in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Tuesday, November 30, 2010

cuti-cuti Malaysia ( Port Dickson-Melaka-Port Dickson )

Hibiscus Pool..kat mahkota..

nyanyi2 di PD


Ikan bakaq
@ Fort Supai







Umi di kuala Linggi




mandiu @ PD





A famosa





jalan2 melaka













da nak checkout






adik nak berak kot..



























Zoo Melaka




salam....

,hari ni 30/11/2010,hari terakhir aku bercuti kat PD ni..ha kali ni aku nak cerita pasal jalan2 kami sekeluarga bagi cuti 2010 ni..Macam biasa bila cuti sekolah ,aku dan bini memang nak jalan2..mulanya merancang nak pergi Langkawi,memang aku nak pergi sangat,tak puas jalan lagi masa honeymoon 2 tahun lepas,malangnya tetiba Kedah dilanda banjir besau yang membantutkan harapan kami nak ke sana,walaupun Langkawi tidak terlibat sama sekali,tapi nak ke kuala Kedah tu terbantut jugak..dan walaupun masa tarikh kami nak pergi tu banjir dah surut..namun amaran gelombang kedua memang terus membuatkan kami terus tukar plan ke Melaka je..( frust sangat..padahal tak banjir pooon... )..lagi frust sebab tak dapat jalan2 ngan akak aku dan mak ayah sebab plan ke Melaka diorang tak dapat turut serta,jadi trip ni cuma disertai pasangan aku,pasangan kakak siti,pasangan Faiz dan mak mertua je..Kami memulakan trip pada 27hb, jumaat petang tu kami g PD dulu umah akak siti kat taman t=raja zainal ( kuarters TNB )..hari sabtu 28hb, dalam jam 10 pagi kami memulakan journey to melaka , ikut kuala linggi,memang best jalan kampung ni terutama bila sampai kuala linggi dan kuala sungai bharu yang selalu jadi lokasi penggambaran drama rashid sibir..lautnya memang cantik...malangnya keadaan hujan membuatkan kami tak singgah pun..dalam jam 12 tghari kami sampai di melaka..memandangkan check in kul 3,maka kami pusing2 melaka dulu..destinasi pertama ..ZOO Melaka..tengok beruk mat yeh la hahaha..tapi kunjungan ke2 aku kesini ..binatangnya nampak layu je..lepas gian adik nak tengok binatang,,,haaa dhiya' memang suka binatang..emmmmmmbbooookkk..katanya hahaha..( mbok tu lembu dalam jawa )..lepas penat jelajah Zoo,kami g masjid Al azim solat zuhur, memang kelass masjid ni..siap ada playground untuk bebudak...lepas melantak di kedai tepi masjid..kami terus ke Hotel..ha kami menginap di Mahkota Hotel ( dulunya Mahkota Century hotel )..memang kelass hotel ni..macam 5 star apartmen..kolam renangnya ada 2 lagi...lepas rehat2..apa lagi terjun pool la..malangnya undang2 pemakaian pool sekali lagi mematahkan hajat nak mandi ( kat PD dulu kena pakai baju putih ) kat sini tak leh pakai baju lak..mujur seluar aku dah beli tight..apa lagi g sewa baju renang la..melayang 10 hinggit...sian abang azmi..takda saiz..terpaksa mandi tak pakai baju..
malamnya kami ke medan ikan bakar kat mana ntah..( bukan umbai ) tapi ikan siakap bakar dan sotong tepung nya memang menarik..sedap gila...balik hotel dalam keadaan penat badan ni..kami sambung karaoke plak..haaa..layan ja..hahaha..esoknya selepas check out..kami mulakan tour keliling melaka..nak naik beca hahaha..bini punya teringin...naik jugak la..sebeca sejam RM40...kami buat lebih sejm kena sorang satu beca RM50..hambik kau..4 beca dah 2 rat..jalan2 keliling naik beca memang best..selain Kota A famosa..kami round2 semua gtempat menarik sekitar bandar melaka...malangnya pastu hujan lebat..( Dhiya',mak mentua dan kaka siti dah mula nak demam )...kami menyambung 2 malam lagi kat pusat peranginan TNB di PD plak..asebab abang azmi staff TNB jadi leh la nginap kat sini..sini pun ok murah ja..sehari 25 hinggit ( tNB staff only )..macam biasa aktiviti..mandi kolam.( sini kena pakai baju putih..dah ready sebab dulu kena marah ) haha..malam tadi kami g makan ikan bakar kat kualal linggi,memang sedap..kedai terapung Fort supai..view pun chanteeekkk...mulanya nak g pasir panjang..tapi kedai tu tutup...esok dah nak checkout..letih jugak badan ni..lepas ni aku nak balik kg terindah pulak..nak rehat puas2..bulan depan kemana?????..mungkin cameron kot hahahaha..ok ..dah puas karaoke tadi..skang nak tidoq plak..orait enjoy the pic..selamat malam.































Wednesday, November 17, 2010

This is how the way we jam we jam...
















salam sejahtera..sari berita penting...


pada hari sabtu yang lalu,bersamaan tarikh 13 november 2010,satu fenomena ataupun lagenda ( boleh dikata ) telah kembali ke tempat asalnya..setelah hampir 2 tahun menyepikan diri,The LAst Minute telah kembali mengegarkan Marina Studio di Taman Tenaga Cheras, band lagenda ini ditubuhkan secara rasmi pada pertengah 2004 di MPIK Cheras, dianggotai oleh Khairi AKA Bagan sebagai Vocalist/ Kibodis, Najib AKA Bullah sebagai lead / rhytmist guitar, Adams Daud sebagai bassist ( HardRock/Punk), Wan ahmad Hakimi sebagai Lead/Rhytmist/Bassist, Mohd Khairul baharuddin sebagai bassist/Lead mahupun Rhytmist dan anchor mereka Adli Aswad sebagai the one and only Drummer....untuk show2 rasmi kadang2 mereka mengundang Artis Istana Budaya Anwar Cito as a Tamboriness dan Eg Hai-O sebagai Pengacara majlis.. Manakala saudara Ikram Kire seringkali diundang sebagai pengkritik tetap mahupun Gitaris tambahan seandainya lagu etnik atau emo dimainkan..dengan dimulakan set list yang ringan seperi 21 gun, dan disudahkan dengan set2 berat seperty chop Suey,band ini tampak sedikit berkarat sementelah lama tidak bermain bersama...apapun pada petang sabtu yang lepas, Khairul tidak dapat bersama mereka kerana perniagaan dodol yang memerlukan pengacau rasmi dan tidak boleh digugat...ditanya bilakah kemungkinan jamming bersama semula..mereka menjangkakan untuk sekali lagi mengegar Marina Studio untuk gaji yang akan datang..ataupun bila ada ahli nak kahwin..akhir kata...semoga band semua genre ini berjaya menghasilkan jamm yang terbaik dan mengambil alih pengurusan Marina Studio memandangkan Kimi hampir memiliki saham marina studio.semoga yang terbaik.





Saturday, November 6, 2010

saya suka hero tamil.

walaupun rupa tak hensem langsung..tapi masih terpilih sebagai hero...

babak main2 perut adalah babak wajib dalam filem tamil hahahaha



kalau nak suruh geng2 samseng 08 top ke 21 top ke insaf..kena panggil superstar ni bagi nasihat atau penerajang..



Vijay..aka polis ravi si penentang vandayagam...



filem Aaru menjadi faveret aku..heroin cun.




Vadivelu..pelawak terkenal dalam filem2 tamil...





salam semua..hahaha kali ni kit apergi topik happy sikit,well semalam semua orang tahu kita merayakan satu lagi perayaan di Malaysia ni..Deepavali...so macam biasa bila dah sambut deepavali maka penuh la traffic2 di sekitar klang,masjid india,Brickfield dan sebagainya..aku bukan nak cerita pasal traffic..hari ni aku nak cerita pasal filem-filem tamil..ha..bukan hindustan tau..this is pure tamil hehe..semalam dalam pukul 800 cam tu ,aku ngn bini macam biasa la dok cari citer2 tamil merata chanel..mujur la channel 202 ada tayang satu ( pelik skit,tahun ni tak banyak siar filem tamil )..tajuknya apa dia ntah..aku pun dah lupa..tapi jalan ceritanya memang melekat dan masyuk..hahahaa...kisahnya macam ni..sorang pemuda yang tak da masa depan le..( macam gila2 bahasa ) sedang cuba memikat gadis kolej ( semestinya )..namun cubaan nak masuk kolej asik terhalang dan sudahnya dia bawak ape benda tu...emmmbeca roda tiga bermotor tu..apentah..ojek? bukan tu bahasa indon..ape tah tut tut? hmm bolehlah..sedang2 dok bercinta ni..dia bertemu dengan geng2 jahat yang memang jahat habis..ketuanya nama Chella..Chella ni memang jahat tahap israel..belasah warga tua,kanak-kanak,wanita, anjing,malahan pondan pun ditibainya kalau tak mau bagi wang perlindungan..bila bapak heroin pun digetahnya..maka hero pun meledak la...aku ingatkan si hero ni kuat2 biasa ja..rupanya kuat habis..habis dibelasahnya chella sampai lepak hospital la jugak...konco2 chella disepaknya bagai menyepak kertas dan kucing..habis melayang...dan dia dengan beraninya masuk port samseng dan heret mereka ke balai polis...malangnya..macam biasa jugak polis diketuai sarjan ketambomman ( betul ke nama dia ni? )..dah dibeli penjahat..sudahnya hero yang diheret ke balai dan dibelasah cukup2...cerita dipendekkan bila hero dapat lepaskan diri dan mulai memerangi konco2 chella..rupanya chella ni anak penjahat..bapaknya adalah ketua segala jahat daerah madras ni..vendayagam ( ape ntah nama dia ) maksudnya ketakutan hahaha..adalah ketua segala penjahat..dia dibantu geng Sandhi dan anak vandayagam ni si Chella kira ketua bahagian la...akhirnya macam biasala..lepas geng sana geng sini ditetak dibunuh..dan kemuncak bila Vandayagam punya anak si Chella pun tumpas di tangan hero..maka Vandayagam mula mengamuk dan membeli jawatan Menteri..ha beli hehehe...oklah..panjang sangat ceritanya ( tak masuk lagu lagi )..last2 macam biasa hero dapat bunuh vandayagam dengan bantuan bekas polis devaraj yang pernah kehidupannya dimusnahkan Vandayagam...kira situasi menang-menang la..bila hero ditangkap polis dan Vandayagam mampus gak...sebetulnya..cerita ni bagus..kira membangkitkan semangat kita menentang kejahatan...namun tindakan sendiri ( sebab polis rasuah ) hero memungkinkan sikap ini dicontohi pemuda pemudi india di negara kita..tak hairan la depa suka sangat bergasak,tetak sana ,bakar sini heheh..apapun filem2 tamil ni jauh lagi best dari filem kita yang tak sudah2 hero lembik..dan jalan cerita memang kau dah tau dah..boring...






aku bab2 komedi dalam filem tamil dan gasak2 tu yang best..filem kita ..hmmm lambat lagi nak maju..filem2 tamil dekat dihati..mereka mengangkat tema kehidupan sebenar yang difilemkan berssama hero2 yang mukanya pecah..sini semua muka jambuuuu...oklah..ada masa cube tengok filem tamil memang pecah perut..dan jangan lak nak belasah sesapa lepas tengok filem2 tamil hahahaha...

Friday, October 29, 2010

buat baik dibalas baik...buat jahat berkali kali..

segala luahan ini lahirnya dari hati yang ikhlas...terpulang sama ada kau ingin menelannya atau tidak...

kenapa kau baik sangat????
aku hairan la....aku hairan sangat....
tak terkesankah atas perbuatannya kepada kau?
layanannya kepada kau masih seperti dulu aku tengok...
layanannya kepada kami tak pernah berubah pun?

kenapa kau nak simpan semua...
kau rela meracuni dirikau..kau rela menambah sakit di hati kau...
sedangkan dia masih terus begitu...sifat bahalul yang takkan berubah..
cuma kau yang malang berada bersamanya...
aku rasa kalau orang yang waras dah lama ucap..selamat jalan...

kenapa kau masih melayannya seperti raja?
bukankah dia tak pernah anggap kau seperti pencinta yang setia..
dia melayan kau seperti hamba...
menganggap kami seperti kuman dimata..
menganggap cuma sekutunya yang gah dimata..

mengapa kau tak bina hidup baru bukan bersama nya...
adakah kau tak jijikkan dirinya yang sudah tercemar dosa..
masihkan ada ruang di hati kau untuknya...
sedangkan dia tak pernah cuba berubah langsung...
menunggu masa untuk diajar kami semua..

syurga ada dimana-mana...
bukan dibawah sisuami durjana..
takkan layu hidup bersendirian...
kami sentiasa ada untuk kamu...
malah kami yang setia mendengar..bukan dia...

kami dah lama memendam rasa...
kami tak mahu kau terus merana..
kami mahukan bahagia bersama kamu..
kau layak mengecapnya...layak..dan layak..
kau patut buka lembaran baru...

akhir kata dari aku...
jangan dilayan ibu bapaku semacam hamba...
suruh dia uruskan anak-anaknya...
bukan ayah kita yang tak sekuat mana..
jika dia ingin membuktikan kekesalannya
inilah masanya...

Saturday, October 16, 2010

perhimpunan guru 1 malaysia..

1 malaysia..benteng negara,,,,
hahaha..pagi tadi ..aku dan ratusan guru yang terpilih dari Klang ni..awai2 pagi dah terpacak kat PPD klang semata2 menjayakan majlis perhimpunan guru 1 malaysia kat bukit jalil nun...
pukul 630 pagi..aku bertolak dari umah berbekalkan kereta kancil mertua yang side mirrornya dah terkulai..perlahan-lahan mnyusuri taman sri pekan dan seri melor untuk ke PPD..dah sampai nampak berbondong-bondong manusia dah beratur nak naik bas..alamak ..gua dah lewat la ni..tersangkut plak kat jalan tepi padang High School tu..ada keta plak arah bertentangan yang menghalang..mujur depan dan belakang aku ada kereta..jadi tak la aku nak kena ngundur...tengah2 sangkut tu nampak la member kaunseling sekolah gua..cikgu Nordin..wah semangat dia..panggil dia..dia tak jadi naik bas,,terus masuk keta dan join aku g parking dulu..tak da membe katanya..shuk dngan dzul tak sampai lagi la tu...well.kami ber6 termasuk GB sekali..aku,nordin,Shukri,Dzulhasmi,Rizaudin..tapi rizaudin tak jumpa sampai ke sudah...kami lak satu bas semua..dan Gb pun naik sekali sama..alahai..tak dapat nak blah awai..hahaha...sampai kat sana masih awai..jam baru kul 8 kot...lepas teman diorang sarapan..kami pun straight away ke stadium putra,upanya guru seluruh malaysia datang..memang ramai gila.. ( tu yang tak jumpa Rizaudin sampai ke sudah..member aku Najib pun aku tak jumpa )..acara start kul 10,kul 830 dah masuk..cari port 2-3 kali..pindah jugak la..yang penting..beg goodies rembat 2-3 hehehehe..apa yang ada dalam beg tu?..hmm kek pisang,air mineral,aturcara,buku program..dan yang paling penting..collar pin ..hehe benda ni yang aku rembat banyak ni hehehe...well setelah ucapan ,nyanyian dan sajak semua..acara pun selesai..lebih kuang kul 12 dah seatle...kami terus bergegas ke bas..dan makan pun diantar ke bas...keseluhannya ..ok la..tak sepenat yang disangka...ok gambar2 akan nyusul kemudian..
satu malaysia..satu negara hehehe..byebye..

Wednesday, September 22, 2010

lega akhirnya....


salam semua...

rasa lega bila semua kerja dah selesai...

rasa lega juga bila gaji dah masuk....

rasa lega sangat jalan tak jem ....

rasa lega selamat pulang ke kampung tanpa masalah...

rasa lega kalau maxis broadband ni laju je ...

rasa lega bila tengok..alamak utang dah nak abis...

rasa lega sebab Schalke 04 dah jumpa winning ways diorang...

rasa lega sebab bayern scores jugak akhirnya...

rasa lega bundesliga much better than serie A..

rasa lega monyet tak datang beraya...

rasa lega tengok jumlah duit raya anak...

rasa lega bila latihan ragbi dah sukses..

rasa lega bila kawan2 semua respon membina...

rasa lega kalau dah cuci sikit gambar yang berlambak ni...


tapi yang paling lega..the mothers of all lega adalah bilamana adanya..tersebut kisahnya bila anak kesayangan kami Nur Dhiya' Khaliesah sudah beransur pulih dari demam,batuk dan selsema yang melandanya..sepanjang 3 -4 hari ni memang isteri tak cukup tido..setiap malam memantau suhu di badan dhiya'..memastikan kool fever tu melekat di dahi..dan yang paling siksa memastikan ubat ditelan Dhiya'..yang ni memang susah..sampai terjerit2 makan ubat...agaknya dia turun uminya yang susah nak makan ubat..tak kurang la bapaknya masa kecik2 dulu..susah ya amat...aku rasa lega bila Dhiya' mula nak main dan aktif kembali..macam semalam kami nberdua tertido..dia selongkar abis beg2 duit aku...mujur aku sedar kalau tak dah tentu dia patahkan kad atm aku tu hahaha..anak ayah..semalam buat pertama kali dalam seminggu kami berdua dapat tido nyenyak..malah lewat setengah jam bangun..hahah..bila Dhiya' dah sihat..aku plak rasa tak sihat..hari ni letih je badan..petang ni nak ngajar Ragbi lagi..tumit kaki masih lum reda dari sakit...takut jugak jadi apa2..rasanya takda apa tu...harap ok..ayah cuma lega kalau Dhiya' sihat..tu ja...ayah sakit tak apa..jangan umi..umi pun leh tahan ngada2nya hahaha...oklah...Dhiya' dah ok..lifes must go on...bye..

Monday, September 20, 2010

aku tak mengharapkannya lagi...disini.

salam semua...hmmm apa nak tulis ya..aku pun tak tau nak mula macamna...
ceritanya begini...berkenaan APC...( anugerah perkhidmatan Cemerlang ) yang diberi kepada pekerja2 sektor kerajaan ni...setiap sekolah akan ada penerimanya..aku direct je ye..tak pandai nak berkias2 ni..
sebetulnya aku kecewa...bukan aku ni mendambakan sangat anugerah ni...aku tau dimana tahap aku..aku tak layak pun rasanya...cuma kenapa rakan2 yang setahap ngan aku boleh dapat..apa kurangnya aku jika mereka layak...???aku sedar ..aku tak banyak menonjol..mungkin sumbangan aku terhad..tapi tak layak sangatkah aku?sebenarnya aku sudah tak sanggup dengar isteri tanya..Bila pulak giliran abang..?..
hmmm...semalam bila dengar keputusan siapa yang dapat APC..hatiku menangis lagi...rasa dihumban ke dalam jamban rasanya...aku cuma guru yang diamanahkan mengajar muzik..tak lebih tak kurang...mungkin pelajaran muzik tak melayakkan aku mengecap anugerah ini...tapi sesekali aku rasa banyak juga sumbangan aku...bukan baru..malah aku sudah menjangkau 7 tahun disini...kesetiaan aku terhadap SKTKU rasa macam teruji..semalam aku suarakan rasa hati buat pertama kali aku ingin sangat keluar dari sktku...
aku rasa tak dihargai disini...malahan tahun ini aku rasa bnyak sangat aku diketepikan dari agenda sekolah..aku ngelat sangatkah? aku tak datang kerja selalukah?..sampai begitu aku rasa diketepikan...
...dulu sewaktu mula2 kerja disini...aku aantara staff yang paling awal...malahan lebih awal dari cikgu Zaidon...tapi sekarang..aku ada isteri dan anak yang perlu dihantar..maka aku sedikit lewat..dah berdosa sangatkah itu...
...dulu ke lawatan ceruk mana sekalipun aku tak pernah menolak..aku jaga budak seikhlas hati..ramai cikgu menolak..aku gagahkan pergi walau ada agenda lain..kerana aku tak pandai menolak..sekarang?..aku ditolak kerana ada yang baru menggantikan aku...sedangkan namaku dalam ajk lawatan? ( pelik.)
...dulu semua orang tak mahu jawatan guru SMM..termasuklah aku..tetapi dengan kuasa veto aku dilantik...aku terpaksa bertungkus lumus menyiapkan data..cukup ke kurang ke aku yang jawab..aku berdepan dengan jurulatih utama data yang memualkan..aku cari budak2 yang layak RMT ..malahan aku juga yang turunkan jumlah pendapatan mereka agar layak mendapat RMT..yang paling gila..aku pernah bersengkang mata di sekolah ..di bilik gerakan semata-mata nak siapkan data SMM sampai pukul 5 pagi...datang lagi sekolah..tak ckup baguskah aku?...sekarang aku dah dilepaskan jawatan smm..alhamdulillah...tapi dimana hadiah penghargaan untuk 6 tahun mengabdikan diri dengan smm?..tak..aku belum layak...
...dulu aku juga yang berhabis hampir 2 ribu semata-mata membeli radio hifi yang power untuk kegunaan pertandingan nyanyian di sekolah..aku bawa alatan aku sendiri...sekarang aku sedekahkan radio micro hifi sony aku untuk bilik muzik ..tak cukup gemilang ke aku?...
...mana nama aku dalam carta ajk Bakeb?...aku digugurkan jugak ke?...dalam takwim pun tak ada..sedangkan bertungkus lumus aku menjayakan malam jamuan kita yang lepas..tak bagus sangatkah aku...
...siapa yang rajin hantar budak kemana-mana pertandingan?...sampai patah drive shaft aku tahun lepas...siapa yang tahu..tak da siapa pun...yang berhitam berpanas berhujan di padang sultan sulaiman setiap tahun..tak layak cemerlang ke kerja macam tu?...
...siapa yang sanggup berjaga malam ..ke hutan menemani budak2 berkhemah?...siapa juga yang sanggup hantar budak ke rumah tanpa bayaran..tanpa mengira bertugas atau tidak..tak baik lagi ke macam tu?...
...siapa yang bina fan page facebook sktku yang mengumpulkan hampir 600+- fan..yang menyampai kan berita terkini berkaitan sekolah...tak cukup berwawasan lagi ???...
...siapa yang selalu tegur kelas 5 musytari yang bising macam hantu tahun lepas..yang selalu angkat budak pengsan tahun lepas...aku juga....tak nak ke bagi sedikit penghargaan..
...siapa yang macam nak gila kumpul bakat2 budak..paksa diorang menyanyi dalam setiap persembahan...bukan senag nak ajar nyanyi oii..korang cuba la tengok...dengan alatan tak ada..aku gagahkamn jugak...
ntahlah..bukan niat aku nak tunjukkan kehebatan aku..tak sehebat manapun aku ni..cuma aku nak korang semua tahu..aku yang kerdil disisi tuhan ni juga memberi sedikit sumbangan untuk anak2 muridku...walau tak dikenang..aku tak peduli semua tu..aku ikhlas...aku tak pernah meminta lebih...cuma aku hanya mahu dikenang sesekali..sekelumit..ucapan terimakasih dan penghargaan dari cikgu Mat zain dan Pn hasidah masih aku simpan..tak ternilai cikgu..itulah moral boosting untuk saya...segala hadiah dari cikgu mat zain dan puan hasidah dan juga dari semua guru2 untuk saya dan keluarga saya simpan sebaiknya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya..segala hadiah dari anak2 didik yang ingat cikgu lagilah cikgu sayang...korang yang terbaik..dulu semasa Mahyudin memujuk agar jom kita balik perak..aku katakan pada dia..aku sayang nak tinggal sekolah ni..kerana anak2 murid yang baik2 belaka...hahaha..sekarang...aku rasa macam nak keluar kalau boleh esok juga nak tukar...
tapi akhirnya aku sedar..emosi menguasai aku sangat..sudahlah..sudahlah....tak dapat terbaik tak beerti kau bukan yang terbaik...sudahlah..aku tekad aku nak teruskan perjuangan sampai bila aku diperlukan di sekolah ini...sehingga sampai seru untuk bertukar..aku akan pergi dengan rasa rela dan gembira...terima kasih SKTKU kerana kesempatan yang diberikan dan segala pengajaran yang diterima aku simpan buat kenangan...hidup mesti terus...
adios...