in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Thursday, December 30, 2010

Tanah Tumpahnya Darah Ku..Syabas Harimau Malaya..

 Syabas aku ucapkan kepada team bolasepak Malaysia yang telah berjaya mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Suzuki ( dulunya Piala Tiger ) selama 14 tahun, manakala kita juga dah lama tak menyerlas di peringkat asean sekalipun,hampir 2 dekad kita dibayangi musim suram diaman ranking yang terus menjunam..terus dimalukan jiran2 serantau seperti Thailand,Vietnam,Singapura,Myanmar mahupun Indonesia, namun kehadiran K Rajagobal yang menggantikan jurulatih terdahulu B sathianathan benar2 mengubah kondisi skuad negara, dengan penggunaan meluas pemain2 muda seperti Fadhli Shas,Mahalli Jasulli,Muslim Ahmad, dan adunan pemain2 berbisa seperti Super Safee sali dan Norshahrul Idlan Talaha benar2 mengagumkan banyak pihak..Siapa kata bola sepak Malaysia tak boleh diharap??

 mengikut sejarah, pencapaian terbaik skuad negara,cumalah layak ke Sukan Olimpik Moskow ( kita memulaukan ) dan itu dicapai sejak zaman aku pun belum dilahirkan..selepas itu jurulatih dan pemain bersilih ganti...malah peminat2 bola juga seakan menerima hakikat yang kita tak mampu ke mana pun...dibelasah Indonesia 6-0 pada sukan sea..tak mampu mengalahkan Thailand..dimalukan Filipina dan laos...dibelasah teruk di piala asia..sekadar secebis kisah duka Harimau Malaya...pemain2 muda dihantar ke luar negara seperti akmal Rizal ke strasbourg perancis, Juzaili sameon pun sama, Fadzli Shaari dan Rudie Ramli juga ke Jerman, Titus Palani sekarang masih di perancis..pun masih belum menampakkan sinar...dari Claude Le Roy, Allan harris, Bertalan Bisckei, Jorvan Viera, Hatem Soussi..Skuad kebangsaan terus merudum..ditinggal jauh negara2 belasahan kita dahulu seperti Korea dan Jepun...



Sampai satu tahap,aku pun dah tak mau ambik kisah pasal bolasepak kebangsaan....liga korupsi...pemain yang mengada2...penonton yang nak gaduh aja..tu je lah yang kita tahu....Namun segalanya berubah tanggal 29 /12/1010 yakni semalam...siapa duga skuad yang dimalukan 5-1 pada perlawanan pembukaan mampu menjulang piala Suzuki???...ini bukan kisah dongeng..ini adalah semangat yang hilang yang berjaya dijelmakan kembali anak2 muda negara melaului bimbingan K Rajagobal yang disifatkan sifu bola negara...Bukit jalil menyaksikan skuad Harimau Malaya melakarkan kemenangan menakjubkan 3-0 keatas laknat Indonesia...isu laser..dukun mula dibuka media Indonesia semata-mata ingin menutup keaiban sendiri..bak kata Safiq rahim kapten Malaysia.." kalau dah sayur tu..sayur jugak.."..Memang Indonesia Jaguh Kampung...Kampung Boyan agaknya...Malaysia berjaya merangkul Piala Suzuki menerusi kemenangan mutlak aggregat 4-2..walaupun tumpas 2-1 pada perlawanan sengit di gelora Bung Karno..tapi selayaknya memang Harimau Malaya yang lebih layak..Indon????..kalau masih berhati jahat dan mulut busuk..sampai sudah la korang takkan menang...




Malam tadi juga menyaksikan rakyat malaysia mampu bersatu meraikan sesuatu yang kami memang rnantikan untuk permainan Bola Sepak...dimana-mana rakyat bergembira..meraikan kejuaraan sulung Suzuki Cup ini....aku juga kehilangan kata2..sampai tak tahu bagaimana keraian yang mampu dilakukan demi menunjukkan rasa cinta dan suka diatas kemenangan ini..SYABAS ANAK2 MUDA NEGARA..MISI MUSTAHIL KINI MILIK KITA....harapan kami seluruh rakyat Malaysia, agar skuad ini dikekalkan dan diadun semula denganbarisan regular yang diketepikan kerana kecederaan...Juga jangan lupa..FAM..pelawalah rakyat kita yang mahu diulang MAHU mewakili negara.. jangan hanya kerana mereka berdarah Malaysia maka kita dewa2 kan mereka..panggil dan nilaikan dulu....anak2 tempatan masih mampu menggalas cabaran negara...jangan lupa kita juga ada Lim Tiong Kim ( anak kelahiran kedah) di Bayern Munich....sekadar mengakui bolasepak kita masih dihormati...LOVEMALAYSIA !!!!

 My Lovely Harimau Malaya


 Safee dan Safiq tonggak Negara


Markus si lembik penakut Laser....

No comments:

Post a Comment