in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Wednesday, May 19, 2010

my top 10 favourites quotes..selamat hari guru..

10. "ok semua..ni gambar apa?...
gambar taikk......( merujuk ke gambar labu sayung yang aku lukis )
= murid-murid tahun 6 setia 2004.

9. " oi Dol !! kau jangan main Cd tu " ( pemandu bas )
" acik..nama saya bukan Dol, Dol tu bapak dia ni..bapak dia nama Abdullah " ( budak )
= dalam bas ke lawatan Cameron Highlands 2008.

8. " Hotdog apa yang lembik ?" ( Mohd Shahmi - 5 musytari )
" tu..kat bawah tu " ( jawab Faiq-5 Musytari jugak )

7. " semalam saya bukan tunjuk But#h kat cikgu..saya cuma ajuk gaya Cikgu Mat Zain semasa
perhimpunan." ( tajudin menjelaskan dalam kad mintak maafnya )

6. " Cikgu ni buat latihan bola petang2 tak pentingkan sekolah agama ke ?"
( marah seorang parent kat aku..sebelum dia sedar dia dah salah orang.. )

5. " Cikgu!, Regan mau cakap kotor sama cikgu " ( budak 4 musytari 2010 )

4. " Cikgu!!! kami tak faham cikgu tulis apa " ( budak tahun 4 )
" Awak ni tak hormat !!! " ( marah Cikgu Zaidon )

3. " Cikgu..Shafik pergi beli stokin bola dengan bapak dia,bapak dia wheelie,mak dia seret kepala
( lawak budak tahun 5 uranus 2008)

2. " Tu lah cikgu..cikgu ingat Melaka ni kecik ke? Melaka ni besar tau "
( kata2 farah Elisya semasa rombongan ke Melaka 2004 yang tak relevan langsung
bila kata itu ditujukan sebab aku jatuh ke lopak air )

1. " Cikgu,walaupun bapak saya gemuk..dia sembahyang asar tau !!! "
( kata2 Nur alia Balkis AKA bibir )

Saturday, May 15, 2010

minggu yang separa penat...

salam semua,berjumpa lagi dalam tulisan yang seterusnya,alamak,macam hos tv plak..hahaha,hmm dah dekat seminggu tak nulis ,malam ni nulis la skit..sapa nak baca , bacalah..hehehe..sepanjang minggu ni,banyak jugak serabutnya,banyak sangat meeting,hari rabu semalam meeting ataupun sesi borak2 ngan GB,tentang program gotong royong sabtu nanti..amboih bincang pasal brapa tin cat pun ditambah ngan nasik lemak semua..tup tup dah kul 3..mak ai..lamanya..sampai Uztad kata serik dah nak masuk mesyuarat hahaha..sepanjang minggu ni gak brapa ramai budak datang jumpak aku nak wat persembahan..tarian la yang paling banyak..sampai naik menyampah pun ada hahaha..semangat sangat diorang nak nari sempena hari guru nanti..akupun tak tau nak kata apa..yang mana ok aku bagi ja..yang buat aku nyampah..sori naik lori la jawabnya..hahaha...well untuk persembahan antara umah sukan..aku cadang nak nyanyi 2 lagu isnin ni..masalahnya ..latihan tak wat langsung..jumaat ari tu dah bagi edaran suh cikgu2 ni naik praktis..ada la 2 3 orang datang jenguk hehehe..apapun takpa tadi dah praktis jap..memsti boleh punya nanti hahahaa..hmm tadi ada gotong royong perdana..kami dibahagi kepada umah sukan memasing..( umah sukan lagi..)..umah hijau dapat 2 taman n 1 mural..nengokkan kerjasama cikgu2 tadi..dibantu pembantu2 ppki n pra n kerani..memang syok..rasa penat pun hilang..memang happening tadi..salute semua..well akibat takda kamera..aku masih tak dapat nak pukul gambar acara tadi..what a shame..damn robbers...ok dah la untuk malam ni..layan bini layan AF..bundesliga dah abis..next week..bayern VS inter..mesti ,mareeee..ok assalamualaikum semua n slamat malam..

Tuesday, May 11, 2010

suka duka.....

salam semua....
hmmm permulaan yang hambar bagi bulan mei ini...pada minggu sudah,aku kehilangan beberapa barang yang amat bermakna bagi aku insan biasa ni..kalau aku orang kaya tak heran nya aku..aku kehilangan:-
1. set laptop acer baru pakai 5 bulan..
2.kamera nikon yang setia menemani aku kemana aja..dan hampir 500 koleksi gambar dalamnya..
3.set broadband aku yang lum habis kontraknya..
4. handset samsung isteri yang lum sampai setahun umurnya...
5,kasut nike yang aku lum sempat basuh ( sukan punya pasal )
hmm memang sedih beb...terduduk kejap aku bila sedar semua barang tu dah lesap sekelip mata...malam sebelum kehilangan tu..aku rasa ngantuk sangat..kul 8-9 pun dah terlelap..last yang aku ingat..aku baru selesai cari sajak untuk persembahan budak aku nanti..lepas tu aku tutup laptop n tido..esok pagi bangun nak g mandi..tengok kat luar..kasut dah lesap..muanya ingat kasut ja..bila nak g sekolah baru perasan semua barang tu dah lesap..aku heran gak..macammana dia masuk amik..n kenapa hset aku n barang kemas anak n bini dia tak amik..padahal ada kat dalam handbeg kat tepi dinding ja..rupanya setelah disiasat si bedebah tu tak masuk pun..dia bukak nako tgkap n kait guna kayu,,kebetulan laptop aku kat tepi tgkap ja..heii geramnya aku..kalau akau dapat orang tu..lunyai aku kerjakan..hmm dahla..terpaksa plak aku beli laptop baru n broadband baru..melayang duit lagi..kamera?..nanti dulu la..timakasih ke kak huda bagi isteri pinjam hset dulu..gaji kang kami beli lain...
apa yang suka...hmm ada dua benda yang aku suka..1,persembahan aku n budak2 lagu AIA sangat berjaya..dan yang kedua..dah tentu sebab umah hijau menang..hahahaa..oklah..sampai bertemu lagi..now im back..with more....apapapajalah..

Monday, May 3, 2010

Dhiya' besday parade..

Dhiya' main hadiah maklong n ibu Ngadimah..sebelah tu makcik baru..hehe


doa dulu sebelum potong kek..adik dok tengok kipas je hehehe



adik dok nengok ape tu..hu..hu..hu


kek adik...hadiah umi..


Salam semua...semalam 2 hb mei kami sekeluarga adakan satu majlis kecil kecilan je menyambut ulangtahun anak aku yang pertama Nur Dhiya' Khaliesah,actually besdaynya 23 hb april aritu, namun disebabkan masalaah kekangan masa dan kami sama sama sibuk,maka 2hb mei je yang sesuai ...jan ji rock.memang meriah walaupun kecilan ja, kuarga aku pun datang,kebetulan ada sepupu dari kedah pun datang,kuarga isteri memang penuh la,kawan2 isteri pun ramai. Kawan aku hanya Damie membe baikku yang setia datang..maklum la kami dah join kelab bapak penyayang hehehe..yang lain dok Rock lagi..acara start kul 3 petang,Dhiya' memang happy habis,walaupun mungkin dia masih lum tahu apa erti besday ni..uminya dah siap pakaikan baju ala2 angel lagi..heheh siap wing lagi..coomeii anak ayah...oklah cakap banyak tak guna..enjoyla ngan pic-pic ni..babai....