in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Saturday, October 27, 2012

sungguh lama......

assalamualaikum....rasanya dah berjanggut tumbuh potong lapan ratus kali dan tumbuh balik..jarak masa nya yang lama aku tak post apa2 kat blog aku ni....mungkin dah ramai peminat dah lari...hmm nak buat macamana..terlampau sibuk mengalahkan ketua kampung pinang sebatang...
keriangan guru-guru sktku bermain paintball...
so sebagai dah lama tak nulis..malam ni aku just biarkan gambar bercerita bagi menggambarkan betapa setiap gambar ada lagunya..ye tak? hehehe..macam yuna plak...ok...lets rock!!!!

so himpunan gamba pertama aku....kem bina juara....
kem ini bertujuan membina badan..err membina juara dikalangan murid2 ala ala kem motivasi lah ni...so berbekalkan lensa tamron baru aku..inilah hasilnya...
   
orang bantai ceramah..depa bantai tidoq


memang syook...

ketahanan mental kononnya

gambar berikutnya..hmmm my princess and little prince la....

kakak di setia mall...
thaqeef yang aktif ...
mai makan...

hmmm..so ini menandakan aku akan kembali lagi memeriahkan dunia blog ini...gud nite all....

Friday, July 27, 2012

sukan itu telah berakhir...

assalamualaikum.....sudah lama aku tak menulis...

Rumah hijau pantang kalah????..nampaknya pantang itu telah dilanggar...Rumah Hijau baru sahaja terlungkup dengan hormatnya pada edisi sukan tahunan kali ini...apa yang malangnya..kita sudah jauh dari rumah kuning yang dahulunya selalu dibawah...
Sebagai guru rumah ( saya bukan lagi ketua rumah )..dusuni saya ingin merumuskan kekalahan rumah hijau mengikut pandangan saya ...

1. persiapan kita jauh sangat dari rumah-rumah lain?..mana semua handalan rumah hijau?..kenapa tak menyumbang sedikit untuk rumah hijau...saya sangat kecewa kerana saya sendiri mengeluarkan duit poket yang tak seberapa disamping bantuan RM 50 hinggit tu, ...saya kecewa kita tak mampu juga menyaingi rumah lain dengan hiasan...

2. Perubahan drastik menyulitkan rumah hijau???...Cikgu R, Cikgu RJ, Cikgu AM, Cikgu KL, Cikgu Z semuanya sudah ditransferkan ke rumah lain...sedangkan mereka yang banyak idea dan mampu membantu...poor decision that sink out umah hijau..

3.kurangnya sdmangat melawan dikalangan kita...walaupun anda semua sudah mencuba..saya sedikit keciwa kerana sebilangan kecil dari hijau yang menyerah sebelum berjuang...harapan saya anda berubah untuk dimasa akan datang...

4. adik adik tahap 1 kita juga terlunggkup tahun ini....


apapun harapan cikgu takkan pernah pudar..sebelum ditransferkan ke sekolah lain ( mungkin ) cikgu berjanji akan naikkan semual rumah hijau di masa akan datang...

Hijau!
Hijau pantang kalah!
walau sakit jatuh dan rebah!
bangun lantas, semula gagah!
bujur lalu melintang patah!....




salam ramadan.....

alhamdulillah...selamat juga aku mengharungi seminggu yang pertama puasa tahun ini...agak mencabar bilamana cuaca sekarang ini sangat panas..umpama di gurun sahara rasanya hakhak...ditambah dengan keletah Dhiya' ngan thaqeef yang semakin membesar,kadang2 mencabar stamina aku juga hehhe, apapun setelah lama tidak berblog, malam ni sempat juga aku menggagahkan diri menulis...membuat sedikit editan gambar bilamana aku merasakan sudah tidak sesuai lagi gambar si comel ku yang sudah membesar sekarang...
Tadi aku baru pulang dari sentul, berbuka puasa dengan mak dan kakak dan familinya, suka hati sangat dapat makan masakan mak, bihun kuning kuah kacang...walaupun bini aku kata agak pelik, tapi yang penting, i like this food...so menggamit kenangan di masa kecil di mana warung cop ais ( arwah ) ada menyajikan makanan ini yang dimakan bersama ais kacang ...ohh best gila time tu...
hmmm. dan tadi juga aku dapat menukar duit raya agak awal setelah dua tahun lepas agak kelam kabut menukar duit di saat saat akhir...tambah bangga bila dapat duit baru, aku tukar ngan abang ipar je..memang best bila dia bagi terus tadi, ingatkan nak kena tunggu heheh..tima kasih ...
oklah pendek kata, sempena bulan ramadan yang mulia ini...aku nak mohon ampun pada semua yang mana kalau aku aada buat salah silap,mohon diampunkan...tak sabar nak raya juga tahun ini memandangkan kata ktanya tahun ni kami kaum2 guru akan dapat bonus dan tunggakan gaji..alahai..syukurnya....so ..jom layan bola olimpik..dan selamat malam semua..saya sayang kamu..bye!

Thursday, April 26, 2012

Roda-Roda...


Segalanya bermula dari tahun 1990 an lagi..aku tak ingat tarikh sebenarnya, tapi kejayaan menang tikam ( ala ala gores dan menang,tapi hadiah murahan yang sure dan takda penipuan ) di kedai Ah boon memperkenalkan aku dengan majalah yang satu ini, sebetulnya aku dimasa itu lebih gilakan bola sepak malah giat mengumpul berbagai poster pemain bola yang juga boleh diperoleh dengan mudah melalui majalah2 atau gambar yang dijual bersama jajan di kedai. Di hari keramat itu aku berjaya memperoleh majalah bernama Roda –Roda ini, agak pelik tapi gambar big bike pada covernya membuatkan aku sangat teruja mendapatnya ,apatah lagi majalah ini dalam bahasa melayu yang mudah sungguh bagi anak kampung seperti aku memahaminya,bermula dari helaian pertama sehinggalah terakhir aku membacanya dengan penuh minat. Rupanya itulah titik permulaan aku jatuh cinta dengan dunia dua roda ini, majalah Roda-Roda yang posternya gambar Suzuki Panther 150 tu telah membuatkan aku menemui hobi baru aku..MOTOSIKAL!..
Walaupun tidak mampu lagi membelinya selepas itu, minat yang bercambah itu mula aku semaikan dengan menonton perlumbaan Grand Prix sedunia yang pada zaman itu minat sungguh aku dengan Kevin Scwantz yang menunggang RGV500 nya yang pada aku paling cun …( sampai sekarang minat aku Cuma pada team Suzuki sahaja ..dan agak malang tahun ni Team Suzuki telah menghilang dari motogp..)sewaktu aku ditahun 6, aku telah mula membeli secara bulanan majalah kesayangan ku ini dengan cover Suzuki GSX-R1100 dan RF900 di muka depan dan ada berita kembara wisata Indonesia di dalamnya..sejak dari hari itu aku terus mengumpul RR dan tanpa jemu2 membacanya walaupun aku tak pernah jadi ahli kelabnya kerana aku mana la ada motor dan tak berminat nak melanggan…takut tak sampai aja…
Peristiwa majalah RR aku dikoyak adik sewaktu ada sedikit pertengkaran dimasa aku sekolah menengah tetap aku ingat sampai bila-bila,memang aku frust dan marah sangat masa tu..banyak koleksi aku rosak …tapi aku kembali kumpul RR sehinggalah sekarang walaupun banyak yang dah rosak kerana aku dah tk tinggal di kampung selepas mendapat tawaran belajar di Maktab Perguruaan,majalah RR aku rosak kerana dimakan anai-anai dan ada yang terkena hujan kalau tempias di celah2 bumbug rumah…hmmm..dan masa itu juga telah muncul beberapa pesaing majalah RR dengan cuba menyelitkan berita tentang artis…aku juga ada membelinya namun sekejap sahaja sebab tak kena dengan jiwa dan berita2 permotorannya yang kurang….umph!.Tak macam RR, berita nya bagus dan reviewnya pun ok.
Aku pernah terserempak dengan beberapa majalah lama RR di rumah abang iparku, wah..seronok juga dapat baca majalah RR lama,tetap unggul dan kalau tak dia pun minat nak ja aku bawak balik buat koleksi sendiri..heheheh..walaupun hanya dua motosikal aku miliki sehingga sekarang ( Elit sports yang dah arwah dan EX5 gold! )akui tetap merasakan jiwa rider masih menebakl walau aku lebih prefer kereta dimasa ini kerana desakan hidup berkeluarga…impian memiliki moto besar ( superbike ) akan aku bawa sampai ke akhir hayat…
Tujuan aku menulis rencana  ni adalah bukan kerana aku nak masuk pertandingan RR25 tahun tu, tapi sebagai dedikasi kepada bapa permotoran dan idola aku walaupun dia bukan terkenal En Mohd Yusof Bakar ataupun Boss ataupun nama penannya MYB yang telah kembali ke rahmatullah 4 april yang lepas..siapa dia ni??? Ya dialah pengasas majalah Roda-Roda kesayangan aku ni, selepas ini tiada lagi nasihat tentang permotoran yang berguna dan sangat berkesan, berita kembara dan penulisan arwah yang pada aku memang top class, agak terkejut kerana aku Cuma mengetahuinya melalui majalah RR ini juga..edisi april yang baru aku beli tadi…sekali lagi Al-Fatihah untuk allahyarham MYB dan semoga majalah ini kekal terpelihara dan masih terus berjalan walaupun tanpa Boss …Amin.

Monday, April 23, 2012

Its a birthday festival babeh............

assalamualaikum semua..wah lama gila aku tak berblogging beb, ada la mau setahun jagung rasanya..by the way disebabkan kesibukkan yang mengalahkan wakil rakyat paraguay membataskan niat aku nak menulis, so malam ni actually sibuk jugak tapi tetap nak tulis...first sekali..hari ini 23 hb april adalah beffday anak aku yang sulung Nur Dhiya' Khaliesah...wah dah 3 taan yang tahun anak ayah ni.....dan yang lagi best..baru ja 15hb hari tu aku yang sambut..dah 30 dah aku beb tua nya hahaha....so sangat la special bila aku dan anakku sambut dalam bulan yang sama..save bajet hehehe..apapun buat puteri sulung aku tu ayah ucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur murah rezeki dan ayah dan umi serta adik botak thaqeef sayang Dhiya'..hadiah tggu ari rabu tau..hehehe..dah dah..ayah nak sambung buat kerja!...

Sunday, March 11, 2012

jangan kau momok kan aku dengan kisah kisah MOMOK!

 assalamualaikum semua...malam ni aku just nak shared beberapa kisah seram yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama...(kredit untuk penulis -penulis asal.)

kisah seram pertama...

Rumah Seram Seksyen 2

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.
Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.
Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first yang kena.
Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.
Malam tu kitorang kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.
Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk ruma tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim saja yang berada di bawah, maka kitorang decide untuk pinjam baju and suar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Wallet aku pun tinggal. Masing-masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut pada dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pula perasan ada budak perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan pada dia. Yang aku pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku tengok muka Wak dah kejung campur pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam suar la… Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran Hakim!!!
Setibanya kitorang di restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 pagi lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu pada tingkap bilik dia. Bila dia jengok, dia nampak ada seorang perempuan duduk di atas pokok kayu Ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So, dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.
Azmi “dagu” pula cerita yang dia nampak ada budak perempuan lambai tangan pada dia [yang ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm yang budak ni buhkan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam pula cerita dia nampak hantu tu pada siling rumah! Bila buka mata saja, hantu tu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya masing-masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang last yang cerita.
Aku cakap la yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak pada lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku nampak diorang tengah layan DVD di hall tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa pula kitorang tengok DVD ni?”. Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul… Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil.
Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member-member aku yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang di Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku pula boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pula.
Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang saja yang bawa HP, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Then, Lan ambil HP Bob, dia baca apa entah agaknya, lepas tu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last-last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai pada HP tu, tak ada seorang pun di antara kitorang bercakap… Sampai Subuh!!
Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la… Nokia 3310

                                                            cantik tak rumahnye......


Kisah seram kedua....

Rabu, 15/6/11 – saya dpt voucher free 3h/2mlm @ Palm Spring Resort PDTolong jgn duduk situ!
  • 1.30pm
Check in. Receptionist dia ok, 5 star. Tp apartment? Ya Allah, seram, mcm kedai tinggal, usang, suram, beberapa blok pecah2, berlalang, parking lubang sana sini, kolam renang kering & xde org lain check in langsung! Masuk bilik, langsir lusuh & koyak2. Tuala pun sama. Sgt2 lain suasana bilik tu. Remang tengkuk, tp cuba wat xtau. Rasa panas sgt (pdhal dh on aircond paling sejuk & kipas paling laju!) kami g mandi laut kt Blue Lagoon. Ok la, laut bersih & cantik.
  • 6.30pm
Balik bilik. Husband nmpak ‘benda’ di sebalik tangga & ‘benda’ itu hilang dlm dinding! Tp dia diam je, xnk bg tau.
  • 7.00pm
Lps mandi husband xsedap ati, nk balik time tu juga! Masa kemas beg, anak saya duk renung toilet. Husband marah, jgn pndang toilet! (mereka bdua nmpak ‘bnda’ tu ada dlm toilet!)
  • 7.20pm
Masa nk keluar bilik, tiba2 anak saya ckp “baby xnk balik, nk main kt sini, ada kawan. ‘Dia’ nk kawan ngan baby” ohh tidak! Kami paksa dia kuar bilik. Gila la!
  • 7.25pm
Masa sibuk masukkn beg dlm kete, anak saya lg skali duk tenung tangga apartment, tp kali ni muka dia takut sgt2!
  • 7.40pm
Odway balik rumah mertua kt seremban, dlm kete husband citer ape yg dia nmpak. Tiba2 anak saya mncelah, katanya “mama, td ada hantu kt situ. Hantu tu ada depan baby, tkejut baby. dia nk main ngan baby” Ya Allah, aduhai!
hotel
Mlm tu tdo rumah mertua. Nasib baik anak x meragam. Tp saya xleh tdo smpai jam 4 pagi, baru terlena.

Khamis, 16/6/11
– Anak saya demam muntah2, terkejut agaknye. Dia banyak senyap & baring je. Pakcik husband saya bg tau, kolam renang hotel tu ramai budak mati lemas & bilik hotel kami duduk tu ada budak hilang dlm bilik. Hilang begitu sje depan keluarga mereka! Xde org duduk hotel tu pun sejak 3 tahun yg lepas.

Jumaat, 17/6/11
– Anak saya cakap “mama, hantu tu takut air. Hantu tu nk main ngan baby, hantu tu ckp kt baby ‘haahaaa…haahaaa’ baby nmpak kt kt toilet, kt dlm katil..”
Ya Allah..nasib baik kami cepat kluar dr hotel tu, tanpa tdo 1 mlm pun!

komen aku...............wallahualam..selagi tak rasa ..jangan percaya..setel!

Tuesday, February 28, 2012

every february has it leap year...

assalamualaikum...
lerr..dah hari terakhir dalam bulan februari baru aku ada masa nak post something dalam blog kesayangan ni..sorilah kawan kawan, aku di hambat kebzan teramat sangat...biasalah awal2 tahun, dengan anak2 yang semakin membesar kadang kadang membuat aku terpaksa hadkan penggunaan teknologi ini kepada di waktu malam sahaja..ok papa nak tulis ye..
hari ni 29hb februari 2012, masuk hari kedua sekolah aku ni ada ujian bulanan, so ada la waktu senggang skit di pagi pagi buta ni...walaupun selalunya aku memang agak free,( kecuali selasa ),tapi kalau hari2 biasa aku lebih suka menghabiskan masa di bilik muzik yang mystical hehehe..dengar lagu ataupun buat latihan mengajar,apa nak diajar dan buat sedikit latihan vokal,maklumlah aku selalu nyanyi live,,jadi praktis itu perlu sangat sangat..ok kat sini aku just nak shared benda benda yang sering terjadi di waktu ujian mahupun peperiksaan yang seingat aku la..aku dulu jarang sangat buat..just nak shared untuk kita renung renungkan betapa zaman kita sudah berubah hehehe...

1. kalau tak tahu nak jawab...angkat tangan dan tanpa rasa bersalah tanya cikgu....

2. kalau bertanya tak yah dok senyap senyap kat tempat,terus je g dekat cikgu ( walaupun dah gtau banyak kali,just angkat tangan dan cikgu datang ke awk !)

3. suka sangat bukak kasut...

4. abis satu kertas akan diwarnakan mana2 yang ada gambar kalau dah siap keja..( kes berseni sangat )

5. suka sangat berutus surat ( bukan tiru jawapan ) tapi just nak tanya --ko rehat ngan sapa--dan --ko jangan kawan dia --

6. ada waktu senggang, bukan nak revision tapi tulis biodata member..

7. akan main apa saja benda yang boleh main, contoh- padam pastu amik hampas pemadam,susun pensel, buat jet pada pen ngan meletakkan pembaris sebagai sayap

8. jongket2 kerusi ( ini dari dulu pun sama,selagi tak jatuh akan keep buat..)

9. tido..( ini pun sama) cuma bezanya ,tido tahap tak ingat dunia dan sampai kuar air liur dan tido walaupun tak tau buat.

10. tulis nama sekerat,nama bapak akan dielakkan tulis sebab takut member ejek...( nyusahkan cikgu )

ha....ada persamaan kan? mungkin ada dengan kita dulu atau mungkin kita dulu lebih dasyat..hahah...ok selamat datang bulan mac,harap2 akan ada entry yang lagi best nanti.....

                                                   courtesy of tahun 6 utarid.