in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Monday, January 31, 2011

siapa..kenapa dan apa kejadahnya...

Assalamualaikum semua....hmm ape kabar..banyak ke makan limau skang ni..jangan sampai tido dalam jamban dah le hehehehe....malam ini saya ingin membawa satu persoalan yang memuncak dalam kepala otak saya sekarang...dan bantulah saya menyelesaikannya...persoalannya...SIAPA insan yang berlindung di bawah nama dan profil Hidayah Ahmad?..penama bernama Hidayah Ahmad mula menggegar wall aku lewat tahun lepas..mula dengan komen panas aku terhadap sikap ibu bapa yang gemar membuat serangan terus ke sekolah jika anak ditimpa masalah..terus si lahanat ini menyerang peribadi aku dengan kata2 kesat seperti buku lali EG.( eg sahabat aku )..setelah memaki hamun aku..dia juga memaki hamun rakan2 wall aku seperti cikgu anizar dan suaminya..member aku adamie dan juga ili suhaila anak murid aku....memandangkan dia tak mau dedahkan diri dia..maka aku pun cabar ke sekolah jumpa aku secara face to face..pun tak berani jugak..hissshhhh..memang dasar penakut ni baling batu sembunyi tangan dan kena taik pulak hehehe....last2 aku malas nak layan..aku pun menyahfriendskan dia ni..dan block dia..malangnya pastu dia mula hantar mesej2 ke aku..hisshh..tak setel lagi rupanya...dah lama aku buat bodoh je baru2 ni di antar lagi hehehe..memang dasar takda kerja la budak ni..lama2 bila aku cabar lagi datang ke sekolah dan bagi alamat umah..baru dia serender kot..dia plak block aku..hahahah dasar raja lawak la....apapun mari kita cuba simpulkan siapa dia ni sebenarnya...

pendapat 1=..seorang bekas pelajar yang masa sekolah asik kena leter ja ngan aku sebab pemals dan nakalnya macam israel...
- hmmm mungkin..aku dulu memang suka berleter kat budak..kalau lelaki aku banyak jugak tangankan..tapi takdala teruk mana...dan aku yakin takkan ada yang simpan dalam hati...kalau adapun memang budak tu super nakal sebab aku ni ngajar muzik..seboleh2 nya aku tak mau marah sebab bila dah marah..menjejaskan mood aku nak nyanyi...

pendapat 2= hmm mungkin parents atau abang2 atau kakak2 budak yang anti gila ngan cikgu2 nya..mempunyai kemahiran menghacking komputer dan tidak mahir sangat bercakap melayu...pelajar yang pintar tapi bodoh manners= skema + ulat buku la...

pendapat 3 = seorang rakan lama yang bengang ngan aku..mungkin ada kawan2 yang tak puas hati dengan aku dari dulu lagi..masa sekolah atau zaman belajar ke...hmmm..ade ke?


pendapat4 = seekor monyet lebih tepat lagi ketua monyet GBS ( geng berul semak ) yang mencuri laptop aku dan membuat akaun FB setelah semakin pandai akibat lama di kejirananan manusia...hmmmm yang ni langsung tak leh pakai hahahahhaa...


apapun...aku akhirnya sangat mengharapkan agar perkara ni setel..tak ada siapa mahu ada musuh pun..so sekiranya ada di luar sana yang membaca entry ni dan tahu siapa dalang disebalik semua ini..atau si Hidayah Ahmad yang sebenar datang saja jumpa saya..kita selesaikan semua ni..tak payah maki hamun orang kalau secara peribadinya u got no balls at all...ok..akhir kata..selamat malam dan happy selalu...thank u for mocking me...im much stronger now..rather than u..no balls at all..g,nite!!!

Friday, January 28, 2011

selamat Tahun Baru Cina...

salam semua....malam ni mula lah cuti Tahun Baru Cina bagi sekolah aku, memang best sekolah yang ramai cina ni..kami dapat cuti seminggu...puas hati sangat hehee...kalau nak banding ngan sekolah mertua aku ( SKBB ) memang tak dapat la cuti lama macam ni hehehe...bini aku pun sama,ye lah takkan sekolah agama nak cuti lama..irrelevan tu. so sempena raya cina ni yang bakal disambut beberapa hari lagi ni.aku ada kenangan nak dikongsikan bersama malam ni,kenangan pahit jugakla..sebab langsung tak manis hehehe...kisahnya begini..seingat aku kejadian ngeri ni terjadi sewaktu aku di MPIK dalam tahun awal 2000,( aku di sana 2001-2003)..setelah menghabiskan cuti raya cina di kampung,tibala masa aku nak balik ke Cheras, bila cuti raya ni korang tahulah jalan macamana,komfem Jem..bila raya cina,jemnya semakin teruk..kisahnya macam ni,aku balik ke kampung dan ke KL dulu pakai pengangkutan awam..kalau tak bas..keretapi..tapi banyak pakai bas la..dulu kemalangan melibatkan bas tak sekerap sekarang..jadi kurang sikit risaunya hehee..dalam perjalanan balik ke KL, semuanya lancar..sehinggalah bas sampai di terowong menora dekat2 nak smpai Ipoh tu..lepas je terowong..mak aaiiiiii..teruknya Jem..tambah2 lagi dulu masih tersergam Plaza Tol Jelapang..makin teruk la jemnya..aku sebenarnya tak kish sangat jem ke hape ke..memang la nyampah,tapi kalau dah naik bas..tak kisahla..minyak bukan aku nak isi hehe..tambah2 kalau dapat dok sebelah aweks ke..jem 10 jam pun sanggup..tapi malangnya hari tu bila tengah2 bas sangkut tak gerak2 ni..perut pulak buat hal..mula2..sekadar sakit skit2 je..bila dah jejak sempadan selangor lagi dia buat hal..dah macam nak tekeluar dah..aku pun apa lagi berpeluh2 la dalam bas...korang tau bila dah masuk tol duta ,,aku dah lega sikit sebab maknanya dah dekat la..rupa rupanya nak dijadikan cerita si drebar bas tu leh tak tau jalan nak ke Puduraya lak..alahai.....ape ke lawak ni,padanla aku nampak dia dok pusing2 tak keruan je...dah la jalan jem....dia sesat sampai lalu depan the Mall dekat pekeliling tu..bila nampak je the mall aku pun terus bangun mintak turun kat situ gak..aku dah tak tahan..nak balik naik tren je...turun situ naik tren sampai cheras call member ambik..membe lak datang lambat ..alahai..tapi yang magicnya aku dapat gak tahan sampai ke rumah sewa..hahaha hebatnya aku..so pengajaran dari kes ni...sebelum naik bas..jangan la minum air dutch lady hehehe..ok gong Xi faChaii semua....

Monday, January 24, 2011

ANUGERAH TERBAEEK BULANAN...BULAN JANUARI.

Sedikit Ringkasan yang paling berbekas dihati sepanjang januari ini....

1. ANUGERAH BAND TERBAIK BULAN INI TEMPATAN.

                                                   KUMPULAN A.P.I.



2. ANUGERAH BAND TERBAIK INGGERIS ( AKU SUKA SANGAT )

                                                                      GREENDAY


3. ANUGERAH FILEM TERBAEEK!!!!


                                                    HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH


4. ANUGERAH BINATANG PALING MENYAKITKAN HATI

                                                             MONYET!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


5. ANUGERAH GITAR IDAMAN SEPANJANG ZAMAN

                                                              GIBSON SG


6. ANUGERAH KARTUN TERBAEEK SEPANJANG ZAMAN

                                                          SPONGEBOB SQUAREPANTS


7. ANUGERAH MOTORSIKAL IDAMAN SEPANJANG HAYAT


                                                                  SUZUKI GSXR 1000R

8. ANUGERAH TEAM BOLA PALING BEST

                                                      FC BAYERN MUNCHEN

9. ANUGERAH BEST PLAYER OF THE EARTH

                                              MESUT OZIL ( REAL MADRID/GERMANY)

10. ANUGERAH RADIO PALING KERAP DILAYAN WAKTU PAGI

                                                                      SINAR FM

11. ANUGERAH SIRI REALITI TERBAEEK.

                                                                  RAJA LAWAK

12. ANUGERAH BLOGGER TERBAEEK  DAN RAKAN INTERNET TERAKTIF

                                                            FATINI ALI ( PURPLEBERY)

Wednesday, January 19, 2011

Kumpulan Wang Simpanan Puaka!!

salam semua..korang pernah tak lalui hari paling malang???...
hmmm...dah kena dah kat aku ..walaupun banyak kali jugak sepanjang hidup ni,tapi hari ini tanggal 19hb 1 2011 memang aku tak leh lupa....bukan malang apapun,cuma bila diingat balik..argggghhhhh!!!! sakitnya hati,kaki,jantung,pankreas,ubun2...semua yang patut la...Kisahnya macam ni....baru-baru ni..tah macamna abang ipar ku faiz bagitau ke mak mertua aku ( mak dia la ) yang dia baru kuarkan duit KWSP dia ( akaun 2 ) yang ada pun cuma seratus lebih ja..sebab masa kawin dulu dia dah keluar separuh..bila dengar macamtu, bini aku pun kata, ha..abang mesti ada lagi duit akaun 2, maklumla time aku keluar masa nak kawin dulu, kata pegawai KWSP tu akaun aku ada masalah yang mana ada caruman beberapa bulan yang tak sempat dicarum ke dalam akaun..jadi masa tu aku dapat keluar sikit je la..so bila diingat balik,ha mungkin aku leh kuar balik duit aku yang balance tu..maka hari isnin lepas, kami ( aku,bini n mak mertua ) pun pergila KWSP klang kat kamdar tu..bila check penyata, ternyata aku masih ada baki RM28++ la dalam akaun tu..wahhhhh..kayo kayo..hahaha..lepas ambik borang ( 2 kali sebab salah isi ) aku pun hari ni dari pagi tadi subuk la potostat semua benda yang dia nak, mintak pengesahan GB semua dan pagi tadi ada sorang cikgu ni tanya boleh ke keluar sebab dia pun pernah try jugak tapi tak dapat..alamak berita tak best ni...aku pun tanya GB aku..dia pun tak sure tapi katanya try lah...aku pun tak pa la..dengan penat merentas desa tak abih lagi balik sekolah terus direct pergi KWSP....sampai kat kaunter akak tu check semua borang aku..passs takda cacat cela..tapi yang tak best nya bila dia mula mengerutkan muka dan tanya " awak dah pernah keluar dulu yee? " alamak macam ada problem ja..bila dia tinggalkan aku dan rujuk ke pegawai atasan dia aku dah agak komfem pemohonan aku fail punya..bila dia datang balik..dengan senyum kelatnya dia kata..duit aku ni tak lehkeluar denagan alasan tempoh aku keluar yang pertama dengan yang kedua ni terlalu lama..dia ada tempoh 2 bulan ja kalau nak keluar habis..so aku tanya macamana duit dalam akaun ni?..dia kata tunggu umur 55 tahun nanti la..haram sungguh..rasa nak mengamuk ja dalam KWSP tadi....apapun bila nak balik tadi lagi satu benda best jadi..kad parking hilang pulak...alahai...mana la peginya...last2 kena bayar maksimum RM30 hambik kau...malang oh malang betui....nak buat macam mana ye..tu la namanya nasib kan...hadapi dengan senyuman ajalah...

cross country aka merentas desa 2011..

assalammualaikum blogger semua...sebetulnya acara diatas belum lagi bermula bilamana ketika aku menulis entry ni..apapun, aku rasa nak menulis maka aku tulislah apa yang latest dalam kehidupan aku ni, well setelah dua hari, ( selasa dan rabu ) SK Taman Klang Utama aka sekolah aku sedang giat buat persiapan untuk acara merentas desa jumaat ni, aku tahun ni ditugaskan dalam dua bidang yang kritikal jugak le, iaitu AJk Alatan dan Ajk Lalu lintas...alahai..napa la dapat ajk alatan, kerja berat tu..hahaha, maklumla setelah ketiadaan arwah BHU 7331, aku tak dapat lagi join jadi kerja yang paling best iaitu hakim ronda,
walaubagaimana pun, sebagai ajk lalu lintas kerja yang diberi memang berat jugak, memandangkan jalan yang bakal direntas budak2..( sekitar bukit raja ) kebanyakkannya dah berubah berbanding tahun lepas yang mana trek nya masih sama, apa yang berubah? ya..tentu la sebagai taman baru yang pesat, dah banyak jalannya yang berfungsi menandakan kehadiran kenderaan juga semakin bertambah...orang2 kaya sini bukan tau nak slow bila nampak budak lintas jalan..hampeh tul..mujur juga dengan lampu ala2 polis traffik sumbangan shuk mahadi dapat jugak gerunkan pengguna kenderaan kat sana hehehee..( pagi2 dah gelabah ingat polis hehe ), hari selasa yang lepas, kami buat latihan mengenal trek pertama, biasanya latihan hari pertama ni jalan2 je..namun ada gak yang maintain lari..budak perempuan tahun 4 rumah biru paling mengejutkan dengan kepantasan yang tidak diduga..mungkin yang lain belum sedia berentap kot hehehe...apa yang menarik tahun ni adalah bertembungnya tarikh merentas desa kami dengan sekolah menengah sebelah smktku..alamat meriah la jumaat ni..mujur laluan treknya beza skit..kalau tak keliru jugak
....apapun akibat tugas yang makin berat aku juga tak dapat laksanakan tugas photographer dengan baik..dapat 2 ja..hari selasa punya..apapun aku akan cuba snap lagi hari jumaat nanti..sementara tu korang enjoy la dulu dengan 2 gambar ni..ok..selamat merentas desa semua..jumaat ni kita tengok siapa juara..!!

Tuesday, January 11, 2011

Selamat kembali ke sekolah....

salam semua blogger...

Minggu sudah dah lengkap seminggu kita mula bersekolah setelah hampir sebulan lebih bercuti, aku pun tak ada kesempatan nak update blog ..maklum la awal2 tahun memang sibuk sikit...mula dengan pelbagai mesyuarat dan penyusunan kelas, dan jadual baru yang agak perit,hehehe walaupun aku masih ajar matapelajaran tak kritikal, setelah mendapat jadual,aku kini mengajar semua kelas dengan Muzik dan tambah satu Kajian Tempatan, aku dah ada pengalaman ajar KT tahun 4 sebelum ni,jadi rasanya tak ada masalah kot,

selain tu dalam jawatankuasa yang lain aku rasa sama ja dengan tahun2 sebelum ni, aku masih kekal AJK Sistem Maklumat Murid ( SMM) yang aku ketuai selama hampir 4 tahun, tahun ni tahun kedua aku bebas dari ketua SMM yang perit ni...tapi walaupun macamtu, Pn Hjh Samshiah masih lagi nak minta aku tolong Pn Suhana,setakat nak tolong aku tak kisah,cuma jangan la sampai ketip borang SMM pun nak panggil aku..tu dah kronik tu..kerani kan ada PPM pun ada ..mintak la tolong,dulu aku takda minta tolong sesapa pun isi SMM,semua buat sendiri...mesyuarat HEM hari tu pun aku kena ganti Suhana yang kurang sihat ( stress kot ngan SMM)..bila GB cakap hal Iddeen ( pelajar kesayangan sekolah ) seolah-olah aku yang silap..rasa kesal jugak aku..sebetulnya ejaan nama budak..mana la aku tau..aku pun mewarisi dari data sebelum ni..kalau silap dari darjah 1 apa aku nak buat...salahkan la Guru kelas..ni aku jugak kena sound seround..nasib-nasib ..apapun SMM Sucks...patut ada kerani yang buat , bukan cikgu...selain SMM , aku juga jadi AJK lawatan ( sial tul )..jadi ketua rumah Hijau ( masih ), penasihat pengakap ( shit!!), kelab ragbi Rimau dan kelab Muzik dan Kebudayaan....semua nya masih sama..dan tahun ni..Pn Salmah dah telefon tanya..adakah aku masih berminat nak ke stadium jaga olahraga lagi ( dah 3 tahun direct )..alhamdulillah..semoga orang lain ada ganti aku..bukan tak best..tapi perit..2 minggu kat sana..hitam serba serbi walau banyak wayang free..heheh...mulai minggu lepas juga kami dah mula sibuk susun aktiviti bulan ni..mulai esok dah mula PMD ( program Maju Diri, melibatkan semua pelajar tahap 2..aku ditugaskan jaga tahun 4..yang tak bestnya..masih segroup ngan orang hampeh tu...sabar ajalah...selain tu..next week juga dah mula latihan merentas desa..tahun ni Mat Yie siot sikit bagi aku ketua alatan..kerja paling berat..haram sungguh....apapun lagi kesian pada cikgu kaunseling kita yang dilantik terus jadi ketua BAKEB walaupun baru setahun kat sini..memang kejam....sabar din..harap AJK kau tolong hehe...ops..minggu ni juga geng2 koperasi dah dataang memburu mangsa..hahaha bertempiaran cikgu2 lari..nyampah sangat walaupun hakikatnya aku pun join..ambik skim yang paling murah..untuk anak dan isteri ja..mana tau jadi apa2 kat aku..ada gak sesuatu untuk isteri dan anak...apaun 2 minggu hampir berlalu..gaji bila nak masuk oii..aku dah penat poket ni..tadi tengok susu anak yang menyusut..buat aku garu kepala..inilah dugaan namanya..semoga tahun baru memberi sinar yang benderang berbanding sebelumnya...aamin....

Monday, January 10, 2011

no funny..no life!!!

Bibik dan Telefon


Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Sosej & Lembu


Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...


Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”


Cikgu Tadika


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.


Tahukah anda...? (Part II)


FAKTA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normla la korang maknanya


its more to come.....saja nak buat lawak malam2 ni...ngeh3x....













Saturday, January 8, 2011

permulaan yang mengkagumkan....

sebuah kelahiran ..ibarat sebuah sinar atau harapan yang amat dinanti -nantikan oleh sepasang pasangan hidup yang didirikan atas dasar cinta dan kasih....ibarat rumah tanpa tingkap atau tandas..amatlah tidak sempurna sesebuah keluarga jika tanpa hilai tawa tangis si kecil....kelahiran juga mengikat atau mengerat hubungan yang semakin erat dan kasih antara ibu dan ayah....dalam tempoh masa 9 bulan ..kita seringkali diuji dengan pelbagai ragam isteri yang inginkan itu,inginkan ini..yang sabar sahaja mampu menangani semua ini..ini semua ujian dan dugaan yang harus kita hadapi dengan tenang....namun ada juga yang masih belum dikurniakan rahmat atau rezeki dari Tuhan ini..masanya akan sampai..yang penting berusahalah dan panjatkan doa yang ikhlas dan insyaallah,Dia maha mendengar...semoga kelahiran 2011 ini memberi sinar kepada kita semua...
Dedikasi ku khas untuk mereka yang akan melahirkan beby tahun ini......
1.Adik, ( Siti Hana , dijangka bulan ini )
2. Abang ( kapten Ramzan dan kakak Huda, bulan 3 rasanya )
3. Abang Ipar, dan kakak ipar isteri ( abg Epat dan Kak julia. bulan ni jugak rasanya )
4. Anak sepupu ( Nurul Azwani dan Alif, beby sulung bulan 3 atau 5..sori tak ingat..)
5. Kakak Ipar dan abang ipar isteri ( kakak icak dan Mahadi ..bulan 7 something kot )
dan teristimewa untuk aku sendiri dan isteri tersayang...anak kedua kami..Insyaallah sebelum raya agaknya..amin......sukanya aku nur Dhiya' akhirnya ada kawan bermain.....

Wednesday, January 5, 2011

kami yang mula memecahkan lemak...

Assalamualaikum...bukan main gembira aku 2 - 3 hari ni,bukannya apa, impian yang dah lama dipendam akibat tak ada member untuk direalisasikan akhirnya tercapai jugak....ha ape benda tu...main futsal ler hahaha....dulu bukan main teringin nak main, tapi sebab kekurangan guru lelaki.maka impian tu terpendam lama....dengan bahang harimau malaya yang masih mengaum kami dibarisi  oleh Kapten pasukan Tn faris, penyerang aka perancang tengah Dzulhasmi, pertahanan kental dan pemain sayap terbaik, Shukri Shafie, dan aku sendiri sebagai pencetak gol murahan aka penjaga gol cap ayam mula mendatangi Futsal Roof top di Meru, kami disertai oleh Yusri sk Meru aka kawan serumah Dzul akak X sktku dan 2 rakannya, malam sabtu hari tu kami mula bermain..malangnya akibat ramai yang ada komitmen maka kami aja yang terpaksa berpeluh selama sejam tu..( aku main 15 minit ja kot..lepas tu pengsan hahaha )..tapi malam ini, kami berjaya mengumpul beberapa ahli lagi seperti Cikgu azmi aka safee sali, Tn Guru Besar cikgu Sukarman yang cemerlang di gawang dan striker berkebolehan mirip2 zakuan adha, dan shukri mahadi yang pantas bak Norshahrul Idlan talaha ( tapi dia mai lewat hampeh tul )..maka malam tadi aku berjaya jugak lengkapkan 60 minit dan mula rasa fit selepas hampir beberapa tahun tak cergas langsung sehingga digugurkan dari skuad reserve bawah 12 Fc Bayern hahahaha..apapun objektif kami yang ingin bersukan bersama guru-guru SKTKU telah tercapai selepas ini dengan sokongan GB yang baekk punya support rasanya team SKTKU mula boleh ditubuhkan...dan siri2 perlawanan persahabatan mungkin bakal diadakan selepas ini...( sk Meru dah ada tu )..Tahniah sekali lagi untuk semua cikgu2 yang sporting, yang tak datang tu mungkin ada komitmen lain, apapun kita cuba jayakan team kita ni sebaik mungkin...


Majulah Sukan Untuk SK Taman Klang Utama....Oleyyyy!!!!!

Monday, January 3, 2011

cinta........................kenangan silam....

salam semua....hari ni merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2011, berbagai ragam murid-murid yang terlihat disekolah hari ini,begitu juga dengan ibu-bapa yang datang membayar yuran,masing-masing tercari-cari dimana kelas anak tersayang....mujur juga tahun ini kami SKTKU agak cemerlang ( pada aku la ) dngan menyediakan kaunter bayaran yuran di dewan..dengan ini masa mencari kelas dapat dijimatkan memandangkan ramai yang masih perlu masuk bekerja...
sebetulnya, aku menulis entry ini setelah aku ditugaskan untuk mengawasi kelas 6 uranus memandangkan guru kelas sibuk mengutip yuran dibawah...sambil menjaga kelas..sepasang kasut Nur Ain Farahin benar2 mengusik kenangan silam aku....
kasut sekolah yang mempunyai pantulan cahaya...dulu aku panggil kasut ada lampu.....dulu memang top seingat aku dalam2 tahun 1992 atau 1993 aku juga inginkan kasut begini...aku terpikat dengan kasut ada lampu bila aku di darjah 4 kalau tak salah aku..mulalah memujuk mak membeli untukku,memandangkan keluarga kami yang sederhana dan kurang berkemampuan..mak suruh aku bersabar ." lepas ambik padi boleh " kata-kata mak memujuk aku...kiranya selepas musim menuai barulah kami ada sedikit duit...mungkin kerana naluri budak masih belum memahami..aku tetap memaksa mak dan merajuk nak juga ksut tu...mungkin kerana akhirnya mak terpaksa. mengalah maka mak pun peri membelikan aku kasut idaman aku tu....nak dapatkan yang betul2 idaman aku tu mungkin pada mak terlampau mahal. jadi mak bellikan kasut berlampu yang paling murah..seingat aku cuma ada lampu di pelekat kasut aja, di belakang tak ada..tak apalah..jajnji berlampu pada aku...hahahahah..bukan main gembira aku ke sekolah keesokkan harinya tu...kawan2 mula menunding..wahhh kasut baru....maklumlah anak kampung semua teruja...
tiba-tiba ,sewaktu beratur masuk ke kelas..seorang rakan perempuan ( anak cikgu duduk bandar ) jerit..ehh kasut baru ke..ni kan kasut pompuan..haaaa?????terkejut aku...merah padam aku..kawan2 lain semua gelak
kena ejek la aku..rupanya yang mak beli tu kasut untuk perempuan...la...padanla murah sikit...malunya a aku niaku...tapi yang baiknya aku ni aku belasah ja kasut tu..tak pernah hirau langsung ejekan kawan..lama2 diam la diorang..hahahah..apapun terima kasih mak belikan kasut berlampu untuk aku.....