in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Tuesday, September 14, 2010

hari itu telah berlalu...

entah kenapa malam ni aku teringin nak menulis kisah hidup aku yang mungkin tak siapa pun ingin nak tahu...mungkin inspirasi dari nukilan kakakku membuatkan aku berasa nak sangat menulis sesuatu buat tatapan semua yang memmollow blogku hahaha...
aku dilahirkan tepat jam 1205 am pada pagi hari rabu 15 april 28 tahun yang lalu..di Hospital Parit buntar...
semasa kecil aku masih ingat aku dibesarkan di rumah tengah sawah kami di sungai labu dalam daerah tanjung piandang Perak.Rumah ku ini sangat istimewa kerana lokasinya yang berada di tengah sawah dan agak jauh dari kawasan kejiranan..aku dan adik beradikku menjadikan kawasan sawah sebagai swimming pool kami..dan kehidupan sederhana kami sangat bahagia...selepas bebrapa tahun kami berpindah ke rumah nenekku di pekan Bagan Tiang..di sini bermulalah kehidupan bagiku kerana hampir 80% hidup aku adalah di bagan Tiang..sebuah pekan kecil yang sangat cantik dan rumah kami juga berhadapan dengan sawah padi..aku memulakan sekolah di sekolah tadika kemas berhampiran dengan rumahku..disini aku masih ingat nama cikgu pertama dalam hidupku..cikgu Shobariah...dimana cikgu sekarang..dulu sewaktu sekolah,kami selalu main pondok kecil yang ada di dalam bilik di dalam sekolahtu..masa makan juga paling ditunggu dimana semua dapat makan free yang sedap dimasak cikgu piah hehehe..sewaktu PJ,kami akan ke belakang dimana terdapat gelANGGANG BADMINTON DAN TAKRAW..DI HALAMAN SEKOLAH PULA TERDAPAT PERMAINAN GELUNGSUR,BUAIAN DAN JUGA JONGKANG -JONGKET..alamak tercaplock plak..malas nak delete lah..hahaha..sekarang sekolah ni dah pun lenyap di peta dunia ni..ia telah diganti dengan sebuah pusat IT...maka berakhirlah riwayat sekolah tadika ku...selepas itu aku menyambung pelajaran rendah di SK Sungai Megat Aris, di sekolah ini guru pertama yang mengajarku adalah cikgu Hamsah..( semasa aku buat latihan mengajar 9 tahu lepas..dialah yang jadi guru pembimbing aku )..di sekolah ini aku mempunyai banyak kenangan manis terutama di tahun 3..bilamana pertama kali aku berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan..sukanya aku..selepas itu setiap kali periksa aku tak pernah keluar dari top10 di dalam kelas..jadi setiap kali masa penyampaian hadiah..mak dan ayah tak pernah miss tak datang..hehehe..aku juga aktif dalam sukan..aku mewakili sekolah dalam sukan bola tampar dan catur bagi peringkat sekolah..( tak menang pun )..aku juga orang penting dalam rumah kuning..mewakili takraw dan bola sepak..selain olahraga ...sebut pasal bola sepak..siapa tak kenal aku..setiap kali main masa PJ atau waktu petang..akulah penjaring utama persis Ruud Van Nilsterooy..tetapi bila sampai ke pemilihan..untuk peringkat sekolah..aku pasti gugup dan tak terpilih..i dont know yyy...selain itu aku juga menjadi pengerusi persatuan agama islam..dan aku juga sempat mendapat tempat ke2 dalam pertandingan bercerita kisah al Quran peringkat kelompok..( daerah )..hebat tak? hahaha..tapi kisah menang no 2 ni pun memang tak jangka..uztazah Zainab mesti terkejut punya sebab aku ni memang malas nak mai latihan..sampai kawan datang jemput 2-3 kali kun aku masih tak datang..last yang aku ingat orang lain pakai baju melayu masuk pertandingan atas pentas..aku selamba baju sekolah..tapi dapat gak no2..hahah..di sekolah rendah ni juga aku mula berjinak2 dengan bidang muzik..walaupun aku tak berapa suka jugak kelas muzik dulu coz cikgu cina tu garang sangat..heheh..aku mula aktif menyanyi di masa cikgu zainul kamariah menjadi guru kelas kami..cikgu ni walaupun garang..sangat berjiwa kreatif..ada ja lagu untuk kami nyanyi..setiap hari..aku masih ingat hari penyampaian hadiah masa aku tahun 6,aku dijemput nyanyi duet ngan adikku ana..lagu ape tau..lagu Bidadari kump Lela tu..hahahah,,memang gempak abis sampai yang datang merasmikan majlis tu pun bagi thumbs up ke aku...punyalah bangga..tapi langit tak selalunya cerah kan...aku juga pernah mengalami sesi memalukan sewaktu menyanyi ni..aku pernah pecah suara masa menyanyi lagu disana menanti disini menunggu Ukays tu..masa tu ada program apa ntah..tapi memang malu..tak leh lupa...diwaktu sekolah rendah juga aku pernah mengalami 2 kejadian paling aku tak dapat lupa...yang pertama..aku pernah dileteri oleh akak ku ( kak ya ) kerana aku tertinggal beg sekolah di rumah..bayangkan sewaktu aku gendong belakang basikal kakakku yang sudi menghantar aku dok pikir kenapa hari tu aku rasa ringan ja..rupanya tertinggal beg sekolah ahhaa...terpaksa la kak ya balik amik...sian dia..yang kedua ..aku pernah hampir menyorong basikal sampai kedalam kelas gara2 kuat mengelamun...hahah..punya kuat mimpi sambil berjalan sampai tak sedar aku dah terlajak nak masuk dalam kelas..mujur ada 2 - 3 orang yang dok gelak kat aku..baru la aku sedar..alahai malunya oii..well..UPSR lak memang sedih..dek kerana salah pilih kawan dan tak dengar cakap..aku mendapat keputusan yang agak teruk ..iaitu 1A 2B dan 1c ( dulu 5 je ),..ayah,mak akak2 semua marah...hmmm..tu la dulu main sangat...

No comments:

Post a Comment