in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Thursday, December 13, 2012

cerita bola....






Berakhirnya perjuangan juara bertahan
 ( jangan bersedih sang belang )

Sebentar tadi, kira kira 37 minit yang lalu, dikala mulut durjana sang referee korea meniup wisel penamat, maka menandakan berakhirnya perjuangan sang harimau Malaya dalam laluan penuh ranjau bagi mempertahankan piala AFF Suzuki bagi tahun 2012 ini, maka jika dibuka facebook, sudah tentu berjuta penganalisis merangkap penyokong setia ( katakau ! ) yang memberi penilaian terhadap permainan skuad kebangsaan itu, sudah tentu kata –kata sesalan yang paling banyak diupdatekan berbanding kata-kata pujian kerana ia sememangnya lumrah kan?..
Well honestly said la, game tadi memang berat sebelah, kata orang puteh, a not balanced match la, dari awal memang Nampak Thai memang kongker game, ( kongker= kuasai, Kongkek= #####), pemain Malaysia nampaknya memang terkesan dengan perang psikologi Thailand yang sedari awal tahu mereka takkan berjaya membaham harimau Malaya yang sungguh sukar diduga dimana kekuatannya, bermula dengan padang latihan yang sukar diterima akal “profesionalisme “ ( padang tahap padang Cempakasari ), diteruskan dengan padang sebenar yang ..alahaiii..cantik lagi stadium sultan Muhammad IV ..apa sebenarnya yang AFF nak jawab?..takkan takda padang lain? Sepetutnya prestij game terhebat asean ini tak perlu dimomokkan dengan perkara bodoh sebegini, that’s why la aku dari dulu lagi tak suka dengan puak2 asean ni..tak pro langsung…!!!!
Apapun, 180 minit sudah berlalu, dan keputusannya takkan boleh ditarik balik walaupun kad kuning kedua=merah fadhli Shahs itu sungguh ridiculous..keputusannya, Thai Vs Singapore dan Malaysia seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana gagal menang besar di bukit jalil ahad lepas…kalaula boleh menang besar ari tu, I bet the results is different…apapun, sebagai pengurus kelab VFL Wolfsburg ( dalam alam maya ), yang baru sahaja membeli Thiago,Klose dan Giovinco bagi mengharungi musim terbaru selepas berjaya mengungguli bundesliga musim lepas, aku teringin menganalisis serba sedikit piala AFF Suzuki bagi pasukan tersayang Harimau Malaya ini…
1. Salah Pilih pemain?
 Bak kata Dato’ K rajagobal, “ saya kenal pemain saya “..hmm, ya benar Dato’ tetapi masalahnya ramai pemain Dato’ yang rasanya bermain dibawah keupayaan sendiri edisi AFF kali ini, saya sebegai pemerhati agak meragui pemilihan beberapa pemain kali ini yang pada saya bukan tidak bagus, Cuma bukan on form untuk terpilih buat kejohanan kali ini,antara yang saya rasakan kurang on form dan sangat mengecewakan bagi piala AFF kali ini adalah
- Safee Sali
   Cuma menjaringkan satu gol menentang laos, jauh dari prestasi sebenar, dan ketajaman seperti tahun 2010 sangat menghilang, factor bermain di liga Indonesia yang tentu sekali ugly dari Malaysia mungkin mempengaruhi performance Safee, saya percaya Liga Malaysia jauh lebih baik berbanding Liga Indon sana…gandingan dengan mat Yo juga agak kurang Chemistry (keserasian ) Chemical=bahan kimia )..
- Midfielder ( safiq rahim, Amar Rohidan,badrol bakhtiar,)
Agak mengecewakan kerana midfield seumpama enjin dalam pasukan, ketiadaan gary Steven Robat dan Shakir yang cedera sangat dirasakan dalam game tadi, Safiq rahim agak tenggelam bagi edisi kali ini, manakala Amar dan Badrol yang gagal perform sewaktu Kedah juga tersingkir dari liga Super sangat merupakan kesalahan pilihan pemain on form oleh sang jurulatih..mengapa Piya. Nurul azuan Roya, Norfarhan ,tidak tersenarai????..( Kelantan adalah juara liga super !!! ), kegagalan midfield menjana bola menyebabkan striker seperti burung burung tanpa arah tujuan di bahagian serangan…so shame…
Defender ( aidil, azmi muslim , )..
Malang bagi Aidil, saya rasa persembahannya seperti Yo-Yo..kegagalan menyepak bola teerasil tadi ( walaupun amar rohidan yang punca ) menyebabkan Malaysia ketinggalan 1 gol tadi..seorang rakan baik yang juga merupakan jurulatih bola sekolahnya menyatakan, jika Aidil bermain, Malaysia pasti kalah…hmm menarik juga analisisnya kerana 2010 lalu Aidil tidak bermain hehehe…apapun, aidil pada saya seorang defender yang baik, mungkin perlu lebih konsisten kerana CB buat silap ja, yang jadi mangsa nya goalkeeper la..bagi Azmi Muslim pula, Cuma diturunkan pada game pertama which is so bad sampai kena baham singa import 3-0…saya percaya Azmi Muslim bereada dalam keadaan off form, kerana saya masih teringat-ingat gola menarik ketika menentang Arsenal tempohari ( Vito mannone juga masih dihantui fobia kepada nama Azmi Muslim katanya..)..apapun ketiadaan Muslim ahmad, Subramaniam , sangat dirasai, dan malam tadi Mahali jasuli membuktikan dia juga ada pasang surutnya…saya berpendapat both LB dan RB mala mini kurang beroverlapping ( mungkin kerana strategi bertahan ) kalau more attacking pasti tahi sukar nak handle bola silang Malaysia…
Apek oh Apek ( Goalkeeper )
Farizal marlias menyelamatkan Malaysia dari kalah besar malam ini..sapa tak setuju boleh blah dari sini…hehehe..betul kan? Kalau tanpa dia malam ni, mungkin Malaysia kena 10 bijik lebih, dan keadaan padang yang buruk mengalahkan buku lali EG ( sahabat ) juga memakan striker mereka sendiri..dan kita juga sangat rugi apabila penjaga gol utama kita KFCM sedang asyik bercinta dan sedang menjalani hukuman gara-gara bad luck dalam game pertama…otherwise dia mungkin hero Malaysia malam ni..

2. layanan Buruk…
Sudah diketahui umum, ketibaan pasukan Malaysia sering kali dilayan seperti kain buruk oleh pasukan lawan, bukan kita tak tahu insiden 2010 lalu…tapi tahun ini, Thai yang disangka sangat menghormati tetamu, sangat sangat mengjengkelkan dengan memberi padang latihan seumpama padang selepas carnival jom heboh kepada Malaysia…mengapa perkara ini sering kali berlaku?? FAM tak reti nak marah ke???..sudah-sudahlah berdiplomasi, saya cadangkan kita jangan sertai AFF akan datang sebagai tanda protes, dan carilah tournament lain diluar continent seperti Copa America ke, piala oceania  ke, ape apelah, jani Skuad kebangsaan tak kena buli sebegitu, biar kalah dengan lawan ternama daripada kalah dengan team bodoh yang main bangsat…

3. Ultras Malaya???
Hahaha, pasai apa saya senaraikan team sorak dasyat Malaysia ni?? Hmm ntahlah saya agak berasa meluat bila terdengar mereka menyorak mengutuk pasukan lawan?? Perlukah begitu?? Tu belum insiden mengepung bas team sendiri selepas kalah..apa ni, ingat Malaysia tak boleh kalah ke? Sebagai penyokong, kena tunjuk kesetiaan tak berbelah bagi…( by the way tadi tak Nampak plak ultras?)..bagi saya, kalau kutuk caci maki hamun pasukan lawan..karmanya akan kena team kita sendiri..jaga kelakuan dan sokonglah pasukan Malaysia dengan cara terbaik..baru anda layak digelar Ultras..( mereka yang ada di stadium mala mini adalah real Ultras..)..saya juga mengutuk sapa saja yang main-main laser dalam game lalu..memang mengjengkelkan dan memalukan Negara…sudah-sudahlah..pro sikit boleh!!!

4. Perubahan!!!!!!!
Malaysia kena berubah…saya lihat corak permainan Malaysia masih ditahun 2010, itu sudah menjadi sejarah, lihat sahaja bagaimana team lain berevolusi, walaupun merekea banyak menggunakan pemain naturalisasi, tapi kita kena akui, pasukan seperti Indonesia, Thailand serta singapura malah Filipina sungguh bersemangat dan sangat laju dan berfizikal, kita kena ubah corak latihan dan main dengan attacking and possessions football, jangan banyak bereksperimen dikala kita memerlukan team yang sempurna…

Kesimpulannya, tak ada apa nak dimalukan berkaitan kekalahan malam ini, adat perlawanan ada menang dan kalah, sememangnya kta bukan di pihak pemenang malam ini, saya menyeru kepada semua, janganlah dipecat K, rajagobal itu, dia saya lihat sangat bervisi dan cekal, berilah sedikit peluang, dan jika nak pecat sekalipun, gantilah dengan calon paling berwibawa yang pada saya non other than mr Ong kim Swee, harimau muda kita sangat berpotensi..so jangan mudah putus harapan…selamanya harimau Malaya yang korang selalu nyanyi tu harap-harap lepas ni jangan jadi bahan cacian plak..berbanggalah, kita kalah kepada pasukan yang lebih baik…( mata keatas tangan di bahu )..

P/s==saya menyeru, alihlah siaran anda kepada Bundesliga jerman..sangat menghiburkan dengan pemain-pemain muda yang hebat..pasukan jerman boleh dicontohi oleh FAM…bagaimana mereka develop pemain muda…( by the way Schaefer is germans too..ahaks>>)

No comments:

Post a Comment