aku memang minat bolasepak..sedari kecil aku sudah main bolasepak..waktu sekolah,masa senggang petangku cuma diisi oleh bolasepak....masih aku ingat..sewaktu kecil, masa tu aku terlalu inginkan bola,nak beli manalah mampu..harga RM8 tu pada aku terlampau mahal...duit saku ke sekolah pun baru RM0.40 sen hehehe..nak ngumpul pun tak pandai lagi...aku masih ingat..masa abang aku Ramzan bersunat, ramai la jiran tetangga yang datang menziarahinya,sambil tengok sambil hulur...hulur ape?? duit le hehee..sampai satu tahap..aku berjaya kebas RM10..hari tu aku nekad nak pergi beli bola..bola tu bola getah aje...saiz 5..kalau kurang angin sepaknya memang sakit...namun dipertengahan jalan ..aku terfikir yang perbuatan aku ni salah..dan tak betul..maka aku pun pulang semula dan pulangkan balik duit tu kebawah tilam Ramzan...namun kesdihan aku tak lama..masih aku ingat selepas keputusan peperiksaan yang cemerlang..aku inginkan hadiah sebiji bolasepak..namun ayah yang bekerja kampung dan gaji yang tak tetap membuatkan aku akur dan tak pernah memaksa ayah membelikan hadiah..tapi segalanya dah disuratkan...suatu malam..aku baru mula nak mengaji al-quran di hadapan mak..diwaktu tu aku terdengar yang ayah dah pulang dari masjid..pintu terbuka separuh dan amat mengejutkan aku..bola yang masuk..hahahahaha...sukanya aku...setiap petang aku dan kawan2 pergi ke padang sekolah bermain bola..kadang2 kami main di dataran kilang padi,( tapi tak lama sebab tuan bendang akan datang menghalau kami balik sebab khuatir bola termasuk ke dalam sawahnya )..aku juga satu-satunya penyokong setia yang tak pernah miss menonton perlawanan bola sekolah kami dalam kelompok ( daerah ) 5, kehadiran ramzan dalam pasukan sekolah membuatkan aku tak miss semua perlawanan mereka..abangku bermain di posisi pertahanan tengah...selepas melihat abang cemerlang..maka aku juga mengimpikan niat menjadi pemain bola sekolah..malah bakat aku memang menyerlah..sehinggakan aku yang masih ditahun 4, berjaya terpilih berlatih dengan skuad sekolah yang kebanyakkan nya tahun 6..tapi apa ntah malangnya..kecemerlangan aku di padang latihan gagal diterjemahkan sewaktu ada pemilihan skuad akhir..aku sering hilang punca dan gugup menyebabkan aku tak pernah terpilih..sampailah ke sekolah menegah..niat aku bermain bola secara serius selalu gagal kerana gagalnya aku menonjol dalam pemilihan akhir..aku pun tak tahu kenapa...sedangkan di masa PJ atau main suka2 aku seringkali dianggap ayam tambatan..malah gol2 yang dijaringkan membuatkan aku sering bermain di posisi menyerang walaupun fizikal yang agak besar ni...gol yang terakhir aku jaringkan sehingga kini adalah gol ketika menentang skuad sekolah 2 tahun lepas...kami seri 2-2..dah lama tak main ..pancit sangat...mulai tahun ini 2011 akan datang..aku dah pujuk kawan2 sekolah agar main futsal agar kegilaan aku terhadap bola terubat..dengan kehadiran ramai guru lelaki mungkin impian ni akan tercapai dan kami dah menempah untuk bermain malam sabtu ini..sukanya aku...
hmmmm..kenapa aku menulis kisah aku ni..entah, sejak malaysia menang piala Suzuki ni..ramai plak sahabat2 yang tak minat bola tertiba mula bising bagitahu merekalah expert dalam bola sepak..aku tahu itu hak masing2..cuma agak menyampah pulak aku...aku serius cakap..aku tak pernah ke stadium menonton pasukan negara..kenapa? aku bukan peminat sejati? bukan ultras malaya?..tak aku tetap di belakang skuad negara..dari dulu lagi susah senang aku tak pernah cerca skuad negara..jauh di sudut hati aku hari semalam pasti akan datang,,cuma masa yang menentukannya...nah terbukti aku benar....
aku menyeru kepada rakan2..malaysia menang usahlah digah2 sampai tiada esok bagi kita..perjalanan mereka masih jauh..jangan la beri apa2 anugerah lagi yang mungkin melambungkan khayalan mereka...teruskan bersama mereka membina formula untuk kembali bersaing di pentas dunia..setakat menang piala suzuki..tak ada apa yang nak dibanggakan sangat..tugas kita belum selesai...indonesia,thailand,vietnam tak pernah lagi menjengah World Cup..kita harus lupakan dahulu mereka dan fokus ke peringkat asia dulu..halangan atau level pertama sudah lengkap..maka harungi pula level kedua..
ayuh semua...sokonglah bola sepak malaysia...bukan bersama skuad negara dikala suka sahaja...Lovemalaysia selamanya....
No comments:
Post a Comment