in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Friday, September 3, 2010

salam aidilfitri...

salam semua.....minggu depan,ramadan bakal melabuhkan tirainya..maka berakhirlah suatu lagi bulan puasa yang kita rindui dan menjelmalah hari raya yang kita nanti-nantikan...satu syawal sungguh bermakna..hari kita berkumpul bersama dan bermaaf-maafan...so malam ni aku nak kenangkan kembali beberapa detik sebelum..semasa atau sesudah raya yang aku masih ingat dan kenang....sebelum tu..aku dan isteri dan anak kesayangan aku nak mengucapkan salam aidilfitri..maaf zahir dan batin..semoga aidilfitri kali ini lebih meriah dari sebelumnya...

1. ZAMAN KANAK-KANAK...
............... rumah yang paling best g beraya,mungkin rumah arwah pak Long Chop sebab dia bagi 50 sen..
............... sewaktu kami menyeberangi titi berdekatan rumah Pak eid dan tok Indon ( arwah )..salah seorang dari line up kami g beraya ( aku tak ingat siapa ) telah kehilangan duit rayanya yang disimpan di dalam beg tangan nya..kerana terputus talinya dan terus jatuh ke dalam parit..kuikuikui.
...........aku dulu pernah ada kasut raya yang ada lambang bendera italy kat tepinya..9 tak ingat tahun bila ) dan kasut lidah panjang ala2 rocker heheh.
.................sewaktu arwah tok wan ( datuk ) aku meninggal, hari itu puasa seingat aku..malangnya ibuku terlupa nak kejutkan aku sahur..( sibuk agaknya ) dan aku diberi pisang sewaktu jam dah pukul 8 pagi..kata mak dan makcik aku..boleh lagi sahur...aku pun ngap la....
..................dulu,mak aku pernah belikan baju raya aku dekat orang uyang jual dari umah ke umah aje..( orang junjung aku panggil )..dan masa tu mungkin bajet takda..maka Ramzan ( abang aku ) tak dapat baju raya..dia selamba ja..aku plak ngejek2 dia..( sedih bila ingat kembali ).
..................akibat terlalu inginkan seluar jeans,maka aku memintakan kakak sulungku yang masa tu baru berkahwin membelikan aku sehelai,malangnya dia membelikan seluar berjenama pompuan huhu...
.................masa main mercun papan,perkara kejam yang selalu kami buat adalah memasukkan mercun ke dalam mulut katak puru...isk isk,..
...............dapat duit raya..kami g beli air lemenet kat kedai..( air botol skang yang popular di bazar2 atau uptown2.)
...................

ZAMAN RUMAJA....

.............Masa beraya..mesti nak g umah budak pompuan....masa tu umah yang paling top..umah mazura, Umah Adibah, Umah Elyana hahaha....masing2 kontrol ensem...
.............naik motor RC80 kepunyaan kakak,RC80 kepunyaan arwah abang ipar..dan yang paling dasat Suzuki best la hahaha..
.............Tragedi Umar masih kekal dalam ingatan...akibat nak tuinjuk hebat di depan pompuan..maka Umar ( kawan baik arul ) terjelepok di atas tar dengan seluar yang koyak..
................Kalau pergi rumah Padil komfem bapak dia bagi duit raya..kehkehgkeh.
................G umah ( aku dah lupa ) tapi budak pompuan ni cakap ala2 KL..tapi umah dekat ban haha..air sirapnya kurang berkualiti dan bekas kuih ketat...
...............sanggup berbasikal ke parit buntar ke rumah Hasdi...umah cikgu hehehe..anak dia membe aku.
.............Khai ataupun rashid sidek gemar sungguh ke bilik air rumah yang dikunjungi..

ZAMAN SEKARANG ( DEWASA )

............tragedi balik kampung dengan Mahyudin masih kekal dalam ingatan..kerana kereta dia rosak..aku nyaris tak balik kampung..mujur abang aku ada..dia? hentam motor membe balik kg haha.
..............balik Kg dengan Khai dengan berbekalkan Motor skuter aku..BHU 7731 yang dah pun arwah..kami gamble balik jam 3 pagi...
.............raya bagi duit raya pulak..walaupun tak banyak tapi cukup la untuk anak2 buah yang ramai tu heheh..
.............walaupun dah bekeluarga ,kami still berkumpul di rumah khai,tahun ni Khai pun dah bekeluarga..maka aku pun dah tak tau nak kumpui umah sapa..umah pidos kot hehe.
...............Paling glamer di hari raya kerana pakai samping.( sut lengkap )..sebelum Khai pun ikut jejak.
..............Pengalaman terpaksa pulang di hari raya pertama kerana isteri tengah mabuk ( ngandung anak sulung )..jadi aku balik sengsorang di pagi raya..huhu..
............Pengalaman beraya bersama anak ku..skang Nur Dhiya' Khaliesah sudah pandai jalan dan aktif..meriahnya rayaku ..huhu..

No comments:

Post a Comment