in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Tuesday, August 17, 2010

Sekolahku syurgaku?

salam semua..malam ini aku nak kupas sikit satu isu yang mungkin anda diluar sana sudah atau belum maklum..masalah disiplin pelajar sekolah kita masa kini..well malam ni aku nak dedahkan kepada korang semua apa masalah yang berlaku di sekolah masa kini..dan fokus aku adalah sekolah rendah ..ya sekolah rendah..bukan menengah tau...tujuan aku bukan nka mengaib kan sesiapa..cuma sekadar renungan dan tindakan dari semua pihak amatlah dialu-alukan...

tajuk besar: PERKARA YANG DULU KITA TAK TERFIKIR NAK BUAT..TAPI SEKARANG MEREKA ( BUDAK2 SEKOLAH RENDAH ) DAH PUN BERANI BUAT..


1.Bercouple aka berpasang-pasangan...
.......masalah ini dah lama jadi kat sekolah..dulu pun mungkin ada,tapi kita masih malu dan rasanya tak buat di sekolah rendah. Budak2 sekarang terutama tahun 6,dari kelas hujung hingga kelasa harapan..aku tengok ramai dah ada pasangan masing2...hahaha..nak termuntah pun ada..kalau tak percaya tengokla dalam facebook diorang..mesti jumpa la pasangan masing2..memandangkan fikiran masih belum matang..diorang tak akan boleh sembunyikan dari kita .Jika diperhatikan dalam kelas,yang mengelamun,yang tersengih sengih,ataupun di kotak pensilnya mesti ada nama pasangan..itulah yang tengah angau..aku juga terkejut dengan beberapa pendedahan pelajar yang pandai pegang tangan...dating di tandas..menulis surat cinta..dan banyak lagi...ibu bapa kena pantau skang..takut2 kes buang bayi semuanya berpunca dari benda ni...

2. Gangster aka samseng taik kucin.
......pelajar tahun 6 dah pandai memeras ugut pelajar tahun dibawahnya..biasanya yang jadi mangsa pelajar2 yang kaya dan yang lembik..masalahnya yang kena ugut ni tak langsung nak gtau cikgu,biasanya kena korek2 dari kawan2 nya baru pecah lubang..aku pernah beberapa kali handle kes2 macam ni..si pelakunya memang nampak macam samseng taik kucin..yang macam nilah aku suka ajar cukup2...kadang2 kawan2 sekelas sendiripun nak diperasnya...kalau yang berbangsa india..mereka akan conteng di dinding dengan nama2 kumpulan samseng taik kucin mereka iaitu 21 top,08 top dan macam2 lagi. semua pengaruh datangnya dari abang2 dan kawan2 yang lebih tua..tak hairan jika di sekolah rendah lagi sifat2 samseng dah bercambah.

3. Pakaian dan Rambutyang ala2 samseng.
jika kita perhatikan sekarang..kasut high cut dah tak jadi masalah kat sekolah rendah ni. kadang2 stokin yang bermacam jenis dibelasah,yang paling diorang suka yang jenis pendek.Lembaga Disiplin tak pantau ke? tak hairan la pelajar menengah dah macam high school musical dressingnya..Pelajar sekarang rambut semua nak pacak ala2 akim ataupun aril aF tu..aku kalau nampak memang aku sisip sampai jadi skema balik...aku masih ingat di masa tahun 6 dahulu,aku pernah buat rambut potongan GQ yang top masa tu ( rambut aktor cina )..bukan nak buat pun,abang aku yang guntingkan..ha abih satu sekolah kecoh..last2 kena potong elok2 semula.tapi sekarang mak ai..rambut..yang ber die pun ada..katanya mak dia yang taruk..alahai..nak salahkan siapa?..pompuan pun sama,mentang2 pakai tudung diorang ingat aku tak tau..kalau yang lelaki cover dengan songkok..pakaian pun sama,lepas ja waktu sekolah..baju dah lepas ke luar..aku dulu sampai form 5 pun cikgu dok tegur lagi...takut nak buat..skang lepas depan kita selamba ja..

4. Mencuri
..kalau setakat curi pensel,pemadam ..alah alat tulis la..memang hari2 berlaku..tapi yang paling gila...Curi duit cikgu dalam beg dan terbaru curi radio..haa radio..diletaknya dalam beg dan dibawak balik ke rumah..aduiiii..aku dah jadi takut nak tinggal gitar ke,kibod ke ataupun radio kat bilik muzik..kenapa sampai jadi begini?...sekolah tak ada guard ke?..Yang herannya..si penyamun tu dah pecah lobang..aku ingatkan dah tak nak datang sekolah mungkin takut ke ape ke..rupa-rupanya dia leh selamba datang...radio? tinggal kat rumah....punya gila...

5. Vandalisme
....aku ingat kita dulu nak conteng meja pun takut..sekarang ni bukan kata meja..bangunan sekolah dah penuh ngan nama2 ..kumpulan samseng la..love sape2 la..yang paling gila yang ngutuk cikgu pun banyak..setakat ni nama aku lum naik..kalau naik sipa la korang,,,aku dalam 2 minggu sudah dapat cekup 3 orang budak yang kencing..ya kencing selamba kodok kat paip di luar tandas..bukan dalam tandas..dah la tempat tu kadang2 budak2 buat tempat ambil air sembahyang...ikut hati mau ja aku potong anu budak2 tu...haram sungguh...

6. Ejek nama bapak,atok,mak
...sekarang ni,budak dah makin kuang ajo..diejeknya nama bapak,atok,mak...bila ejek mengejek2 lama2 bawak ke tumbuk menumbuk...kadang2 bila kita panggil nama penuh seseorang budak..dia akan kata..ala cikgu jangan ejek nama bapak saya..aduhai..dah sampai macam tu dah..diorang akan pandai cari nama dalam register semata-mata nak ejek nama bapak. kalau kata depan aku,dah tentu kena pelempang..

7. bawak handphone ke sekolah
..mungkin kata orang..ala zaman sekarang..benda tu dah jadi keperluan..well tapi bila hilang..kau nak ganti ke? sebabtu jangan bawak....aku ari tu, bukan nak amik atau rampas pun hphone sorang budak ni..tapi dia bengang sebab kawan2 dah bocorkan rahsia dia bawak hp,dengan kurang ajarnya dia hempas hpnya ke aku..nah amik katanya..menyirap darah aku..mujur la budak tu perempuan..kalau tak dah lama aku lipat...sempat kata babi lagi ke aku...bila nak balik...kau ingat aku buat apa?....hei..geram memang geram..tapi tak mau panjang cerita aku pun cari balik budak ni..dan bagi balik hp dia..dia lari dan terpaksa aku suh kawannya kejar dan bagi..bukan apa,aku tak mau jaga hp tu..tapi hati memang membara sampai skang..aku simpan diam2..kalau ikut hati memang lempang la jawabnya..kurang ajar tambah kurang asam..

hmm..sebenarnya banyak lagi..tapi aku senaraikan yang diatas ni dulu..hairan kan..dulu kita tak terfikir nak buat benda2 macam ni..mungkin sekarang teknologi dan kemodenan membuatkan kehidupan dan sifat sopan kita dah lenyap ditelan zaman..aku juga punya anak..aku juga takut akan permasalahan begini terjadi kepada anak ataupun anak2 buah aku..semoga nilai2 murni kita guru terapkan selalu kepada anak2 didik kita..apa guna 5A kalau tak ada manners..renung2kanlah..sekian wassalam..

1 comment:

  1. Aku senang aje...anak-anak tu dilahirkan dengan fitrah suci bersih...putih...jadi kalau sekarang jadi bercorak, berbelang-belang hatta kusam sekali pun...mestilah ada tukang yang menyumbang kepada aspek penambahan warna itu, kan...jadi, untuk peringkat muda rumpun rebung ni...semuanya sudah tentu bermula dari rumah.

    ReplyDelete