Sebenarnya sejak dua
menjak apabila abis selesai tesis ni gua asik nak melancong ja…rasa masih belum
puas kat equatorial tempoh hari, so belek belek booking.com, cadang nak gi
dekat –dekat ja, nak bagi anak anak mandi kolam je, mula mula nak booking
Impian Morib je, tapi dah selalu gi sana, so memang nak terjah PD yang dah lama
gua tak round ni. Mula – mula ( lagi ) gua dah book kat Klana Beach Resort yang
gua pun tak tau kat area mana, apa yang best, ni Nampak macam hotel baru dan
paling best, agak islamik, kolam renang pun asing-asing, dalam beberapa hari
pastu, masih dok gigih membelek booking.com sambil dok survey kot-kot ada hotel
yang lagi best dan murah dari Klana, tengok-tengok rege Avilion Admiral Cove ni
murah dalam 20 hinggit, wah ini peluang baik ni, tgok bilik pun cun..apa lagi,
kensel Klana, booked Avilion.
sempat grab Kiki sorang je... |
Gua amik tarikh 24
dan 25 hb, semalam je tido, saja, bercadang nak cuti setiap bulan hahah, tapi
rasanya tak leh buat setiap bulan, kopak la gua..ok dipendekkan cerita,
rombongan gua bersama anak,bini dan mertua, sambil di follow mak, kakak, abang
ipaq serta anak anak dia dari KL meramaikan keadaan bertolak ke PD around 11
o’clock gitu. Selain daripada itu, kakak isteri dan abang ipaq yang memang stay
di PD dah menunggu di sana, dan abang gua yang baru posting PD ( ashkar ) dan
stay di Melaka pun katanya nak join, wah mau meriah bilik, apapun best la,
bukan senang nak gathering macam ni, biarpun diorang tak stay overnight dengan
kami tapi sekurang kurangnya boleh la meramaikan keadaan dan memeriahkan
suasana..
bukan senang nak bersama tok som ni. |
tempat receptions, boleh baring.. |
Well sesampai nya di
AAC ni, fuiyoo cantik beb,4 star katako, kami dapat bilik di tingkat 6, apa
yang bestnya, tempat receptionsnya ada disediakan day bed saiz king lagi, sedap
la baring diorang sementara gua gi check in.yang kiki anak jantan gua dah tak
sabar nak terjun kolam, cih itu kolam ikan dik, belum kolam mandi lagi..
Masuk masuk bilik,
wah,,,kecewa sebab buka bukak langsir
nampak blok sebelah…mana lautnya…oo laut kena pusing ke kiri sikit,
nampaklah jugak walaupun sipi je..ok macammana condition bilik???...wel cantik,
ada 2 twin katil kecik yang kami rapatkan, ada day bed ( sofa ) yang boleh
jugak sesape nak tido situ..ada aircond yg sangat sejuk, kipas pun ada, singki
di luar..fridge, flat tv, astro, balkony..kira lengkaplah, Cuma takde bath tub
ja…kecewa budak budak…petang tu tak ada apa aktiviti sangat, borak borak, dan
gua macam biasa gi bawak bebudak ni mandi kolam…
Lepas mandi, tunggu
family abang gua dan kakak isteri datang, pastu gi ke batu 4, layan pasar
malam…
jenguk le bilik...belakang mak aku tu bilik air, bilik boleh tutup kalau nak privacy..anak anak dok makan kacang.. |
TV tergantung, chanel standard hotel..tapi tv ni kejap padam kejap ok..puit..depan tu ada banyak meja.. |
view dari bilik... |
End of day one….
Masuk hari kedua,
pagi pagi lagi gua dah kejut binik, jom gi sarapan weh, kami dapat dua baucer,
so tambah lagi satu untuk Nur Dhiya’ , Kiki dan Amani belum kena caj, well
makanan memang superb, dan banyak, ada nasik lemak, rendang ayam, nasik goreng,
bubur nasik, loh hor fun goreng, koko krunch, buah buahan , salad dan banyak
lagi..Lepas makan, apa lagi sambung sesi berendam untuk budak budak ni,
maklumlah jap gi nak check out dah, so apalagi, mandi sampai lebam, tapi pagi
ni ramai gila umat kat kolam ni, sampai gua nak tengok mana satu anak gua pun
payah…
awai awai pagi dah berendam..mula-mula... |
setengah jam kemudian.... |
wah..banyaknya bottt.. |
bot ada bendera aussie tu nampak classic! last kopek.. |
So lepas lepak lepak
dan napping dalam beberapa mint, its time to check out…wah, overall gua ssangat
rekemen hotel ni pada those yang nak stay mewah dan belanja yang ciput, memang
thorbaeek AAC ni, dengan view marina yang sungguh marveles, bila la gua nak ada
kapal mewah macam tu, oklah, habis trip PD, esok nak sekolah plak..
mesti datang lagi... |
No comments:
Post a Comment