in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Monday, September 20, 2010

aku tak mengharapkannya lagi...disini.

salam semua...hmmm apa nak tulis ya..aku pun tak tau nak mula macamna...
ceritanya begini...berkenaan APC...( anugerah perkhidmatan Cemerlang ) yang diberi kepada pekerja2 sektor kerajaan ni...setiap sekolah akan ada penerimanya..aku direct je ye..tak pandai nak berkias2 ni..
sebetulnya aku kecewa...bukan aku ni mendambakan sangat anugerah ni...aku tau dimana tahap aku..aku tak layak pun rasanya...cuma kenapa rakan2 yang setahap ngan aku boleh dapat..apa kurangnya aku jika mereka layak...???aku sedar ..aku tak banyak menonjol..mungkin sumbangan aku terhad..tapi tak layak sangatkah aku?sebenarnya aku sudah tak sanggup dengar isteri tanya..Bila pulak giliran abang..?..
hmmm...semalam bila dengar keputusan siapa yang dapat APC..hatiku menangis lagi...rasa dihumban ke dalam jamban rasanya...aku cuma guru yang diamanahkan mengajar muzik..tak lebih tak kurang...mungkin pelajaran muzik tak melayakkan aku mengecap anugerah ini...tapi sesekali aku rasa banyak juga sumbangan aku...bukan baru..malah aku sudah menjangkau 7 tahun disini...kesetiaan aku terhadap SKTKU rasa macam teruji..semalam aku suarakan rasa hati buat pertama kali aku ingin sangat keluar dari sktku...
aku rasa tak dihargai disini...malahan tahun ini aku rasa bnyak sangat aku diketepikan dari agenda sekolah..aku ngelat sangatkah? aku tak datang kerja selalukah?..sampai begitu aku rasa diketepikan...
...dulu sewaktu mula2 kerja disini...aku aantara staff yang paling awal...malahan lebih awal dari cikgu Zaidon...tapi sekarang..aku ada isteri dan anak yang perlu dihantar..maka aku sedikit lewat..dah berdosa sangatkah itu...
...dulu ke lawatan ceruk mana sekalipun aku tak pernah menolak..aku jaga budak seikhlas hati..ramai cikgu menolak..aku gagahkan pergi walau ada agenda lain..kerana aku tak pandai menolak..sekarang?..aku ditolak kerana ada yang baru menggantikan aku...sedangkan namaku dalam ajk lawatan? ( pelik.)
...dulu semua orang tak mahu jawatan guru SMM..termasuklah aku..tetapi dengan kuasa veto aku dilantik...aku terpaksa bertungkus lumus menyiapkan data..cukup ke kurang ke aku yang jawab..aku berdepan dengan jurulatih utama data yang memualkan..aku cari budak2 yang layak RMT ..malahan aku juga yang turunkan jumlah pendapatan mereka agar layak mendapat RMT..yang paling gila..aku pernah bersengkang mata di sekolah ..di bilik gerakan semata-mata nak siapkan data SMM sampai pukul 5 pagi...datang lagi sekolah..tak ckup baguskah aku?...sekarang aku dah dilepaskan jawatan smm..alhamdulillah...tapi dimana hadiah penghargaan untuk 6 tahun mengabdikan diri dengan smm?..tak..aku belum layak...
...dulu aku juga yang berhabis hampir 2 ribu semata-mata membeli radio hifi yang power untuk kegunaan pertandingan nyanyian di sekolah..aku bawa alatan aku sendiri...sekarang aku sedekahkan radio micro hifi sony aku untuk bilik muzik ..tak cukup gemilang ke aku?...
...mana nama aku dalam carta ajk Bakeb?...aku digugurkan jugak ke?...dalam takwim pun tak ada..sedangkan bertungkus lumus aku menjayakan malam jamuan kita yang lepas..tak bagus sangatkah aku...
...siapa yang rajin hantar budak kemana-mana pertandingan?...sampai patah drive shaft aku tahun lepas...siapa yang tahu..tak da siapa pun...yang berhitam berpanas berhujan di padang sultan sulaiman setiap tahun..tak layak cemerlang ke kerja macam tu?...
...siapa yang sanggup berjaga malam ..ke hutan menemani budak2 berkhemah?...siapa juga yang sanggup hantar budak ke rumah tanpa bayaran..tanpa mengira bertugas atau tidak..tak baik lagi ke macam tu?...
...siapa yang bina fan page facebook sktku yang mengumpulkan hampir 600+- fan..yang menyampai kan berita terkini berkaitan sekolah...tak cukup berwawasan lagi ???...
...siapa yang selalu tegur kelas 5 musytari yang bising macam hantu tahun lepas..yang selalu angkat budak pengsan tahun lepas...aku juga....tak nak ke bagi sedikit penghargaan..
...siapa yang macam nak gila kumpul bakat2 budak..paksa diorang menyanyi dalam setiap persembahan...bukan senag nak ajar nyanyi oii..korang cuba la tengok...dengan alatan tak ada..aku gagahkamn jugak...
ntahlah..bukan niat aku nak tunjukkan kehebatan aku..tak sehebat manapun aku ni..cuma aku nak korang semua tahu..aku yang kerdil disisi tuhan ni juga memberi sedikit sumbangan untuk anak2 muridku...walau tak dikenang..aku tak peduli semua tu..aku ikhlas...aku tak pernah meminta lebih...cuma aku hanya mahu dikenang sesekali..sekelumit..ucapan terimakasih dan penghargaan dari cikgu Mat zain dan Pn hasidah masih aku simpan..tak ternilai cikgu..itulah moral boosting untuk saya...segala hadiah dari cikgu mat zain dan puan hasidah dan juga dari semua guru2 untuk saya dan keluarga saya simpan sebaiknya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya..segala hadiah dari anak2 didik yang ingat cikgu lagilah cikgu sayang...korang yang terbaik..dulu semasa Mahyudin memujuk agar jom kita balik perak..aku katakan pada dia..aku sayang nak tinggal sekolah ni..kerana anak2 murid yang baik2 belaka...hahaha..sekarang...aku rasa macam nak keluar kalau boleh esok juga nak tukar...
tapi akhirnya aku sedar..emosi menguasai aku sangat..sudahlah..sudahlah....tak dapat terbaik tak beerti kau bukan yang terbaik...sudahlah..aku tekad aku nak teruskan perjuangan sampai bila aku diperlukan di sekolah ini...sehingga sampai seru untuk bertukar..aku akan pergi dengan rasa rela dan gembira...terima kasih SKTKU kerana kesempatan yang diberikan dan segala pengajaran yang diterima aku simpan buat kenangan...hidup mesti terus...
adios...

1 comment:

  1. Heemmm...biasalah tu, dalam mana-mana organisasi pun selalu terjadi macam ini kerana yang buat penilaian adalah manusia-manusia yang selalu ada agenda tersendiri.

    Tak payahlah tunggu pengiktirafan manusia, yang penting tugas dan amanah yang dipukul itu adalah juga satu ibadah. Ikhlaskan hati keranaNya, ganjaran daripadaNya adalah lebih besar lagi (tapi tak nampaklah!).

    Ukuran kejayaan untuk seorang pendidik adalah apabila dia mampu membentuk dan membimbing anak2 muridnya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Go Cikgu Bravo!!!

    ReplyDelete