salam semua....well sempena ngan bulan puasa ni..aku cuba nak senaraikan setakat mana pengetahuan aku tentang kedai-kedai makan yang menarik untuk kita berbuka puasa sekitar Klang ni,hmm kadang2 kita dah jelak ngan makan kat rumah aje ataupun tak larat nak g bazar..haha apa lagi mungkin kedai-kedai makan ni adalah jawapannya..
1. Restoran Ros seafood
Lokasi : batu 6 jalan kapar..berdekatan simpang ke Sungai Kapar Indah,
Berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Sementa.
Kelebihan : Masakan boleh tahan dan waktu menunggu yang boleh dikatakan cepat..
Kekurangan : meja yang agak lusuh dan awek pelayan tak cun membantutkan selera.
well.kedai Ros ni lah yang paling hampir ngan umah aku,masakan dia ok la..takda la sampai mengalir air mata, apapun ok la kedai ni..aku bagi 2 bintang.
2. Restoran batu 7 ( apa ntah nama dia )
Lokasi : batu 7..berdepan balai Polis SKI
hampir dengan simpang ke petronas SKI
Kelebihan : ada air gelas besor yang sungguh besor
Kekurangan : Pelayan yang kurang mantap berbahasa melayu ( siam mari )
hmm,kedai ni bleh dikatakan baru diambil alih pengurusan baru,setakat ni..masakan dia ok,ditambah ngan air gelas besarnya yang memang puas.Udang tepung dia pun sedap,cuma satu kekurangan dia,pelayan dia mungkin baru sangat maghi dari thailand tu..kita mintak lain skit dah garu kepala..hmm camna tu..oklah aku bagi 2 bintang gak kat kedai ni..
3. Ahmad Tomyam
Lokasi : batu 2 atau 3 ( tak sure ) jalan kapar
berhadapan masjid, tak jauh selepas simpang highway ke north port dan simpang
kg batu 3..juga dekat ja ngan Carrrefour Klang. ada cawangan kat jalan shapadu lama.
Kelebihan : Tomyam yang sedap,masakan memang tip top.
Kekurangan : Harga kadang2 mahal kadang2 murah..
well.ni pun salah satu kedai faveret kuarga bini aku..semuanya sedap kat sini,ditambah ngan parking yang luas,ada mainan lagi n stroler baby pun disediakan..dekat gak ngan masjid malah ada surau lagi..pilihan polis2 melantak..3 bintang untuk Ahmad.
4. Afnan Seafood
Lokasi : Batu Belah Klang, Dekat ngan masjid Batu Belah
Masuk simpang kanan depan Shell pertama ( jika dari tol 60 sen )
Kelebihan : Pelayan yang cun tapi pondan ( hahahah )
ada western dan ada pondok2 menarik untuk dilepak sambil santap
Kekurangan : nasik goreng dah masak lama ( sejuk )
pelayan pondan yang memualkan .
hmm,sini pun ok..kalau nak berbuka,kul 5 dah kena tepon kalau tak alamat duduk atas tanah la ..coz takda tempat.masakan ok except nasik ready made tu lah..westernnya pun sedap dan pondok2 memang menarik, 3 bintang untuk afnan.
5. Restoran Aman seafood
Lokasi : batu 2 jalan kapar, sebelah kiri jika dari klang.
bersebelahan ngan Papa seafood..dekat ngan masjid hijau.
kelebihan : nasik goreng pattaya isteri gua cakap sedap
layanan agak cepat
kekurangan : meja tak cun,pelayan pun tak cun.
hmm sini pun sedap,masakan ok,servis cepat, dan meja pun banyak..jangan g Papa sebelah tu coz sini lebih berpatutan harganya,dekat ngan masjid dan Carrefopur jadi senang la nak shopping...2 bintang untuk Aman seafood.
6. D'Naina mamak bistro
Lokasi : dalam carrefour Klang
Kelebihan : servis bagus,roti canai pun sedap
Kekurangan : mi goreng kureng skit dan lain dimintak lain dibawa..
ha,kalau kedai mamak lak,yang ni la paling dekat ngan umah aku,walaupun tak leh celen ngan kedai mamak kat kg, tapi kira ok la..mi nya kadang ok kadang tak..tengok la siapa masak..yang aku tak gemar,pelayannya suka sangat ngusik n main pipi anak gua..okla 2 bintang untuk Dnaina.
7. Muara Ikan bakar ( pelabuhan Utara Klang )
Lokasi : Pelabuhan Utara Klang,
Kelebihan : tempat glamer,masakan sedap,luas,dan view canteek.
Kekurangan : Mahai nak mampuih, kebersihan katanya dah hancur,dan jauh skit.
well.kalau nak pemandangan laut dan ada karaoke lagi sini la tempatnya,dulu sini memang top.sebelum kedai ikan bakar kat jeram memintasnya..harga memang mahal la..tapi pada yang kaya takda hal la..sedap??..boleh la..ikan pun fresh..jadi 3 bintang untuk kedai ni...
8. NLK ( nasi lemak kapar ) bistro
Lokasi : Kapar ( pekan kapar ) betul2 kat pekan kapar.
Kelebihan : makanan yang pelbagai..bukak 24 jam..ada western n nasik lemak yang best
kekurangan : orang ramai selalu,pelayan kurang mesra dan harga tak murah sangat.
hmm, pada yang nak rasa suasana bistro,sinilah tempatnya,NLK ni memang top kat kapar ni, ada macam2 makanana,dari roti salad,roti canai,seafood,nasi lemak membawa ke western..u name it u got it la..aku dulu selalu gak bersahur kat sini..coz dia bukak 24 jam..bulan puasa ni mungkin dalam kul 6 tutup da..ok try la kat sini..3 bintang ooo.
ok,walaupun masih banyak lagi kedai2 kat klang atau area kapar ni..aku bagi 8 dulu ke korang..yang lain akan nyusul nanti..memandangkan 8 ni yang selalu aku g,yang lain tak adil la aku nak review memandangkan aku jarang atau tak pernah g..apapun jangan membazir di bulan yang mulia ni..berbuka ikut kemampuan diri..bukan kemahuan diri ye..ok ..salam semua..babai..
Gue yang dah bertahun dok Sentul ni kalau disuruh kuarkan list dah tentu terkulat-kulat hendak senaraikan...muahahaha (tanda rajin memasak di rumah tu kot...hehehehhehehe...)
ReplyDeletekami ni malaih memasak hahaha tu yang rajun cari makan kat luaq
ReplyDelete