in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Wednesday, January 14, 2015

Jalan Jalan melaka 2014 part 2.




Aktiviti hari kedua dimulakan dengan sesi mandi kolam, ha macam biasa setiap hotel yang aku nak booked, akan dipastikan memiliki pool yang cantik, tak untuk aku, untuk anak anak aku je, si kakak Dhiya’ dan adik Kiki kali ni awai –awai dah beli swimsuit, maklumle hotel 5 star kena ikut regulation pakai swim suit, tu yang leceh tu, tambahan pulak ramai tul pelancong dari Negara jiran tu yang dressing tahap Baywatch, kalau lawa tak pa, dua tiga kali tgk, agak mual tekak jugak la…aah persetankan semua tu, seawall 8.00 pagi aku dan Dhiya’ serta Kiki dan tercegat kat tepi kolam, pekerja maintenance pon lom habis cuci kolam, lepas semua clear, apa lagi berendam, aku tak, sebab takda baju renang, tapi rasa macam nak terjun gak, takpa esok terjun, hari ni bagi budak-budak dulu,

Kiki mula mula malas nak mandi..seejuukk..kakak bedal je.

join je lah..
Kami tak sarapan di hotel, mahai baq hang, baik cari nasik lemak kat luar, amatlah berbaloi dan boleh makan sampai kenyang, hari ni, cadang nak pusing pusing Bandar Hilir je, nak tgk bangunan merah, a famosa dan mungkin teringin sangat nak naik Menara Taming Sari, isteri dan mertua serta Cik Misbah plak apa lagi nak memborong je, pergi le arked depan kapal floro del mar tu ( betui ke aku eja ), aku lak melayan Dhiya’ ngan Kiki main buih sabun dekat area muzium Umno, replika kapal terbang dan kepala ketapi ( keretapi ) . Budak budak ni rimas masuk tempat sempit-sempit tu, lagipun nak savekan poket aku sebab ramai sangat orang dok juai mainan dalam arked tu, 
wau kiki teruja nampak beca.



Lepas selesai memborong, apa lagi, makan la, aku bawak diorang gi the famous asam pedas selera kampung depan dataran pahlawan tu, tapi yang lawaknya, aku tak makan pun sebab , tak da parking habaq hang, lalu lepak ja dalam kereta, sampaila umi call suh ambik kiki yang melalak kat kedai makan sebab nak mainan, mana nak cari mainan, aku pun umpan aiskrim je dekat 7E, mujur mau,..So nak pergi mana lagi…hari jumaat, jam pun dah dekat 12.30, mulanya Cik Adel kata nak balik terus..tapi bini aku plak dok racun , ajak gi klebang, lagipun aku teringin sangat nak kena coconut Shake tu, apa lagi, terjah ke klebang, alamak, bukakknya kul 2 nanti, kami sampai dalam 1.30, tengok blum ada orang, aku pun ajak family gi jalan pantai klebang, niat nak tengok Bustel tu, ( hotel yang diperbuat daripada bas terpakai ) sampai je Pantai Klebang, wah ramainya orang meniaga, erk dalam hati terpikir, tak gi solat jumaat ke, aku memang tak pergi, dan rasa malu sangat nak turun, taro diorang niaga selamba je..ish ish, not good, pusing je, tak berenti pun terus balik ke coconut shake, 
Makkaaaiii, mana datang manusia ni, kebanyakkannya kaum tionghua ni, dah beratur panjang…apa lagi kami terus duduk dan isteri beratur sama, Coconut Shake Klebang ni ada dua gerai, gerai yang tepi jalan hanya khusus untuk take away atau bawak balik, so kalau nak minum, masuk dalam sikit, memang terbaik, tapi sebab orang ramai sangat…tak feeellll…ada juga juai nasik lemak, mihun goreng, kuih muih dan ayam goreng, hmm memang terbaik, mujur x makan asam pedas tadi…
ramainya orang coconut shake, nak snap gambau pun tak lalu..

Lepas selesai Coconut shake, Cik Adel dan family terus bergerak balik ke Klang, kami pulak, balik hotel, penat sangat dah..masanya untuk tidoqq…..bayaq mahai mahai, tido je…petang tu semua keletihan sampai plan asal nak mandi pool terpaksa diabaikan..

No comments:

Post a Comment