in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Wednesday, January 19, 2011

Kumpulan Wang Simpanan Puaka!!

salam semua..korang pernah tak lalui hari paling malang???...
hmmm...dah kena dah kat aku ..walaupun banyak kali jugak sepanjang hidup ni,tapi hari ini tanggal 19hb 1 2011 memang aku tak leh lupa....bukan malang apapun,cuma bila diingat balik..argggghhhhh!!!! sakitnya hati,kaki,jantung,pankreas,ubun2...semua yang patut la...Kisahnya macam ni....baru-baru ni..tah macamna abang ipar ku faiz bagitau ke mak mertua aku ( mak dia la ) yang dia baru kuarkan duit KWSP dia ( akaun 2 ) yang ada pun cuma seratus lebih ja..sebab masa kawin dulu dia dah keluar separuh..bila dengar macamtu, bini aku pun kata, ha..abang mesti ada lagi duit akaun 2, maklumla time aku keluar masa nak kawin dulu, kata pegawai KWSP tu akaun aku ada masalah yang mana ada caruman beberapa bulan yang tak sempat dicarum ke dalam akaun..jadi masa tu aku dapat keluar sikit je la..so bila diingat balik,ha mungkin aku leh kuar balik duit aku yang balance tu..maka hari isnin lepas, kami ( aku,bini n mak mertua ) pun pergila KWSP klang kat kamdar tu..bila check penyata, ternyata aku masih ada baki RM28++ la dalam akaun tu..wahhhhh..kayo kayo..hahaha..lepas ambik borang ( 2 kali sebab salah isi ) aku pun hari ni dari pagi tadi subuk la potostat semua benda yang dia nak, mintak pengesahan GB semua dan pagi tadi ada sorang cikgu ni tanya boleh ke keluar sebab dia pun pernah try jugak tapi tak dapat..alamak berita tak best ni...aku pun tanya GB aku..dia pun tak sure tapi katanya try lah...aku pun tak pa la..dengan penat merentas desa tak abih lagi balik sekolah terus direct pergi KWSP....sampai kat kaunter akak tu check semua borang aku..passs takda cacat cela..tapi yang tak best nya bila dia mula mengerutkan muka dan tanya " awak dah pernah keluar dulu yee? " alamak macam ada problem ja..bila dia tinggalkan aku dan rujuk ke pegawai atasan dia aku dah agak komfem pemohonan aku fail punya..bila dia datang balik..dengan senyum kelatnya dia kata..duit aku ni tak lehkeluar denagan alasan tempoh aku keluar yang pertama dengan yang kedua ni terlalu lama..dia ada tempoh 2 bulan ja kalau nak keluar habis..so aku tanya macamana duit dalam akaun ni?..dia kata tunggu umur 55 tahun nanti la..haram sungguh..rasa nak mengamuk ja dalam KWSP tadi....apapun bila nak balik tadi lagi satu benda best jadi..kad parking hilang pulak...alahai...mana la peginya...last2 kena bayar maksimum RM30 hambik kau...malang oh malang betui....nak buat macam mana ye..tu la namanya nasib kan...hadapi dengan senyuman ajalah...

No comments:

Post a Comment