assalammualaikum....
hari ni aku nak menulis sesuatu tentang apa yang aku rasakan sekarang...walaupun aku takkan berterus terang dan takkan terlalu direct..tapi inilah reveal yang aku tunggu-tunggukan.Walaupun sebenarnya hari ini bermula dengan duka,ia diakhiri dengan sesuatu yang indah..begitulah kuasa Tuhan..kadang kala kita rasa ..this is the most damn day ever tanpa kita sedari pasti ada ganjaran bagi insan yang sabar dan sanggup menempuh ujian-NYA.
Aku akui tahun 2010 ni, banyak peristiwa yang tak dijangka,suka dan duka silih berganti,hanya dalam lebih kurang 4 hari lagi kita akan masuk tahun baru 2011, tahun inilah juga aku mulai rasa tidak dihargai dan semakin tersisih di SKTKU, sampai ada suatu tahap aku rasa ,yes this is it..aku akan ubah haluan,tapi kerana anak-anak murid ku yang pada aku terlalu sukar untuk dicari ganti..maka keputusan itu aku tangguhkan dulu,sekurang-kurangnya hingga tahun ini...kenapa aku mesti pergi sedangkan di SKTKU aku rasa sangat enjoy,best, tanpa tekanan yang banyak..namun aku rasakan aku perlukan cabaran yang baru..demi memajukan aku sendiri..maka ini terus sama sekali menafikan yang aku mungkin pergi kerana kecewa tak dapat APC..tak, aku tak kecewa sangat..pada aku memang aku belum layak..biarlah mereka yang layak memiliki gelaran itu..sekadar guru Muzik..u dont have a chance man..
Tahun 2010 ni juga aku akui sebagai tahun paling sukar buat aku selama 28 tahun hidup di bumi tuhan ni...baru aku mengerti betapa sukar nak hidup bekeluarga ni..baru aku tahu perlunya menguruskan rumah tangga dengan baik..dengan disinari seorang puteri ,aku rasakan kehidupan aku sungguh bahagia dan ceria walaupun kami agak kesempitan,inilah penawarnya ,Nur Dhiya' Khaliesah..walaupun miskin harta..ada anak cukuplah..itulah harta terbaik kita ....
apapun yang terjadi,aku harap tahun-tahun mendatang akan jadi yang lebih baik dan aku mampu menjadi yang terbaik bagi memuaskan hati semua pihak..InsyaAllah, segala yang terjadi yang mendukakan banyak pihak aku minta ampun dan maaf dan aku cuba jadikan kegagalan sebagai inspirasi untuk berjaya kelak...
Inilah Impian aku tahun 2011 nanti..semoga berjaya...
1- Mengekalkan gelaran juara rumah sukan kepada Rumah hijau.
2. Mencipta sekurang-kurangnya 5 lagu baru untuk anak-anak muridku.
3. Mengurangkan lagi berat badan yang semakin berat..
4. menjadi ayah yang baik dan anak yang baik..
dan itulah yang aku nak revealkan..yang no 4 tu..semoga rezeki kami bertambah dengan ' kelahiran' baru itu..amin....
korang paham ke tak..aku apa peduli hahaha..
selamat tahun baru 2011..semoga impian menjadi kenyataan...amin...
semua impian yg di atas tu insyaAllah, boleh je dicapai dan didoakan selalu kecuali yg no 1 tu....yg ini pasti akan ditentang habis2an, doakan jauh sekali, mintak maaf la ye...hidup rumah merah!
ReplyDeleteManusia menjadi matang bukan kerana pertambahan usia tapi kerana pengalaman yang dikutip dan dipelajari sepanjang usia.
Selamat tahun baru 2011, moga kebahagiaan dan kejayaan menjadi milik Khairi sekeluarga.
terimakasih akak..semoga tahun baru juga membawa keceriaan kepada akak sekeluarga..hehe lagi satu..keeep dreamin umah merah hehehe
ReplyDelete