu..dengan nur dhiya' yang tak makan samannye ni hehe..lalu kami membuat u-turn dan menuju ke Pantai remis untuk beriadah sambil pekena ikan bakaq ..( lagi ).
sesampainya kat sana..( dah agak dah ) memang orang ramai...maklumlah hari minggu dengan melayu,cina,india,samseng,gemuk,kurus,seksi,hodoh,tampan,tua,baby semua ada..nak masuk parking pun merangkak-rangkak...mujurla kami dapat parking yang tak jauh ngan restoran kerang bakaq tu..hahaha..sampai2..tuan puteri aku ni tido..jadi aman la sekejap..tapi bila uminya kejut sebab nak suap ikan bakaq..haa ngamuklah dia kejap..terpaksa bawak g pusing2 kat tepi laut tu...dah senyap dan kembali aktif baru duk makan balik..
setelah order yang boleh tahan lamanya..kami pun melantak la side order seperi otak-otak,sate,kerang bakaq , ikan siakap bakaq dan kembong bakaq..abang azmi order mi goreng manakala org umah aku order kuey tiow goreng...overall okla..sate dia dan otak-otak memang maree..sedap..cuma yang tak bestnya ikan nya sampai lambat sangat...dan apa yang aku tengok..ramai sangat orang yang datang sini hujung2 minggu..mungkin kerajaan selangor kena bagi fokus sikit untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik di pantai remis ni...mungkin lebarkan sikit jalan masuk..sempit sangat..dan banyakkan parking..
oklah..esok kemana pulak kita hehee..
Tuesday, November 30, 2010
cuti-cuti Malaysia ( Port Dickson-Melaka-Port Dickson )
@ Fort Supai
malamnya kami ke medan ikan bakar kat mana ntah..( bukan umbai ) tapi ikan siakap bakar dan sotong tepung nya memang menarik..sedap gila...balik hotel dalam keadaan penat badan ni..kami sambung karaoke plak..haaa..layan ja..hahaha..esoknya selepas check out..kami mulakan tour keliling melaka..nak naik beca hahaha..bini punya teringin...naik jugak la..sebeca sejam RM40...kami buat lebih sejm kena sorang satu beca RM50..hambik kau..4 beca dah 2 rat..jalan2 keliling naik beca memang best..selain Kota A famosa..kami round2 semua gtempat menarik sekitar bandar melaka...malangnya pastu hujan lebat..( Dhiya',mak mentua dan kaka siti dah mula nak demam )...kami menyambung 2 malam lagi kat pusat peranginan TNB di PD plak..asebab abang azmi staff TNB jadi leh la nginap kat sini..sini pun ok murah ja..sehari 25 hinggit ( tNB staff only )..macam biasa aktiviti..mandi kolam.( sini kena pakai baju putih..dah ready sebab dulu kena marah ) haha..malam tadi kami g makan ikan bakar kat kualal linggi,memang sedap..kedai terapung Fort supai..view pun chanteeekkk...mulanya nak g pasir panjang..tapi kedai tu tutup...esok dah nak checkout..letih jugak badan ni..lepas ni aku nak balik kg terindah pulak..nak rehat puas2..bulan depan kemana?????..mungkin cameron kot hahahaha..ok ..dah puas karaoke tadi..skang nak tidoq plak..orait enjoy the pic..selamat malam.
Wednesday, November 17, 2010
This is how the way we jam we jam...
Saturday, November 6, 2010
saya suka hero tamil.
babak main2 perut adalah babak wajib dalam filem tamil hahahaha
kalau nak suruh geng2 samseng 08 top ke 21 top ke insaf..kena panggil superstar ni bagi nasihat atau penerajang..
Vijay..aka polis ravi si penentang vandayagam...
filem Aaru menjadi faveret aku..heroin cun.
Vadivelu..pelawak terkenal dalam filem2 tamil...