in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Monday, March 21, 2011

UiTM di hatiku?



assalammualaikum wbt..salam bloggers semua...lama tak menjengah kat sini,bukan apa minggu ni memang Bz, selepas ni ,aku akan lebih sibuk lagi sebab sekarang aku sudah bergelar student ..ye..hehehe dah tua2 pun masih kena belajar lagi..mulai 19hb ari tu aku secara rasminya sudah menyambung pelajaran di bidang yang aku minati iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik, syukur aku dapat sambung dalam pengkhususan aku dan tak lari opsyen..( takut sebab ramai juga kawan2 dah tertukar opsyen..simpati ngan kak su..)..selama 4 tahun lepas ni..berulang alik lah aku ke UiTM Sham Alam ( lega lagi sebab dekat ngan umah ).seksyen 17 intec untuk belajar, walaupun begitu,kelas aku nanti cuma akan diadakan sebulan sekali dimana kami semua akan belajar secara iclass ( kelas maya ) melalui online.ha pengalaman baru tu..susah tak susah aku terpaksa redah jugaklah..halangan utama tentu sekali sebab semua kelas,assignment dan lecture mahupun presenting dibuat dalam Bhasa Inggeris..mak aiii..rasa nak nangis beb..bukan susah pun tapi sukar gila jugak selama ni kta nak bercakap tu boleh cuma nak bagi betul grammar tu yang susah gila..tapi bila pensyarah kata..belasah je dan jangan malu nak cakap..aku rasa ..mungkin boleh redah kot..apapun haeapan aku agar semua nanti berjalan lancar....pada 19hb aritu,bertemankan bini aku..aku pun gi la daftar kat UiTM kampus seksyen 17..mujur juga datang awal..bukan apa bila umah dah dekat rasa macam nak datang lewat jugak..bila datang awal..siap daftar pun awal..mujur juga tak banyak kerenah dan licin urusannya..yang tak berapa nak best tu..bila taklimat dan jadual urusan nya kucar kacir..dari sepatutnya habis kul 1230 melarat sampai ke kul 430 petang baru setel..wahhhh..naik berbulu bini aku..mujur ada bini Najib ngan cerita2 nya menghiburkan bini aku heheheh..apapun aku juga nak ucap tahniah kepada semua yang dapat PPG kali ni kawan2 yang setia bersama..Ikram,Najib ,Kimi, kita belajar sama2 nanti..junior2 dan geng2 klang..termasuk akak aku kak yu pun dapat,tapi nun juah kat USM sana..selamat ber ali setan le kat sane hehehehe...ok sebelum gua akhiri coretan malam ni terimalah lagu rasmi gua sekarang..UiTM in my heart..bravo..chow....

Lirik Lagu UiTM Di Hatiku

Wujudku di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra putrinya
Pelopor hidup budaya bangsa,agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku ku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya……demi bangsa

Watikah yang kumiliki kan kusemat di hati
Janjiku kepada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hatimembela negara
Doa restu ayah bondaku untuk semua
UiTM…usaha taqwa mulia.

No comments:

Post a Comment