in the name of Allah the most mercyful.....

aku manusia,pelakon cerita,di pementasan alam ciptaan-NYA,
Bukan sengaja melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan..aku manusia...

Sunday, December 19, 2010

Kembara di bagan tiang...

anak-anak kampung memeriksa bubu ikan yang mungkin mengena..


Sekolah Kebangsaan Sg megat Aris..tempat aku mengenal ABC and 123..


kedai Poi ah cu di tepi sungai megat aris..


masjid at-Taqwa..masjid besar di bagan Tiang.


dahulu..ni la kedai gunting rambut..yang kecik sikit tu..


Pekan Bagan Tiang yang cool..


Assalammualaikum....sebelum meneruskan bicara..saya akan memetik beberapa kisah,sejarah,dan maklumat am mengenai kampungku bagan tiang aka kg sg megat aris ni...

BAHAGIAN 1- MAKLUMAT AM.



Kampung Sungai Megat Aris terletak dalam Mukim Bagan Tiang, Daerah Kerian. Ia juga berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Serong dan Parlimen Parit Buntar. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sungai Megat Aris dan Majlis Daerah Kerian yang beribu pejabat di Bandar Parit Buntar merupakan pihak-pihak yang bertanggungjawab mentadbir kampung-kampung di mukim ini.

Kampung Sungai Megat Aris yang telah dibuka pada tahun 1984 mempunyai beberapa gugusan kampung iaitu Parit Tok Ngah, Pekan Bagan Tiang, Kampung Cina, Tanah Baru Utara, Tanah Baru Selatan dan Parit Lebai Akhir. Pekan yang paling hampir ialah Pekan Bagan Tiang manakala Pekan Tanjung Piandang pula hanya terletak kira-kira empat kilometer. Bandar yang terdekat ialah Bandar Parit Buntar, iaitu kira-kira 12 km dari kawasan kampung.

Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision (USP) yang diberikan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) ditempatkan di Klinik Desa Bagan Tiang. Klinik yang terletak di Pekan Bagan Tiang hanya memakan masa lima minit berjalan kaki dari jalan utama. Ia berdekatan dengan Dewan JKKK, Kampung Sungai Megat Aris dan Koperasi Serba Guna, Bagan Tiang.

Oleh sebab Daerah Kerian dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak, maka tidak hairanlah kawasan di sekitar Kampung Sungai Megat Aris dikelilingi oleh sawah padi yang luas. Sebanyak 1,000 hektar dikhaskan untuk penanaman padi manakala 100 hektar dijadikan kawasan penempatan penduduk. Terusan atau tali air juga banyak dibina bagi memudahkan kawalan air keluar dan masuk ke sawah.

BAHAGIAN 2-SEJARAH

Kampung Sungai Megat Aris dibuka pada tahun 1894 oleh peneroka empat bersaudara yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Empat bersaudara yang dikenali sebagai Tok Megat Aris, Tok Bohok, Tok Ngah dan Tok Megat mempunyai kemahiran yang luar biasa. Namun Tok Megat Aris merupakan pahlawan yang paling hebat di antara mereka.

Beliau mampu berlawan dengan binatang buas tanpa perlu menggunakan sebarang senjata. Melalui nama pahlawan inilah, kampung yang baharu diteroka dinamakan sebagai Kampung Sungai Megat Aris. Walau bagaimanapun, kematian beliau menimbulkan keanehan apabila mayatnya hilang tanpa dapat dikesan sehingga sekarang.

Bagan Tiang pula mendapat nama daripada pokok api-api dan pokok-pokok nibung yang dijadikan tiang di sepanjang kawasan kampung sehingga ke Nibong Tebal. Sekitar tahun 1935, Bagan Tiang menjadi sebuah pelabuhan kecil yang terkenal di perairan Selat Melaka. Sebuah rumah tumpangan didirikan di tepi Sungai Megat Aris oleh seorang wanita berbangsa Cina yang dikenali sebagai Nyonya Ah Pee. Pedagang-pedagang dari negara China akan menetap di rumah tumpangan ini untuk bermalam sebelum meneruskan pelayaran ke Selat Melaka. Rumah tumpangan yang sudah pun berusia lebih 100 tahun masih boleh dijumpai di tepi Sungai Megat Aris.

Salah satu peninggalan sejarah di Sungai Megat Aris ialah rumah peninggalan Orang Kaya Haji Nan. Rumah pusaka ini masih boleh dilihat dalam kawasan kampung. Meskipun tidak dijaga dengan baik, ia masih berdiri kukuh. Haji Nan merupakan orang terkaya di dalam kampung ketika zaman 1930-an. Beliau yang merupakan seorang yang bijaksana mempunyai beberapa bidang tanah yang luas, kereta kuda dan kereta antik.

Kini, Kampung Sungai Megat Aris telah mengalami beberapa perubahan. Antaranya kampung ini telah digazet oleh kerajaan dan Sungai Megat Aris yang dahulunya luas telah ditimbus untuk dijadikan kawasan penempatan penduduk.

BAHAGIAN 3- PERLANCONGAN

Pantai Ban Pecah yang terletak kira-kira empat kilometer dari Kampung Sungai Megat Aris merupakan sebuah kawasan istirahat yang terkenal di kalangan penduduk setempat. Kehalusan pasir pantai serta airnya yang biru menjadi daya tarikan utama kepada pengunjung.

Pantai Ban Pecah yang berada di laluan Selat Melaka sangat popular di kalangan kaki pancing. Sebuah pelantar memancing telah dibina khas untuk mereka berteduh dari terik matahari. Bot-bot nelayan yang banyak berlabuh di sekitar Pantai Ban Pecah menandakan bahawa aktiviti menangkap ikan turut dijalankan di sini. Antara jenis-jenis ikan yang boleh di dapati di Pantai Ban Pecah ialah ikan ketuka, ikan belukang dan ikan sembilang.

Dahulu, jarak Pantai Ban Pecah dengan kawasan penempatan penduduk kampung amat jauh, iaitu lebih daripada 200 km. Namun kononnya akibat terkena sumpahan, kawasan Pantai Ban Pecah menjadi semakin luas.

Menurut cerita penduduk sekitar di sini, terdapat sepasang anak yatim yang telah dijaga oleh bapa saudara mereka. Mereka mempunyai harta peninggalan keluarga yang banyak. Namun, kerana sikap tamak telah menguasai diri, bapa saudara mereka telah melanggar amanat yang telah dipertanggungjawabkan.

Merasakan diri mereka teraniayai, anak-anak yatim ini telah berdoa meminta pembalasan daripada Tuhan. Mereka juga bersumpah kawasan Pantai Ban Pecah akan menjadi luas mengikut banyaknya harta mereka yang telah digunakan. Tidak lama selepas itu, hakisan tanah telah berlaku di sekitar kawasan pantai dan menenggelamkan sawah-sawah padi serta berpuluh-puluh buah rumah penduduk kampung termasuk bapa saudara mereka.

Kini jarak antara Pantai Ban Pecah dengan kawasan penempatan penduduk tidak pun sampai 50 km. Ketika berlakunya Tsunami pada tahun 2006, Pantai Ban Pecah turut terjejas dan mengalami kemusnahan. Namun, kerosakan yang berlaku tidak seteruk kemusnahan di Pulau Pinang.

BAHAGIAN 4-KEMUDAHAN ASAS

Rata-rata penduduk di Kampung Sungai Megat Aris menjalani kehidupan yang selesa. Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik dinikmati tanpa had dan prasarana yang disediakan di kawasan kampung memberi peluang kepada penduduk menjalani urusan seharian dengan selesa.

Antara infrastruktur yang telah disediakan untuk kemudahan penduduk kampung ialah masjid, sekolah, dewan serba guna, jambatan, jalan raya berturap, telefon awam, Pejabat Penghulu, koperasi serba guna, klinik desa, Medan Info Desa, Pusat Komunikasi dan Multimedia serta stesen minyak.

Kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang kerap memudahkan penduduk di Kampung Sungai Megat Aris mengunjungi Bandar Parit Buntar untuk membeli barang-barang keperluan, membayar bil-bil di pejabat pos dan melakukan urusan perbankan.

demikianlah beberapa kisah dan maklumat berguna daripada kampungku ini...datanglah ke bagan tiang demi pengalaman kampung yang memang best hehehe promote...ok smaklumat diatas aku dapat daripada laman web info desa bagan Tiang..

3 comments:

  1. Assaan lamualaikum......nama saya Zulkifli Bin Ramli generasi ke lima dari tok megat aris tapi sebelah anak perempuannya yang bernama Wan Bakyah....saya dengar moyang saya itu memang berasal dari siak sumatera tapi masa tu indonesia tidak ujud......mereka berperang demi agama, raja dan suku melayu (sedih saya dengar Indonesia uhu...hu..) almarhum telah meninggalkan anak perempuan bernama Wan Bakyah yang meninggal di K.L pad tahun 1963

    ReplyDelete
  2. Saya teringin sangat nak tengok tempat moyang saya ini kalau boleh jumpa ketrunannya yang ada tapi bagaimana ya.....saya dengar makamnya terhakis kedalam sungai ada pula yang mengatakan hilang bila hendak di kebumikan ntahlah tak tahu yang mana satu....boleh tak saya rujuk perkara ini kepada siapa siapa di sana ya ini alamat gmail saya....acitramlee@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...tak sangka...tetiba kak terjumpa sejarah bg tiang...

    Kak pun asal usul dari bg tiang... Tapi tu lah, daripada umur 16 tahun...masuk sekolah asrama di Perlis... Pastu sekarang dah kerja mengajar hampir 30 tahun di Kedah... macam dah jadi org Kedah.. apa2 pun kak gembira sebab dapat bertemu dengan blog ni... ..

    ReplyDelete