in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Sunday, January 4, 2015

melaka kami datang...

kali terakhir kami sekeluarga ke sini, penghujung 2010, empat tahun jugak jeda masa yang diperlukan bagi membawa kami semula ke sini...

kalau 4 tahun lepas , kami datang bersama family kakak Siti, tahun ni kami bersama family Cik Adel, kalau 4 tahun lepas kitaorang stay di Mahkota Apartment, tahun ini, ehem ehem...Equatorial Hotel baq hang,

satu yang tak best pasai hotel ni, nak naik ke lobby dari parking tu penat...bukan penat sikit, penat sangat, tambah tambah kalau barang berlambak, nak tak nak aku terpaksa turunkan mother in law dekat lobby, dan kami anak beranak terpaksa memanjat lebih kurang 500 anak tangga ( gurau je ) untuk sampai ke lobby, dengan masa check in kul 3, kami tersampai sejam awai, melangut la nak tunggu...tak dibaginya check in awai..puitt..dalam tenet kata buleh check in awai...

So masuk ja bilik, ( dipendekkan cerita ), tengok wah luasnya bilik, view pun manyak cantik oo, berbanding hotel Cik Adel di Hallmark Crown Hotel yang super sempit locationnya tu, ( dalam tenet luas kemain,), hotel equatorial ni sangat la strategik..) lokasinya, dekat dengan serba serbi, dataran pahlawan, mahkota parade, hatten mall, menara tamingsari,  a famosa, asam pedaih claypot, ...uptown...( jumaat malam sabtu )

View dari bilik....sungguh menawan
adik amani dok bergolek...
oppss, sensored...


hari pertama, destinasi kami adalah, ikan bakaq..apa lagi teringin sangat nak pi Umbai, ikan bakar parameswara, so godek godek waze ( alamak beteri dah nazak..) takut tak sempat nak sampai ja, mujurlah sempat, dan lokasinya pun tak jauh mana, kira Umbai ni lebih jauh dari muara sg duyong dan crystal bay ( dua dua lokasi ikan bakaq )..kami sampai kira dekat nak pukui lima dah, abang jaga parking tu kata, kui 5 baru depa bukak, lalah, lagi seploh minit, tak dibaginya order, tggu kui 5 jugak hahah, .anak anak dengan anak cik adel dah teruja tengok view laut, dekat situ juga ada perkhidmatan feri ke pulau besar, kalau nak cari harta karun boleh lah..5 hinggit rasanya tiket...
Ikan bakaq Parameswara
Balun....


tepat jam lima ja, maka umi dan nenek beserta cik adel dan isteri cik Misbah mula memilih ikan, sotong dan maacm macam lagi, hmm pendapat aku, jeram lagi syok kot, tomyam pun sampai lambat, dah brkkk baru sampai, kena la bungkuih ja,..so selesai aktiviti untuk hari pertama....opps ada lagi, balik ja, disebabkan Cik Misbah stay satu malam ja, ( kami 2 malam, ) maka dia menzahirkan hasrat nak naik cruise sg melaka tu, waah, jenuh aku meraban cari jalan, tablet dah abis betri, berkat kesabaran dengan menanya orang sekitar ditambah dengan kemahiran semulajadi ni, lokasi cruise tu dapat dijumpai, beserta tempat parking yang tak jauh dan murah...apa lagi, dalam dalam maghrib tu kami bantai menyusuri sg melaka, memang best...( yg tak bestnya air sungai agak berbau dan banyak sangat gangguan orang juai mainan...)...


adik amani teruja...

So, berakhirlah aktiviti kami untuk hari pertama ini...balik hotel..berdengkurzzzzzz...

No comments:

Post a Comment