in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Friday, December 9, 2011

kembara yang takkan kenal erti penat...

pagi isnin itu...dengan beg yang berbondong, memang nampak sarat,tapi persona itu masih gagah meluncur walau tempoh servis sudah menghampirinya...tidak ada yang aneh disepanjang jalan...masih dengan ritmanya yang sama..Klang ke Bagan tiang masih kekal dengan jaraknya..cuma yang mungkin berbeza..sekali ini aku pulang dengan hati yang gundah bercampur ceria...menanti kepulangan ayahanda dan bonda dari tanah suci..dan menanti perkhabaran tentang kesihatan ayahanda yang katanya merunsingkan....pagi itu ( selasa ) seawal jam 4 , walaupun aku tidur lewat, aku sudah menyiap diri sambil mengejut kaum kerabat yang lain..dalam jam 530 pagi kami sudah bergerak ke bayan lepas...45 minit rasanya agak seksa terutama bila sampai di perkarangan airport..alahai adakah yang menanti itu datang seawal jam 1 pagi???sesaknya ibarat ada jualan murah...masing2 menanti tanpa sabar..sebab mereka menolak sana sini bagaikan nak pergi tengok konsert deep purple di tg karang lagaknya...sampaikan jemaah nak keluar pun garu kepala....takut nak dirempuh agaknya...akhirnya setelah hampir pitam menanti..aku akhirnya berjumpa juga dengan kedua orang tua yang amat dirindu...alhamdullah..ayah masih agak sihat walaupun nampak lemah..mak masih seperti dia yang tak tahu erti penat..malangnya ayah mula kurang upaya setibanya di rumah...nampak susah bernafas..dan akhirnya terlantar di hospital selama 2 malam...sebetulnya..aku terpaksa pulang jumaat ini sebab isteri ada kuliah on saturday..walaupun hati ini berat nak balik..nak tinggalkan ayah yang masih belum sihat...walau begitu..ayah dah discharge hospital lewat tengahari tadi...ayah masih nampak lemah...dan semoga mak sabar dengan feel ayah yang nampak lain sangat kebelakangan ini...sama2lah kita doakan ayah kembali seperti sediakala...insyallah...

No comments:

Post a Comment