in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Thursday, December 30, 2010

kau dan aku suka bola....mereka bagaimana?

aku memang minat bolasepak..sedari kecil aku sudah main bolasepak..waktu sekolah,masa senggang petangku cuma diisi oleh bolasepak....masih aku ingat..sewaktu kecil, masa tu aku terlalu inginkan bola,nak beli manalah mampu..harga RM8 tu pada aku terlampau mahal...duit saku ke sekolah pun baru RM0.40 sen hehehe..nak ngumpul pun tak pandai lagi...aku masih ingat..masa abang aku Ramzan bersunat, ramai la jiran tetangga yang datang menziarahinya,sambil tengok sambil hulur...hulur ape?? duit le hehee..sampai satu tahap..aku berjaya kebas RM10..hari tu aku nekad nak pergi beli bola..bola tu bola getah aje...saiz 5..kalau kurang angin sepaknya memang sakit...namun dipertengahan jalan ..aku terfikir yang perbuatan aku ni salah..dan tak betul..maka aku pun pulang semula dan pulangkan balik duit tu kebawah tilam Ramzan...namun kesdihan aku tak lama..masih aku ingat selepas keputusan peperiksaan yang cemerlang..aku inginkan hadiah sebiji bolasepak..namun ayah yang bekerja kampung dan gaji yang tak tetap membuatkan aku akur dan tak pernah memaksa ayah membelikan hadiah..tapi segalanya dah disuratkan...suatu malam..aku baru mula nak mengaji al-quran di hadapan mak..diwaktu tu aku terdengar yang ayah dah pulang dari masjid..pintu terbuka separuh dan amat mengejutkan aku..bola yang masuk..hahahahaha...sukanya aku...setiap petang aku dan kawan2 pergi ke padang sekolah bermain bola..kadang2 kami main di dataran kilang padi,( tapi tak lama sebab tuan bendang akan datang menghalau kami balik sebab khuatir bola termasuk ke dalam sawahnya )..aku juga satu-satunya penyokong setia yang tak pernah miss menonton perlawanan bola sekolah kami dalam kelompok ( daerah ) 5, kehadiran ramzan dalam pasukan sekolah membuatkan aku tak miss semua perlawanan mereka..abangku bermain di posisi pertahanan tengah...selepas melihat abang cemerlang..maka aku juga mengimpikan niat menjadi pemain bola sekolah..malah bakat aku memang menyerlah..sehinggakan aku yang masih ditahun 4, berjaya terpilih berlatih dengan skuad sekolah yang kebanyakkan nya tahun 6..tapi apa ntah malangnya..kecemerlangan aku di padang latihan gagal diterjemahkan sewaktu ada pemilihan skuad akhir..aku sering hilang punca dan gugup menyebabkan aku tak pernah terpilih..sampailah ke sekolah menegah..niat aku bermain bola secara serius selalu gagal kerana gagalnya aku menonjol dalam pemilihan akhir..aku pun tak tahu kenapa...sedangkan di masa PJ atau main suka2 aku seringkali dianggap ayam tambatan..malah gol2 yang dijaringkan membuatkan aku sering bermain di posisi menyerang walaupun fizikal yang agak besar ni...gol yang terakhir aku jaringkan sehingga kini adalah gol ketika menentang skuad sekolah 2 tahun lepas...kami seri 2-2..dah lama tak main ..pancit sangat...mulai tahun ini 2011 akan datang..aku dah pujuk kawan2 sekolah agar main futsal agar kegilaan aku terhadap bola terubat..dengan kehadiran ramai guru lelaki mungkin impian ni akan tercapai dan kami dah menempah untuk bermain malam sabtu ini..sukanya aku...
hmmmm..kenapa aku menulis kisah aku ni..entah, sejak malaysia menang piala Suzuki ni..ramai plak sahabat2 yang tak minat bola tertiba mula bising bagitahu merekalah expert dalam bola sepak..aku tahu itu hak masing2..cuma agak menyampah pulak aku...aku serius cakap..aku tak pernah ke stadium menonton pasukan negara..kenapa? aku bukan peminat  sejati? bukan ultras malaya?..tak aku tetap di belakang skuad negara..dari dulu lagi susah senang aku tak pernah cerca skuad negara..jauh di sudut hati aku hari semalam pasti akan datang,,cuma masa yang menentukannya...nah terbukti aku benar....
aku menyeru kepada rakan2..malaysia menang usahlah digah2 sampai tiada esok bagi kita..perjalanan mereka masih jauh..jangan la beri apa2 anugerah lagi yang mungkin melambungkan khayalan mereka...teruskan bersama mereka membina formula untuk kembali bersaing di pentas dunia..setakat menang piala suzuki..tak ada apa yang nak dibanggakan sangat..tugas kita belum selesai...indonesia,thailand,vietnam tak pernah lagi menjengah World Cup..kita harus lupakan dahulu mereka dan fokus ke peringkat asia dulu..halangan atau level pertama sudah lengkap..maka harungi pula level kedua..
ayuh semua...sokonglah bola sepak malaysia...bukan bersama skuad negara dikala suka sahaja...Lovemalaysia selamanya....

Tanah Tumpahnya Darah Ku..Syabas Harimau Malaya..

 Syabas aku ucapkan kepada team bolasepak Malaysia yang telah berjaya mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Suzuki ( dulunya Piala Tiger ) selama 14 tahun, manakala kita juga dah lama tak menyerlas di peringkat asean sekalipun,hampir 2 dekad kita dibayangi musim suram diaman ranking yang terus menjunam..terus dimalukan jiran2 serantau seperti Thailand,Vietnam,Singapura,Myanmar mahupun Indonesia, namun kehadiran K Rajagobal yang menggantikan jurulatih terdahulu B sathianathan benar2 mengubah kondisi skuad negara, dengan penggunaan meluas pemain2 muda seperti Fadhli Shas,Mahalli Jasulli,Muslim Ahmad, dan adunan pemain2 berbisa seperti Super Safee sali dan Norshahrul Idlan Talaha benar2 mengagumkan banyak pihak..Siapa kata bola sepak Malaysia tak boleh diharap??

 mengikut sejarah, pencapaian terbaik skuad negara,cumalah layak ke Sukan Olimpik Moskow ( kita memulaukan ) dan itu dicapai sejak zaman aku pun belum dilahirkan..selepas itu jurulatih dan pemain bersilih ganti...malah peminat2 bola juga seakan menerima hakikat yang kita tak mampu ke mana pun...dibelasah Indonesia 6-0 pada sukan sea..tak mampu mengalahkan Thailand..dimalukan Filipina dan laos...dibelasah teruk di piala asia..sekadar secebis kisah duka Harimau Malaya...pemain2 muda dihantar ke luar negara seperti akmal Rizal ke strasbourg perancis, Juzaili sameon pun sama, Fadzli Shaari dan Rudie Ramli juga ke Jerman, Titus Palani sekarang masih di perancis..pun masih belum menampakkan sinar...dari Claude Le Roy, Allan harris, Bertalan Bisckei, Jorvan Viera, Hatem Soussi..Skuad kebangsaan terus merudum..ditinggal jauh negara2 belasahan kita dahulu seperti Korea dan Jepun...



Sampai satu tahap,aku pun dah tak mau ambik kisah pasal bolasepak kebangsaan....liga korupsi...pemain yang mengada2...penonton yang nak gaduh aja..tu je lah yang kita tahu....Namun segalanya berubah tanggal 29 /12/1010 yakni semalam...siapa duga skuad yang dimalukan 5-1 pada perlawanan pembukaan mampu menjulang piala Suzuki???...ini bukan kisah dongeng..ini adalah semangat yang hilang yang berjaya dijelmakan kembali anak2 muda negara melaului bimbingan K Rajagobal yang disifatkan sifu bola negara...Bukit jalil menyaksikan skuad Harimau Malaya melakarkan kemenangan menakjubkan 3-0 keatas laknat Indonesia...isu laser..dukun mula dibuka media Indonesia semata-mata ingin menutup keaiban sendiri..bak kata Safiq rahim kapten Malaysia.." kalau dah sayur tu..sayur jugak.."..Memang Indonesia Jaguh Kampung...Kampung Boyan agaknya...Malaysia berjaya merangkul Piala Suzuki menerusi kemenangan mutlak aggregat 4-2..walaupun tumpas 2-1 pada perlawanan sengit di gelora Bung Karno..tapi selayaknya memang Harimau Malaya yang lebih layak..Indon????..kalau masih berhati jahat dan mulut busuk..sampai sudah la korang takkan menang...




Malam tadi juga menyaksikan rakyat malaysia mampu bersatu meraikan sesuatu yang kami memang rnantikan untuk permainan Bola Sepak...dimana-mana rakyat bergembira..meraikan kejuaraan sulung Suzuki Cup ini....aku juga kehilangan kata2..sampai tak tahu bagaimana keraian yang mampu dilakukan demi menunjukkan rasa cinta dan suka diatas kemenangan ini..SYABAS ANAK2 MUDA NEGARA..MISI MUSTAHIL KINI MILIK KITA....harapan kami seluruh rakyat Malaysia, agar skuad ini dikekalkan dan diadun semula denganbarisan regular yang diketepikan kerana kecederaan...Juga jangan lupa..FAM..pelawalah rakyat kita yang mahu diulang MAHU mewakili negara.. jangan hanya kerana mereka berdarah Malaysia maka kita dewa2 kan mereka..panggil dan nilaikan dulu....anak2 tempatan masih mampu menggalas cabaran negara...jangan lupa kita juga ada Lim Tiong Kim ( anak kelahiran kedah) di Bayern Munich....sekadar mengakui bolasepak kita masih dihormati...LOVEMALAYSIA !!!!

 My Lovely Harimau Malaya


 Safee dan Safiq tonggak Negara


Markus si lembik penakut Laser....

Tuesday, December 28, 2010

berkorban..bersabar...

salam semua....malam ni aku nak cakap atau cerita tentang 2 elemen ni yang memang penting kalau kita nak hidup bahagia,hidup gembira, hidup bergembira dan hepi selalu...

Kalau nak berjaya kita mesti sedia berkorban...
berkorban masa...
berkorban rutin...
berkorban apa yang kita suka...
contohnya , kalau nak berjaya dalam pelajaran, jangan takut untuk berkorban masa tidur, masa bermain dan masa bersuka untuk melebihkan masa belajar yang memang tak best pun...
kalau nak jadi ketua keluarga yang baik kena sentiasa korbankan apa yang selalu kita suka...bila dah kawin tak leh lagi keluar2 lepak minum2 ngan member...korbankan cerita kegemaran kita semata2 anak nak tengok Upin dan Ipin..berkorban gaya bilamana tak payahla pasang sport rim lagi sebab anak dah nak masuk 2...pakai duit benda2 penting ja...dengar la sekali sekala lagu2 nasyid tu walaupun jiwa kau rock sebab anak kau suka benda tu ...bila bini dah mabuk2..terpaksa la korbankan holiday2 yang dirancang sebab bini tak leh jalan jauh2 lagi...berkorban nak tengok wayang..ye la anak masih kecil..kang riuh rendah panggung dibuatnya..

bersabar pun penting....sabar walaupun dah lama kerja tak dapat APC..mungkin belum rezeki..mungkin kerja kau tak bagus pun... bersabar dalam traffic jem..dah kereta tak leh gerak ..nak marah buat apa..sabar ja lah...sabar dalam menangani orang2 yang kurang cerdik mahupun bangang..anggap ja mereka itu sakit dan orang sakit memang macam tu...bersabar kalau bini masak tak kena selera..dah kau g cari bini bukan orang tempat kau..terimalah seadanya..nak sedap panggil mak kau masak la..bersabar kalau astro dirosakkan monyet..dah namapun monyet..nak kata apa lagi...sabar ajalah...bersabar kalau internet lambat..dah apaki pun broadband macam tu lah..lain la umah sebelah satelit...bersabar kalau anak menangis malam2...dah namapun budak kecik..takkan nak gelak je....kang jadui cam ahmad albab tak ke kaya dibuatnya hahaha...
jadi..kesimpulannya..sabar dan korban..kalau takda dua benda ni jangan jadi orang la..jadi monyet lagi baik..
wassalam..

Monday, December 27, 2010

suka hati 2010...

assalammualaikum....
hari ni aku nak menulis sesuatu tentang apa yang aku rasakan sekarang...walaupun aku takkan berterus terang dan takkan terlalu direct..tapi inilah reveal yang aku tunggu-tunggukan.Walaupun sebenarnya hari ini bermula dengan duka,ia diakhiri dengan sesuatu yang indah..begitulah kuasa Tuhan..kadang kala kita rasa ..this is the most damn day ever tanpa kita sedari pasti ada ganjaran bagi insan yang sabar dan sanggup menempuh ujian-NYA.
Aku akui tahun 2010 ni, banyak peristiwa yang tak dijangka,suka dan duka silih berganti,hanya dalam lebih kurang 4 hari lagi kita akan masuk tahun baru 2011, tahun inilah juga aku mulai rasa tidak dihargai dan semakin tersisih di SKTKU, sampai ada suatu tahap aku rasa ,yes this is it..aku akan ubah haluan,tapi kerana anak-anak murid ku yang pada aku terlalu sukar untuk dicari ganti..maka keputusan itu aku tangguhkan dulu,sekurang-kurangnya hingga tahun ini...kenapa aku mesti pergi sedangkan di SKTKU aku rasa sangat enjoy,best, tanpa tekanan yang banyak..namun aku rasakan aku perlukan cabaran yang baru..demi memajukan aku sendiri..maka ini terus sama sekali menafikan yang aku mungkin pergi kerana kecewa tak dapat APC..tak, aku tak kecewa sangat..pada aku memang aku belum layak..biarlah mereka yang layak memiliki gelaran itu..sekadar guru Muzik..u dont have a chance man..
Tahun 2010 ni juga aku akui sebagai tahun paling sukar buat aku selama 28 tahun hidup di bumi tuhan ni...baru aku mengerti betapa sukar nak hidup bekeluarga ni..baru aku tahu perlunya menguruskan rumah tangga dengan baik..dengan disinari seorang puteri ,aku rasakan kehidupan aku sungguh bahagia dan ceria walaupun kami agak kesempitan,inilah penawarnya ,Nur Dhiya' Khaliesah..walaupun miskin harta..ada anak cukuplah..itulah harta terbaik kita ....
apapun yang terjadi,aku harap tahun-tahun mendatang akan jadi yang lebih baik dan aku mampu menjadi yang terbaik bagi memuaskan hati semua pihak..InsyaAllah, segala yang terjadi yang mendukakan banyak pihak aku minta ampun dan maaf dan aku cuba jadikan kegagalan sebagai inspirasi untuk berjaya kelak...
Inilah Impian aku tahun 2011 nanti..semoga berjaya...
1- Mengekalkan gelaran juara rumah sukan kepada Rumah hijau.
2. Mencipta sekurang-kurangnya 5 lagu baru untuk anak-anak muridku.
3. Mengurangkan lagi berat badan yang semakin berat..
4. menjadi ayah yang baik dan anak yang baik..

dan itulah yang aku nak revealkan..yang no 4 tu..semoga rezeki kami bertambah dengan ' kelahiran' baru itu..amin....
korang paham ke tak..aku apa peduli hahaha..
selamat tahun baru 2011..semoga impian menjadi kenyataan...amin...

Sunday, December 26, 2010

i am malaysian true fans...

Malam ini Safee Sali punya lagi!!! best player on the pitch..tahniah Safee, anda kembali menemui sentuhan...
Pialal AFF Suzuki tahun ni mungkin akan ke negara kita, dengan keajaiban K Rajagobal dengan adunan pemain2 muda aku sudah nampak sinar dalam skuad Harimau Malaya ni...Dengan kelebihan 3 gol keatas indonesia ,aku tak nampak bagaimana kita akan terlepas genggaman piala ni...apapun harapan aku agar gelora bung karno belum mampu meredakan kebangkitan skuadHarimau malaya ni...kita kena 5-1 game pertama dan sekarang kta di Final dengan kelebihan 3 gol!!...ayuh sang harimau Sukan sea kita dah dapat..tak mungkin piala suzuki kita sia2kan...



Nor Shahrul Idlan Talaha ni aku bajet malam ni mungkin kurang sikit la maklum la member baru kawin,kat Kota Bharu lagi, mungkin letih,tapi persembahannya kalau tak terpilih Most valuable player memang shocking la..satu2nya player malaysia yang ada vision yang terbaik dan mampu merencanakan gol kepada goal getter malaysia..safee sali tu.Mirip permaianan mesut ozil yang cool tapi berbisa...


Benteng terakhir malaysia ni memang aku rasa penjaga gol terbaik masa kini di Liga Super, malah mungkin di peringkat Asia tenggara ni,sejak kekalahan besar malaysia pada perlawanan pertama, dibantu the worst keeping error dari Sharbinee allawee, keputusan K Rajagobal menurunkan penjaga gawang muda ini memang tepat,lebih membanggakan dia cuma bolos sekali sejak mengambil tugas penjaga gol utama,iaitu kepada laos semasa Malaysia menang 5-1 pada perlawanan terakhir kumpulan..sejak itu dia mengekalkan rekod bersih dengan tidak memboloskan gawangnya...dengan syed adney, sharbinee, farizal marlias, Malaysia memang tak ketandusan penjaga gol.





S kunanlan , salah seorang pemain yang banyak menyumbang malam ni,larian-larian pantas Kuna dari sebelah kiri mahupun kanan amat membantu, cuma penyudah masih boleh diperbaiki, corak permainan yang mirip kepada s chanturu, seorang lagi pemain malaysia yang sepatutnya main tetapi cedera..apapun ini adalah salah seorang pemain malaysia yang on form malam ini.


Salah seorang pemain terhebat Malaysia malam ini aku vote untuk Mahali jasulli ni, ntah aku pun tak pernah kenal kelibat pertahanan kanan kental Malaysia ni, mahali diambil rajagobal daripada skuad Harimau Muda,bersama2 Muslim ahmad diorang membentuk pertahanan kental dan nasib tidak menyebelahi Mahali untuk mungkin sekurang-kurangnya gol keempat malaysia tadi...what a shame...


zakuan adha, striker malaysia ini amat dirindui di bahagian serangan..cuba bayangkan gandingan zakuan dan safee dibantu Norshahrul, kira malaysia mesti menang tadi mungkin 4 gol lebih..siapa perlukan pemain import bila bakat anak2 tempatan kita masih mampu mengharumkan nama negara.
apapun kita mampu melangkah ke final tanpa nama2 regular ...semoga Zakuan, Aidil,Badrol,Azmi Muslim,S Chanturu, dan ramai lagi yang tercedera dapat kembali mengukuhkan skuad kebangsaan untuk tournament akan datang...sasaran kita selepas ini..jom kembali jadi jaguh asia...baru kita fikirkan World Cup..tiada yang mustahil dengan bola sepak...








Tuesday, December 21, 2010

jom jalan-jalan kampung Bagan Tiang..

memang best dapat sesekali ronda-ronda kampung...melihat kedamaian kampung yang jauh sekali bezanya dengan tempat aku tinggal sekarang di Klang tu,.........................

melihat famili aku yang ramah tamah melayan famili isteri aku memang best..kelihatan mereka duduk bersama menghirup udara petang sambil menyantap ketam rebus hehe.....sebenarnya petang tadi kampung kami dilanda gangguan elektrik..pagi tadi gak kakak ipar aku ,kakak isteri datang untuk bercuti di kg aku...dah tak da letrik..lepak dan pusing-pusing kampungle hehehe..

dah lama tak nunggang motor, kali ni kami mengguna jentera suzuki skydrive untuk jelajah kg..ha ni aku bawak binik aku jalan2 litar lumba basikal aku dulu..jalan parit tok ngah ..

Dulu,masa aku form 2, aku selalu race basikal ngan kawan aku pian kat jalan parit Tok Ngah ni lah..memang best,banyak korner yang ngancam dan lurusan yang maksimum..tu lah kerja kami..pasal motor?..langsung tak pernah terfikir..bukan macam budak2 skang...

sekarang, jalan depan rumah aku pun dah lama berturap..kalau dulu main drag race pun best ngan pian hehe..sayang masa zaman aku dulu drag , drift dan lain2 tak pernah menular langsung...

isteri aku kata sungai nya bersih je..hehehe..kat sini kami panggil parit ja..skang bersih la..tapi dulu lagi bersih dan dalam..skang kalau lu orang tengok dah cetek sangat..takat dada itik je..hehehe tapi memang serius la ,,dah cetek dan tak sedap mandi...

kerja popular penduduk petang-petang apalagi..menjala la..kadang bukan dapat banyak pun..hobi je..pakcik ni siap posing lagi bila isteri shoot gambar...

kami berhenti sekejap di atas jambatan yang menyeberangi sg megat aris ni..memang cantik..dulu aku selalu cari ilham atau layan blues kat sini..kampung memang cantik.....nak je terjun dalam parit tu..tapi takda geng dan rasanya tak bersih macam dulu dah...kang tak pasal2 gatal je badan hehe...

macam tak percaya bila aku bawa isteri pergi port berkubang ( mandi sungai ) kami dulu..dah kontang..mungkin airnya disalirkan ke sawah...tapi yang pasti tempat ni dulu airnya jernih dan memang bersih...sekarang..lu tengok la sendiri..malas nak cakap...

kalau bersih dan jernih memang konfem aku berkubang macam dulu..dulu tak perlu susah payah g taman tema..sini ja dah cukup best......

isteri bergaya disamping skydrive atuk yang baru...tali air tempat kami mandi dahulu kala..memang nostalgik tempat ni....

dulu..kat sini ada satu jambatan kayu yang kukuh....skang..tunggul kayu nya pun dah lesap..tak bersisa..di permulaan jambatan ni kumpulan aku membuat tempat lepak....kira port rasmi la..memang best...

Kuala Bagan Tiang..tempat berlabuhnya bot nelayan di kg kami...nak ikan segar carilah disini..aku juga ramai sahabat disini..mana pergi ijat,Jan,mat Jon Korajaq,Jamil..Aai,org Puteh...ramai lagi la...

anak buah aku..angah memang suka binatang..ni abang ipar isteri, abng azmi pun join dia memancing ikan haruan...tapi dapat anak biawak plak..sangkut plak tu..hahahaha


apa pun terjadi aku tetap bangga menjadi sebahagian daripada legasi kampung Bagan Tiang ni....datanglah bercuti di kampung anda..segalanya segar dan indah...



Monday, December 20, 2010

makanan terbaik..we have all of it..

umi mesti pilih..


takdak ni,laksa tak sedap...


cendol aka cendoi..sedap...


cari kain rentang ni...


Kedai kak wa yang serba sederhana..


salam....

Hari ni aku nak cerita lagi pasal makan...hehehe,bukan apa,sementelah balik kg ni,aku ada 2 tempat nak suggest kat korang kalau korang berkunjung ke daerah kerian ni...lebih tepat area Bagan Serai-Parit Buntar-Bagan Tiang-Tg Piandang.

ok,so hari ni aku bagi 2 tempat ja..

1. Gerai kakak aku la..hehehe...Gerai tidak bernama ini berlokasi betul-betul di tengah pekan Bagan Tiang ( sebelah rumah aku la )..Pekan bagan tiang terletak kira-kira 12km dari Pekan Parit Buntar...apa yang spesel kat gerai kakak aku ni? ..ha speselnya laksa,cucur udang dan nasi lemak..laksanya memang tip top, cucur udangnya pernah divote as best cucur udang ever oleh kawan aku hehe..nasi lemaknya pun apa kurang...sedap dan murah gila...kadang2..dia jugak buat mi kari..pun sedap dan very originall hehe..bukan ape..aku nak tolong promote gerai ni sebab ia terlindung, bukannya terletak tepi jalan besar..jadi mungkin tak ramai tahu..senang ..bila sampai pekan Bagan Tiang,korang cari ja medan Inforia Desa..korang akan nampak benda tu sebelah kanan jalan manakala lorong sebelah kirinya yang bertentang dengannya akan membawa korang ke gerai kakak aku ni..tak jauh dalam 100 meter ja dari medan Inforia desa tu..

kakak aku mula berniaga jam 3 petang dan menjelang pukul 6 biasanya dah habis..jadi korang kena cepat la. hehe...

senarai harga....

laksa= RM 1.00 ( murah ever )

Mi kari = RM 1.50 ( termurah di dalam kelasnya )

Cucur udang = Rm 1.00= 3 ketul ( besar dan kenyang dijamin )

nasi lemak biasa tapi sedap= RM 0.50 ( termurah di mongolia )

ayaq jagung dan sirap selasih= RM 0.50.

so apalagi..bantulah perniagaan kakak aku ni hehehe..


2. Tempat kedua ni...hmm ni adalah tempat best untuk cendol,laksa,bihun sup mahupun nasik ayam...kalau korang keluar hiway di kamunting dan menghala ke parit Buntar,korang pasti perasaan kain rentang yang besar tertulis..laksa,cendol dan nasi kenduri...memang menarik dan aku bagi 5 star untuk cendolnya..lokasinya betul2 berhadan dengan smka abu Bakar Al-Baqir di bagan Serai..harga..pun tak mahal mana cuma aku tak berapa pasti...datamng dan nikmati,,utara memang best hehehe...