in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Wednesday, August 18, 2010

Pekerjaan Terulung di abad ini..GURU...

salam semua...tengahari tadi aku attend satu mesyuarat pasal pelan strategik apebenda ntah..bila dah pening2 aku pun bantai la tido je..ape pun aku malas nak dengar...hmmm..bila pikir2 balik..teruknya kerja seorang guru ni..dah nak macam jadi penganalisis ekonomi negara agaknya..malangnya gaji tak naik2 pun..malah kerja lebih masa pun tak da gaji...korang tentu pikir aku dah give up jadi cikgu ye..tak bukan macam tu maksud aku...kerja cikgu ni seronok..yang tak seronoknya beban kerja selain mengajar...okla..malam ni aku nak dedahkan berapa banyak pekerjaan yang seorang guru terpaksa lakukan sepanjang bergelar guru...

1. Polis= ( guru disiplin )memantau disiplin,menangkap pembuat salah, mendenda dan dibenci
pelajar...

2. Pustakawan ( guru Media ) mengendalikan perpustakaan yang penuh buku usang2...

3. Pegawai Zakat ( Guru Kwamp) mencari pelajar-pelajar yang susah untuk dibagi bantuan..yang tak dapat mencaci hamun cikgu..

4. Doktor = kalau ada pelajar yang sakit..haa,,cikgu la kena rawat luka sapu minyak malah basuh berak..huhuhu

5. Tok Dukun = istimewa untuk uztad2..maklumla sekarang ni banyak sangat kes histeria hehehe.

6. Kerani JPN = memasukkan data2 pelajar setiap tahun...sampai leh hafal alamat umah dan nama adik beradik budak2 satu sekolah.

7. Jurulatih = khas untuk guru2 PJ la..macam macam sukan kena tau...

8. Penyanyi = Khas untuk guru2 muzik atau moral ke..nyanyi tak sedap budak tak suka.

9. Driver = menghantar dan menjemput budak2 ..minyak nanti claim..heheh

10. tukang Kebun= memantau pokok2 bunga dan mengecat dinding2 sekolah

11. Pegawai bank = mengumpul duit2 yuran pada awal persekolahan.

12. Tentera = membawa budak pergi berkhemah di hutan.

13. peniaga = jika ada hari kantin..ha masa ni la nak tunjuk bakat.

14. Pelukis= melukis mural di dinding2 sekolah.

15. hakim atau peguam.= membicarakan kes salah laku pelajar.

16. Mekanik = membantu membaiki atau memecah kan kunci basikal pelajar yang hilang.

17. Imam atau Bilal= jika ada kem2 bestari solat.

18 Pegawai pencegah maksiat = menangkap pelajar yang selalu dating

19. juruelektrik = membaiki perkakas elektrik yang rosak dihantam pelajar

20 . Tukang kayu = membaiki kerusi meja pelajar yang sering digigit pelajar yang ganas

21. kerani mengundi = khas untuk hari ngundi sahaja

22. pereka fesyen = mereka baju untuk pertandingan2...

23. jurumekap = mekap pelajar yang masuk pertandingan bercerita ke ape ke.

24. Tukang jahit = menjahit seluar pelajar yang koyak

25. penganalisis politik = khas untuk cikgu2 yang nak masuk politik,,,hehehe

demikianlah sebahagian kerja cikgu yang kita tak nampak..so..banyak kan..heheh spa kata jadi cikgu tak best..ha macam2 keja boleh cuba hehe

No comments:

Post a Comment