in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Wednesday, January 5, 2011

kami yang mula memecahkan lemak...

Assalamualaikum...bukan main gembira aku 2 - 3 hari ni,bukannya apa, impian yang dah lama dipendam akibat tak ada member untuk direalisasikan akhirnya tercapai jugak....ha ape benda tu...main futsal ler hahaha....dulu bukan main teringin nak main, tapi sebab kekurangan guru lelaki.maka impian tu terpendam lama....dengan bahang harimau malaya yang masih mengaum kami dibarisi  oleh Kapten pasukan Tn faris, penyerang aka perancang tengah Dzulhasmi, pertahanan kental dan pemain sayap terbaik, Shukri Shafie, dan aku sendiri sebagai pencetak gol murahan aka penjaga gol cap ayam mula mendatangi Futsal Roof top di Meru, kami disertai oleh Yusri sk Meru aka kawan serumah Dzul akak X sktku dan 2 rakannya, malam sabtu hari tu kami mula bermain..malangnya akibat ramai yang ada komitmen maka kami aja yang terpaksa berpeluh selama sejam tu..( aku main 15 minit ja kot..lepas tu pengsan hahaha )..tapi malam ini, kami berjaya mengumpul beberapa ahli lagi seperti Cikgu azmi aka safee sali, Tn Guru Besar cikgu Sukarman yang cemerlang di gawang dan striker berkebolehan mirip2 zakuan adha, dan shukri mahadi yang pantas bak Norshahrul Idlan talaha ( tapi dia mai lewat hampeh tul )..maka malam tadi aku berjaya jugak lengkapkan 60 minit dan mula rasa fit selepas hampir beberapa tahun tak cergas langsung sehingga digugurkan dari skuad reserve bawah 12 Fc Bayern hahahaha..apapun objektif kami yang ingin bersukan bersama guru-guru SKTKU telah tercapai selepas ini dengan sokongan GB yang baekk punya support rasanya team SKTKU mula boleh ditubuhkan...dan siri2 perlawanan persahabatan mungkin bakal diadakan selepas ini...( sk Meru dah ada tu )..Tahniah sekali lagi untuk semua cikgu2 yang sporting, yang tak datang tu mungkin ada komitmen lain, apapun kita cuba jayakan team kita ni sebaik mungkin...


Majulah Sukan Untuk SK Taman Klang Utama....Oleyyyy!!!!!

No comments:

Post a Comment