Allahhuakbar...Allahhuakbar..Allahhuakbar...
laungan takbir bergema lagi...1 syawal kita ketemu lagi..alhamdulillah..aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga diatas rahmat-Nya kerana aku masih berkesempatan menyambut aidilfitri...terutama aku masih sambutnya di kampung halamanku...terima kasih juga aku ucapkan kepada isteriku tersayang kerana bertolak ansur membenarkan aku sambut aidilfitri di kampungku lagi..insyaAllah tahun depan kita sambut hari raya pertama di Klang ye...
tahun ni..hari raya pertama kami sambut dengan begitu sederhana,,,tiada lagi cat baru...lampu pelita...kusyen...tikar baru...tapi tak apalah..kami nyambutnya dengan gembira.tahun ini juga aku berasa sedih kerana Kakak sentul ,abang askar, adik jitra dan kakak isteri mithali tak dapat beraya bersama kami di kampung...kakak sentul beraya di melaka,abang plak di kuantan, adik di jitra, dan kaka sorang ni beraya di kuala kangso meneman lakinya...sepatutnya laki kena teman bini..hmm pelik..setiap kali pulang ke kampung..aku berasa sangat lega bila semua yang aku salurkan untuk rumah seperti astro...peti ais..2 mesin basuh..berfungsi dan membantu keluarga kami...walaupun tak seberapa..tapi ikhlas dari aku yang tak seberapa kaya..aku suka sangat..tapi aku merasa sangat sedih bila mengenangkan betapa rumah ku ini dah rosak teruk dimakan anai-anai...apa yang perlu dibuat..aku juga sedih kerana tiada set sofa yang menghiasi umah kami...tiada meja makan yang sempurna...insyaallah kalau dimurahkan rezeki pasti aku dapat beli untuk keuarga satu hari nanti..walaupun mak ayah dah tiada nanti..INI TETAP RUMAH KAMI...alhamdulillah walau kita tak mewah tapi kita bahagia..suka..itu dah cukup...
sempena lebaran kali ini..aku nak mintak ampun maap maaf zahir batin kepada semua yang sudi membaca blog aku...semoga kita bersama selamanya..amin...
No comments:
Post a Comment