in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Wednesday, September 15, 2010

hari itu telah berlalu...( part 3 )

aku bersekekolah menengah di SMK Raja Lope Nor Rashid,sekolahku ini terletak lebih kurang 3-4 km dari rumah aku,dulu kenderaanku ke sekolah ahnyalah basikal ku yang power hahaha,zaman dulu mana ada kemaruk motor macam skang,skang aku tengok yang tak cukup umur ngan inci pun sibuk nak naik moto..aku ditempatkan dalam kelas 1RK, ha RK ni menda?..RK bermaksud rancangan Khas,kiranya kelas aku ni kelas terpilih la..cuma ada satu kelas RK,dan kami ditempatkan di sesi pagi,semua tingkatan 1 yang lain di sesi petang..masalahnya dalam kelas baru ni,cuma aku ja seorang X budak SKSMA yang terpilih,budak pompuan tu ada la, tapi budak lelaki aku sorg ja..so..jadi kera duku la jap..tak tahu nak berbual ngan sapa..( takkan nak nyembang ngan kwn pompuan lak )...so hari pertama ke sekolah aku terlewat lak tu..bila nak masuk kelas semua tempat dah penuh....so aku terpaksa la buat meja baru kat hujung sekali,dok sengsorang kat belakang..aku masih ingat lawak pertama aku dalam kelas tu..actually bukan nak buat lawak pun..aku serius sebenarnya tapi kawan2 baru dalam kelas bantai gelak..macam ni,aku dah ada meja..malangnya kerusi yang ada tu cacat,kakinya tak ada,kerusi tu cuma tersandar kat dinding,kalau tak pandang kiri kanan memang terjelepok la..so..tetiba datang akak form berapa ntah,mungkin dia disuruh menanyakan dah cukup ke belum kerusi kat setiap kelas..bila dia tanya, aku pun jawab.." kerusi ada..tapi kaki dia tak dak "...la..depa bantai gelak..lawak ka?..isk isk dah la aku tengah bengang...bila pertukaran kelas waktu petang ( petang kelass aku diisi 1R1 ) kawan2 aku yang ramai di kelas 1R1 selalu perli..ni tempat duduk orang gila ni sebab kena asing kat belakang..haram sungguh hahaha...sekekjap ja aku jadi kera sumbang sebab lepas tu aku dah jadi terlebih top kat kelas dan aku mula menawan hati kawan2 dengan lukisan2 dan lawak2 yang bernas hahaha..aku mula jadi rapat ngan suhaidi,Konen,Zul bab, Man ,Azam, dan Umaq...ni kira kawan mula2 aku..sebelum aku rapat ngan di other side of kawan2 aku seperti Arul,Kerol,Pidos,Hasdi,Pian, ( yang rapat sampai hari ni ) ...masa naik form 2 aku terus dinaikkan ke ketua kelas..haa..hebat tak? hahaha..Form 2 adalah masa terindah bagi aku..segalanya happy masa ni..dengan cikgu yang best2 seperti cikgu Ramlah ( BM ) yang selalu kami ajaq main kuiz dan membina ayat tak abis2 hahaha...sampaila ke Time Pj cikgu apa ntah yang selalu bagi main bola hahaha..Uztazah fatimah lak kenal kakak2 ngan mak aku..jadi aku segan la sikit ngan dia..aku tak leh lupa kenangan di tingkatan 2 ni..bilamana kenangan semasa berbasikal ke sekolah...hahaha...kenangan 1- aku pernah mengheret perdu kelapa( daun kelapa ) di basikal aku sejauh hampir nak sampai sekolah la...hampeh tul..sampai kat sg betul baru la ada sorang makcik ni yang nak g sawah menegur aku..la..malu betul..kat mana ntah aku g kutip benda tu...Kenangan2- akibat race ngan budak form 5( aku tak kenal pun..tapi dia selalu kayuh basikal laju2)..bila nak masuk sekolah ja..rantai basikal aku putus..la putus..bukan terlucut..putus terus..harampeh....kenangan 3- aku pernah naik basikal yang patah bodynya dari sekolah sampai ke rumah..tak sedar langsung cuma rasa macam tak sedap la...tapi aku hantam sampai ke umah baru perasan body dah patah..mujur tak nyungkur atas jalan..kenangan 4- sewaktu pulang dari sekolah ..aku ngan bangganya memotong seorang awek ni yang tengah carry adik dia..hahaha..elok2 potong ja..tetiba tayar belakang basikal aku meletop..kuat lak tu...dan awek tu gelakkan ke aku huhu malunya...dan akhir sekali..sewaktu nak memotong seorang pakcik di sg labu..pakcik ni angkat punggungnya dan pretttt..( kentut ) betui2 depan aku...haram sungguh..aku ingat dia tak perasan aku kat belakang dia...di form 2 ni jugaklah kami mula rajin ngan hobi baru iaitu naik basikal ke parit buntar...ditambah umah hasdi memang kat sana,jadi selalu jugak hujung2 minggu kayuh ke sana..jauh beb 10 km lebih..tapi seronot..sampai kebas2 kaki semua..

1 comment:

  1. Hahaha...manisnya kenangan.

    Hang pun suka 'race' jugak no...Aku dulu selalu juga berlumba siapa cepat sampai dulu...siap tunggu kelibat 'mangsa' lalu...lepas tu pecutttt!

    ReplyDelete