in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Sunday, December 26, 2010

i am malaysian true fans...

Malam ini Safee Sali punya lagi!!! best player on the pitch..tahniah Safee, anda kembali menemui sentuhan...
Pialal AFF Suzuki tahun ni mungkin akan ke negara kita, dengan keajaiban K Rajagobal dengan adunan pemain2 muda aku sudah nampak sinar dalam skuad Harimau Malaya ni...Dengan kelebihan 3 gol keatas indonesia ,aku tak nampak bagaimana kita akan terlepas genggaman piala ni...apapun harapan aku agar gelora bung karno belum mampu meredakan kebangkitan skuadHarimau malaya ni...kita kena 5-1 game pertama dan sekarang kta di Final dengan kelebihan 3 gol!!...ayuh sang harimau Sukan sea kita dah dapat..tak mungkin piala suzuki kita sia2kan...



Nor Shahrul Idlan Talaha ni aku bajet malam ni mungkin kurang sikit la maklum la member baru kawin,kat Kota Bharu lagi, mungkin letih,tapi persembahannya kalau tak terpilih Most valuable player memang shocking la..satu2nya player malaysia yang ada vision yang terbaik dan mampu merencanakan gol kepada goal getter malaysia..safee sali tu.Mirip permaianan mesut ozil yang cool tapi berbisa...


Benteng terakhir malaysia ni memang aku rasa penjaga gol terbaik masa kini di Liga Super, malah mungkin di peringkat Asia tenggara ni,sejak kekalahan besar malaysia pada perlawanan pertama, dibantu the worst keeping error dari Sharbinee allawee, keputusan K Rajagobal menurunkan penjaga gawang muda ini memang tepat,lebih membanggakan dia cuma bolos sekali sejak mengambil tugas penjaga gol utama,iaitu kepada laos semasa Malaysia menang 5-1 pada perlawanan terakhir kumpulan..sejak itu dia mengekalkan rekod bersih dengan tidak memboloskan gawangnya...dengan syed adney, sharbinee, farizal marlias, Malaysia memang tak ketandusan penjaga gol.





S kunanlan , salah seorang pemain yang banyak menyumbang malam ni,larian-larian pantas Kuna dari sebelah kiri mahupun kanan amat membantu, cuma penyudah masih boleh diperbaiki, corak permainan yang mirip kepada s chanturu, seorang lagi pemain malaysia yang sepatutnya main tetapi cedera..apapun ini adalah salah seorang pemain malaysia yang on form malam ini.


Salah seorang pemain terhebat Malaysia malam ini aku vote untuk Mahali jasulli ni, ntah aku pun tak pernah kenal kelibat pertahanan kanan kental Malaysia ni, mahali diambil rajagobal daripada skuad Harimau Muda,bersama2 Muslim ahmad diorang membentuk pertahanan kental dan nasib tidak menyebelahi Mahali untuk mungkin sekurang-kurangnya gol keempat malaysia tadi...what a shame...


zakuan adha, striker malaysia ini amat dirindui di bahagian serangan..cuba bayangkan gandingan zakuan dan safee dibantu Norshahrul, kira malaysia mesti menang tadi mungkin 4 gol lebih..siapa perlukan pemain import bila bakat anak2 tempatan kita masih mampu mengharumkan nama negara.
apapun kita mampu melangkah ke final tanpa nama2 regular ...semoga Zakuan, Aidil,Badrol,Azmi Muslim,S Chanturu, dan ramai lagi yang tercedera dapat kembali mengukuhkan skuad kebangsaan untuk tournament akan datang...sasaran kita selepas ini..jom kembali jadi jaguh asia...baru kita fikirkan World Cup..tiada yang mustahil dengan bola sepak...








No comments:

Post a Comment