salam semua blogger...
Minggu sudah dah lengkap seminggu kita mula bersekolah setelah hampir sebulan lebih bercuti, aku pun tak ada kesempatan nak update blog ..maklum la awal2 tahun memang sibuk sikit...mula dengan pelbagai mesyuarat dan penyusunan kelas, dan jadual baru yang agak perit,hehehe walaupun aku masih ajar matapelajaran tak kritikal, setelah mendapat jadual,aku kini mengajar semua kelas dengan Muzik dan tambah satu Kajian Tempatan, aku dah ada pengalaman ajar KT tahun 4 sebelum ni,jadi rasanya tak ada masalah kot,
selain tu dalam jawatankuasa yang lain aku rasa sama ja dengan tahun2 sebelum ni, aku masih kekal AJK Sistem Maklumat Murid ( SMM) yang aku ketuai selama hampir 4 tahun, tahun ni tahun kedua aku bebas dari ketua SMM yang perit ni...tapi walaupun macamtu, Pn Hjh Samshiah masih lagi nak minta aku tolong Pn Suhana,setakat nak tolong aku tak kisah,cuma jangan la sampai ketip borang SMM pun nak panggil aku..tu dah kronik tu..kerani kan ada PPM pun ada ..mintak la tolong,dulu aku takda minta tolong sesapa pun isi SMM,semua buat sendiri...mesyuarat HEM hari tu pun aku kena ganti Suhana yang kurang sihat ( stress kot ngan SMM)..bila GB cakap hal Iddeen ( pelajar kesayangan sekolah ) seolah-olah aku yang silap..rasa kesal jugak aku..sebetulnya ejaan nama budak..mana la aku tau..aku pun mewarisi dari data sebelum ni..kalau silap dari darjah 1 apa aku nak buat...salahkan la Guru kelas..ni aku jugak kena sound seround..nasib-nasib ..apapun SMM Sucks...patut ada kerani yang buat , bukan cikgu...selain SMM , aku juga jadi AJK lawatan ( sial tul )..jadi ketua rumah Hijau ( masih ), penasihat pengakap ( shit!!), kelab ragbi Rimau dan kelab Muzik dan Kebudayaan....semua nya masih sama..dan tahun ni..Pn Salmah dah telefon tanya..adakah aku masih berminat nak ke stadium jaga olahraga lagi ( dah 3 tahun direct )..alhamdulillah..semoga orang lain ada ganti aku..bukan tak best..tapi perit..2 minggu kat sana..hitam serba serbi walau banyak wayang free..heheh...mulai minggu lepas juga kami dah mula sibuk susun aktiviti bulan ni..mulai esok dah mula PMD ( program Maju Diri, melibatkan semua pelajar tahap 2..aku ditugaskan jaga tahun 4..yang tak bestnya..masih segroup ngan orang hampeh tu...sabar ajalah...selain tu..next week juga dah mula latihan merentas desa..tahun ni Mat Yie siot sikit bagi aku ketua alatan..kerja paling berat..haram sungguh....apapun lagi kesian pada cikgu kaunseling kita yang dilantik terus jadi ketua BAKEB walaupun baru setahun kat sini..memang kejam....sabar din..harap AJK kau tolong hehe...ops..minggu ni juga geng2 koperasi dah dataang memburu mangsa..hahaha bertempiaran cikgu2 lari..nyampah sangat walaupun hakikatnya aku pun join..ambik skim yang paling murah..untuk anak dan isteri ja..mana tau jadi apa2 kat aku..ada gak sesuatu untuk isteri dan anak...apaun 2 minggu hampir berlalu..gaji bila nak masuk oii..aku dah penat poket ni..tadi tengok susu anak yang menyusut..buat aku garu kepala..inilah dugaan namanya..semoga tahun baru memberi sinar yang benderang berbanding sebelumnya...aamin....
No comments:
Post a Comment