Alkisahnya begini, kami ni memang suka jalan –jalan, tapi sejak jatuh muflis akibat renew roadtax dan pulang ke kampung yang semestinya menelan belanja, maka niat untuk bercuti tu terpaksa dipendamkan,ditambah pula dengan keadaan ayahanda ku yang tak sihat sangat sejak pulang dari tanah suci,so aku rasa nak bergembira tu sedikit kurang. Selain itu keadaan anak2 yang belum sihat akibat dilanda demam,termasuklah aku ,sekali lagi membuatkan cuti sekolah kali ini aku kat rumah ja, ditambah lagi dengan assignment yang tak habis-habis akibat rajin sangat sambung belajar heheh..untuk kemajuan aku jugak..so, sekembalinya aku dari kampung minggu lepas, terpaksa menahan sakit2 badan akibat demam, bila bangun pagi tadi dah rasa sihat sikit, Nur Dhiya’ pula dah sihat,Cuma Khalis masih belum fit,tapi dah bertambah baik, so kasihan pulak tengok anak-anak yang bosan di rumah, pagi ni seperti semalam, aku harus siapkan tugasan kuliah di rumah member, tapi semalam kensel sebab ada hal, jadi semalam aku bawa je Nur Dhiya’ dan Khalis ke Giant Setia Alam, bukan apa,Dhiya’ suka sangat dapat main kat playground sana,lagipun jarak dengan rumah tak jauh,ha, hari ni isteri kata teringin nak ke Perpustakaan Negeri Selangor yang baru dirasmikan minggu sudah, dah lama dia teringin nak pergi, tapi aku kata susah ada budak2 ni,kang bising..tapi bini membalas ,kawan2 nya kata ada tempat untuk kanak2..hmmm boleh caya ke…so,pagi tadi,selepas hantar mertua ke SKBB, kami terus head to seksyen 13 Shah Alam menjejak Perpustakaan Tun Uda tu, katanya dekat dengan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, so aku pulak pernah ke sana sebab ada jamuan sekolah, maka tahulah sedikit jalannya, rupanya memang betul bersebelahan KGSAAS tu…besar betul..
Hmmm..memang besar…………
Sampainya ke situ,alamak parking full plak,terpaksa la park jauh sikit..kena menapak le jawabnye, masuk je Library tu..dah dengar riuh rendah..ha terus masuklah kami ke pusat untuk kanak-kanak tu..memang awesome sebab banyak bahan bacaan,ada internet dan teristimewa,ada sudut bawah pohon merendang yang memang jadi tumpuan budak2…
Zon Kreatif namanya pusat bacaan untuk kanak-kanak…
ada pentas leh lompat-lompat plak hehe
boleh membaca di bawah pokok,err bermain pun boleh..
umi ngajar membaca...
pandai kakak bace,
senangkan.,sudut untuk membaca,bermain internet,berbincang,juga sangat selesa dan tidak menganggu pembaca yang lain, selain itu terdapat tandas pada setiap level yang memudahkan pada orang macam aku yang sangat suka gi tandas hehe.Hmm nak tahu,dewan kuliah,dewan perbincangan dan lebih menarik Gimnasium pun ada dalam perpustakaan baru ni…
pendek kata, tempat istirehat keluarga di hujung minggu sebab dia hari-hari bukak kecuali cuti umum sahaja. Selain itu view di sekeliling yang dikelilingi padang Golf dan berlatarbelakangkan tasik sangat menarik…Untuk ke sana senang sahaja, key wordnye anda harus tahu dimana Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah tu sebab ia betul2 disebelahnye..seksyen 13, dekat dengan stadium dan extreme park..
Jadi,untuk percutian membina minda tanpa belanja yang berlebihan ( kafe pun ada disediakan )..PTU baru ni sangat menarik untuk dikunjungi…jom membaca…wassalam..